COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

ANTARA MARAH DAN TANGGUNGJAWAB

Tidak semua manusia yang tidak tahu membezakan marah dan tanggungjawab. Marah dan tanggungjawab adalah satu perkara yang berbeza. Bagi yang tidak tahu membezakan antara marah dan tanggungjawab pada pandangan saya adalah individu yang kurang pandai atau individu yang mementingkan diri sendiri.

Pelbagai sudut kita boleh lihat untuk membezakan antara marah dan tanggungjawab. Kita lihat dari sudut rumah tangga. Bagi rumah tangga yang sudah mempunyai cahaya mata. Lidah mana tidak digigit dan bumi mana tidak ditimpa hujan. Jika sepasang suami isteri bertengkar maka masing-masing akan marah. Kemarahan itu akan dibawa-bawa kadang-kadang lupa tanggungjawab terhadap anak. Ini disebut sebagai tidak dapat membezakan antara marah dan tanggungjawab. Anak adalah anugerah tuhan dan mereka adalah tanggungjawab ibu bapa.

Seperti juga orang-orang di luar sana yang sudah bertunang, berkasih dan bersahabat. Sekalipun kita marah dengan mana-mana individu tidak kira apa statusnya. Kita hendaklah bijak membezakan marah dan tanggungjawab. Jangan alpa dengan tanggungjawab akibat ditutupi oleh kemarahan. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Akibatnya nanti akan memakan diri sendiri.

(Marah bermaksud berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka). Ada yang menyatakan bahawa Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau untuk menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya.

Apa pula maksud tanggunjawab? ada yang menyatakan Benda yang kena Tanggung di dunia, dan Jawab di akhirat. Mudah sahaja mengenal tanggungjawab.

Pendapat mengenai antara marah dan tanggungjawab yang dicedok dari rakan facebook:

Alliyah
"Marah ya emosi -tanggungjwp ya Etika.Byk perbezaan antara 2 egek tok.artikel Marah selalu semcm provokasi,sedangkn artikel tanggungjwp ada sebuah keprihatin.Ia pendapat kmklh,siktauk org lain.sekian terima kasih."
Translate :
"Marah adalah emosi dan tanggungwab adalah etika. Banyak perbezaan antara dua perkara ini. Artikel marah selalu seperti provokasi sedangkan artikel tanggungjawab ada sebuah keperihatinan. Itu pendapat saya sahaja, tak tahu pulak orang lain. Sekian terima kasih.

King X
"simple word= marah=emosi negatif, tanggungjawab= amanah"

Tok Abom
"ok bagi aku org yang bertanggungjwb akan rasa marah bila contohnya nak tek nak x nega kata...so bpk marah anak...sbb tanggongjwb seorang bpk mendidik anak.... cuma caranya tek marah. marah tok emosi kta...tanggongjwp perbuatan"

Translate:
"Ok bagi saya orang yang bertanggungjawab akan rasa marah bila. Contohnya seroang anak tidak mendengar kata. Jadi ayahnya akan marah. Sebab tanggungjawab seorang ayah mendidik anak. Cuma cara menyampaikan marah. Tanggungjawab perbuatan.

Yus Man
kedua-dua menggambarkan sifat, Marah bermaksud perbuatan atau sifat bengang, berang dan sebagainya. Tanggungjawab bermaksud perbuatan atau sifat yang memerlukan komitmen yang ada pada seseorang.

Di sini saya sertakan bagaimana hendak mengawal marah:

Islam menganjurkan beberapa perkara untuk membendung perasaan dalam keadaan marah :

1) Berdiri, duduk dan baring
Hadis riwayat Imam Ahmad

” Jika seseorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia baring ”.

2) Mengambil wuduk

Hadis riwayat Abu Daud

” Sesungguhnya syaitan itu daripada api dan sesungguhnya dipadamkan api itu dengan air, maka apabila seseorang kamu marah, maka ambillah wuduk ”.

3) Berzikir, bertasbih dan membaca al-Quran

Surah Ar-Ra’d ayat 28

” (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan ’ zikrullah’. Ketahuilah ’ zikrullah ’ itu, tenang tenteramlah hati manusia ”.

Reactions:

1 comments:

  1. Pelbagai sudut kita boleh lihat untuk membezakan antara marah dan tanggungjawab. Kita lihat dari sudut rumah tangga. Bagi rumah tangga yang sudah mempunyai cahaya mata. Lidah mana tidak digigit dan bumi mana tidak ditimpa hujan. Jika sepasang suami isteri bertengkar maka masing-masing akan marah. Kemarahan itu akan dibawa-bawa kadang-kadang lupa tanggungjawab

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.