اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PEPIJAT PENGHISAP DARAH SENYAP. BEWARE!!!

Pepijat atau dikenali sebagai kutu bantal atau kutu babi atau amak (bahasa sarawak). Macam-macam gelaran serangga ini mengikut kawasan dan daerah. Serangga kecil ini menghisap darah manusia dan haiwan. Sensor pada anggota haiwan ini mampu mengesan haba pada badan manusia dan haiwan bagi menarik perhatiannya mendapatkan mangsa.

Mungkin ada dikalangan anda tidak mengetahui perkara ini dan mungkin ada sudah terkena dan masih tertanya-tanya apakah jenis binatang ini.

Untuk pengetahuan pembaca. Pepijat ini hidup di celah-celah rekahan dan kawasan yang kecil serta tersebunyi. Contohnya di celah-celah tilam, bantal, bingkai atau celah-celah katil. Kebiasaanya pepijat ini mencari mangsa pada waktu malam tetapi sekiranya pepijak ini dahagakan darah, dia tidak mengira masa asalkan dia dapat mengesan haba dari mangsanya.

Pepijat betina mampu mengeluarkan telur sebanyak 200 biji sepanjang hayatnya dan pepijak ini mampu mengeluarkan telur sebanyak 5 biji sehari. Untuk menjadi pepijat dewasa anak pepijat hanya perlu menghisap darah manusia. Proses ini akan berterusan dan ianya boleh mencecah sehingga 1000 ekor dalam masa yang singkat. Jika ianya tidak dibasmi maka pembasmian akan sukar dilakukan akibat populasinya semakin banyak.

Kebiasaanya semasa serangga ini menggigit manusia ianya tidak begitu terasa tetapi kesan gigitannya menghasilkan kegatalan, kembang dan rasa panas pada bahagian gigitan.

Ini merupakan beberapa tips untuk membasmi pepijat tersebut.

  1. Buat pengesanan lokasi pepijat tersebut bersembunyi seperti yang saya sebutkan di atas seperti di celah-celah batu, kayu, bantal atau tilam serta beberapa tempat lain.
  2. Gunakan Vokium atau penyedut hampagas untuk menyedut pepijat tersebut bersama telur-telurnya dan ini akan mengekang populasi serta pembiakan serangga tersebut.
  3. Gunakan haba pengering rambut untuk tindakkan selanjutnya membunuh pepijat tersebut yang mungkin tertinggal di celah-celah yang telah disedut.
  4. Teknik lain yang boleh digunakan adalah dengan menyembur racun serangga pada kawasan yang di kenalpasti kawasan persembunyian serangga tersebut.
  5. Ulang langkah-langkah ini sekiranya masih terdapat pepijat berkeliaran di sekitar tempat tinggal anda.

Sekian.. moga berjaya...



Reactions:

2 comments:

  1. Pepijat atau dikenali sebagai kutu bantal atau kutu babi atau amak (bahasa sarawak). Macam-macam gelaran serangga ini mengikut kawasan dan daerah. Serangga kecil ini menghisap darah manusia dan haiwan. Sensor pada anggota haiwan ini mampu mengesan haba pada badan manusia dan haiwan bagi menarik perhatiannya mendapatkan mangsa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada masalah pepijat, boleh layari
      http://qaizashop.blogspot.com/2013/06/masalah-pepijat-di-rumah.html.
      Produk ini amat berkesan...

      Padam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.