اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KOMUNIS FAHMI REZA DIHARAM MASUK SARAWAK

FAHMI REZA MENGADU DOMBA DAN KOMEN ORANG SARAWAK.. HAK DIA MANA.. HAK TUI...
LINK INI :  KLIK SINI

FAHMI MENUNJUKKAN SURAT ARAHAN TIDAK MEMBENARKAN BELIAU MASUK SARAWAK...
LINIK INI : KLIK SINI

SEMUA LINK YANG DIBERI ATAS ADALAH PROVOKASI BAGI MERENGGANGKAN PENYATUAN NEGARA.

Soalan 1 : 
Benarkah Fahmi Reza ini komunis atau pro komunis ?

Blog Jalan Juang telah menulis tentangnya di sini jalanjuang 

Melalui pengamatan dari jauh, cuma dengan melompat-lompat dari satu website ke website yang lain, dari satu blog ke blog yang lain, dapat dilihat dengan ketara, Fahmi Reza yang berbakat ini agak pro-komunis. Atau mungkin pro-Marxism. Atau pro-sosialis. Atau yang seangkatan dengannya.

Projek-projek yang dibuat setakat ini menampakkan seolah-olah Fahmi Reza cuba menjaja ideologi Marxism dengan memanipulasi elemen perjuangan penyokong parti alternatif Malaysia dan semangat kebangkitan mahasiswa. Dia sepertinya cuba menghidupkan pengaruh Marxism dengan me’revive’ kembali perjuangan pra-kemerdekaan dan era komunis zaman darurat.
Seperti mana Faisal Tehrani cuba menampakkan keunggulan syiah dalam karya-karya sastera beliau, begitu jugalah nampaknya Fahmi Reza cuba mengiklankan Marxism-Communism dalam projek-projeknya. Sasarannya sama iaitu anak-anak muda yang penuh dengan aspirasi.  Kerana sesungguhnya,  kebangkitan sentiasa bermula dengan anak muda.
Memang menjadi fitrah manusia, bila mana sistem sedia ada dilihat telah kecundang dalam mengurus masyarakat, dengan kebobrokan sosio-ekonomi dan politik yang penuh dengan korupsi-nepotisme, masyarakat akan mencari-cari alternatif dalam mentaghyir status quo tersebut. Golongan yang paling berkelayakan untuk melakukan taghyir ini tak lain tak bukan, anak muda.
Jelas sistem sedia ada kini sudah tidak relevan. Masyarakat mencari-cari alternatif untuk menggantikan sistem sedia ada. Antara yang terlihat adalah Marxism-Communism. Sebuah ideologi yang pernah ‘menyelamatkan’ manusia dari sistem monarki-autokrasi-hagemoni kurun ke 20. Hari ini, setelah neo-kapitalisme gagal, Marxism-Communism mungkin menjadi pilihan.
Bagi kita yang meyakini sistem Islam adalah yang terbaik, kita yakin Islam mesti menjadi pengganti. Tapi bagi anak-anak muda yang penuh dengan aspirasi, dijolokkan lagi dengan semangat revolusi, mereka hanya memandang sistem Islam sebagai alternatif celah gigi. Ditambah dengan puak-puak ‘Islamist’ yang tak habis-habis berbalah, approach yang tradisionalis, mentaliti yang ortodox – maka Islam tidak menjadi pilihan.
Siapa pun Fahmi Reza, jika idelologi Marxism-Communism-Maoism yang dibawa, dia harus ditentang. Bukan dengan kuasa, tapi dengan hujah. “Ideas are bullet proof”, kata V. Para pendokong dakwah Islam perlu lebih peka dengan keinginan masyarakat dan perlu bijak mendekati mereka. Tawassul ijtimaei’ harus lebih mantap – dengan approach yang super duper youth-friendly.
Seterusnya mari kita tengok hasil buah tangan beliau :




Mana gambar Fahmi Reza ?


Menurut blog kerispusakamelayu bertarikh 19 Oktober 2010

si Fahmi Reza ini mempunyai agenda pemikiran selari Chin Peng. Fahmi Reza yang kini berusia lingkungan 30 tahun ini popular sebagai penghasil filem bebas iaitu “10 Tahun Sebelum Merdeka” dan “Revolusi48″. filem “dokumentari” bebas katanya itu lebih menjurus mencari dan menemubual mereka dari aliran Komunis.  sudah tentu ‘status-quo’ garapannya ‘bias’ ke arah komunisme. bagi hamba, ini semua kerana anak pascamerdeka ini tidak jujur dan tulus dalam pembacaan dan kajian sejarahnya. lihatlah sendiri promo-poster filemnya. terang-terangan menonjolkan imej2 

Fahmi Reza dipercayai dibiayai oleh Pusat Komas.

 


Pada 16 dan 17 Oktober 2010, KOMAS dan kerajaan negeri Selangor telah menganjurkan Freedom Film Festival di PKNS. Rodziah Ismail (Exco Kerajaan Negeri Selangor) telah datang merasmikan festival tersebut. Turut hadir dalam festival itu adalah beberapa aktivis hak asasi dari Amnesty International serta Hishamuddin Rais. Festival ini sebenarnya ditaja oleh Kondrad Adenauer Stiftung (KAF), sebuah yayasan Yahudi yang beribu pejabat di Berlin, Jerman. 

Baca artikel ini tentang bahaya KAF. Filem yang dipertontonkan banyak berat sebelah dengan hanya menuduh kerajaan pusat sebagai autokratik. "

Seterusnya anda boleh baca kupasan bagaimana gerakan diketuai Fahmi Reza ini cuba membawa fahaman liberal mengikut Barat dengan bantuan Khalid Ismath yang jelas ada kaitan dengan Syiah. Mereka ini juga dipercayai mendapat bantuan kuasa asing.




Baca pula kupasan dari AIDC di sini anwaraidc.com

Occupy Dataran : Simbol Mahasiswa Diperalat Pengaruh Asing


Mahasiswa umumnya diketahui sebagai seorang yang mempunyai idealisme yang tinggi seiring dengan ketinggian ilmu yang tertanam didalam jiwa mereka. Mereka adalah satu kelompok yang berjiwa besar, prihatin dan merupakan aset berharga kepada pembangunan negara di masa hadapan. Ini dibuktikan lagi dengan kepelbagaian gerakan mahasiswa diwujudkan bagi mencapai aspirasi yang digalas oleh mereka.
Zaman bergerak pantas menyebabkan pelbagai ideologi timbul dan menyebabkan pelbagai kekeliruan kepada mahasiswa khususnya mahasiswa Islam dan pada masa kini, ideologi liberal yang dipelopori barat telah mula menampakkan kesannya kepada gerakan mahasiswa di dalam negara.
Secara ringkas, liberalisme adalah seruan yang menuntut kebebasan manusia dan memperjuangkan kefahaman egalitarian atau dalam bahasa yang lebih mudah; seruan kesamarataan. Seseorang yang liberal juga mendokong hak kebebasan beragama serta mengamalkan apa yang dipercayai selaras dengan prinsip rasional seseorang.
Berada di alam kampus membolehkan saya membuat pemerhatian terhadap realiti yang melanda mahasiswa semasa,membimbangkan apabila melihat berkembangnya kefahaman-kefahaman bercorak negatif bersarang dijiwa segelintir mahasiswa. Kewujudan laman sosial seperti ‘facebook’ dan ‘twitter’memburukkan lagi keadaan apabila ia menjadi medium utama penyebaran fahaman-fahaman ini.
Tiada apa yang mampu saya lakukan melainkan terpaksa berterus-terang.
Salah satu platform atau gerakan yang semakin menapak di kalangan mahasiswa yang boleh saya jadikan contoh di sini adalah ‘OccupyDataran’ yang berakar-umbikan ideologi liberal, telah mencetuskan satu ‘pandemic’ baru dalam kalangan mahasiswa.
Secara ringkas, Occupy Dataran adalah satu kesinambungan Occupy Movement yang terinspirasi daripada protest di Tahrir Square.Terkenal dengan cara pemakaian topeng Guy Fawkes, mereka adalah generasi yang mengimpikan demokrasi dalam konteks yang lebih luas. Seruan yang dilaungkan gerakan ini supaya mencetuskan satu budaya politik melebihi bangsa, ideologi, kepercayaan, jantina serta afiliasi politik.
Menurut sumber, Occupy Dataran bukanlah satu bentuk organisasi tetapi sebuah platform yang tidak punya pemimpin dan ahli, tiada siapa punya autoriti kepada yang lain. Kesemuanya sama rata, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Masing-masing bebas meluahkan rasa dan bebas membuat keputusan ketika sesi persidangan berlangsung.
Apa yang parahnya adalah apabila terdapat unsur liberalisasi dalam banyak hal. Kata mereka sebagai contoh, keputusan yang diputuskan pada sesi persidangan adalah hasil perbincangan yang punya hujah yang konkrit. Namun begitu, keputusan yang dibuat melalui hujah konkrit tetapi tanpa dasar ilmu yang kuat bukanlah suatu keputusan yang benar dan haq.
Selama persidangan, keputusan yang dibuat hanya berdasarkan logik akal semata, emosi dan perasaan, pembacaan yang tiada kesahihan sumber, dan hanya berasaskan suara majoriti. Semakin bahaya apabila keputusan yang dibuat tanpa mereka perlu bertanggungjawab ke atasnya kerana ahli “syuro” boleh daripada sesiapa sahaja yang hadir serta boleh keluar dan berlepas tangan daripada menjadi ahli “syuro” tanpa ada apa-apa kebertanggungjawaban daripada dirinya. Kesemua ini adalah LIBERAL!!
Bahkan ia tidak terlepas daripada kecelaruan yang sangat serius, iaitu ia merupakan satu platform yang tiada kejelasan agenda. Masing-masing boleh mengisi agenda tanpa ada saringan fikrah dan kredibiliti. Andai yang menetapkan agenda adalah mereka yang ingin memusnahkan islam, yang ingin menghancurkan ummat, membawa fikiran dan aqidah yang salah malahan sesat, adakah ummat islam akan membiarkan sahaja perkara begini? Analogi mudah, seperti membiarkan “butang” melancarkan bom nukleur yang diletakkan di dataran merdeka yang bebas untuk ditekan oleh sesiapa sahaja.
Pada penglihatan saya adalah sesuatu yang membahayakan jika arus ini dibiarkan begitu sahaja. Setelah umum mengetahui terdapat gerakan mahasiswa yang diketuai oleh individu yang berkefahaman syiah, mampukah gerakan mahasiswa arus liberal yang dibawa oleh ‘Occupy Dataran’ ditangani oleh mahasiswa Islam?
Adakah mahasiswa Islam kini mahu menoleh kebelakang dengan mendokong kefahaman sekular yang dibawanya dengan menjemputnya dipelbagai demostrasi dan forum mahasiswa? 

Bahkan, penglibatan Fahmi Reza (pendokong kuat gerakkan ‘Occupy Dataran’) dalam ‘Punk Forum :Apakah Peranan Punk Dalam Masyarakat’ dan tayangan filem ‘Taqwa Core: The Birth of Punk Islam’, menimbulkan lagi persoalan, adakah Fahmi mahu mendidik masyarakat mengikut acuan barat? Fahmi merupakan seorang designer yang dahulunya menuntut di USA. 
Tidak peliklah Blog Angin Perubahan menyiar gambar (kanan) peserta Occupy memakai topi komunis anginperubahan


Sebelum beredar jom tengok video Fahmi Reza berdemo di Dataran Merdeka yang memaparkan peserta mahasiswa lelaki bercampur perempuan tengah malam termasuklah yang memakai purdah :





Opss sebelum terlupa soalan terakhir mana bukti Fahmi Reza ada di Dataran Merdeka ? 

Klik link ini anwaribrahimblog




Terima kasih atas membaca dan lebih lagi jika menyebarkannya...
DI  ubah sikit serta dan sumber DARI : penembak-tepat.com

SHILA AMZAH GONCANG GELOMBANG ASIA

PROFIL

Nama Sebenar: :
Nur Shahila Binti Amir Amzah

Nama Komersial:
Shila

Nama Lain-Lain:
Shila Tekno (nama ketika kanak-kanak), Sha-Hila (nama ketika remaja), Sheila Amzah(nama paling latest)

Tarikh Lahir:
13 Ogos 1990

Umur:
22 Tahun pada Tahun 2012

Asal:
Kuala Lumpur, Malaysia

Alat Muzik:
Gitar & Key Board

Pencapaian:
Naib Juara One In A Million (OAIM) musim ke-2

Album:
Sha-hila (EMI, 2005), Ost 5 Jingga (EMI, 2008), Bebaskanlah (Monkey Bone, 2009), 3 Suara (bergandingan dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor-2011)

Di bawah ini merupakan video shila hamzah sepanjang beliau menyanyi dalam Asian Wave 2012 di mana beliau menjadi Juara dan membanggakan seluruh rakyat Malaysia.



Lagu mengikut urutan persembahan :
  1. Set Fire To The Rain - Adele
  2. Forever Love - Leehom Wang
  3. Gemilang - Jaclyn Victor
  4. Grenade - Bruno Mars
  5. ( Singer ) Zheng Fu - Na Ying ( Singer )
Simplified Translation ( In English ) :-
1st judge commented :
I'm not ready to comment as my heart still sinking into Shila's song. As for Hua Zhong - U need to learn from both of them because they are already beyond love for music. As for Chan, he's uniquely deliver it beautifully by portraying in unisex way. As for Shila, she's amazingly related herself into her song even though she doesn't know Chinese. She's truly won our hearts. Thanks to both of u. As for Chan, I've been in music industry for 20 yrs, I still need to learn from u. Thank You.

2nd judge commented :
Sorry, I forgot to stand up. I'm having headache after the great shows. As for Hua Zhong, I listen to your amazing unique voice so many times and I like it so much. U should be handsomely rewarded. As for Shila, u have all the WOW factors that most extraordinary singer has such as Ah Mei and u are the 2nd best singer that I've ever met in Asia. As for Chan, u are a risk taker and capable of changing any song including Lady Gaga song. U have so much talents and creativity inside u.



FENOMENA GEDIK "SORE EYES" BERJANKIT (AWAS!!)


Ini adalah video asal yang menyebab fenomena pelik dalam alam youtube. Jumlah penonton melebihi 300 ribu. Mula-mula tengok memang gedik giler tapi lama-lama ketawa. Lucu giler. mak ai..

Video ini pula adalah prodogy ataupun balasan video di atas. Memang boleh blah la pelakon dia. Terbahak-bahak dibuatnya. ini bukan sore eyes tetapi soreketiak..

Ini pula versi karton. Video ni dibuat khas untuk Nur Feetri yang macam itit. Video ni cakap.. bukan saya yang cakap.

Video ni pulak memang hantu giler. Bayangkan lelaki buat bersungguh-sungguh sore eyes. Melampau.. ha ha..

Video ini pula biasa-biasa jer.. tetapi memang melampau.. ha ha

Video ini entah apa entah. Sukati dia jer. Tak ekot protokol sore eyes langsung. ha ha.. memang  lawak..

Video ni pun boleh blah la.. melampau.. terbahak-bahak aku dibuatnya.. dengan efek suara yang seram...

Video ini menggunakan kesan khas. tengok lah sendiri ekkkkk

PETUA MEMBINA PASUKAN HEBAT

Kaedah "Siapa kau + Siapa aku = Itulah kita"

Setiap hari anda bekerja secara berpasukan. Sama ada anda murid sekolah, guru, pegawai kerajaan, eksekutif korporat, pengarah urusan syarikat, pelabur, pemain bola, suri rumah, mahasiswa IPT ataupun sesiapa sahaja, anda tidak dapat lari daripada kerja secara berpasukan.

Kaedah KAK adalah satu kaedah yang menekankan aspek mengenali antara satu sama lain secara mendalam. Konsepnya mudah sahaja, anad mengenali diri anda, rakan anda mengenali diri anda dan anda mengenali diri rakan anda. Maka terhasillah satu kombinasi dan keselarasan iaitu sebuah pasukan. Semakin mengenali antara satu sama lain, semakin berkesan kerja perpasukan anda.

Memahami antara sesama ahli ditekankan faktor utama bagi membentuk sebuah pasukan yang berkesan. Apabila semua saling memahami, setiap ahli kumpulan akan bekerja dan dilihat sebagai kita, bukan lagi individu-individu yang berbeza. Sebab itu saya menamakan kaedah ini sebagai aku + Kau = Kita.

Kaedah ini menekankan aspek kemanusiaan, yang mana faktor memahami psikologi sesama ahli memainkan peranan yang penting. Antara kaedahnya adalah dengan menggalakkan perbincangan secara terbuka dan tidak formal berkenaan perhubungan dan perasaan. Kerana daripada perbincangan seperti ini, rakan-rakan anda dapat membina kepercayaan dan dengan sendiri anda dapat membina gerak kerja berkumpulan yang berkesan.

Mengikut Carl Roger, seorang pakar psikologi yang juga dikenali sebagai "bapa kaunseling" pernah menyebutkan, ada dua asas keperluan psikologi yang diperlukan oleh manusia. Dua asas itu adalah:
  1. Pemberian psikologi yang baik. Contohnya seperti kasih sayang, perhatian dan penghormatan.
  2. Keupayaan kendiri. Iaitu keperluan merealisasikan dan mengupaya potensi dan kemampuan diri sendiri.


Sekiranya kedua-dua asas ini dapat dipenuhi, secara psikologinya manusia itu berasa puas. Seseorang itu sentiasa ingin dikasihi dan dicintai oleh orang lain. Manusia juga sanggup berusaha supaya dia diterima dan diiktiraf oleh orang lain. Sebab itu manusia gemarkan pujian dan penghormatan. Individu juga sentiasa berusaha melakukan keinginan dan kemampuan diri supaya menjadi kenyataan.

Sekiranya seseorang itu tidak mendapat pemberian psikologi yang cukup, menurut roger, ia mengganggu proses keupayaan kendirinya. Keupayaan kendiri ini penting bagi memberi keyakinan berkaitan kemampuan sebenar seseorang itu. Ia juga menjadi daya pendorong dan motivasi kepada seorang bagi meneroka lebih jauh keupayaan diri sendiri. Sekiranya salah satu asas ini pincang, perkembangan orang itu akan terbantut dan menjejaskan perkembangan kumpulan secara keseluruhan.

PROVOKASI KES BUNUH SALAHKAN MUSLIM DI LAWAS SARAWAK

Masyarakat Lum Bawang yang tinggal di sekitar Lawas tentu mengetahui kejadian ini , dimana seorang pemuda Lum Bawang yang bernama Edwin Singa Pelipus telah dibunuh dengan kejam mengunakan objek pemutar skrew terlebih dahulu dilanggar dan dibunuh pada Sabtu lalu iaitu 21 September 2012. Mendiang Edwin hanyalah berumur 19tahun.

Namun begitu terdapat individu di dalam laman sosial membuat provokasi dengan menyatakan bahawa kes pembunuhan tersebut adalah disebabkan oleh orang muslim. Berikut ialah kenyataan provokasi tersebut:

"Forensic squad from miri investigating the death of an innocent christian boy killed by fanatic muslim last night in Lawas.."

Translate:
"Pasukan forensik dari miri sedang mengenal pasti pembunuhan seorang budak lelaki penganut kristian yang dibunuh oleh orang muslim yang fanatik di lawas"

Saya bagaimanapun telah membuat amaran kepada individu tersebut supaya mengubat kenyataannya dan memberitahu perkara sebenar atau saya akan laporkan kenyataannya kepada Biro Pengaduan Awam. Saya berharap individu tersebut segera memadam kenyataan tersebut dan jika pembaca bertemu dengan kenyataan tersebut sila beri amaran dan report kepada facebook.

Print Screen Individu yang membuat provokasi


Menurut laporan lain menyatakan bahawa pembunuhan tersebut dilakukan oleh 4 hingga 5 orang dan suspek masih disiasat. Suspek juga dipercayai di bawah pengaruh dadah jenis syabu. Menurut laporan lain juga, di Lawas dadah jenis ini mudah untuk didapati.

Print Screen kejadian sebenar yang dilaporkan




MISTERI ANNUNAKI (BANGSA LANGIT)

Rasulullah pernah mengisyaratkan, tentang keberadaan seorang manusia “Penghuni Langit”, yang bernama Uways (Uwais) Al Qorni.

Rasulullah SAW bersabda : “Kalau kamu ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qorni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.” Sesudah itu beliau, memandang kepada Ali bin Abi Thalib r.a. dan Umar bin Khattab r.a. lalu bersabda : “Suatu saat apabila kamu bertemu dengan dia mintalah do’a dan istighfarnya, karena dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”

Uwais adalah seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, dengan kulitnya kemerah-merahan. Pemuda dari Yaman ini tak punya sanak saudara kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan menderita lumpuh. Untuk mencukupi kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing.

Mayoritas Ulama berpendapat, istilah “Penghuni Langit” yang disandang oleh Uwais, disebabkan oleh baktinya yang sangat luar biasa kepada ibunya.



Misteri Uwais, manusia langit dari Yaman

Suatu ketika, Uwais al-Qorni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah dan akhirnya bertemu dengan Umar ra dan Ali bin abi Thalib. Saat itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan bantuan wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya.

Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qorni telah meninggal dunia. Anehnya, pada ketika dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang tak dikenali yang berpusu-pusu untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafannya..

Demikian pula ketika masyarakat pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Dan Abdullah bin Salamah menjelaskan, “ketika itu aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya. Lalu aku bermaksud kembali ke tempat penguburannya untuk memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tak terlihat lagi adanya bekas kuburannya”. (Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang dalam satu pasukan, bersama Uwais al-Qorni di masa pemerintahan Umar Ibnu Khattab r.a.).

Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tak dikenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang.



Manusia “Penghuni Langit” = Alien dari Planet Nibiru ?

Entah kebetulan atau tidak, ciri-ciri fizik Uways sangat mirip dengan ras Kaukasia, yang oleh beberapa kalangan dikatakan mewarisi ciri fisik bangsa Anunnaki, Alien dari Planet Nibiru. Menurut kalangan UFOLOGI, Anunnaki terdiri dari tiga ras alien, yaitu Saurian atau Reptoid (bangsa Reptil bertubuh manusia raksasa), Agharian atau Nordic (bangsa yang mirip dengan manusia Kaukasian), dan Zeta (jenis alien Grey) yang tinggal di wilayah bintang Zeta Reticula.

Meskipun Islam, tidak menolak kemungkinan adanya makhluk lain, di luar bumi. Namun tidak serta merta kita menyatakan, Uways sesungguhnya Alien, yang tersasar di bumi ini.

Benarkah Planet Nibiru, yang dihuni bangsa Anunnaki itu ada? Atau hanya cerita dongeng dari Bangsa Sumeria? Jika Uways adalah Alien, bagaimana dia boleh sampai ke Yaman? Apakah ia datang melalui pintu Wormhole? 

Ke-shahihan kisah Uways Al Qorni, juga harus diteliti lagi. Hal tersebut, dalam upaya untuk menghindari cerita-cerita dongeng bangsa Sumeria kuno, masuk ke dalam khasanah keilmuan umat muslim.

Andaikan semua kisah tentang Uways adalah sebuah fakta, penjelasan yang paling logik saat ini adalah, Uways Al Qorni adalah seorang keturunan bangsa Kaukasia, yang tinggal di negeri Yaman. Baktinya terhadap ibunya, telah memberi kemuliaan kepada dirinya, digelari “Penghuni Langit” oleh Rasulullah.

WaLlahu a’lamu bishshawab

AWASI PERKARA REMEH YANG MEROSAKKAN

Hillary dan sebutir pasir

Hillary adalah penakluk pertama Mount Everest, puncak tertinggi dunia di pergunungan Himalaya, Sir Edmund Hillary, pernah ditanya wartawan apa yang paling ditakutinya dalam menjelajah alam. Dengan tenang dia menjawab, tidak takut pada binatang buas, jurang yang curam, bongkah ais gergasi ataupun padang pasir yang luas dan gersang sekalipun.

Lalu mereka bertanya, "jadi, apakah ia?" "Sebutir  pasir yang terselip di celah-celah jari kaki," kata Hillary.

Wartawan menjadi hairan, tetapi Hillary meneruskan kata-katanya, "Sebutir pasir yang masuk di celah-celah kali sering sekali menjadi awal bala petaka. Ianya boleh masuk ke kulit kaki atau menyelusup masuk ke dalam kuku. Lama-lama jari kaki terkena jangkitan kuman, lalu membusuk. Tanpa disedari kaki anda tidak dapat bergerak lagi. Itula mala petaka bagi seorang pendaki dimana dia terpaksa di angkat oleh orang lain." Wartawan lain hanya tersenyum memikirkan kebenaran kata-kata Hillary itu.

Pokok gergasi yang tumbang

Beberapa tahun yang lalu, para pengkaji tumbuhan menemui bangkai sebatang pohon besar di lereng Long's Peak, Colorado. Selepas kajian dibuat, fakta menunjukkan perkara-perkara berikut:
  1. Pokok itu berusia 400 tahun..
  2. Ia mula tumbuh semasa Christoper Columbus mendarat di San Salvador.
  3. Ia sudah pun setengah umur semasa kaum Pilgrims atau penjajah British menduduki Plymouth pada 1620.
  4. Sepanjang hayatnya, ia pernah disambar petir sebanyak 14 kali.
  5. Ia juga pernah diserang ribut beribu-ribu kali
Namun, pokok gergasi itu tetap utuh dan kukuh. Bencana-bencana hebat itu tidak dapat mengalahkannya. Saudara tahu apakah yang menyebabkan ia tumbang?

Jawapannya, kerana diserang oleh sekumpulan kumbang kayu. Kumbang itu terlalu kecil apabila dibandingkan dengan pohon gergasi itu, tetapi disebabkan olehnya, kekuatan yang hebat pun boleh jatuh tersungkur!!

Jadilah seperti pendulang emas

Dalam urusan harian, saudara perlu bertindak seperti pendulang emas. Ada perkara remeh yang saudara tidak perlu layan iaitu pasir-pasir lumpur yang saudara mesti singkirkan daripada dulang. Ada juga perkara-perkara kecil yang saudara ambil berat iaitu ketul-ketul emas yang tenggelam di dasar. Dalam kerja seharian pun begitu juga. Ada perkara remeh yang yang anda tidak perlu ambil tahu, tetapi dalam masa yang sama ada juga perkara remeh yang mesti dikendalikan. Sekiranya tidak, ia merosakkan keseluruhan hasil usaha saudara selama ini.

Secara ringkasnya, jangan terlalu leka dan sambil lewa dengan beberapa perkara kecil yang boleh memusnahkan saudara. Tetapi dalam masa yang sama, saudara juga tidak perlu membazirkan masa saudara mengendalikan perkara-perkara tidak penting yang dapat dilakukan oleh orang lain., bahkan ada perkara yang saudara tidak perlu ambil tahu pun. Tumpukan kepada emas dan abaikan lumpur-lumpur yang mengotorkan.

Renungkan lima perkara di bawah
  1. Adakah anda selalu memberi dorongan kepada rakan sepasukan supaya bekerjasama? Mereka memerlukan dorongan anda.
  2. Pernahkah anda berazam hendak membina pasukan kerja yang hebat?
  3. Sedarkah, kita perlu meniru semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh makhluk tuhan yang kecil seperti lebah dan semut?
  4. Andainya anda tiada harta ataupun duit untuk diberikan hadiah kepada orang lain, berilah senyuman ataupun pujian sebagai penggantinya.
  5. Berapa kerap saudara turun padang berjumpa dan membantu rakan sepasukan anda?

Kredit:
Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof
55 petua orang berjaya (edisi kemas kini)

IRAN DAN ISRAEL DI AMBANG PEPERANGAN

TEHRAN: Serangan Israel terhadap Iran sudah pasti berlaku tetapi Republik Islam itu sudah bersedia dan negara Yahudi itu akan musnah.

“Perang akan berlaku tetapi tidak pasti di mana dan bila,” kata Ketua Pengawal Revolusi, Jeneral Mohammad Ali dalam wawancara “Mereka berpendapat hanya perang saja boleh menghalang kita. Tetapi, mereka begitu bodoh hingga Amerika Syarikat terpaksa menyekat mereka.

“Jika mereka memulakan serangan, ia sudah pasti menjadi permulaan kepada kemusnahan mereka. Ia akan berakhir dengan Israel lenyap dari muka bumi ini,” katanya.

Ini kali pertama Iran mengaku kemungkinan sengketa bersenjata dengan Israel akan meletus. Republik Islam itu sebelum ini menganggap senario seumpama itu sebagai karut.

Israel, satu-satunya negara Asia Barat yang dipercayai memiliki senjata nuklear, berulang kali mengancam untuk melancarkan serangan udara terhadap loji nuklear Iran yang didakwanya bertujuan menghasilkan senjata atom.

Iran menegaskan, program nuklearnya hanya bertujuan untuk keamanan. - AFP

TENTERA PENGGODAM MENGGANAS (RENTETAN FILEM HINA ISLAM)

RIYADH: Penggodam dari beberapa negara Arab yang menggelar diri mereka ‘Tentera Elektronik Arab’ menyerang beberapa laman web Barat, semalam kerana membantah filem anti-Islam, ‘Innocence of Muslims.’

Seorang penggodam dari Maghribi, Ridouan, memberitahu wartawan Al-Arabiya, tindakan itu dilakukan untuk membela Nabi Muhammad (SAW) dan Islam. “Penggodaman itu ialah tindak balas terhadap penghinaan ke atas Rasulullah (SAW),” katanya.

Menurutnya, dia mendapat sokongan daripada penggodam muda Muslim, termasuk rakan senegara, Abdel Hak, Wesker Hacker dari Arab Saudi, Alaa dan Khaled dari Syria.

Penggodam berkenaan memasukkan ayat suci Al-Quran dan video berjudul ‘Kebenaran mutlak mengenai Muhammad (SAW)’ pada laman yang mereka godam. - Agensi

DIPECAT KERANA SENYUM

SHAANXI: Kerana tersenyum di tempat kemalangan sebuah bas yang meragut 36 nyawa, seorang pegawai keselamatan dipecat.

Pegawai wilayah Shaanxi berkata, mereka bertindak memecat Yang Dacai atas tuduhan salah laku selepas gambar menunjukkan dia tersenyum ketika melawat kawasan kemalangan di Yan’an, tersebar di Internet.
gambar hiasan

Menurut mereka, gambar yang dirakam pada 26 Ogos itu menunjukkan Yang tidak mempunyai perasaan simpati terhadap mangsa.

Gambar itu turut mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Saya begitu sedih apabila tiba di tempat kejadian. Pegawai bawahan saya kelihatan gementar ketika meyampaikan butir kejadian kepada saya. “ Saya cuba mententeramkan mereka dan ketika cuba berbuat demikian, saya tersenyum,” katanya, cuba membela diri. - DM

KISAH ABU HURAIRAH R.A DARI BURUH JADI MAJIKAN

Abu Hurairah ra.sangat mencintai Nabi. Sampai-sampai dia memilih dipukul Nabi karena melakukan kekeliruan ketimbang mendapatkan makanan yang enak. "Karena Nabi menjanjikan akan memberi syafaat kepada orang yang pernah merasa disakitinya secara sengaja atau tidak," katanya.

Begitu cintanya kepada Rasulullah sehingga siapa pun yang dicintai Nabi, ia ikut mencintainya. Misalnya, ia suka mencium Hasan dan Husain, karena melihat Rasulullah mencium kedua cucunya itu.

Ada cerita menarik menyangkut kehidupan Abu Hurairah ra.dan masyarakat Islam zaman itu. Meski Abu Hurairah ra.seorang papa, boleh dibilang tuna wisma, salah seorang majikannya yang lumayan kaya menikahkan putrinya, Bisrah binti Gazwan, dengan lelaki itu. Ini menunjukkan betapa Islam telah mengubah persepsi orang dari membedakan kelas kepada persamaan. Abu Hurairah ra.dipandang mulia karena kealiman dan kesalihannya. Perilaku islami telah memuliakannya, lebih dari kemuliaan pada masa jahiliah yang memandang kebangsawanan dan kekayaan sebagai ukuran kemuliaan.

Sejak menikah, Abu Hurairah ra.membagi malamnya atas tiga bagian: untuk membaca Al-Quran, untuk tidur dan keluarga, dan untuk mengulang-ulang hadis. Ia dan keluarganya meskipun kemudian menjadi orang berada tetap hidup sederhana. Ia suka bersedekah, menjamu tamu, bahkan menyedekahkan rumahnya di Madinah untuk pembantu-pembantunya.

Tugas penting pernah diembannya dari Rasulullah. Yaitu ketika ia bersama Al-Ala ibn Abdillah Al-Hadrami diutus berdakwah ke Bahrain. Belakangan, ia juga bersama Quddamah diutus menarik jizyah (pajak) ke Bahrain, sambil membawa surat ke Amir Al-Munzir ibn Sawa At-Tamimi.

PENDEKATAN PENTING SEMASA TEMU JANJI PELANGGAN

Berikut adalah beberapa pendekatan penting yang boleh anda ikuti semasa anda melakukan temu janji dengan pelanggan anda:

Anda harus kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar. Anda hanya perlu bercakap 20% dan biarkan 80% lagi percakapan dilakukan oleh pelanggan anda. Berikan juga tumpuan anda kepada 80% lagi untuk mendengar.

Apabila bercakap, anda harus melakukannya dalam bentuk pertanyaan dan soalan. Ia mestilah mengulang kembali pernyataan yang diberikan oleh pelanggan anda. Ini bagi menunjukkan kepada pelanggan bahawa anda memahami keadaan mereka dan pada masa yang sama pelanggan mengesahkan apa yang mereka katakan kepada anda.

Habiskan banyak masa anda dalam temu janji ini dengan mencari sama ada pelanggan mempunyai keperluan, kehendak atau masalah untuk dipenuhi atau diselesaikan.

Jelaskan kepada pelanggan bahawa anda ingin membantu mereka menikmati pulangan nilai daripada pembelian mereka.

Tanyakan soalan berbentu open-ended dan soalan-soalan secara tidak langsung bagi mendapatkan atau mengetahui keperluan atau kehendak pelanggan.

Jangan bertanya kepada pelanggan anda apakah yang mereka ingin beli, tetapi dapatkan keperluan mereka dan cadangkan apakah pembelian terbaik untuk mereka.


Kredit:
Mengajar jurujual menari
Zamri Aminuddin

USAH GOPOH APABILA BELUM MASANYA

Saudara tidak boleh melewat-lewatkan tugasan, tetapi dalam masa yang sama, saudara tidak sepatutnya gopoh dalam urusan harian, Tahu bilakah masa yang terbaik untuk bertindak. Ada perkara yang mesti dibuat seawal mungkin, ada pertengahan dan ada yang di akhir. Bahkan ada sesetengah perkara itu, tidak melakukan apa-apa adalah tindakkan yang paling baik.

Ada kalanya menangguhkan kerja diperlukan apabila kena strateginya. Seorang polis yang berhadapan dengan penjenayah yang menawan tebusan biasanya melengah-lengahkan keputusan dan tindakan kerana dia tahu seorang penjenayah semakin hilang kuasa berunding apabila tempoh tuntutannya semakin habis. Ada juga jurujual yang sengaja melambatkan panggilan balas kepada bakal pelanggannya bagi menunjukkan syarikat itu sibuk dan mempunyai ramai pelanggan. Kadangkala dalam perniagaan saham, melengahkan beberapa minitpun dapat memperoleh keuntungan berlipat kali ganda. Namun, apa yang paling penting adalah ia strategi yang tebaik bagi mendapat kejayaan yang lebih baik.

Charles Brady, seorang pengasas firma pengurus kewangan yang terkenal, Invenco juga mempunyai idea yang sama. Setiap hari dia berurusan dengan tujuh hingga lapan projek yang besar. Apa yang menghairankan, bukan semua kertas projek itu diserahkan pada minggu itu, tetapi ada yang sudah disimpan selama beberapa bulan, bahkan dua tahun! kenapa? Kerana dia rasa belum masanya dia 'berurusan' dengan kertas projek itu. Menangguhkannya adalah yang terbaik patut dilakukan.

Kadangkala, berada di penghujung tarikh akhir menjadikan diri saudara lebih memberi tumpuan dan fokus. Ada kalanya amalan ini baik, tetapi ada kalanya negatif. Ada pelajar yang gemar mengulangkaji peperiksaan pada saat-saat akhir kerana bagi mereka belajar pada masa itu adalah ulang kaji yang benar-benar 'melekat' dalam ingatan mereka.

Begitu juga wartawan yang membuat artikel pada lewat petang sebelum tamat waktu akhir menghantar bahan. Mungkin saudara juga pernah melakukan perkara sebegini, tetapi ingat, jangan lakukannya kerana malas, tetapi kerana strategi.

Samual Johnson pernah berkata, "apabila seseorang itu tahu yang dia akan dihukum gantung dua minggu lagi, dia mempunyai kosentrasi minda yang cukup mengagumkan!" Tetapi, adakah saudara hendak dihukum gantung dahulu baru hendak memberi tumpuan? fikirkanlah

Credit :
Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof
55 petua orang berjaya (edisi kemas kini)

MASALAH ALONG SEMAKIN NAZAK

Metafora iklan-iklan di sepanjang jalan, di tiang-tiang premis dimonopoli oleh iklan berkaitan dengan pinjaman. Fenomena ini membingungkan beberapa badan dan persatuan berikutan kemudahan dan kemanisan janji yang dipaparkan dalam iklan. Persoalannya di manakah badan-badan pinjaman yang sepatutnya membantu individu kritikal. Apakah mereka tidak cukup kuat mengatasi promosi poster pinjaman along.

Iklan-iklan tersebut bagaikan cendawan tumbuh dikala selepas hujan. Bagaikan tiada kawalan oleh pihak penguatkuasa tempatan. Ini memberi ruang kepada peminjam-peminjam yang disebut sebagai along ini untuk berhubung dengan individu yang kritikal memerlukan tunai.

Aduan demi aduan yang diterima oleh pihak tertentu mengenai kes perangkap along. Dikatakan along-along ini berasal dari semenanjung Malaysia di mana mereka tidak mengikut skima pinjaman berjadual seperti yang sepatutnya. Mereka bertindak demikian apabila menyedari individu yang kritikal ini mudah untuk di tipu.

Modus operandi

Beberapa kes yang ditemui menyaksikan pengakhiran yang menyedihkan iaitu berakhir dengan kes bunuh diri. Mudus operandi mereka cukup licik apabila berjumpa dengan individu yang kritikal. Dengan memberi kemudahan pinjaman tidak mengikut jadual maka along-along ini sentiasa mengganggu peminjam dan mengakibatkan peminjam berasa tertekan.

Apa yang lebih malang lagi adalah apabila along-along ini bersetongkol dengan along dari syarikat lain untuk menawarkan pinjaman kepada individu kritikal ini bagi melunaskan hutang sebelumnya. Tetapi tawaran tersebut mengenakan caj faedah yang tinggi walaupun ianya berjadual.

Kerjasama agensi yang terlibat

Masalah ini tidak akan selesai jika kita hanya melihat sahaja tanpa membuat tindakkan apa-apa. Penyelesaian masalah ini memerlukan gabungan dan kesatuan orang-orang tempatan dalam mengekang peminjam haram ini.

Pihak polis terutamanya perlu di desak supaya membantu mangsa-mangsa yang diganggu oleh along-along haram ini. Jika jabatan polis tidak dapat membantu lalu dari siapa lagi mangsa-mangsa ini dapat berlindung dari gangguan saka peminjam haram ini. Selain itu, Penguasa tempatan juga sepatutnya lebih agresif dan peka dengan lambakkan iklan pinjaman haram ini yang berlaku di sekitar mereka. Mereka sepatutnya bertindak dengan cepat bagi memastikan masalah ini dapat dikurangkan malah dihapuskan. Apakah mereka tidak cukup kakitangan ataupun mereka ada kerja luar yang perlu diselesaikan. Apakah fungsi mereka sebagai PBT terhad kepada perkara tertentu sahaja.

Agensi-agensi pinjaman lain yang sepatutnya membantu individu yang kritikal ini harus lebih proaktif memperkenalkan bantuan pinjaman mereka. Mereka juga sepatutnya lebih konsisten bagi membantu individu yang kritikal. Jangan sesekali memberi ruang kepada peminjam haram ini bertapak di bumi kenyalang.

Cadangan mengatasi masalah

Bagi mengatasi masalah ini. Iklan-iklan promosi pinjaman haram ini harus dikekang dengan menghalang mereka daripada melekat iklan-iklan pinjaman haram ini. Di sini kita dapat mengekang peminjam haram ini berjumpa dengan individu kritikal. Bagi menggantikan pinjaman haram ini. Agensi pinjaman yang mengikut lunas undang-undang sebagai ganti harus bertindak lebih proatktif.

Wakil rakyat di segenap tempat harus menyedari perkara sekecil poster pinjaman haram ini boleh menggugat ketenteraman di tempat mereka selain boleh mengakibatkan peningkatan kadar jenayah bunuh diri serta penyumbang kepada kadar kemiskinan tegar. Wakil rakyat harus bertindak proaktif dalam mengekang masalah ini. Lesen-lesen peminjam haram ini juga harus ditarik balik dan individu yang membuat onar di bumi kenyalang ini harus dihalau keluar dari bumi kenyalang bagi memastikan modus operandi ini tidak berulang lagi.

PERANCANGAN SILAT KALAM GELANGGANG II

21 Sept 2012, Kuching Sarawak. Hidup bersama mengembang dan menyatu itu adalah prisip Silat Kalam Utama. Pertemuan saudara seguru telah di atur pada pukul 8.30 malam di Kampung Kudei bagi membincangkan pembukaan satu lagi gelanggang bagi memastikan ilmu persilatan di teruskan oleh generasi muda.

Gelanggang ke dua dijangka akan dibuka pada bulan hadapan apabila borang edaran ahli baru menggalakkan. Saudara seguru yang turut datang dalam membincangkan perkara ini adalah saudara Jonol, Rosli, Boy, Khall, Wan, Amirul dan Alek. Perbincangan ini diketuai oleh saudara Jonol.

Perbincangan kali ini lebih kepada mendapatkan ahli baru dan perlantikan jurulatih baru. Bagaimanapun kita hanya mampu merancang dan Allah swt yang menentukkannya. Klik sini untuk sejarah silat kalam.




KEMPEN ANTI "INNOCENCE OF MUSLIM" DAN POLEMIK

KEMPEN ANTI MENGHINA NABI PUN DIKATAKAN POLITIK
sumber
YB Ngeh Koo Ham adalah seorang ahli politik yang berasal daripada Ayer Tawar Perak dan DAP's Central Executive Committee and is presently head of the DAP  di perak (rujukan) mengeluar kata-kata seperti yang anda lihat di atas bahawa muslim hanya membazir masa dan tenaga apabila khary mahu muslim memprotes Sam Bacile berkaitan isu "Innocence of muslim". Beliau menyatakan bahawa adakah khairy bertindak kerana islam atau politik? Sampai begitu sekali perkara ini dipolitikkan.

16 Sep – Filem "Innocence of Muslims" atau nama asalnya "Desert Warriors" yang bersifat anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad bukan sahaja mencetuskan kemarahan rakyat negara Islam seperti Libya dan Mesir, sehingga menyebabkan kematian Chris Stevens, seorang Duta Amerika di Libya. Malah, para pelakon filem tersebut baru-baru ini menyatakan mereka berasa tertipu apabila dialog mereka diubah selepas penggambaran dibuat.

Salah seorang pelakon bernama Cindy Lee Garcia menyatakan hasratnya untuk menyaman pembikin filem tersebut. Cubaan beliau untuk menghubungi pengarah dan penulis filem yang sedang bersembunyi ternyata tidak berjaya.

Di beberapa temubual seperti yang dilaporkan Fox News, Garcia tidak tahu bahawa beliau sebenarnya terlibat dalam sebuah propaganda anti-Islam, kerana beliau hanya memegang watak kecil yang merupakan seorang wanita yang terpaksa menyerahkan anaknya kepada seorang watak lelaki bernama Master George di sebuah babak filem. Skrip yang diberi dijudulkan "Desert Warriors", yang kononnya berkisarkan tentang kehidupan pada 2,000 tahun lalu dan tiada mempunyai kaitan dengan mana-mana agama.

Nampaknya bukan Garcia sahaja yang tidak mengetahui motif sebenar filem ataupun pembikin filem. Beberapa orang pelakon lain turut mengatakan bahawa cerita merujuk kepada seorang watak bernama George, tetapi akhirnya telah diubah kepada Muhammad melalui 'dubbing' selepas filem sesi perfileman habis dibuat.

Pada hari Rabu yang lepas, Time melaporkan bahawa seorang lelaki Kristian Coptic bernama Nakoula Basseley Nakkoula mengakui penglibatan beliau sebagai pengurus produksi filem tetapi tuduhan yang mengatakan beliau pengarah filem dinafikan. Sehingga kini, identiti sebenar pengarah filem masih belum dikenal pasti dan nama Sam Bacile yang dikaitkan dengan hal itu masih lagi menjadi sebuah misteri. (sumber)

Antara gambar yang menentang pembikinan filem tersebut:



Invididu yang dikatakan membuat filem tersebut
Nakoula Basseley Penerbit Filem Innocence Of Muslims



"Assalamu alaikum...
From today and for next 3 days all d muslim will STOP using google n youtube because they refused to stop showing the film that made fun on our PROPHET S.A.W. It takes less than 5 min to 4wrd ths msg so that we can answer ALLAH(SWT) wen he asks us wat action we took wen his beloved (SAW) was made fun of? Pls dnt let ths msg stop....
Once again... don't use"
Update 20 September 2012

SURAH AL KAHFI DAN ZAMAN MODEN MENAKUTKAN

Video-video di bawah ini adalah hasil daripada kajian mengenai Yahjuj dan Mahjuj bersandarkan Al-Quran dan Hadis. Penerangan secara terperinci mengenai kemunculan Yahjuj dan Mahjuj serta siapakah mereka. Bagaimana hendak menghadapi gelombang Yahjuj dan Mahjuj.

Video ini mungkin akan hilang dari dunia maya kerana penerangannya begitu terperinci dan berkaitan dengan sejarah, sekarang dan masa depan tanpa berpaling kepada 2 perkara asas iaitu al-quran dan hadis. Sila tonton mengikut susunan yang telah saya buat seperti di bawah ini.

Penerangan ini juga mungkin akan diserang pada masa-masa akan datang kerana ianya tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Penerangan di bawah ini saya percaya kerana ianya bersandarkan al-quran dan hadis selain memandang kepada isu semasa dan pemahaman saya dengan apa yang berlaku dalam globalisasi.

Kita diberi amaran mengenai perkara ini beribu tahun dahulu dan jangan terus menolaknya apabila ianya jelas nyata berlaku pada zaman sekarang.

BAHAGIAN 1

Penerangan mengenai tanda-tanda besar hari kiamat

BAHAGIAN 2

Penerangan pengembaraan Zulkarnain dan maksud tersirat

BAHAGIAN 3
Penerangan mengenai Yahjuj dan Mahjuj

BAHAGIAN 4

Penerangan kaitan Yahjuj dan Mahjuj dengan dunia SEKARANG

BAHAGIAN 5
Penerangan saat-saat Yahjuj dan Mahjuj dilepaskan. Siapakah mereka?

BAHAGIAN 6
Penerangan siapakah bangsa Yahjuj dan Mahjuj

BAHAGIAN 7
Bukti-bukti kuasa besar menakluk dunia yang digambarkan dalam al-quran

BAHAGIAN 8
Penerangan al-quran dan hadis yang menyebut masa depan di mana susunannya berlaku pada masa sekarang

BAHAGIAN 9
Andaian bagaimana Yahjuj dan Mahjuj dimusnahkan
PESAN
"Jika kamu mencari pemimpin atau memilih pemimpin, Tanya pada diri kamu, adakah pemimpin kamu itu sanggup bersusah payah dengan kamu untuk bersama-sama panji hitam nanti. Jika tidak carilah pemimpin lain"

BAHAGIAN 10
Penerangan bagaimana menghadapi dunia kuasaan Yahjuj dan Mahjuj
PENUTUP

Saya juga telah menonton video mengenai persedian kemunculan Dajal dari Episod 1 hingga 51. Saya akan susun video tersebut jika berkesempatan dan jika video tersebut tidak Disable..

TAK PENGALAMAN SEBAB TAK KERJA = NAK KERJA TAPI TAK PENGALAMAN

Gambar di atas saya cedok daripada laman sosial yang popular pada masa sekarang selepas tweeter.

I can't get a job because i don't have experience because i can't get a job because... bla bla bla bla..
Translate:
Saya tidak diterima kerja kerana saya tidak ada pengalaman kerana saya tidak tidak diterima kerja kerana...

Seperti biasa saya mengambil beberapa pendapat rakan mengenai perkara ini. Soalan saya ialah:
"Nak keja tak ada pengalaman. tak ada pengalaman sebab tak ada kerja. cara penyelesaian?"

Chuchu
"pergi kursus.."
(agaknya pergi kursus nak cari kerja kot)

Tok Abom
"untuk bekerja jika tiada pengalaman maka pilihlah pekerjaan yang kita mampu lakukan, jika memilih pekerjaan yang perlukan pengalaman maka from zero to hero kita kena banyak bersabar jika diarah dalam melakukan pekerjaan,jangan sombong belajar,displinkan diri sebagai seorang pekerja, itu tak sia-sia demi pengalaman.dlm kerjaya grin"

Deng Sabrina
"carik pengalaman.. jangan mileh kerja... berani mencoba x mati ba"

Hafiz Ali
"carik kerja jak huhuhu.. cuba jak sampei dapat.... huhuhu"

Watie Johari
"hehehe...bermula dgn carik jk pa2 kja asalkan halal...dr sialh kta nekik tangga utk sampai ke tmpt tinggi yg kta inginkan hehehe..."
Translate:
"He he.. bermula dengan mencari apa sahaja kerja asalkan halal.. Dari situlah kita menaiki tangga sehingga ke tempat yang tinggi yang kita inginkan"

Tarmizi Shukri
"keja dikpun"
Translate:
"Kerja sendiri"

Warisan Sarawak
" kena cari kerja walaupun rendah dari taraf pendidikan. baru dapat pengalaman."

Malaysia adalah antara negara yang pesat membangun dalam sektor ekonomi dan disebabkan itu ledakkan pendatang asing membanjiri Malaysia untuk mendapatkan perkerjaan begitu banyak. Disebabkan itu, pesaingan dalam mendapatkan kerja menjadi tinggi selain faktor pendatang asing yang datang ke Malaysia rata-rata rajin bekerja selain kos buruh yang murah selain kepakaran serta kehalusan kerja mereka.

Di Malaysia pekerja asing yang tinggi adalah datangnya daripada negara jiran iaitu Indonesia dan juga negara lain seperti Bangladesh. Ini bukanlah alasan untuk tidak mendapat kerja. Ramai yang berpendapat rakyat Malaysia terlalu memilih kerja. Kerja yang sukar biasanya di ambil oleh pendatang asing. Apakah ini benar?

Disebabkan itu timbul pula isu sukar untuk mendapat pekerjaan kerana kurang pengalaman dan tidak ada pengalaman sebab tidak diterima kerja. Seperti pendapat rakan-rakan di atas, sepatutnya anda perlu berfikiran terbuka iaitu dengan tidak terlalu memilih kerja pada awalnya dan tidak semestinya mengikut tahap pendidikan anda. Sebaliknya jadi pekerja bawahan dahulu bagi menimba pengalaman. Maka tidak ada alasan untuk tidak ada pengalaman apabila memohon kerja kelak.

Jangan sombong dalam memilih kerja. Saya sendiri pada suatu ketika dahulu mula bekerja sebagai memotong kayu di kilang kayu, menjadi pelayan di restoran makanan segera dan pelbagai lagi kerja yang saya buat. Dari situ saya mendapat pengalaman selain idea kerana merasa keadaan sebenar pekerja bawahan walaupun tahap pendidikan saya bukan pada peringkat itu. Selepas itu, dengan mudah saya mendapat kerja dan memegang jawatan sebagai eksekutif akaun. 

Selepas melalui peringkat-peringkat pekerjaan di atas. Akhirnya saya memilih untuk bekerja sendiri dan ini adalah pilihan yang ada apabila kita langsung tidak dapat pekerjaan (mana mungkin). Bekerja sendiri adalah satu pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil yang tinggi. Itulah usahawan. Untuk menjadi usahawan bergaullah dengan usahawan. Sekian..

tok bok nya... 

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.