اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

JOM HULURKAN BANTUAN (SEBARKAN)

Hari ini saya menjadi sukarelawan bersama saudara Hamzah dari Yayasan Salam mencari orang-orang dikalangan saudara kita yang hidup susah di kampung-kampung sekitar Kuching. Antara Kampung yang saya kunjungi adalah Kampung Sejijak, Kampong Paroh dan Kampung Tanjong Parang. Kami masing-masing menaiki motosikal begerak dari kampung ke kampung.

Haruman suasana kampung terasa ketika saya memasuki kampung-kampung di mana hutannya masih terpelihara. Haruman itu ialah angin yang sejuk dan jauh dari kesibukkan bandar.

Bulan ramadhan kali ini memberi pengertian extra kepada saya melihat seorang nenek yang berusia lebih 80 tahun cukup gagah bergerak mengikuti langkah kami pergi ke rumah saudaranya susah. Melihat kesusahan orang lain memberi kekuatan kepada diri saya untuk lebih bersyukur.

Ada antara mereka tidak mampu untuk berdiri dan mencari rezeki kerana keuzuran ditelan usia. Expedisi yang tidak seberapa ini memberi ilham kepada saya betapa saya beruntung dan betapa kita harus merancang masa depan dengan lebih baik.

Bantuan berupa makanan dan pakaian akan disalurkan kepada mereka pada bulan Ogos ini bergantung kepada pihak Yayasan Salam yang akan menentukannya. Kepada saudara dan saudari yang ingin membantu dalam program ini bolehlah menghubungi saudara Hamzah 0138202198. Barangan yang boleh anda sumbangkan berupa beras, minyak masak, roti dan apa sahaja barangan dapur. Tak sampai RM10 pun.. kalau lebih itu lagi baik.. 

SEBARKAN ARTIKEL INI MOGA BERTEMU DERMAWAN YANG KECIL SEHINGGA YANG BESAR



Reactions:

1 comments:

  1. SEBARKAN ARTIKEL INI MOGA BERTEMU DERMAWAN YANG KECIL SEHINGGA YANG BESAR... Bulan ramadhan kali ini memberi pengertian extra kepada saya melihat seorang nenek yang berusia lebih 80 tahun cukup gagah bergerak mengikuti langkah kami pergi ke rumah saudaranya susah. Melihat kesusahan orang lain memberi kekuatan kepada diri saya untuk lebih bersyukur.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.