Penanggal merupakan makhluk yang wujud akibat ilmu hitam yang di amalkan oleh manusia dan manusia tersebut melanggar perjanjian ataupun melanggar pantang. Ilmu hitam yang di tuntut biasanya bertujuan untuk kecantikkan, menjaga kebun, ilmu kebal dan sebagainya. Penanggal mempunyai nama berbeza mengikut kawasan. Contohnya seperti berikut:
- Engkalan – Sarawak, Malaysia ( penanggal biasa )
- Tengelong – Kedah, Malaysia ( penanggal biasa )
- Balan-balan – Sabah, Malaysia ( penanggal lelaki, menjangkitkan ilmu kepada keturunan melalui makanan)
- Krasue – Thailand ( penanggal biasa )
- Leyak @ le-ak – Bali, Indonesia ( penanggal biasa tapi boleh berubah bentuk jadi binatang seperti babi )
- Manananggal – Filipina ( penanggalannya bermula dari pinggang bukan leher)
Mengikut cerita orang tua, penanggal mempunyai makanan sajinya sendiri iaitu uri bayi dan syaratnya bayi tersebut anak sulung tidak kira anak haram atau anak halal. Dua-dua dia sembat. Minumannya pula adalah darah wanita yang sedang bersalin anak sulung. Namun begitu, ada juga versi lain penanggal tidak memilih mangsa. Penanggal akan telan apa sahaja yang dia nampak.
Bagi mengenai individu yang ada menternak makhluk penanggal adalah melalui lehernya. Lehernya ada satu garis seakan dikelar mengelilingi seluruh lehernya. Tetapi kebiasaannya individu yang menternak penanggal ini akan sedaya upaya menyembunyikan garis di lehernya. Jauh sangat bezanya dengan budak zaman sekarang suka nak tunjuk-tunjuk kiss mark kat leher di Facebook.
Selain daripada itu, individu yang menternak penanggal juga mempunyai tempayan cuka di rumahnya. Tujuannya untuk mengecutkan organ bagi memudahkan penyambungan semula dengan badan.
Teknik membongkar rahsia individu yang menternak penanggal adalah dengan menterbalikan badannya semasa badannya sudah terpisah dengan kepala. Selain daripada itu, untuk membunuhnya adalah dengan cara mengantung daun-daun duri di tingkap atau di mana sahaja yang mampu dilalui penanggal. Sediakan kacip pinang untuk memotong isi perut penanggal. Cara paling mudah untuk membunuh penanggal ini adalah lempang dengan kayu hoki.
Bagi mengenai individu yang ada menternak makhluk penanggal adalah melalui lehernya. Lehernya ada satu garis seakan dikelar mengelilingi seluruh lehernya. Tetapi kebiasaannya individu yang menternak penanggal ini akan sedaya upaya menyembunyikan garis di lehernya. Jauh sangat bezanya dengan budak zaman sekarang suka nak tunjuk-tunjuk kiss mark kat leher di Facebook.
BalasPadamBagi sesiapa yang ingin memberi pendapat, cadangan serta kritikan mengenai web blog ini dan perkhidmatan serta produk, anda boleh berbuat demikian dengan menghantar e-mail ke neo.barcode@gmail.com. Anda juga boleh memberi cerita atau berita menarik di tempat anda untuk dipaparkan di sini. Selain itu anda juga boleh memasukkan peluang niaga atau promosi produk anda yang berkaitan dengan konsep web ini iaitu perlancongan & setempat secara percuma.
BalasPadam