اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MELAYU IKUT BERPECAH SEPERTI DUNIA ARAB

Ini adalah artikel pertama saya pada bulan Ogos 2012 semperna bulan kemerdekaan kita negara Malaysia. Melayu adalah satu nama besar yang bukan dimiliki oleh orang Melayu itu sendiri sama ada di semenanjung ataupun di kepulauan Borneo. Suatu ketika dahulu pernah berlaku penyatuan Melayu dalam dunia Asia iaitu dengan penubuhan Melayu Raya yang menggabungkan Indonesia dan Tanah Melayu bagi meniupkan semangat orang Melayu lebih kurang pada tahun 1946.


Semasa saya mencari-cari siapakah saya dan keturunan saya yang sebenar dalam dunia realiti masa sekarang. Saya telah berjumpa dengan seorang individu yang bergelar Doktor. Saya banyak mengajukan soalan dan teori saya mengenai Melayu Sarawak iaitu asal-usul melayu Sarawak. Beliau menyimpulkan melayu adalah kaum terbesar meliputi bahagian Thailand dan beberapa negara lain sekitarnya sehinggalah ke Philipina. Saya akan huraikan perkara ini kemudian. Apa yang saya nak tunjukkan adalah sebenarnya kita adalah serumpun.

Melayu pada masa sekarang di ambang pepecahan dengan serangan dari pelbagai sudut contohnya dari sudut agama, politik, ideologi dan kekuasaan. Darimana datangnya semua kelemahan ini diakibatkan oleh ideologi yang berbeza dalam dunia Melayu.

Melayu dari sudut agama berlaku perpecahan apabila tertubuhnya Melayu Nasrani dan Melayu Islam. Dikhabarkan juga, terdapat Melayu Buddhist tetapi saya tidak berjumpa faktanya. Sama ada ia benar ataupun khabar angin semata-mata. Perkara ini amat jelas dan menimbulkan kegelisahan dalam dunia Melayu. Kebanyakkan masyarakat Melayu adalah beragama islam dan apabila Melayu dikaitkan dengan agama lain maka berlaku kekeliruan dikalangan orang melayu Islam.

Perbezaan agama di kalangan Melayu menjadi satu analogi perpecahan yang ketara di kalangan orang Melayu dan ini adalah serangan bertali arus sejak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu. Melayu menurut sejarah berasal dari agama Sumawi dan Majusi ataupun agama yang menyembah patung dan alam ghaib atau alam jin. Kedatangan Islam telah mengubah seluruh bangsa Melayu dan ini sebenarnya tidak berlaku secara total. Perpecahan ini akan terus berlaku dengan serangan bertali arus daripada golongan anti-Islam.

Di dalam keislaman melayu itu sendiri pada masa sekarang telah menimbulkan satu lagi fenomena perpecahan secara senyap dengan wujudnya perbezaan mazhab yang besar menyentuh aqidah umat islam. Penyerapan ideologi Syiah dalam masyarakat Melayu Islam telah mencorak satu lagi peta dalam dunia Melayu. Sunni dan Syiah mempunyai kepercayaan yang berbeza dan amat ketara sekali. Jika di amalkan ajaran syiah secara total, pasti pertempuran antara sunni dan syiah akan berlaku kerana Syiah menghalalkan darah Islam sunni. Perpecahan ini sedang berakar umbi pada masa sekarang dan pastinya ianya akan membesar kelak dengan ideologi kebebasan yang dibawa oleh barat dalam dunia Melayu.

Di dalam dunia politik pula amat jelas perpecahan dalam dunia Melayu. Semua orang tahu mengenainya. Jika ditanya, bangsa manakah yang suka mengutuk bangsa sendiri? jawapannya ialah Melayu. Bangsa manakah yang cepat melatah? jawapannya bangsa Melayu. Dalam dunia politik sekarang Melayu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Melayu dalam kerajaan memerintah, Melayu parti alternatif dan Melayu atas pagar.

Melayu dalam kerajaan memerintah sekarang dan Melayu dalam parti alternatif berperang dengan mendabik dada dan ianya ditonton bangsa lain. Bangsa mana yang paling banyak dalam perhimpunan bersih??. Mana pergi bangsa lain yang kononnya bersekutu dengan Melayu parti alternatif?. Bangsa mana yang  berhempas pulas menebalik kereta polis dalam perhimpunan bersih? Semuanya melayu dan yang lainnya menonton. Siapa yang lantang bersuara membuka pekong bangsanya sendiri??. Tepuk dada tanya selera. Siapa salah siapa betul bukan itu yang saya nak ketengahkan di sini tetapi saya hanya memberi gambaran betapa melayu di ambang perpecahan.

Mungkin ini sudah menjadi fitrah manusia dan bukan merujuk kepada bangsa Melayu sahaja. Untuk menjadi kuat maka gadaikan maruah bangsa sendiri. Untuk mendapat apa yang dihajati maka gadaikan maruah bangsa sendiri. Untuk menentang kemungkaran maka gadaikan maruah bangsa sendiri. Mungkin ini semua berlaku kerana sikap kita sendiri. Dapatkah anda bayangkan Melayu 20 tahun akan datang?.Pecah dan perintah bukan seperti zaman dahulu yang jelas dan terang-terangan. Sekarang ianya tersembunyi dah halus seperti semut hitam di atas batu hitam di malam hari.

Reactions:

1 comments:

  1. Di dalam dunia politik pula amat jelas perpecahan dalam dunia Melayu. Semua orang tahu mengenainya. Jika ditanya, bangsa manakah yang suka mengutuk bangsa sendiri? jawapannya ialah Melayu. Bangsa manakah yang cepat melatah? jawapannya bangsa Melayu. Dalam dunia politik sekarang Melayu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Melayu dalam kerajaan memerintah, Melayu parti alternatif dan Melayu atas pagar.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.