اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BINTULU DISERANG WABAK TAUN (RAMADHAN 2012)

BINTULU 6 Ogos - Sebanyak 110 kes positif taun dilaporkan berlaku di bahagian ini sejak wabak itu menular pertengahan Julai lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, hasil pemeriksaan mendapati penularan wabak itu berpunca daripada air yang tercemar semasa penganjuran regata di Sungai Kemena di sini, baru-baru ini.

"Kita percaya terdapat peserta sukan air itu yang tidak mengutamakan kebersihan diri dan membuang air besar di sungai berkenaan.

"Jadi orang ramai terutama mereka yang mengalami cirit birit, muntah-muntah dan demam yang berterusan dinasihat segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu di sini hari ini.

Hasan turut mengingatkan orang ramai supaya supaya tidak membeli minuman bercampur ais atau makanan yang terdedah di kedai atau di bazar Ramadan sebagai langkah membendung penularan wabak taun.

Sumber : Utusan Online

Wabak tersebut dikatakan mengakibatkan banyak bazaar ramadhan di sekitar bintulu dututup bagi mengekang penularan wabak. Penduduk di sekitar bintulu amat kesal dengan penularan tersebut dan kerugian akibat bazaar ramadhan pasti dirasai oleh peniaga yang membuka gerai di bazaar ramadhan di sekitar bintulu.

Setakat ini, hanya 33 kes disahkan berkaitan dengan wabak ini daripada 140 kes yang dilaporkan. Kes ini bermula pada 12 Julai lalu yang hanya diketegorikan sebagai keracunan makanan. Namun pada 14 Julai pesakit yang dimasukkan di hospital Bintulu bagaimapun disahkan terkena wabak tersebut.

Menurut maklumat yang diperolehi, wabak tersebut mula dikesan semasa regata yang berlangsung pada 6 - 8 Julai lalu. Ini kerana terdapat peserta dan orang ramai yang tidak mengamalkan kebersihan semasa acara tersebut di jalankan.

Wabak ini dikhuatiri merebak ke seluruh Sarawak berikutan menjelangnya aidilfitri di mana ramai rakan taulan berhijrah di segenap Sarawak yang mungkin membawa wabak ini. Langkah proaktif perlu dilakukan bagi mengekang wabak ini.

Sabarjelah orang Bintulu. Ramadhan tahun depan buka bazaar ok.. he he..

Reactions:

1 comments:

  1. Setakat ini, hanya 33 kes disahkan berkaitan dengan wabak ini daripada 140 kes yang dilaporkan. Kes ini bermula pada 12 Julai lalu yang hanya diketegorikan sebagai keracunan makanan. Namun pada 14 Julai pesakit yang dimasukkan di hospital Bintulu bagaimapun disahkan terkena wabak tersebut.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.