اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BICARA KAMPUS NAK MAMPUSKAN JALINAN BORNEO DAN TANAH MELAYU?

Saya tulis sumula apakah isi bicara kampus yang membuatkan warga Sarawak kurang senang dengannya. Pada ahad yang lalu dalam program TV1 bicara kampus. Salah seorang panel iaitu MD Yusri daripada universiti kebangsaan Malaysia telah mencetuskan api kemarahan orang Sarawak kerana menyatakan:

  1. Peruntukkan hendaklah dilebihkan kepada semenanjung kerana pusat pentadbiran Malaysia di tanah semenanjung.
  2. 5% royalti yang diberi lebih baik untuk Sabah Sarawak daripada tiada langsung yang diberikan oleh kerajaan pusat.
  3. Sarawak adalah negeri maju kerana wujudnya restoran makanan segera Mcdonald di Kuching.
  4. Jangan salahkan orang semenanjung mengambil peluang pekerjaan yang ada kerana orang Sabah Sarawak lebih gemar untuk menjadi petani dan nelayan.

Belum sejuk kes Nurul Syuhada  kini muncul pula satu lagi kes rasmi yang membuatkan warga Sarawak naik angin. Saya katakan kes ini rasmi kerana ianya dipaparkan di dalam media arus perdana. Iaitu media yang menyalurkan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan.

Isi yang dinyatakan dalam bicara kampus tersebut melambangkan betapa beliau kurang pengetahuan mengenai Sarawak dan kurang sensitif mengenai isu semasa. Mana tidaknya isu sensitif semasa adalah mengenai peruntukkan Sarawak yang diberi oleh kerajaan pusat dan isu tersebut disebut melalui media arus perdana maka ianya manjadi semakin rasmi dan betapa rakusnya pemikiran MD Yusri.

Royalti yang diberi oleh kerajaan pusat juga merupakan isu semasa yang agak sensitif untuk disentuh. Isi yang digunakan beliau agak bongkak dan sombong apabila menyatakan daripada tiada langsung seolah-olah kawalan isi bumi Sabah Sarawak adalah milik mereka dan anak cucu Sabah Sarawak tiada langsung hak mengenainya.

Lucu dan agak kurang pandai apabila garis panduan kemajuan sesebuah negeri menggunakan restoran makanan segera Macdonald. Jika mudah bagai dikata, apalah salahnya jika restoran Mcdonald di bangunkan di segenap tempat supaya tempat tersebut digezetkan sebagai maju. Tak perlu bangunkan infratruktur lain. Cukuplah dengan restoran makanan segara Mcdonald. Infratruktur perdagangan, pengankutan, kesihatan, ilmuan, rumah ibadah dan sebagainya tak payah nak letak.
Mcdonald LAMBANG KEMAJUAN NEGERI

Dimana MD Yusri dapat maklumat orang Sabah Sarawak tak suka pekerjaan lain selain betani dan nelayan? Apakah kepala hotaknya masih membayangkan orang Sabah Sarawak guna cawat??!! ataupun Sabah Sarawak masih dalam zaman pemerintahan british suatu masa dahulu. Bertani dan nelayan merupakan salah satu sektor yang dibangunkan oleh kerajaan bagi meningkatkan pendapatan rakyatnya tetapi mentaliti MD Yusri seolah-olah orang Sabah Sarawak tak pandang langsung pekerjaan lain dan kita orang Sabah Sarawak seolah-oleh menunding jari pada orang semenanjung. Ini batu api namanya!!!!

APAKAH JADAH!!! Semua ini berlaku??!! apa yang berlaku sebenarnya?? apa yang MD Yusri nampak pada Sabah Sarawak??!! Dia nampak orang Sabah Sarawak adalah hamba ke!!?? Dari mana dia dapat maklumat??!! Masakan pokok bergoyang kalau tidak kera-kera di hutan terkinja-kinja.

Banyak yang tidak puas hati mengenai perkara ini. Saya sendiri pada mula nya berdiam diri kerana tidak mahu isu ini diperbesarkan tetapi akhirnya jari-jemari saya terkinja-kinja untuk membicarakan isu ini. Kita tunggu dan lihat Phen Sri Taib Mahmud kita bertindak. ADAKAH BELIAU BERTINDAK?? ADAKAH BELIAU BERDIAM DIRI?? 

Jika beliau berdiam diri kecewalah saya dengan kepimpinan beliau. wasalamu.. ya ajak tek.. 

Reactions:

2 comments:

  1. Lucu dan agak kurang pandai apabila garis panduan kemajuan sesebuah negeri menggunakan restoran makanan segera Macdonald. Jika mudah bagai dikata, apalah salahnya jika restoran Mcdonald di bangunkan di segenap tempat supaya tempat tersebut digezetkan sebagai maju. Tak perlu bangunkan infratruktur lain.

    BalasPadam
  2. susah nak ckp...dia ni ckp tak pakai otak...klulah aku rakyat sarawak, aku pun nek mengamok..haha

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.