COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KEMPEN ANTI "INNOCENCE OF MUSLIM" DAN POLEMIK

KEMPEN ANTI MENGHINA NABI PUN DIKATAKAN POLITIK
sumber
YB Ngeh Koo Ham adalah seorang ahli politik yang berasal daripada Ayer Tawar Perak dan DAP's Central Executive Committee and is presently head of the DAP  di perak (rujukan) mengeluar kata-kata seperti yang anda lihat di atas bahawa muslim hanya membazir masa dan tenaga apabila khary mahu muslim memprotes Sam Bacile berkaitan isu "Innocence of muslim". Beliau menyatakan bahawa adakah khairy bertindak kerana islam atau politik? Sampai begitu sekali perkara ini dipolitikkan.

16 Sep – Filem "Innocence of Muslims" atau nama asalnya "Desert Warriors" yang bersifat anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad bukan sahaja mencetuskan kemarahan rakyat negara Islam seperti Libya dan Mesir, sehingga menyebabkan kematian Chris Stevens, seorang Duta Amerika di Libya. Malah, para pelakon filem tersebut baru-baru ini menyatakan mereka berasa tertipu apabila dialog mereka diubah selepas penggambaran dibuat.

Salah seorang pelakon bernama Cindy Lee Garcia menyatakan hasratnya untuk menyaman pembikin filem tersebut. Cubaan beliau untuk menghubungi pengarah dan penulis filem yang sedang bersembunyi ternyata tidak berjaya.

Di beberapa temubual seperti yang dilaporkan Fox News, Garcia tidak tahu bahawa beliau sebenarnya terlibat dalam sebuah propaganda anti-Islam, kerana beliau hanya memegang watak kecil yang merupakan seorang wanita yang terpaksa menyerahkan anaknya kepada seorang watak lelaki bernama Master George di sebuah babak filem. Skrip yang diberi dijudulkan "Desert Warriors", yang kononnya berkisarkan tentang kehidupan pada 2,000 tahun lalu dan tiada mempunyai kaitan dengan mana-mana agama.

Nampaknya bukan Garcia sahaja yang tidak mengetahui motif sebenar filem ataupun pembikin filem. Beberapa orang pelakon lain turut mengatakan bahawa cerita merujuk kepada seorang watak bernama George, tetapi akhirnya telah diubah kepada Muhammad melalui 'dubbing' selepas filem sesi perfileman habis dibuat.

Pada hari Rabu yang lepas, Time melaporkan bahawa seorang lelaki Kristian Coptic bernama Nakoula Basseley Nakkoula mengakui penglibatan beliau sebagai pengurus produksi filem tetapi tuduhan yang mengatakan beliau pengarah filem dinafikan. Sehingga kini, identiti sebenar pengarah filem masih belum dikenal pasti dan nama Sam Bacile yang dikaitkan dengan hal itu masih lagi menjadi sebuah misteri. (sumber)

Antara gambar yang menentang pembikinan filem tersebut:



Invididu yang dikatakan membuat filem tersebut
Nakoula Basseley Penerbit Filem Innocence Of Muslims



"Assalamu alaikum...
From today and for next 3 days all d muslim will STOP using google n youtube because they refused to stop showing the film that made fun on our PROPHET S.A.W. It takes less than 5 min to 4wrd ths msg so that we can answer ALLAH(SWT) wen he asks us wat action we took wen his beloved (SAW) was made fun of? Pls dnt let ths msg stop....
Once again... don't use"
Update 20 September 2012

Reactions:

1 comments:

  1. Salah seorang pelakon bernama Cindy Lee Garcia menyatakan hasratnya untuk menyaman pembikin filem tersebut. Cubaan beliau untuk menghubungi pengarah dan penulis filem yang sedang bersembunyi ternyata tidak berjaya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.