COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KEADAAN BUKAN PUNCA KITA BERASA SEDIH?

Artikel ini saya buat berikutan permintaan daripada pembaca beloya2u.com. Dia ingin mengetahui maksud mendalam "Keadaan bukan punca kita berasa sedih tetapi sebaliknya sikap kita menghadapi kedaan tersebut". Mungkin ada yang sekali pandang faham maksud yang tersirat dalam kata-kata tersebut.

Saya cuba merungkaikan apa yang tersirat daripada kata-kata tersebut dan tidak semestinya betul. Anda perlu mendalaminya berdasarkan lunas-lunas yang betul.

Terlebih dahulu anda tanya pada diri anda sendiri mengenai persoalan di bawah ini:

  1. Kenapa ada yang dapat hidup bahagia walaupun hidup dalam kemiskinan namun anak-anak mereka menjadi insan yang berjaya malah ketenangan terpancar pada muka mereka?
  2. Kenapa pula ada yang hidup dalam keadaan mewah dan berprestij namun berada dalam keadaan yang sedih dan tertekan serta anak-anak mereka menjadi sampah masyarakat?
  3. Kenapa ada pasangan suami isteri dapat hidup bahagia ke akhir hayat mereka?
  4. Kenapa ada pasangan yang baru berkahwin tidak sampai setahun, sudah bergaduh sehingga bercerai berai?
  5. Kenapa ada yang kehidupannya susah, tetapi sentiasa gembira?
  6. Kenapa ada yang sakit, tetapi sentiasa bersyukur pada tuhan penciptanya?
  7. Kenapa ada yang sudah muflis, tetapi masih bersemangat juang?
Cuba cari jawapan kepada persoalan di atas. Pada pendapat saya jawapan kepada persoalan di atas adalah "Semuanya berpunca daripada cara kita mentafsir (Persepsi minda) setiap kejadian atau masalah yang melanda kita" ataupun dengan kata lain sikap kita dalam menghadapi satu-satu kejadian yang kita alami.

Dalam minda kebanyakkan kita menyematkan dalam diri bahawa kaya itu bahagia, dapat isteri cantik itu bahagia, memiliki rumah mewah itu bahagia dan pelbagai lagi persepsi daif yang kita sematkan. Padahal jika kita bersyukur dan sentiasa merasa cukup dengan apa yang kita miliki adalah lebih bahagia.

Manusia sentiasa memandang orang lain bahagia dan suka membandingkan dirinya. Perasaan tidak pernah merasa cukup dalam diri sendiri. Cuba anda bayangkan sepasang suami isteri yang kaya raya dipandang orang bahagia padahal mereka juga menghadapi masalah yang tidak diketahui. Kita tidak pernah sunyi daripada masalah. Orang mikin juga tidak sunyi menghadapi masalah.

Masalah adalah "Wake up Call" daripada sang pencipta supaya kita bermuhasabah diri dan mengenali kesalahan-kesalahan kita pada masa lalu. Jika kita bersikap optimis dalam menghadapi masalah maka ketenangan akan dapat dicapai.

Cuba anda lihat situasi di bawah ini:
Situasi 1
Si A sukar mencari teman hidup dan dia selalu merungut mengenainya. Pelbagai cara yang dia cuba untuk mengelak masalah malah melakukan perkara-perkara yang terlarang bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Situasi 2
Si A sukar mencari teman hidup dan dia selalu yakin dengan kadaq dan kadar tuhannya. Dia sentiasa memohon kepada tuhannya agar diketemukan dengan orang yang baik-baik. Dia yakin bahawa tuhan pencipta alam sentiasa bersama orang yang sabar.

Dua situasi di atas adalah contoh kepada persepsi negatif dan persepsi positif.

Saya berharap apa yang saya cuba terangkan dapat difahami oleh pembaca. renung-renungkan dan selamat beramal....





Reactions:

1 comments:

  1. Manusia sentiasa memandang orang lain bahagia dan suka membandingkan dirinya. Perasaan tidak pernah merasa cukup dalam diri sendiri. Cuba anda bayangkan sepasang suami isteri yang kaya raya dipandang orang bahagia padahal mereka juga menghadapi masalah yang tidak diketahui. Kita tidak pernah sunyi daripada masalah. Orang mikin juga tidak sunyi menghadapi masalah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.