COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KISAH BENAR HIKMAH SURAH YASIN

Kurniaan kesedihan kepada umat manusia untuk menyedarkan manusia betapa kita insan lemah di muka bumi ini. Ada yang lebih berkuasa daripada kita. Meratapi kesedihan  memberi kekuatan kita mendekati tuhan.


Bermalam di hospital umum sarawak memberi seribu pengalaman kepada ku. Di kiri ku sibuk si ibu membaca mahtera untuk anaknya yang aku jangkakan dari agama budha dan di hadapan ku kelihatan satu keluarga mendoakan sesuatu kepada pesakit yang aku jangkakan beragama kristian. Aku sendiri membaca yasin dan solat hajat memohon kepada yang satu agar ibuku cepat sembuh seperti sedia kala.

Semua yang ada di bilik ini ku rasakan cukup kusyuk dengan kepercayaan masing-masing. Aku gengam tangan ibu dan ku tumpu sepenuh perhatian dengan bacaan ku serta ku kuatkan keyakinan bahawa surah yasin yang dikurniakan kepada umat akhir zaman mampu mengubah malikul air. Iaitu air yasin yang selalu dibuat oleh orang kampung. Namun aku memandang surah ini juga mampu mengubah malikul darah supaya lebih baik dan aktif.

Dari tangan dan kaki ibuku sejuk menjadi panas apabila ku ulangi bacaan yasin sehingga lebih kurang 12 kali. Dalam beberapa jam lagi ibu akan dimasukkan bilik bedah dan itu penantian yang sukar untuk digambarkan. Terutama sekali bila doktor menyatakan kemungkinan selepas pembedahan.




Ayah menangis dan aku terus dengan keyakinan ku. Tidak tertahan jua mata menahan air yang menakung.

Berjalan aku di lorong lobi menuju ke luar. Aku dapat melihat riak dan ragam manusia di setiap ruang yang aku lalui. Setiap mereka ada pengharapan yang tinggi. Mengharap kepada sang pencipta. Ada yang jahil sehingga berjual beli dengan yang esa. Lupa diri bahawa yang esa hanya memberi dan tidak pernah meminta.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Reactions:

1 comments:

  1. Semua yang ada di bilik ini ku rasakan cukup kusyuk dengan kepercayaan masing-masing. Aku gengam tangan ibu dan ku tumpu sepenuh perhatian dengan bacaan ku serta ku kuatkan keyakinan bahawa surah yasin yang dikurniakan kepada umat akhir zaman mampu mengubah malikul air. Iaitu air yasin yang selalu dibuat oleh orang kampung. Namun aku memandang surah ini juga mampu mengubah malikul darah supaya lebih baik dan aktif.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.