اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

JELAJAH TEKNOLOGI KUNO

Penjelajahan ini melibatkan banyak pihak. Namun begitu mereka banyak menggunakan ideologi Elien ataupun makhluk angkasa yang tamadunnya lebih hebat dari manusia. Video ini juga memaparkan beberapa pakar mengenai sejarah purba dan saintis. Tidak keterlaluan saya katakan penganalisis yang terlibat adalah anti tuhan walaupun mereka merujuk kepada kitab bible.


Pengembaraan ini bermula di Mesir dengan penemuan satu artifak berbentuk burung. Bentuk burung tersebut menjadi satu isu hangat apabila didapati bentuknya seakan kapal terbang. Artifak tersebut di uji dengan teknologi terkini dan didapati ianya adalah satu model kapal terbang. Persoalannya teknologi apakah digunakan untuk menerbangkan artifak tersebut dan bagaimanakah ianya dilancarkan ke udara?

Pengembaraan tersebut diteruskan di Kombodia dengan penemuan pelbagai bentuk emas. Antara bentuk yang menjadi persoalan adalah bentuk yang menyerupai kapal terbang. Bentuk tersebut telah dibesarkan dengan bentuk model kapal terbang kawalan jauh. Didapati bentuk tersebut adalah bentuk erodinamik dan mampu terbang ke udara.

Pengembaraan seterusnya di India dimana penemuan teknologi yang agak tinggi seakan piring terbang. Teknologi kuno ini tidak asing bagi saya kerana saya pernah membacanya sebelum ini apabila mentelaah peradapan terunggul suatu masa dahulu. Persoalannya bagaimana mersin tersebut diterbangkan dan apakah janakuasa yang digunakan bagi menerbangkan mesin tersebut. Alat tersebut dinamanakan Vimana. Vimana ada persamaan dengan kapal angkasa pada masa sekarang.

Penemuan lain adalah kawasan yang seakan lapangan untuk kapal atau mesin yang terbang ke udara untuk mendarat. Ianya lebih dikenali sebagai pusat lapangan untuk menempatkan mesin-mesin tersebut. Tanda lain adalah logo besar di Peru untuk menunjukkan kawasan tersebut adalah kawasan pusat lapangan.

Petera Solomon atau Nabi Sulaiman a.s juga menjadi salah satu jelajah mereka. Mereka melihat tikar terbang adalah sebuah mesin terbang yang canggih dan sukar untuk diterjemahkan. Zikio dalam satu kitab pada pendapat saya adalah teknologi zikir seperti yang pernah saya bincangkan sebelum ini. 

Selain daripada itu, terjemahan mereka atas kejadian Nabi Musa a.s yang membelah lautan adalah menggunakan satu mesin khas. Segala analisis yang dibuat tidak menyentuh ketentuan atau kekuasaan tuhan.

Anda lihat sendiri video di bawah ini dan nilaikan sendiri.


Reactions:

1 comments:

  1. Pengembaraan ini bermula di Mesir dengan penemuan satu artifak berbentuk burung. Bentuk burung tersebut menjadi satu isu hangat apabila didapati bentuknya seakan kapal terbang. Artifak tersebut di uji dengan teknologi terkini dan didapati ianya adalah satu model kapal terbang. Persoalannya teknologi apakah digunakan untuk menerbangkan artifak tersebut dan bagaimanakah ianya dilancarkan ke udara?

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.