اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

FENOMENA GANGNAM STYLE PUN ADOI

Saya sendiri pada mula tertanya-tanya apabila orang sekeliling saya asyik menyebut gangnam style. Lagu nya langsung difahami saya tetapi rentaknya membuatkan orang bergoyang selain teknik tariannya cukup pelik serta berbeza dan mudah di ikuti.

Siapakah lelaki yang popular itu? lelaki tersebut dikenali sebagai PSY ataupun Jae-sang Park yang berumur 34 tahun. Beliau memberitahu kepada dunia selamat 12 tahun beliau berkecimpung dalam dunia muzik tidak pernah menyangka semua ini berlaku.

Dalam sekelip mata sahaja beliau menjadi begitu popular gara-gara videonya yang di muat naik dalam youtube. Secara visualnya bentuk badan dan wajah Psy tidak menepati citarasa warga Korea dan disebabkan itu selamat beliau berkecimpung dalam dunia muzik tidak pernah berfikir sampai ke tahap ini.

Ini menunjukkan populasi peminat begitu luas dan persoalannya bagaimanakah cara kita untuk sampai kepada peminat kita yang sebenar. Untuk mengetahui lebih mendalam mengenai psy sila cari info mengenai gaya dan sosiolisme masyarakat Korea.

Berikut adalah video muzik Gangnam Style dan Prodogy Malaysia Gangnam Style.


ISU TANAH DAN PANDANGAN MASYARAKAT

Pemilikkan tanah adalah salah satu isu yang selalu saya dengar dan diperdebatkan di kalangan masyarakat di sekeliling saya. Dari isu kecil sehingga sebesar isu yang saya dengar. Pada pandangan saya, isu ini tidak pernah selesai sejak zaman berzaman. Mungkin kerana sifat manusia yang suka menunjuk kekuasaan dari segi pemilikkan tanah.

Isu tanah antara jalan Kuching ke Sematan misalnya boleh kita lihat di tepi-tepi jalan. Belum lagi saya menjelajah ke dalam pedalaman. Ada yang mengadu ditindas dan ada juga yang mengadu tanah dirampas. Isu tanah yang di bangkitkan antara jalan Kuching ke Sematan ialah pengambilan tanah adat.

Saya sendiri bertanya beberapa pemerhati politik mengenai perkara ini. Ada yang menyatakan pengambilan tanah adat menjadi satu isu disebabkan oleh pengambilan tanah tanpa persetujuan orang kampung ataupun pengambilan keuntungan untuk satu kumpulan sahaja. Isu tanah seperti itu membabitkan tanah yang luas sehingga berpuluh ribu ekar.

Isu tanah di kampung misalnya menjadi bualan masyarakat akibat ketidak puas hati masyarakat disebabkan penyalahguna kuasa dan pengambilan untuk secara kelompok yang dibuat oleh satu-satu pihak. Ketua Kampung ataupun penghulu pada pandangan saya memain peranan yang penting dalam isu seperti ini. Kebanyakkan tanah adat ataupun tanah kawasan adalah kuasa ketua kampung dan penghulu.

Jika penghulu mementingkan diri sendiri maka orang kampung ataupun masyarakat di bawahnya akan berasa tertindas. Sepatutnya, ketua kampung ataupun penghulu mementingkan masyarakat di sekelilingnya sebelum membuat satu-satu keputusan. Kadangkala saya berfikir adakah ketua kampung ataupun penghulu tidak cukup pengetahuan mengenai pentadbiran ataupun mungkinkan mereka masih menggunakan cara berfikir 10 tahun dahulu.

Ketua kampung dan penghulu adalah individu yang paling dekat dengan masyarakat dan juga menjadi barisan hadapan yang berhormat ataupun wakil rakyat. Jika mereka melakukan sesuatu yang menyebabkan masyarakat marah, akibatnya nama dan integriti wakil rakyat dan yang berhormat akan tercemar.

Saya ingin sekali bertanya secara bersemuka dengan wakil rakyat mengenai isu ini tetapi belum ada kesempatan dan diberi peluang. Apakah yang berlaku sebenarnya. Adakah pandangan masyarakat salah ataupun ralat sistem pentadbiran.

Sistem pentadbiran masa kini mungkin perlu di ubah supaya lebih proaktif dengan mengambil kira kesan-kesan kecil yang boleh membawa kepada kesan-kesan besar.Ketua-ketua ataupun pemimpin harus diserap ilmuan mengenai corak perubahan masyarakat yang sememangnya tidak sama 10 tahun dahulu.

Tidak perlu pergi jauh, Saya sendiri juga boleh membangkit beberapa isu berkaitan dengan keluarga saya. Contohnya isu jalan raya masuk ke rumah saya tidak dibuat padahal jalan tersebut sudah digezetkan dalam peta kampung tetapi jalan yang bukan dalam peta kampung sebaliknya dibuat. Bukan kami tidak berusaha memohon jalan malah kami tidak kisah kalau ditembok batu sekalipun. Malangnya, semua permohonan tidak menjadi. Mungkin kami tidak ada kepentingan kepada mereka.. Apa perbezaan kami dengan orang lain yang dapat kemudahan itu? Apakah plan tersebut boleh di ubah dengan cara lain? Cara apa?

Selain isu jalan, Isu lain ialah tanah kawasan penduduk setempat yang dijual sesuka hati sama ada oleh pemimpin yang terlibat ataupun individu tertentu. Saya dapat melihat banyak penipuan dan ketidak kawalan mengenai isu tanah. Bayangkan 1 lot tanah dimiliki ataupun dijual kepada 5 orang yang berlainan. Mungkin terdapat kebodohan orang yang membeli tetapi apakah sistem pemilikan tanah peringkat kampung tidak ada dan boleh diolah sesuka hati. Masalah ini bukan baru berlaku tetapi sudah lama berlaku tetapi seperti di anak tirikan.

Dalam artikel ini saya menyuarakan masalah dan cadangan serta punca akar umbi masalah yang dihadapi masyarakat. Di harap pembaca boleh komen dengan berhemah dan profesional. Sekiranya apa yang saya suarakan betul, saya harap artikel ini dibaca oleh wakil rakyat ataupun ranting-rantingnya.

ADAB-ADAB MENZIARAHI KUBUR


Islam sebagai agama yang syumul tidak meninggalkan sesuatu amalan atau perkara melainkan ia membimbing kita kepada apa yang bermanfaat dan menjauhkan kita dari apa yang memudaratkan. Antaranya ialah amalan ziarah kubur di mana Islam telah memberikan sejumlah adab yang perlu kita perhatikan, iaitu:

[1] Membetulkan Tujuan Ziarah Kubur.
Tujuan ziarah kubur ialah supaya ia memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُوْرِ، أَلآ فَزُوْرُوْهَا، فَإِنَّهُ يُرِقُّ الْقَلْبَ، وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ،

وَتُذَكِّرُ اْلآخِرَةَ، وَلاَ تَقُوْلُوْا هُجْرًا.

Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil.[1]

Oleh kerana itulah kita turut dibolehkan menziarahi kubur orang bukan Islam kerana yang dikehendaki ialah manfaat bagi penziarah dan bukan yang diziarah. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhmenerangkan:

زَارَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ.

فَقَالَ: اسْتَأْذَنْتُ رَبِّي فِي أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِي أَنْ أَزُورَ

 قَبْرَهَا 
فَأُذِنَ لِي فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ.

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah ziarah ke kubur ibunya lalu baginda menangis dan orang-orang di sekeliling baginda turut menangis. Maka baginda bersabda: “Aku pernah meminta izin Tuhanku untuk meminta ampun kepadanya namun aku tidak diizinkan. Aku pernah meminta izin kepada-Nya untuk ziarah kuburnya dan aku diizinkan. Maka ziarahlah kubur kerana sesungguhnya ia mengingatkan kalian kepada kematian.”[2]

Berdasarkan hadis di atas dapat kita pelajari bahawa:
  1. Dibolehkan ziarah kubur orang bukan Islam.
  2. Dilarang berdoa kepada ahli kubur orang bukan Islam.
  3. Tujuan ziarah ialah mengingatkan penziarah kepada kematian. Sekali lagi, tujuan ziarah ialah supaya memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah.
Jika seseorang itu ingin memberi manfaat kepada ahli kubur yang muslim seperti berdoa dan menghadiahkan pahala, dia boleh melakukannya di mana jua. Ini kerana yang akan mengabulkan doa dan memberikan pahala ialah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Allah boleh melakukan semua itu tanpa mengira di mana lokasi jenazah.


[2] Tidak Melakukan Perjalanan Jauh Untuk Ziarah.
Oleh kerana tujuan ziarah kubur ialah memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah, Islam melarang kita daripada melakukan perjalanan jauh semata-mata untuk ziarah kubur. Ini kerana mana-mana kubur berhampiran dengan tempat bermastautin seseorang sudah cukup untuk dijadikan sebagai amalan ziarah.
Dalam konteks yang lebih luas, Islam melarang kita dari melakukan perjalanan jauh untuk tujuan ibadat melainkan perjalanan ke tiga lokasi: Masjid Nabawi di Madinah, Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid al-Aqsa di Palestin. Apa-apa perjalanan jauh selain ke tiga lokasi mulia tersebut adalah dilarang, termasuklah perjalanan ke kawasan perkuburan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلاَّ إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ

صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَسْجِدِ الأَقْصَى.

Tidak boleh bersusah payah mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid, iaitu al-Masjid al-Haram (di Mekah), Masjid Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Palestin).[3]

Berdasarkan hadis ini, tidak boleh mengadakan satu perjalanan yang khusus atas tujuan ibadat kecuali ke tiga masjid di atas. Ibadat yang dimaksudkan ialah apa yang lazim dilakukan dalam masjid dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala (taqarrub) seperti solat, iktikaf, doa, zikir dan membaca al-Qur’an.
Ada pun perjalanan selain itu, seperti dakwah, jihad, menuntut ilmu, berniaga, ziarah ahli keluarga, mengambil iktibar dari kesan kemusnahan umat yang lalu dan melancong mengecapi keindahan alam ciptaan Allah, ia tidak termasuk dalam perbincangan hadis. Dalilnya adalah amalan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat pada zaman baginda, mereka lazim melakukan perjalanan kerana dakwah, jihad, menuntut ilmu, berniaga dan menziarahi ahli keluarga. Ada pun perjalanan demi ibadat, mereka tidak melakukannya melainkan ke tiga masjid yang utama di atas.
Hikmah terbesar larangan di atas ialah untuk menutup sebarang pintu-pintu kesyirikan yang mungkin berlaku di kalangan umat Islam, seandainya di antara mereka ada yang menyakini sesuatu lokasi umpama perkuburan, masjid dan lain-lain memiliki keberkatan lalu melakukan perjalanan semata-mata ke sana untuk beribadat.


[3] Tidak Melakukan Perayaan Di Perkuburan.
Perayaan adalah satu sambutan di mana orang-orang berhimpun pada tarikh tertentu dan kadangkala ia diulang-ulang pada kekerapan tertentu, umpama setiap tahun. Islam melarang kita dari menjadikan perkuburan atau amalan ziarah kubur sebagai satu perayaan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قُبُورًا وَلاَ تَجْعَلُوا قَبْرِي عِيدًا وَصَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّ صَلاَتَكُمْ تَبْلُغُنِي 

حَيْثُ كُنْتُمْ.

Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan dan jangan jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Berselawatlah ke atasku kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku di mana jua kalian berada.[4]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang paling mulia sepanjang zaman. Nah! Jika kita dilarang menjadikan kubur Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai tempat perayaan, sudah tentu kubur-kubur lain turut dilarang untuk dijadikan tempat perayaan.
Merujuk kepada hadis di atas, saya menjemput para pembaca yang dirahmati Allah sekalian untuk merenung semula amalan ziarah kubur pada pagi Hari Raya Aidil Fitri. Sedar atau tidak, ia sebenarnya adalah satu perayaan di mana kaum keluarga berhimpun pada pagi 1 Syawal setiap tahun di perkuburan kaum keluarga yang tersayang. Perayaan seperti ini dilarang oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Hadis di atas memiliki beberapa pengajaran lain yang tidak kurang penting:

  1. Dianjurkan membuat sambutan perayaan di dalam rumah dengan kekerapan tertentu di mana kaum keluarga berhimpun untuk saling bertanya khabar dan mengeratkan silraturahim. Tarikh ini tidak terhad kepada 1 Syawal (Hari Raya Aidil Fitri) dan 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidil Adha) tetapi boleh diperluaskan kepada tarikh-tarikh lain yang dianggap sesuai bagi semua kaum keluarga.
  2. Boleh berselawat kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di mana jua kita berada kerana ia akan tetap sampai kepada baginda. Amalan “kirim salam kepada Rasulullah” yang dititip kepada para jama’ah haji dan umrah adalah amalan bagi orang yang tidak memiliki ilmu dalam agama.


[4] Mengucapkan Salam.
Apabila memasuki kawasan perkuburan Muslim, ucapkanlah salam kepada mereka. Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam telah mengajar beberapa ucapan, salah satu darinya ialah:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ

وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَلاَحِقُونَ أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ.

Salam sejahtera ke atas kalian wahai penduduk negeri kaum mukminin dan muslimin. Sesungguhnya kami insya-Allah akan menyusul kalian. Aku memohon kepada Allah keselamatan bagi kami dan bagi kalian.[5]


[5] Tidak Mengucapkan Perkataan Yang Keji Dan Batil.
Ini sebagaimana penghujung hadis yang telah dikemukakan sebelum ini:

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُوْرِ، أَلآ فَزُوْرُوْهَا، فَإِنَّهُ يُرِقُّ الْقَلْبَ، وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ،

وَتُذَكِّرُ اْلآخِرَةَ، وَلاَ تَقُوْلُوْا هُجْرًا.

Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil.[6]

Perkataan keji dan batil terdiri dari tiga jenis:
  1. Berbicara urusan dunia seperti naik turun harga saham, kenaikan harga barang runcit dan petrol, urusan pejabat, urusan keluarga dan lain-lain. Semua perbicaraan ini akan menjauhkan penziarah dari tujuan ziarah, iaitu “…melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat.” Perkataan seumpama ini menzalimi diri penziarah itu sendiri.
  2. Mencela, mengkritik dan menyebut aib jenazah yang dikebumikan di perkuburan itu. Perkataan seumpama ini menzalimi jenazah dan dosa kesalahan akan kembali kepada penziarah itu sendiri. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:

لاَ تَسُبُّوا الأَمْوَاتَ فَإِنَّهُمْ قَدْ أَفْضَوْا إِلَى مَا قَدَّمُوا.

Jangan mencela orang-orang yang sudah meninggal dunia kerana mereka sudah sampai kepada apa yang mereka lakukan.[7]

  1. Berdoa kepada jenazah, meminta sekian-sekian hajat dan perlindungan dengan harapan jenazah dapat memakbulkan doanya atau jenazah memberi pengaruh kepada Allah agar Allah memakbulkan doanya. Ini menzalimi Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana doa adalah hak Allah, kepada Allah jua kita memanjatkan doa dan kepada Allah jua kita mengharapkan ia dikabulkan.


[6] Tidak Memakai Kasut Atau Selipar.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah melihat seorang lelaki yang berjalan di antara kubur dengan memakai sepasang kasut, lalu baginda menegurnya:

"يَا صَاحِبَ السِّبْتِيَّتَيْنِ وَيْحَكَ أَلْقِ سِبْتِيَّتَيْكَ."

فَنَظَرَ الرَّجُلُ فَلَمَّا عَرَفَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَلَعَهُمَا فَرَمَى بِهِمَا.

“Wahai pemilik kasut al-Sibtiyyah! Celakalah engkau! Lemparkanlah kasut al-Sibtiyyah engkau itu.”
Maka lelaki itu menoleh lalu tatkala mengenali yang menegur itu ialah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dia membuka kedua-dua kasutnya itu dan melemparnya.[8]

Oleh itu apabila berjalan di antara kubur atau di celah-celah kubur, tanggalkanlah kasut atau selipar. Jika kawasan perkuburan itu tidak sesuai untuk berjalan tanpa alas kaki, maka memadai berdiri di tepi kawasan kubur. Ini kerana manfaat ziarah kubur dapat diperolehi oleh penziarah dengan berdiri di tepi perkuburan, tidak semestinya di tengah-tengah perkuburan.


[7] Tidak Solat Di Kubur.
Sebagaimana perbincangan dalam catatan yang lepas, kita dilarang dari mendirikan solat di kubur kecuali solat jenazah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

اجْعَلُوا فِي بُيُوتِكُمْ مِنْ صَلاَتِكُمْ وَلاَ تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا.

Laksanakanlah dalam rumah kalian sebahagian dari solat-solat kalian dan jangan kalian jadikannya kuburan.[9]

Kita juga dilarang dari solat menghadap kubur:

لاَ تَجْلِسُوا عَلَى الْقُبُورِ وَلاَ تُصَلُّوا إِلَيْهَا.

Jangan duduk di atas kubur dan jangan solat kepadanya.[10]

Pengecualian diberikan kepada solat di dalam Masjid al-Nabawi di Madinah kerana atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pembesaran masjid telah menyebabkan kubur Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam terletak di dalam masjid. Ini menyebabkan sebahagian jamaah terpaksa solat dengan menghadap kepada kubur baginda. Suasana ini dimaafkan dengan syarat orang itu tidak sengaja memilih tempat di belakang kubur baginda untuk solat dan hati serta fikirannya tidak tertuju kepada kubur baginda ketika solat.


[8] Tidak Membaca al-Qur’an Di Kubur.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ.

Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.[11]

Hadis ini mencakupi dua maksud:
  1. Rumah yang tidak dibacakan al-Qur’an umpama perkuburan, maka bacalah al-Qur’an di dalam rumah khasnya surah al-Baqarah.
  2. Perkuburan bukan tempat membaca al-Qur’an, kerana itulah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallammenjadikan perkuburan sebagai perumpamaan rumah yang tidak dibacakan al-Qur’an di dalamnya.
Selain itu telah diterangkan sebelum ini jika seseorang ingin menghadiahkan bacaan al-Qur’an kepada sesiapa yang sudah meninggal dunia, dia boleh melakukannya di mana jua. Dia tidak perlu duduk di sebelah jenazah di perkuburannya.


[9] Tidak Melakukan Penyembelihan Di Kubur.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لاَ عَقْرَ فِي الإِسْلاَمِ. قَالَ عَبْدُ الرَّزَّاقِ: كَانُوا يَعْقِرُونَ عِنْدَ الْقَبْرِ بَقَرَةً أَوْ شَاةً.

“Tidak ada penyembelihan untuk dipersembahkan di dalam Islam.” Berkata ‘Abd al-Razzaq (pengarang kitab hadis al-Musannaf): “Dahulu mereka (orang jahiliyah) menyembelih lembu dan atau kambing di sisi perkuburan untuk dipersembahkan (kepada ahli kubur).”[12]

Sa‘id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani hafizahullah menerangkan:
Apabila penyembelihan dilakukan di perkuburan sebagai amalan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah maka ia adalah bid’ah. Namun jika penyembelihan dilakukan untuk ahli kubur, maka ia adalah syirik besar yang mengeluarkan pelakunya dari Islam.[13]


[10] Tidak Memijak Kubur.
Jabir radhiallahu ‘anh menerangkan:

نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُجَصَّصَ الْقُبُورُ وَأَنْ يُكْتَبَ عَلَيْهَا

وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهَا وَأَنْ تُوطَأَ.

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang dari mengkapur kubur, menulis di atasnya, membuat binaan di atasnya dan memijaknya.[14]

Terdapat empat larangan dalam hadis ini:
  1. Dilarang mengkapur kubur, yakni mensimenkannya atau membuat binaan konkrit, jubin, marmar dan sebagainya. Kapur ialah teknologi binaan zaman Rasulullah sebagaimana simen pada zaman kini.
  2. Dilarang menulis di atasnya, umpama menulis nama dan doa-doa di batu nisan atau menulis ayat-ayat al-Qur’an di binaan sekeliling kubur. Namun boleh membuat tanda untuk mengenali kubur umpama susunan batu berdasarkan tindakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang meletak batu di sebelah kubur ‘Utsman bin Mazh’un radhiallahu ‘anh dengan sebab:

أَتَعَلَّمُ بِهَا قَبْرَ أَخِي وَأَدْفِنُ إِلَيْهِ مَنْ مَاتَ مِنْ أَهْلِي.

Aku memberi tanda dengan batu ini untuk kubur saudaraku dan di sinilah akan dikebumikan sesiapa yang meninggal dunia dari kalangan ahli keluargaku.[15]

  1. Dilarang membuat binaan di atas kubur umpama masjid, kubah, tembok dan sebagainya. Jika dibimbangi kubur akan rosak disebabkan kesan alam (hujan lebat, angin kuat, peralihan tanah), boleh membuat binaan yang tingginya tidak lebih sejengkal sekadar untuk memelihara keutuhan kubur.
  2. Di larang memijak di atas kubur. Boleh berjalan di antara dan di sekitar kubur namun jangan di atas kubur.


[11] Tidak Bersandar Kepada Kubur.
 ‘Amr bin Hazm al-Anshari radhiallahu ‘anh menceritakan:

رَآنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَّكِئًا عَلَى قَبْرٍ فَقَالَ: لاَ تُؤْذِ صَاحِبَ هَذَا الْقَبْرِ.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat aku bersandar kepada sebuah kubur lalu baginda berkata: “Jangan menyakiti ahli kubur ini”[16]


[12] Tidak Duduk Di Atas Kubur.
Dilarang duduk di atas kubur berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

لأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتُحْرِقَ ثِيَابَهُ فَتَخْلُصَ إِلَى جِلْدِهِ خَيْرٌ لَهُ

مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ.

Sungguh, jika seseorang kalian duduk di atas bara api lalu ia membakar pakaiannya sehingga mengenai kulitnya lebih baik baginya dari dia duduk di atas kubur.[17]

Larangan di atas ditujukan kepada orang yang duduk tepat di atas kubur. Dibolehkan duduk di tepi kubur sebagaimana hadis berikut daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anh, dia berkata:

شَهِدْنَا بِنْتًا لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. قَالَ:

وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسٌ عَلَى الْقَبْرِ قَالَ: فَرَأَيْتُ عَيْنَيْهِ تَدْمَعَانِ.

Kami menyaksikan kematian puteri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (yakni Umm Kaltsum radhiallahu ‘anha). (Anas menyambung): “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam duduk di atas kubur, maka aku melihat kedua-dua matanya menitiskan air mata.”[18]

Maksud duduk di atas kubur dalam hadis di atas ialah duduk di tepinya ketika proses perkebumian.[19] Dalam sebuah riwayat lain ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh menerangkan para sahabat dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam duduk di perkuburan Baqi’ al-Gharqad, lalu baginda memberitazkirah kepada mereka semua.[20]


[13] Tidak Membuang Hajat Di Perkuburan.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda

لأَنْ أَمْشِيَ عَلَى جَمْرَةٍ أَوْ سَيْفٍ أَوْ أَخْصِفَ نَعْلِي بِرِجْلِي أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَمْشِيَ عَلَى قَبْرِ مُسْلِمٍ

وَمَا أُبَالِي أَوَسْطَ الْقُبُورِ قَضَيْتُ حَاجَتِي أَوْ وَسْطَ السُّوقِ.

Sungguh, berjalan di atas bara api atau pedang atau aku ikat kasutku dengan kakiku lebih aku sukai dari berjalan di atas kubur orang Islam. Tidak ada beza keburukannya bagiku sama ada membuang hajat di tengah perkuburan atau di tengah pasar (kedua-duanya amat buruk, maka jangan melakukannya).[21]

Sebahagian ulama’ rahimahumullah, sebagaimana nukil pengarang MSBSPR 152-156, berpendapat larangan duduk di atas kubur bererti larangan membuang hajat di atas kubur. Ertinya boleh duduk di atas kubur tetapi jangan kencing atau berak di atas kubur.
Pendapat yang lebih tepat ialah, kedua-duanya dilarang. Kita dilarang duduk di atas kubur berdasarkan hadis:

لأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتُحْرِقَ ثِيَابَهُ فَتَخْلُصَ إِلَى جِلْدِهِ خَيْرٌ لَهُ

مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ.

Sungguh, jika seseorang kalian duduk di atas bara api lalu ia membakar pakaiannya sehingga mengenai kulitnya lebih baik baginya dari dia duduk di atas kubur.[22]

Kita dilarang kencing atau berak di atas kubur berdasarkan hadis:

لأَنْ أَمْشِيَ عَلَى جَمْرَةٍ أَوْ سَيْفٍ أَوْ أَخْصِفَ نَعْلِي بِرِجْلِي أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَمْشِيَ عَلَى قَبْرِ مُسْلِمٍ

وَمَا أُبَالِي أَوَسْطَ الْقُبُورِ قَضَيْتُ حَاجَتِي أَوْ وَسْطَ السُّوقِ.

Sungguh, berjalan di atas bara api atau pedang atau aku ikat kasutku dengan kakiku lebih aku sukai dari berjalan di atas kubur orang Islam. Tidak ada beza keburukannya bagiku sama ada membuang hajat di tengah perkuburan atau di tengah pasar (kedua-duanya amat buruk, maka jangan melakukannya).[23]


Maklumat dan bacan lanjut di : hafizfirdaus...

FENOMENA MENEGUR BELAKANG, DEPAN SERTA RASIONALNYA

Pada hari raya saudara-mara berkumpul dan salam bersalaman memohon kemaafan. Anak perantau kebanyakkannya balik ke kampung halaman bertemu dengan orang tuanya yang tercinta. Pelbagai gelagat dan telatah anak kecil dan orang-orang dewasa boleh kita lihat di musim perayaan

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai perangai ataupun budaya segelintir orang kampung/masyarakat yang medabik dada ataupun melakukan teguran pada tempat yang salah. Mungkin ini semua berlaku kerana sistem muzakarah tidak dipraktikkan dalam menyelesaikan beberapa isu berkaitan pendapat yang berbeza.

Bedabik dada yang saya maksudkan di sini ialah, seseorang yang menegur seseorang melalui orang lain ataupun dengan istilah menegur belakang. Teguran seperti ini mungkin tidak akan mengubah ketidak sependapat malah akan mengakibatkan kebencian dan pertambahan ketidak puas hati dari kalangan orang-orang yang mendengar yang kurang berilmu.

Bedabik dada boleh dikatakan terselit unsur-unsur riak dalam diri dimana terlalu merasa diri lebih baik dari orang lain. Sekalipun diri-sendiri baik dari orang lain tetapi jika saluran teguran belakang dibuat maka ianya akan mengakibatkan pepecahan dikalangan masyarakat.

Teguran adalah satu ilmu yang harus dipelari oleh orang berilmu ataupun seorang pemimpin dalam satu-satu masyarakat selain orang-orang yang selayaknya terlalu lantang suara menentang apa sahaja khilaf yang dibuat oleh individu lain.

Saya ada menyebut mengenai sistem tazkirah. Tazkirah bermaksud bermesyuarat ataupun berbincang mengenai isu tidak sependapat. Isu tersebut perlu diketengahkan serta memanggil orang yang selayaknya pakar mengenai isu tersebut. Memanggil ketua-ketua yang boleh membantu dalam meleraikan pertelingkahan sekiranya berlaku masalah pertelingkahan.

Salah satu contoh isu yang boleh kita ambil ialah mengenai isu tatacara solat. Ada di kalangan masyarakat yang mempelajari cara solat dari pelbagai guru dan mungkin antara guru-guru tersilap ajar ataupun pelaksanaan yang belajar salah. Dari kesalahan tersebut maka seorang individu melihat orang lain melakukan kesalahan akibat daripada kesalahfahamannya. Bagi mengatasi masalah ini, perlu dilakukan muzakarah bagi memastikan perpaduan masyarakat.

Apapun yang saya kongsikan di harap dapat membuka minda pembaca dalam menghadapi masalah-masalah akan datang. Jangan sesekali menghancurkan perpaduan masyarakat kita dengan memaksa orang lain mengikuti ideologi kita tanpa melihat atau berbincang dengan orang yang lebih pakar mengenainya. Jangan terlalu angkuh dalam mengeluarkan pendapat sehingga buta kesalahan sendiri. Sedarlah bahawa kita manusia dan kita sentiasa melakukan kekhilafan dan cari penyelesaiannya yang sudah disebut dalam kitab akhir zaman.


APA YANG ANDA LIHAT PADA DUNIA?

Sepanjang perjalanan 1 jam 45 minit sebentar tadi dari Bandaraya Kuching ke Pekan Kecil Sematan memberi saya masa untuk berfikir dengan apa yang berlaku sepanjang hidup saya. Saya ingin berkongsi mengenai sesuatu yang menjadikan kita tidak gentar dengan apapun. Mungkin juga menjadikan kita lebih tenang.

Lawan kepada tenang ialah gusar. Perasaan gusar atau risau dengan kemungkinan sesuatu yang memudaratkan diri. Apa pandangan anda tentang perkara tersebut? Contohnya masyarakat sekarang rata-rata takut pada hantu dan sesuatu yang menyerupainya. Padahal jika kita panda hantu itu hanyalah makhluk ciptaan tuhan maka boleh menghilangkan rasa takut. Cara pandangan kita pada makhluk tuhan juga menjadi faktor bagaimana kita mengatasi rasa gusar dan takut.


Membantu orang lain dalam kesusahan dan menjadi sukarelawan salah satu perkara yang baik dan memberi ketenangan pada diri saya. Bagaiman apula pandangan anda atau rasa anda ketika membantu orang yang memerlukan pertolongan?. Ada yang membantu kerana ada agenda tertentu dan ada juga yang membantu kerana keikhlasan dalam hati. Bergantung kepada anda dan bagaimana anda memandang diri anda dalam memberi bantuan kepada orang lain. Sekiranya cara pemikiran dan cara anda betul, percayalah ia akan memberi ketenangan kepada diri anda.

Seorang usahawan atau peniaga juga mempunyai cara dan pandangan tersendiri mengenai pekerjaannya. Jika pandangannya tentang sesuatu itu susah maka ia boleh menumbuhkan rasa putus asa dan rasa susah pada diri sendiri. Jika dia berpandangan bahawa kesusahan itu adalah sesuatu yang perlu diatasi dan ianya adalah sesuatu yang pelajaran yang harus di pelajari maka ianya akan jadi mudah malah akan menyuntik semangat. Saya sendiri perpandangan bahawa bidang usahawan adalah ajen membina keturunan yang baik.

Apa yang anda buat pada hari ini dan esok hari bergantung kepada cara anda berfikir dan bagaimana anda memandang sesuatu itu. Jika anda merasakan cas-cas negatif masuk ke dalam hati anda maka carilah pandangan yang lain.

Mungkin artikel ini susah untuk difahami tetapi percayalah ianya banyak memberi menafaat jika ada dapat memahaminya. Sekian.. :)

KHUTBAH JUMAAT TERAKHIR RAMADHAN 2012 TERBAIK

Khutbah Jumaat adalah salah satu midium untuk kerajaan mendidik umat Islam. Cara didikan ini berlangsung sepanjang zaman sehingga tiba masanya nanti apabila orang beriman ditarik rohnya dari jasadnya yang dibawa angin bermula dari Yaman.

Khutbah Jumaat terakhir Ramadhan 2012 menarik minat saya untuk berkongsi dengan pembaca-pembaca yang cintakan ilmu. Susunan bicara Khutbah Jumaat kali ini begitu seronok didengar. Perkara baru bagi saya. he he..

Bagaimanakah cara kita menyambut Aidilfitri selama ini? Bagaimana pula cara Rasullullah & para sahabatnya menyambut Aidilfitri sebagai Hari Kemenangan ? Ayuh, kita teladani Sunnah Rasulullah, agar Aidilfitri kita bukan sekadar adat, tetapi ibadat yang bakal membawa kita ke SyurgaNya !

Bertakbir
Sunat bertakbir pada Hari Raya Aidilfitri bermula dari malam raya sehingga imam mengangkat Takbiratulihram untuk solat sunat Hari Raya. 

Mandi Sunat 
memakai pakaian yang terbaik (bukan semestinya baru!) dan berwangi-wangian.

Imam Al-Hakim telah meriwayatkan bahawa Hasan Bin Abi Talib r.a berkata : “ Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kami pada kedua-dua Hari Raya supaya memakai sebaik-baik pakaian yang kami miliki, menggunakan wangian yang paling baik dan menyembelih binatang korban yang paling berharga (mengikut kemampuan). ( Al-Mustadrak al-Hakim, jil.4, halaman 230)

“Rasulullah s.a.w sentiasa mandi pada Aidilfitri dan Aidiladha” (Riwayat Ibn Majah no. 1315) – 
Ini merupakan antara beberapa athar daripada para sahabat r.a, walaubagaimanapun tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang hal.

Makan sebelum keluar rumah.
Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Anas B. Malik berkata : “Rasulullah s.a.w tidak keluar dari rumah Baginda pada hari Aidilfitri melainkan Baginda akan makan beberapa biji tamar terlebih dahulu. Baginda makan beberapa biji kurma dalam bilangan ganjil (bukan genap).”(Riwayat al-Bukhari)

Pergi ke masjid dan pulang dengan melalui jalan yang berbeza.
Jabir bin. Abdullah menceritakan bahawa pada Hari Raya, Rasulullah s.a.w menggunakan jalan yang berbeza. (Riwayat al-Bukhari no. 943)

Kita akan bertemu dengan lebih ramai umat Islam lain dan dapat mengeratkan silaturrahim.. 

Ucapan Hari Raya 
Jubair bin. Nufair r.a berkata : “Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu sesama mereka pada Hari Raya, mereka saling mengucapkan …

"Taqabbalallahu minna wa minkum"

Maksudnya : “Moga-moga Allah menerima amalan kami & amalan kalian semua” (Ibn. Hajar, Fath al-Bari, jil. 2 halaman 517 dan Sheikh Nasiruddin, Tamam al-Minnah, halaman 354).

Namun, tidak salah untuk mengucapkan ‘selamat hari raya, maaf zahir batin’, tetapi sebagai umat yang sentiasa ingin menjadikan generasi para sahabat sebagai contoh, utamakanlah ungkapan yang diamalkan pada sahabat ini, kemudian diikuti adat masyarakat setempat.

Solat Sunat Hari Raya dan mendengar khutbah.

Umat Islam disunatkan melakukan solat sunat pada kedua-dua Hari Raya secara bejemaah(aidilfitri  dan aidiladha) serta mengambil iktibar daripada khutbah yang disampaikan.

Sahabat-sahabat, Ingatlah kebesaran Allah dan bersyukurlah padaya di hari kemenangan ini. Berkongsilah kegembiraan hari ini bersama golongan fakir miskin dengan memberi zakat & bersedekah pada mereka. Janganlah kita menyambut Syawal dengan merosakkan ketaatan pada Allah yang telah dibina dan dikuatkan sebulan lamanya di bulan Ramadhan. Antaranya menyambut Hari Raya hingga melalaikan solat, tidak menutup aurat, pergaulan tanpa batas antara lelaki & perempuan yang bukan mahram, makan terlampau banyak sehingga membahayakan kesihatan dan berlaku pembaziran. Semoga Ramadhan dan Syawal tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. Wassalam
Diolah sedikit untuk pemahaman tanpa mengganggu maksud sebenar.
Sumber : ustaznaim

KEJADIAN DI SYRIA

Pelbagai maklumat yang boleh diperolehi apa yang berlaku di Syria. Kebangkitan rakyatnya menentang kerajaan yang zalim membuka mata manusia seluruh dunia. Kerajaan Basar Arshad diminta turun takhta disebabkan oleh kegagalan kepimpinannya yang mengetengahkan keganasan dalam pentadbirannya.

Kerajaan yang terbentuk daripada ketenteraan telah memberi impak monopoli dalam pentadbiran Syiria. Kebanyakkan wakil kerajaan adalah terdiri daripada fahaman Syiah dimana fahaman tersebut mendahului manusia daripada ketuhanan.

Rakyat Syria juga tidak membenarnya kuasa lain untuk campurtangan dalam urusan Syiria. Anda nilai sendiri dengan menonton video di bawah ini.


MEJORITI KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN TIDAK RELAVEN

Pengurusan kewangan adalah elemen wajib dalam setiap pengurusan dan pentadbiran. Segara urusan yang melibatkan kerajaan, swasta, pebadanan, perseorangan dan sebagainya melibatkan pengurusan kewangan. Saya sendiri pada suatu ketika dahulu memilih untuk mengambil pengurusan perakaunan disebabkan oleh kata-kata cikgu saya iaitu cikgu annuar yang pernah mengajar di SM Teknik Matang. Dia berkata "Organisasi mana yang tak melibatkan wang?". Soalan itu membuatkan saya berfikir panjang mengenai peluang yang luas berkaitan dengan perakaunan.

Kursus pengurusan kewangan sering dikaitkan dengan perakaunan. Apabila secara langsung dikaitkan dengan perakaunan maka peserta yang mengikuti kursus pengurusan kewangan akan di ajar asas perakaunan. Pada pandangan saya terdapat satu elemen penting yang tertinggal dalam kursus yang selalu di adakan berkaitan dengan kursus asas perakaunan.

Elemen tersebut amat penting bagi memastikan bahan mentah rekod perakaunan disimpan dengan rapi dan menjadi satu rujukan yang penting pada masa-masa akan datang. Elemen tersebut ialah dokumentasi.

Masalah yang selalu dihadapi seseorang pada awal perlaksanaan pengurusan kewangan ialah istigamah ataupun rekod yang konsisten. Kebanyakkan masalah tersebut saya lihat pada setiap peniaga dan usahawan yang saya kenali. Rekod kewangan jika ditinggalkan sehingga beberapa hari boleh mengakibat kecelaruan rekod.

Mungkin masalah ini tidak dihadapi oleh syarikat-syarikat besar  kerana mereka mampu menggaji pekerja profesional berkaitan kewangan. Bagaimanapula usahawan atau peniaga kecil ataupun yang baru memulakan perniagaan. Pasti mereka menghadapi masalah tersebut. Pada yang belum mampu menggaji masa adalah cabaran utama untuk mereka membuat rekod. Kadang-kadang mereka terlepas beberapa hari dalam merekod aliran tunai sehingga menyebabkan aliran tunai mereka kacau bilau.

Saya mempunyai teknik dokumentasi perakaunan standad yang mampu mengatasi masalah ini. Sekiranya seorang usahawan atau peniaga tidak sempat membuat rekod cukuplah mereka menyimpan rekod dan seterusnya meluangkan masa beberapa minit hari tertentu untuk membuat rekod. Dengan cara ini maka masalah aliran tunai mereka dapat diselesaikan.

Saya sendiri mempunyai syarikat konsultan yang boleh menyediakan kursus khas berkaitan dengan perkara ini. Moga pihak yang menyediakan kursus pengurusan kewangan lebih peka dengan masalah sebenar dihadapi oleh usahawan dan peniaga kita dalam pengurusan kewangan.

AMALAN MEREKOD ALIRAN KEWANGAN ADALAH PRODUKTIF

Merekod mungkin satu perkara remeh pada kita. Tetapi bila dipaksa kita akan melakukannya. Bagi yang kerja pejabat atau bahagian pengurusan pasti akan melakukannya bagi mengenalpasti pergerakkan satu-satu organisasi. Bagi yang kerja tukang ataupun bukan pengurusan pula akan membuat rekod peratusan kerja siap dan tanda-tanda pada objek bagi mengenalpasti kedudukan kerja yang telah dibuat.


Kepada rakan-rakan yang bergelar usahawan atau peniaga. Rekod adalah penting bagi mengenalpasti kedudukan kewangan. Jika ini tidak dilakukan maka ia boleh mengakibatkan ketidakpastian kedudukan kewangan sekaligus mengundang resiko lebihan belanjawan atau pengurusan yang tidak optimum.

Terdapat pelbagai jenis cara rekod yang boleh kita pelajari dari teknik rekod rumit sehingga rekod mudah. Rekod rumit yang saya maksudkan ialah rekod kewangan dengan teknik perakauan ledger. Tetapi bagi saya itu mudah kerana saya lepasan Diploma perakaunan dan bagaimana pula tidak ada asas perakaunan?. Ini bukan alasan untuk tidak merekod aliran kewangan anda.

Aliran kewangan anda boleh direkod dengan pelbagai teknik dan cara. Anda boleh menggunakan penyata aliran tunai dimana rekod tunai masuk dan tunai keluar direkod. Kaedah merekod ini saya adabtasi dalam kehidupan seharian apabila menerima rungutan daripada rakan-rakan lain sering bertanya dengan diri sendiri dan orang lain. "Mana pergi duit aku ha?" "Berapa sangatlah belanja aku tadi, duit tinggal ni jer"... begitulah rungutan akibat tidak merekod.

Saya ingin berkongsi mengenai kata-kata rakan saya "Seorang anak yang bijak tahu baki duitnya setelah dia membeli-belah".  Mungkin anda boleh fikirkan mengenai ayat tersebut. Semua berkaitan dengan rekod dan bajet.

Setiap hari anda boleh melakukan rekod mudah aliran kewangan anda. Contohnya seperti di bawah:

11 Ogos 2012 (22 Ramadhan)
RM170.00 -Baki Kelmarin (=)

RM20.00 -Ayu ( - )
RM20.00 -Syasha ( - )
RM3.50 -Sos botol nyonya ( - )
RM5.60 -Sos nyonya plastik ( - )
RM3.00 -Minyak motosikal ( - )
RM52.10 -Jumlah belanja (=)

RM117.90 -Baki esok (=)

Dari rekod di atas secara langsung kita tahu baki tunai dalam dompet kita dan secara tidak langsung kita akan lebih berhati-hati apabila berbelanja. Berikut contoh seterusnya rekod mudah aliran kewangan anda.

12 Ogos 2012 (23 Ramadhan)
RM117.90 -Baki kelmarin (=)

RM15.00 -Minyak kereta ( - )
RM3.50 -Minyak angin ( - )
RM3.00 -Rokok ( - )
RM7.00 -Berbuka puasa ( - )
RM1.70 -Burger ( + )
RM30.20 -Jumlah belanja (=)

RM300.00 -Upah ceramah motivasi (+)

RM387.70 -Baki esok (=)

Rekod di atas memasukkan pendapatan sampingan bagi mengenalpasti kuasa belanjawan kita. Seharusnya apabila kita melihat pertambahan baki untuk dibelanja pada hari berikutnya. Kita perlu lebih berhati-hati dalam berbelanja dan memastikan belanjawan kita lebih berhati-hati dan berpada-pada. Selain kita dapat mengenalpasti dimanakah kita membelanjakan tunai kita. Berikut contoh seterusnya.

13 Ogos 2012 (23 Ramadhan)
RM387.70 -Baki kelmarin (=)

RM15.00 -Digi super reload ( - )
RM7.00 -Berbuka puasa ( - )
RM3.40 -Burger ( - )
RM25.40 -Jumlah belanja (=)

RM362.30 -Baki esok  (=)

Transaksi di atas mungkin sedikit tetapi nilai aliran tunai keluar hampir sama dengan belanja pada 12 ogos 2012. Di sini kita selalu sahaja keliru dengan jumlah belanja dan jumlah transaksi. Mungkin ada dikalangan kita memikirkan semakin banyak transaksi maka semakin banyak belanjawan. Kesilapan akan berlaku jika rekod aliran tunai harian tidak dibuat.

Mungkin ada dikalangan kita melihat perkara ini remeh temeh kerana tunai di tangan terlalu banyak dan tidak perlu risau apabila kekurangan tunai. Ini adalah silap kerana perbelanjaan tanpa kawalan akan mengakibatkan kekurangan tunai. Seperti kata pepatah "Beringat sebelum terkena".

Ambil sedikit masa dalam 5 hingga 10 minit sebelum tidur untuk merekod belanjawan harian kita selain amalkan sikap meminta resit dan menyimpan resit selepas membuat perbelanjaan. Resit tersebut bertujuan untuk memastikan rekoad belanjawan kita tepat dan kita tidak terlupa apa yang kita belanjakan. Almaklumlah.. manusiakan pelupa.

Jika terdapat teransaksi belanja tidak diketahui rekod seperti berkut:

14 Ogos 2012 (24 Ramadhan)
RM362.30 -Baki kelmarin (=)

RM15.00 -Minyak kereta ( - )
RM5.00 -Celcom reload ( - )
RM7.00 -Berbuka puasa ( - )
RM3.40 -Belanja am ( - )
RM30.40 -Jumlah belanja ( = )

RM150.00 -Keuntungan membekal alat tulis (+)

RM481.90 -Baki esok (=)

Belanja am adalah bermaksud belanja yang tidak diketahui ataupun kita tidak tahu apa tujuan tunai itu keluar dan apakah kegunaannya.

Semoga perkongsian saya ini memberi menafaat kepada anda semua. Selamat mencuba.

KEMBARA, DERMA DAN ZIARAH SEMPENA RAMADHAN 2012


Kembara keluar masuk kampung di sekitar Kuching memberi seribu pengertian dalam kehidupan. Pada pendapat saya perkara ini membentuk jati diri kita. Di mana kita merasa dan melihat kesusahan orang lain serta membuatkan kita merasa bertuah kerana kita lebih mampu dari mereka yang menjalani hidup yang sukar.

Pertemuan saya dengan saudara yang menjalani hidup susah memberi kekuatan dalaman dalam diri saya. Kekuatan dalam bentuk semangat untuk terus hidup. Kekuatan untuk membantu. Membantu orang lain memberi ketenangan dalam diri kita. Walaupun bantuan tersebut tidak lah seberapa. Sekurang-kurangnya mengurangkan beban yang dipikul mereka.

Selain daripada itu, kita dapat bertemu dengan kawan-kawan baru yang bersemangat waja dan berketrampilan semangat persaudaraan. Semangat seperti ini membuka mata kita kepada sikap sebenar orang di sekeliling kita. Sebut sahaja sukarelawan kita tahu bahawa setiap perbuatan mereka adalah ikhlas ingin membantu.

Senyuman kepuasan dan ketenangan terpancar di wajah-wajah rakan sukarelawan apabila selesai dalam satu-satu misi bantuan. Kerjasama antara sukarelawan memberi satu impak dikalangan yang membantu bahawa kerjasama adalah penting dalam menjayakan satu-satu agenda.

Perkara ini menyedarkan saya betapa negara kita di ambang perpecahan kerana banyak agenda tidak mampu untuk dicapai. Apakah langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini bergantung pada pimpinan kita tidak kira pimpinan yang sedia ada ataupun pimpinan ranting ataupun pimpinan alternatif.


video

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.