COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

7 KELAKUAN TERSEBUNYI WANITA YANG TIDAK DISUKAI LELAKI

Sibuk atau tidak sibuk ternyata tidak berpengaruh pada anggapan wanita itu pegotor atau tidak. Ya, kerana kebiasaan lah yang menentukan kesedaran seorang wanita pada kebersihan dan pentingkan kekemasan tempat tinggal dan barang-barangnya. Kebiasaan ini juga dipengaruhi lagi oleh persekitaran tempatnya membesar berkembang dulu dan bagaimana dia dididik untuk kebersihan dan pentingkan kekemasan.

Cuba periksa beberapa kebiasaan yang berjaya direkod oleh wanita ini, apakah anda juga melakukannya? Kebiasaan-kebiasaan ini sepertinya 'lelaki',  tetapi jangan terkejut kerana banyak juga wanita yang melakukannya!

1. Pakaian bekas diguna

Pakaian yang baru saja dipakai sering diletakkan begitu saja di tempat di mana anda melepaskannya, dan mungkin ketika anda mencuci atau semasa ingin menggunakannya lagi anda baru menemuinya! Selain berselerak, simpanan yang sembarangan ini boleh merosakkan warna pakaian kerana cendawan dan kotoran yang melekat terlalu lama.

2. Mengumpul cucian pinggan mangkuk

Dengan alasan sekali jalan mencucinya, pinggan mangkuk kotor dilonggokkan bersama sisa-sisa makanan di tempat cucian. Niatnya sebelum tidur anda akan membersihkannya, tapi seringkali terlepas kerana ketiduran. Padahal kebiasaan ini dapat memanggil semut, tikus, dan pelbagai macam kulat yang membesar di sisa-sisa makanan, yang tentu saja tidak sihat untuk kesihatan dan kebersihan anda.

3. Mengemaskan tempat tidur

Nanti saja mengemasnya, itu juga dipakai tidur sendiri. Mungkin itu alasan yang digunakan oleh para wanita ini untuk meninggalkan tempat tidur mereka dalam keadaan berselerak di pagi hari dan malas mengemaskan di malam hari.

4. Meletakkan barang sembarangan 

 Tidak hanya barang-barang yang perlu disimpan, bungkusan kosong pun anda letakkan di mana sahaja (walaupun anda pun tidak ingat!). Untuk barang-barang yang perlu disimpan, tentu ini menyukarkan ketika ingin mengambilnya lagi. Sedangkan jika itu bungkusan kosong, sekalipun bersih, tetap saja menjadi sampah untuk rumah anda. 

 5. Memenuhi tempat kosong

Diakui atau tidak, ramai wanita yang tanpa sedar tidak boleh membiarkan meja atau atas peti tempat peribadi mereka kelihatan kosong. Disebabkan itu anda terburu-buru meletakkan atau memindahkan barang, tanpa berfikir panjang tempat-tempat kosong itu akan diisi dengan kertas-kertas dan barang-barang lain. 

6. Tidak menghabiskan makanan

Hanya memakan sedikit makanan kerana takut berat badan bertambah, dan kemudian meninggalkannya entah untuk dihabiskan siapa adalah salah satu kebiasaan yang menyusahkan juga. Jika dibiarkan, tentu makanan itu akan menjadi sampah, mengundang bau yang tidak sedap dan semut.

7. Membiarkan bilik mandi kotor

Walaupun hanya digunakan sekali sekala saja dalam satu hari, bilik mandi adalah tempat yang mudah kotor dan harus selalu dibersihkan. Membersihkan bilik mandi memang memerlukan kemahuan dan keberanian untuk basah dan menyentuh tempat-tempat yang sepertinya kotor, tetapi jika anda tidak mempunyai pembantu untuk membersihkannya tentu anda harus membersihkannya sendiri.

Reactions:

1 comments:

  1. Cuba periksa beberapa kebiasaan yang berjaya direkod oleh wanita ini, apakah anda juga melakukannya? Kebiasaan-kebiasaan ini sepertinya 'lelaki', tetapi jangan terkejut kerana banyak juga wanita yang melakukannya!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.