اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 2012

Selamat hari raya kepada pembaca setia beloya2u.com. Hari-hari kita beloya betul tak? untuk makluman dalam bahasa sarawak beloya tu maksudnya berborak. Beloya2u pada suatu ketika dahulu hanyalah blog biasa bertujuan untuk santai-santai mengisi ruang jalur lebar bagi mengetengahkan idea dan rasa hati. Tetapi sekarang ianya menjadi platfom bagi saya mengetengahkan idea dan membantu rakan-rakan dalam mencari maklumat serta berkongsi maklumat terutamanya berkaitan dengan Sarawak bumi kenyalang.. UUhaaa... agik idup agik ngelaban..

Tahun 2012 hari raya aidilfitri mungkin jatuh pada 19 ogos 2012 persamaan hari Ahad. Gedong membeli belah seperti biasa akan dipenuhi dengan orang ramai bagi membeli-belah bagi menyambut kedatangan syawal. Disetiap penjuru gedong membeli-belah tersimpul pelbagai cerita. Ada yang kurang bajet, ada yang hilang bajet, ada pula yang hilang anak, ada yang terlebih bajet dan ada juga yang berhutan untuk menambah bajet.

Kepada rakan-rakan yang sibuk membeli-belah saya sarankan berpada-padalah dalam berbelanja selain berbelanjalah dengan bijak. Sempena menjelangnya Syawal ini ada juga perkara yang seronok mengenai membeli belah. Mana tidaknya diskaun sana-sini dan ianya tidak berlaku pada hari biasa. Saya sendiri pun membeli barang keperluan saya pada hari-hari perayaan kerana terdapat banyak diskaun. Tetapi jangan pula tertipu ok... Pastikan anda sudah mengenalpasti harga barang dengan kualiti yang bersesuaian dengan harga barang.

Dalam kita bersuka ria menyambut kedatangan syawal janganlah pula lupa pada yang kurang berkemampuan. Apa yang penting bayar zakat dulu yerrr.. Jangan lupa tu.. Cara kita untuk menghargai pada yang kurang berkemampuan adalah dengan cara jangan membazir ketika berbelanja. Jangan ada sifat riak dalam berbelanja. Bersedekahlah.

Menjelang perayaan macamni dentuman bunyi mercun memang sudah sinonim walaupun kerajaan melarang penjualan mercun dan bunga api di musim perayaan. Malas saya nak cerita. Tahun baru cina tak pula saya dengar anak-anak cina putus tangan atau cedera terkena mercun atau bunga api tetapi musim perayaan aidilfitri menjadi trend pulak anak melayu yang cedera dek terkena mercun atau bunga api. Mengapa jadi begini? alahai.. pelik bin ajaib.. Agaknya terlalu serakah sangat kot nak main mercun atau mereka kurang kawalan daripada ibu bapa.

Fenomena ini yang saya risau pada musim perayaan. KEMALANGAN. Kemalangan selalu sahaja meningkat pada musim perayaan. Mengapa ini terjadi? Pelbagai pendekatan yang dibuat oleh pihak berkuasa bagi mengekang masalah ini. Adakah semua ini berlaku kerana sikap pemandu ataupun kerana keagresifan trafik? apa-apapun gandakan keselamatan pada musim perayaan ok.

Saya ingin mengambil kesempatan dalam artikel ini memohon kemaafan kepada pembaca beloya2u.com sekiranya saya ada terkasar bahasa dalam penulisan saya yang lalu atau terlebih sudah setiap fakta yang saya tulis. Saya pun manusia yang sentiasa membuat kesilapan. Saya bukanlah sempurna dan yang sempurna itu adalah Allah swt.. Nemu nuan (Faham tak).


Reactions:

1 comments:

  1. Selamat hari raya kepada pembaca setia beloya2u.com. Hari-hari kita beloya betul tak? untuk makluman dalam bahasa sarawak beloya tu maksudnya berborak. Beloya2u pada suatu ketika dahulu hanyalah blog biasa bertujuan untuk santai-santai mengisi ruang jalur lebar bagi mengetengahkan idea dan rasa hati. Tetapi sekarang ianya menjadi platfom bagi saya mengetengahkan idea dan membantu rakan-rakan dalam mencari maklumat serta berkongsi maklumat terutamanya berkaitan dengan Sarawak bumi kenyalang.. UUhaaa... agik idup agik ngelaban..

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.