COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KEMBARA, DERMA DAN ZIARAH SEMPENA RAMADHAN 2012


Kembara keluar masuk kampung di sekitar Kuching memberi seribu pengertian dalam kehidupan. Pada pendapat saya perkara ini membentuk jati diri kita. Di mana kita merasa dan melihat kesusahan orang lain serta membuatkan kita merasa bertuah kerana kita lebih mampu dari mereka yang menjalani hidup yang sukar.

Pertemuan saya dengan saudara yang menjalani hidup susah memberi kekuatan dalaman dalam diri saya. Kekuatan dalam bentuk semangat untuk terus hidup. Kekuatan untuk membantu. Membantu orang lain memberi ketenangan dalam diri kita. Walaupun bantuan tersebut tidak lah seberapa. Sekurang-kurangnya mengurangkan beban yang dipikul mereka.

Selain daripada itu, kita dapat bertemu dengan kawan-kawan baru yang bersemangat waja dan berketrampilan semangat persaudaraan. Semangat seperti ini membuka mata kita kepada sikap sebenar orang di sekeliling kita. Sebut sahaja sukarelawan kita tahu bahawa setiap perbuatan mereka adalah ikhlas ingin membantu.

Senyuman kepuasan dan ketenangan terpancar di wajah-wajah rakan sukarelawan apabila selesai dalam satu-satu misi bantuan. Kerjasama antara sukarelawan memberi satu impak dikalangan yang membantu bahawa kerjasama adalah penting dalam menjayakan satu-satu agenda.

Perkara ini menyedarkan saya betapa negara kita di ambang perpecahan kerana banyak agenda tidak mampu untuk dicapai. Apakah langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini bergantung pada pimpinan kita tidak kira pimpinan yang sedia ada ataupun pimpinan ranting ataupun pimpinan alternatif.


video

Reactions:

1 comments:

  1. Pertemuan saya dengan saudara yang menjalani hidup susah memberi kekuatan dalaman dalam diri saya. Kekuatan dalam bentuk semangat untuk terus hidup. Kekuatan untuk membantu. Membantu orang lain memberi ketenangan dalam diri kita. Walaupun bantuan tersebut tidak lah seberapa. Sekurang-kurangnya mengurangkan beban yang dipikul mereka.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.