COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

JOM HULURKAN BANTUAN (SEBARKAN)

Hari ini saya menjadi sukarelawan bersama saudara Hamzah dari Yayasan Salam mencari orang-orang dikalangan saudara kita yang hidup susah di kampung-kampung sekitar Kuching. Antara Kampung yang saya kunjungi adalah Kampung Sejijak, Kampong Paroh dan Kampung Tanjong Parang. Kami masing-masing menaiki motosikal begerak dari kampung ke kampung.

Haruman suasana kampung terasa ketika saya memasuki kampung-kampung di mana hutannya masih terpelihara. Haruman itu ialah angin yang sejuk dan jauh dari kesibukkan bandar.

Bulan ramadhan kali ini memberi pengertian extra kepada saya melihat seorang nenek yang berusia lebih 80 tahun cukup gagah bergerak mengikuti langkah kami pergi ke rumah saudaranya susah. Melihat kesusahan orang lain memberi kekuatan kepada diri saya untuk lebih bersyukur.

Ada antara mereka tidak mampu untuk berdiri dan mencari rezeki kerana keuzuran ditelan usia. Expedisi yang tidak seberapa ini memberi ilham kepada saya betapa saya beruntung dan betapa kita harus merancang masa depan dengan lebih baik.

Bantuan berupa makanan dan pakaian akan disalurkan kepada mereka pada bulan Ogos ini bergantung kepada pihak Yayasan Salam yang akan menentukannya. Kepada saudara dan saudari yang ingin membantu dalam program ini bolehlah menghubungi saudara Hamzah 0138202198. Barangan yang boleh anda sumbangkan berupa beras, minyak masak, roti dan apa sahaja barangan dapur. Tak sampai RM10 pun.. kalau lebih itu lagi baik.. 

SEBARKAN ARTIKEL INI MOGA BERTEMU DERMAWAN YANG KECIL SEHINGGA YANG BESAR



MASA DEPAN

Silauan mentari tak nampak bayang
Bayang di belakang menoleh ke hadapan
Lurah di depan diliputi sinar
Meronta menggapai sinar
Langkah tawakal silauan akal
Gelap di belakang gagah menurut
Apa dipandang itu dirakam
Apa didengar itu disimpan
Apa dirasa itu dirahsia
Memandang dendang bergendang
Sana duri pijak berdiri
Pijak tetap pijak langkah tetap langkah
Menebal jua kulit telapak
Menebal tapak tanda kewajaan

Di balik silauan tersembunyi kekacauan
Silau menyilau langkah mengagah
Silau menggigit dipersetan
Pantang rasa sakit pasti mengagah

Sembunyi rasa silau rasa sakit

Nurkilan : khall


SELAMAT BERPUASA 2012

Menjelang bulan Ramadhan maka bermulalah perhitungan amalan baik yang dilipat kali ganda. Semua bangsa yang menganut agama islam mencari-cari amalan baik yang berganda di bulan Ramadhan. Bersedekah amal jariah cukup meriah pada bulan Ramadhan. Amalan wajib dan sunat di imarah di masjid dan di surau.

Semasa berada di bulan ramadhan. Perancangan kewangan amat penting agar perbelanjaan pada bulan ini tidak melebihi bulan-bulan yang sebelum dan selepasnya. Pada bulan Ramadhan adalah bulan untuk berjimat cermat. Sedekah berpada-pada dan jangan berlaku pembaziran.

Pada bulan ini mula juga kedengaran umat islam ditangkap makan dan minum secara terang-terangan serta tidak menghormati bulan ramadhan. Ada yang lari dari ditangkap dengan mengubah bahasa mereka daripada dicekup.

10 hari terakhir bulan ramadhan adalah hari-hari yang cukup genting kerana dipercayai hari-hari tersebut adalah jatuhnya malam lailatul kadar. Malam yang penuh barakah. Siapakah manusia yang pernah bertemu malam tersebut? Saya pernah tapi macam mimpi jer.

Di Kuching Sarawak. Bulan Ramadhan sinonim dengan Sotong ketuk. Pada bulan ini banyak Sotong Ketuk dijual selain banyak bazaar Ramadhan di buka. Kepada pengunjung-pengunjung bazaar Ramadhan dinasihati supaya berhati-hati semasa membeli juadah. Pada ketika inilah muncul manusia bertuhankan nafsu mengambil barang yang bukan hak.

Di tempat anda pula bagaimana?





PENEMUAN PLENET 6.5 TAHUN CAHAYA DARI BUMI

Dokumentari animasi CGI atau komputer berlaku ke atas Darwin IV di sebuah planet 6.5 tahun cahaya dari bumi, dengan 2 matahari dan 60% daripada graviti Bumi. Setelah mengenalpasti Darwin sebagai dunia yang boleh menyokong kehidupan, Bumi menghantar misi perintis yang terdiri daripada induk Von Braun dan tiga probe: Balboa, Da Vinci, dan Newton. Armada robot ini adalah bertanggungjawab untuk mencari dan menilai apa-apa bentuk kehidupan di Darwin IV. Pada mulanya, jangkaan untuk mencari kehidupan mikroskopik, tetapi probe tidak lama lagi mendapati diri mereka di tengah-tengah ekosistem maju dipenuhi dengan kepelbagaian hidup semua saiz. Drama ke atas Darwin IV didorong oleh misi sains sebenar, seperti Program Asal-usul NASA dan NASA / JPL Planet-Finder Misi, serta Projek Darwin Agensi Angkasa Eropah. "Planet Alien" ekspedisi kosmik di sepanjang sisi Stephen Hawking, Michio Kaku, Jack Horner, Craig Venter, dan George Lucas.


Misi ini telah menghantar 3 robot dan salah satunya meletup sebelum sampai ke permukaan. Dua robot yang dihantar telah menjelajah Darwin IV dan mendapati terdapat kehidupan di dalamnya. Analisis kehidupan di atas plenet Darwin IV cuba dikaitkan dengan Bumi. Tetapi perbezaan kehidupan di plenet Darwin jauh berbeza dengan Bumi.

Dua robot yang dihantar bagaimanapun mengesan beberapa spesis pelik di plenet Darwin IV. Pelbagai cabaran dihadapi robot-robot tersebut. Robot tersebut telah dilengkapi dengan teknologi canggih dengan sensor tertentu bagi mengekang ancaman seperti serangan, ribut dan sebagainya.

Kapal induk Von Braun memerlukan 42 tahun untuk sampai ke Darwin IV dengan kelajuan 67 batu/saat iaitu 20% kelajuan cahaya. Komunikasi antara Von Braun dengan bumi pula memerlu masa selama 6.5 tahun   untuk sampai ke bumi. Pada akhir sesi video ini menceritakan penemuan makhluk yang mempunyai akal.

Pelbagai maklum balas mengenai video ini dan keraguan kesahihannya muncul di komen-komen video ini. Terdapat 13,441 pengomen dan ditonton sebanyak 4,080,503 kali.

Anda nilai sendiri daripada dokumentari di bawah ini.


 

ADAKAH INI TREND ISTERI AKHIR ZAMAN DAN ANDA?

Bilangan kes perceraian yang berpunca daripada sikap curang isteri dilihat semakin meningkat di mahkamah syariah, seolah-olah menjadi trend ketika ini. Peguam syarie, Datuk Zaidi Mohd Zain (gambar) berkata, golongan isteri yang curang juga dilihat semakin berani hingga ada yang mencabar suami supaya tidak menjadi dayus dan melafazkan saja talak kerana mereka sudah ada lelaki lain.


Beliau berkata, kebanyakan kes perceraian yang dibawa ke mahkamah syariah difailkan oleh isteri atas alasan suami tidak bertanggungjawab, sedangkan daripada pihak pembelaan suami, mereka mengatakan isteri ada hubungan dengan lelaki lain.

“Daripada jumlah kes perceraian yang dibawa ke mahkamah syariah, memang ketara trend golongan isteri ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain dan keadaan ini meruntuhkan institusi keluarga.

“Kes perceraian seperti ini dilihat banyak membabitkan golongan wanita yang berada dalam lingkungan 30-an hingga 40-an,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zaidi berkata, masalah bermula apabila ada isteri masih mendapat perhatian lelaki lain kerana bentuk tubuh menarik atau menjadi idaman jejaka lain selepas menjalani perubahan dengan mencantikkan diri.

Katanya, kesempatan ini diambil pula oleh wanita yang seolah-oleh gembira masih laku di pasaran seterusnya melayan ‘peminat’ sekadar suka-suka tetapi akhirnya terjebak dalam hubungan cinta.

Beliau berkata, ada pula di kalangan wanita yang memang mahu ‘menguji pasaran’ untuk mengetahui sama ada mereka masih ada daya tarikan dan tidak segan silu melayan lelaki yang tertarik kepadanya disebabkan berasa bangga masih menjadi perhatian biarpun sudah berkahwin dan beranak-pinak.

“Kes isteri ditangkap khalwat memang menjadi-jadi sekarang ini, tetapi ada suami yang sanggup memaafkan isteri dan menerimanya kembali daripada membawa kes ke mahkamah kerana malu dengan perbuatan isteri selain sedar kekurangan dirinya,” katanya.

Zaidi berkata, sikap curang di kalangan isteri boleh berpunca daripada beberapa faktor antaranya suami tidak bertanggungjawab, tidak bersifat penyayang, tidak memuji isteri, tidak memberi perhatian dan tidak membelai isteri, hingga orang lain mengambil kesempatan mengisi kekurangan itu.

Selain itu, beliau berkata, wanita juga memainkan peranan dalam keruntuhan institusi perkahwinan apabila mereka dengan mudah melayan lelaki lain yang terpikat sedangkan sudah mempunyai tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Beliau merujuk laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai seorang isteri berusia 38 tahun terkedu apabila dicekup suami sendiri yang hanya dikenali sebagai Razif, 47, ketika asyik memadu asmara bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong Perdana..

MENGAPA NEGARA ARAB RANAP DAN KAITAN DENGAN SYIAH

Syiah digazetkan sebagai rakyat iran sebagai agama islam yang hakiki. Mereka telah mendirikan negara dengan kekuatan teknologi dan ketenteraan. Dengan kekuatan tersebut maka mereka telah bekerjasama dengan negara-negara lain iaitu Israel dan Amerika untuk menakluk negara di sekitar mereka. Pergolakkan yang berlaku di negara-negara arab berkait rapat dengan pegangan syiah yang berlaku di Iran. Sekarang ini, syiah diperangi kerana beberapa akidah mereka yang menghalalkan pembunuhan orang muslim yang mengikut aliran sunnah.


Pakatan antara Iran, Israel dan Amarika boleh anda lihat di Malaysia. Mula-mula saya sendiri pelik dengan pakatan tersebut tetapi dengan melihat apa yang berlaku di dunia arab maka terjawab persoalan saya. Agenda-agenda yang di laungkan menutup pergerakkan ini. Apakah yang berlaku sebenarnya? Apakah ini kebetulan atau plan?

Bagaimana berlaku pergolakkan Mesir misalnya. Mesir bergolak kerana kebangkitan rakyatnya dan menentang pemimpinnya dengan cara pemberontakkan. Apakah pembrontakkan tersebut berlaku secara kebetulan atau pakatan? Jika anda melihat video di bawah ini. Penjelasan dibuat bagaimana perkara ini berlaku. Pemimpin yang mana meraikan kemenangan pemberontak.

Bagaimana pula yang berlaku di Iraq. Apa yang berlaku di bahdad dan apakah layanan tentera Iran terhadap rakyat Iraq yang dikatakan sesama Muslim. Segalanya di terangkan di bawah video ini. Sesiapa yang bernama aisyah ra contohnya akan dibunuh dan di halalkan pembunuhannya oleh ahli Syiah.

Syiah kini telah menular di Malaysia. Mesir menjadi salah satu ikon kepada beberapa parti politik dan apakah syiah kini meresap dalam politik di Malaysia. Apakah yang akan berlaku di Malaysia sekiranya ideologi syiah ini meresap di Malaysia.

Asal-usul syiah ini sendiri dikatakan berasal dari seorang yahudi yang berpura-pura memeluk islam dan mengubah beberapa aqidah islam dan kepercayaan dalam Islam. Akhirnya Islam berpecah-belah dan berbunuhan sesama sendiri. Inilah yang berlaku dalam dunia arab.

Syiah adalah kepercayaan dan mengankat imam-imam mereka daripada merujuk kepada tauhid (al-quran) dan sunnah-sunnah (Nabi Muhammad saw). Imam-imam mereka yang dikatakan 12 orang menjadi rujukan mereka. Dikatakan juga imam-imam mereka tiada satupun menhafal al-quran. Pelbagai lagi penolakkan syiah dalam video tersebut.

Perkara yang paling ditolak adalah perkahwinan sementara yang di amalkan oleh syiah. Perkahwinan tidak mengira umur. Dikatakan umur bayi 9 hari boleh dikahwinkan. Beberapa kisah imam-imam syiah yang berkahwin dengan kanak-kanan bagi memenuhi kehendak hawa nafsunya.
  1. Apakah syiah menghalalkan darah orang islam? ini penolakkan yang besar.
  2. Apakah syiah bergabung dengan yahudi dan Amerika untuk memerangi sunnah? ini penolakkan besar
  3. Apakah syiah menggalakkan kahwin sementara (mut'ah)? ini penolakan besar.
  4. Apakah syiah membenarkan orang mukmin mendera diri sendiri? ini penolakkan besar.
  5. Apakah syiah membenarkan ahlinya mengagungkan ahli majusi? ini penolakkan besar.
Anda lihat sendiri video di bawah ini untuk pemahaman lanjut. Saya galakkan komen tapi jangan sesekali komen sumpah seranah. Masukkan fakta dan bukan memaksa untuk mengikut ideologi anda.


PEREMPUAN NERAKA

Gemersik suara bagai hidup tidak berpenghujung
Suara membelai mengubah segala
Tidak terasa rasa bersalah
Longlai dihembus angin gemersik
Kata di ikut hidung di sangkut
Tidak sedar apa yang dituntut

Hiasan hadapan bagai hidup tidak berpenghujung
Segala dibuka membenih selera
Si adam satu jari ditunding
Si hawa empat jari ditunding
Tidak akan pernah selesai jika menunding
Tunding menunding tanpa merujuk pada yang hak

Bual bicara kata berselerak bagai hidup tidak berpenghujung
Kata-kata dusta didukung kata benar
Kata-kata benar didukung kata dusta
Bagai semut hitam di malam yang kelam
Jadi pedoman pada yang buta
Ikut selera bukan sebenar
Sebenar selera api membara

Jambul di hujung membonggol bagai hidup tidak berpenghujung
Memimpin dipimpin pemimpin bermimpi
Jahil bakhil atau lupa segala
Mengucup daun semalu esok mekar semula
Dibias dikias tidak berguna
Diagung disanjung pasti berpenghujung

Ideologi sosiologi metologi bertabrak bagai hidup tidak berpenghujung
Angkat sini angkat sana turun sini turun sana
Lurah sini lurah sana lurah merah lurah darah
Tarik kiri buka kanan tarik kanan buka kiri
Tarik atas buka bawah tarik bawah buka atas
Sedih bertuhan satu gembira bertuhan dua
Khilaf bertuhan dua cara binasa memanggil dosa
Liberal khalifah impreal khalifah pilih dan pasrah

nurkilan : khall





ILMU HITAM PENANGGAL DITANGKAP (REAL)

Penanggal merupakan makhluk yang wujud akibat ilmu hitam yang di amalkan oleh manusia dan manusia tersebut melanggar perjanjian ataupun melanggar pantang. Ilmu hitam yang di tuntut biasanya bertujuan untuk kecantikkan, menjaga kebun, ilmu kebal dan sebagainya. Penanggal mempunyai nama berbeza mengikut kawasan. Contohnya seperti berikut:


  1. Engkalan – Sarawak, Malaysia ( penanggal biasa ) 
  2. Tengelong – Kedah, Malaysia ( penanggal biasa )
  3. Balan-balan – Sabah, Malaysia ( penanggal lelaki, menjangkitkan ilmu kepada keturunan melalui makanan) 
  4. Krasue – Thailand ( penanggal biasa ) 
  5. Leyak @ le-ak – Bali, Indonesia ( penanggal biasa tapi boleh berubah bentuk jadi binatang seperti babi ) 
  6. Manananggal – Filipina ( penanggalannya bermula dari pinggang bukan leher)



Mengikut cerita orang tua, penanggal mempunyai makanan sajinya sendiri iaitu uri bayi dan syaratnya bayi tersebut anak sulung tidak kira anak haram atau anak halal. Dua-dua dia sembat. Minumannya pula adalah darah wanita yang sedang bersalin anak sulung. Namun begitu, ada juga versi lain penanggal tidak memilih mangsa. Penanggal akan telan apa sahaja yang dia nampak.

Bagi mengenai individu yang ada menternak makhluk penanggal adalah melalui lehernya. Lehernya ada satu garis seakan dikelar mengelilingi seluruh lehernya. Tetapi kebiasaannya individu yang menternak penanggal ini  akan sedaya upaya menyembunyikan garis di lehernya. Jauh sangat bezanya dengan budak zaman sekarang suka nak tunjuk-tunjuk kiss mark kat leher di Facebook.

Selain daripada itu, individu yang menternak penanggal juga mempunyai tempayan cuka di rumahnya. Tujuannya untuk mengecutkan organ bagi memudahkan penyambungan semula dengan badan.

Teknik membongkar rahsia individu yang menternak penanggal adalah dengan menterbalikan badannya semasa badannya sudah terpisah dengan kepala. Selain daripada itu, untuk membunuhnya adalah dengan cara mengantung daun-daun duri di tingkap atau di mana sahaja yang mampu dilalui penanggal. Sediakan kacip pinang untuk memotong isi perut penanggal. Cara paling mudah untuk membunuh penanggal ini adalah lempang dengan kayu hoki.


CINTA PELABURAN MANUSIA

Apa yang anda fikir mengenai cinta pelaburan? semua sedia maklum mengenai cinta dan pelaburan selalu dikaitkan dengan sesuatu yang kita lakukan untuk mendapatkan sesuatu. Adakah anda dikalangan cinta pelaburan. Pelaburan jenis tenaga, harta benda dan apa sahaja yang dapat dilaburkan. Ada juga yang meminta cagaran untuk menjamin cinta.


Pelbagai macam jenis cinta yang boleh kita dengar, lihat dan rasa. Di sekeliling kita terdapat banyak jenis manusia yang berbeza pandangan tentang cinta. Masing-masing mencari kekuatan cinta dan kebenaran cinta. Cinta adalah satu perasaan ingin memiliki dan dimiliki. Apakah memiliki dan dimiliki itu cinta.

Terdapat si teruna atau si dara sanggup berhabis wang ringgit dan masa kerana ingin memiliki cinta. Bagi yang tengah mabuk kepayang mengketegorikan perkara tersebut sebagai pengorbanan. Namun, sejauh mana pengorbanan tersebut pada pandangan si teruna atau si dara itu? terdapat dua kategori pengorbanan. Pengorbanan untuk mendapat balasan dan pengorbanan kerana suka melihat si dia tersenyum. Senyumannya membuatkan pengorbanan itu tidak terasa walaupun berat.

Kegilaan cinta memang begitu. Sanggup melakukan apa sahaja sehingga muncul perkataan puitis sehingga sanggup meredahi lautan api kononnya. Sikit jer kena api dan menangis. Tak ke begitu?. Itulah cinta yang penuh imejinasi dan impian. Dua kategori pengorbanan tersebut ada kaitan dengan tajuk yang saya paparkan.

Terlebih dahulu saya terangkan sedikit mengenai pengorbanan kerana suka melihat si dia tersenyum dan senyumannya membuatkan pengorbanan itu tidak terasa walaupun berat. Pengorbanan ini bukan pelaburan. Pelaburan yang untuk mendapat balasan cinta. Pengorbanan ini adalah kerana hati yang ikhlas dan tidak mengharapkan balasan cinta. Tetapi atas kebaikan jiwa.

Pengorbanan ini sukar dicari. Membuat kebaikan dan tidak mengharapkan balasan cinta. Pengorbanan ini juga tidak menyakitkan jiwa. Tidak melahirkan rasa dendam di hati. Pengorbanan yang sanggup melihat si dia tersenyum dan hati sendiri menangis serta disembunyi. Adakah anda begini?

Pengorbanan untuk mendapat balasan. Ini adalah pengorbanan pelaburan. Seperti yang saya tulis pada tajuk di atas iaitu cinta pelaburan. Melabur apa sahaja yang ada untuk memiliki cinta dan jika pelaburan itu tidak mendatangkan hasil maka terbit rasa benci dan dendam. Mula mengunkit pengorbanan dan pelaburan yang dibuat.

Pengorbanan seperti ini akan menyakitkan jiwa sendiri dan sentiasa merasa rugi. Penyesalan tertanam di jiwa kerana pelaburan tidak mendatangkan hasil. Seperti juga pelaburan tunai di dalam bursa saham dan sekiranya nilai pelaburan turun mendadak sehingga negatif ada yang marah tidak keruan. Perasaan amarah sukar dibendung kerana terlalu mengharap. adakah anda begini?

Jika hendak berbuat baik kepada orang lain tidak kira kekasih atau orang lain maka janganlah mengharapkan balasan. Sematkan jiwa dengan keikhlasan supaya kebaikan yang diberi tidak memberi penyakit dalam hati. Ketenangan hati sentiasa terjamin. Tidak merasa susah apabila membantu. Sekalipun harapan tidak tercapai tetapi berpuas hati kerana sudah melakukan yang terbaik. Jauh sekali merungut kerana tidak mendapat balasan dari kebaikan.

Tidak dinafikan ada juga yang memburu cinta pelaburan.. tak percaya!! tikopun!!

PENYANYI CILIK, CELIK ATAU JELIK? SILA UNDI



PILIH YANG MANA SATU UNDIAN TERTINGGI KLIK SINI


Penyanyi pertama

Penyanyi ke dua


Penyanyi ke tiga

Penyanyi ke empat

PENEMUAN SAINTIFIK IKAN DUYUNG

Video di bawah ini memaparkan sekumpulan saintis yang menggelarkan mereka sebagai kumpulan NOAH yang bertindak sebagai kumpulan yang membuat analisa tentang kehidupan di dalam laut. Mengikut video ini, kumpulan saintis ini telah menemui beberapa bukti berkaitan dengan ikan duyung.


Kembara mereka bermula pada tahun 2004 apabila penemuan sekumpulan ikan paus yang terdampar di pantai dan mati dengan sebab-sebab yang sukar diramalkan. Pada mulanya mereka meramalkan kematian ikan paus tersebut disebabkan oleh aktiviti marin yang melancarkan gelombang sonik yang mengganggu habitat ikan paus tersebut.

Dari masa ke semasa, kejadian ikan paus mati dengan sebab tidak diketahui merebak ke bahagian lain sekitar laut US. Penemuan ini bermula dengan dua orang kanak-kanak yang bermain di laut di mana mereka telah merakamkan satu jasad yang tidak dikenal pasti dan ini menjadi tanda tanya kepada saintis tersebut. Namun begitu, mereka tetap meneruskan tanggungjawab utama mereka iaitu mengenalpasti kematian paus-paus yang terdampar.

Masa berlalu dengan pantas. Para saintis ini telah membuat kajian mengenai bunyi-bunyian gelombang sonik yang berlaku di dasar laut. Penemuan mereka semakin menarik apabila mereka mendengar satu bunyi komunikasi antara ikan lumba-lumba dan satu spesis lain yang tidak dikenal pasti. Tanda tanya ini menyebabkan saintis ini semakin menggila untuk mengetahui spesis baru ini.

Berbekalkan teknologi yang ada, mereka terus membuat kajian mengenai bunyi tersebut dengan bekerjasama dengan saintis lain yang terlibat. Semasa mereka menjalankan kajian mengenai bunyian tersebut, mereka telah dikejutkan sekali lagi dengan penemuan bangkai yang tidak dikenalpasti yang melekat pada jaring nelayan. Bangkai tersebut tidak cukup sifat dan bangkai tersebut telah dibawa ke makmal untuk di analisis.

Pada mulanya mereka menyangka bangkai tersebut ialah ikan ataupun kehidupan laut yang biasa dan para saintis telah membuat beberapa padanan haiwan lain bagi mengenal pasti bangkai tersebut. Kerjasama dengan saintis lain yang pakar mengenai tulang dan tengkorak telah merungkai satu lagi misteri yang semakin menarik. Para saintis tersebut mendapati bangkai tersebut terdapat tulang yang berbentuk tangan manusia dan cantuman serpihan lain telah menjadi tengkorak seakan manusia.

Para saintis terpaku apabila melihat penemuan tersebut. Penemuan lain yang berkaitan ialah senjata tajam yang melekat pada ikan yu seperti yang dipaparkan dalam video tersebut selain penemuan lain yang ditemui oleh nelayan-nelayan di sekitar tersebut. Apakah yang berlaku di dasar laut berkaitan dengan kematian ikan paus sehingga saintis merungkai misteri tersebut.

Penemuan lain yang menyokong bangkai tersebut ialah ikan duyung adalah lakaran atau lukisan yang ditemui di mesir yang seakan ikan duyung yang berperang dengan manusia selain kebolehan manusia yang seakan ikan duyung.

Klu yang berkait rapat dengan ikan duyung adalah ikan lumba-lumba dan ikan paus dimana para saintis percaya bahawa ikan duyung merentasi laut yang luas bersama ikan lumba-lumba dan ikan paus. Apakah kesudahan kajian para saintis tersebut? mengapakah kajian para saintis tersebut dirampas oleh pihak berkuasa? anda saksikan sendiri video di bawah ini.



IKAN DUYUNG TIDAK MAHU BERKOMUNIKASI DENGAN MANUSIA DAN MEREKA TIDAK MAHU DIJUMPAI TETAPI KEJADIAN ALAM TIDAK AKAN DAPAT MENYEMBUNYIKANNYA

MANUSIA DAN IKAN LUMBA-LUMBA BEKERJASAMA




Video yang dipaparkan adalah mengenai bagaimana manusia bekerjasama dengan ikan lumba-lumba untuk menangkap ikan di suatu kawasan di bumi. Ramai yang tidak tahu mengenainya. Terdapat banyak kisah ikan lumba-lumba yang boleh kita baca dalam internet dan media massa yang lain.

Video ini dibuat oleh Animal Planet yang cuba memecah kod mengenai ikan duyung yang dipercayai separa manusia dan separa ikan. Belum terdapat bukti sahih mengenai kewujudan ikan duyung. Di indonesia misalnya dikatakan pernah menemui bangkai makhluk seperti ikan duyung. Namun ianya masih belum di sahkan benar-benar wujud.

Pada pendapat saya makhluk yang berada di bumi tuhan ini terlalu banyak dan ada yang kita boleh lihat dan ada juga yang kita tidak boleh lihat. Penemuan makhluk bersayap yang tingginya lebih kurang 8 inci di suatu tempat di London misalnya. Menjadi satu tanda tanya dalam sebuah laman blog. Manusia tidak akan pernah dapat merungkai misteri seluruh alam semesta kerana kita pernah di ingatkan bahawa ilmu yang seluas lautan dan manusia hanya mampu menguasai setitik sahaja.

Video ini setakat ini hanya terdapat 8,739 orang yang melihat dan 62 orang yang memberi maklum balas. Pelbagai andaian yang mereka buat seperti mengaitkannya sebagai mitos, olahan aluminati dan sebagainya. Saksikan sendiri ek...


PILIH NAK MATIMU DISYUKURI ATAU DIKENANG?!!

Dalam meninti hari-hari yang berlalu. Menjaga ibu di Hospital memberi seribu cerita di sebalik kejadian. Setiap orang yang keluar masuk dari Hospital ini mempunyai cerita tersendiri. Ada cerita yang di hayati lantas berubah apabila mengerti tentang hikmah yang tersembunyi. Bagi yang tidak memikirkannya rugi sekali dengan akal fikiran yang diberikan oleh tuhan.


Ada yang masuk di Hospital ini dengan kesihatan yang baik apabila keluar dari hospital. Ada yang tinggal jasad sahaja setelah roh meninggalkan badan. Ada yang keluar dengan keadaan yang kurang upaya. Pelbagai cerita dan kisah di sebalik apa yang berlaku. Apakah kita semua berfikir mengenainya.

Apa yang ku pandang, lihat dan dengar. Ada yang masuk kerana bergaduh, kemalangan, kelalaian sendiri, tekanan hidup dan pelbagai lagi punca, asbab dan sebab. Tidak kiralah siapa kamu dan setinggi mana darjat kamu. Sebesar mana tatu di badan, segarang mana tatu yang di ukir, apabila kamu ditimpa bala maka kamu akan lemah longlai tidak bermaya.

Hanya mesin yang membantu kamu untuk terus hidup. Apakah musuh kamu menangis mendengar dan melihat keadaan kamu. Apakah kekuatan yang kamu banggakan mampu menolak bala yang menimpa kamu. Apakah matlamat kamu dalam dunia yang sementara ini? pernahkah kamu bertanya apakah cogan kata dan bendera panji mana yang kamu kibarkan? Apakah perjuangan kamu adalah perjuangan yang betul? apakah perjuangan kamu perjuangan yang memberi kebaikan kepada manusia sejagat?

teliliti perjuangan kamu dari sebesar urat saraf tunjang sehingga sekecil urat yang memberi kebaikan pada masa kini dan masa hadapan. Pilih jalan hidup yang terbaik. Cari kebenaran sebelum menegakkan kebenaran. 

Lemah longlai kamu di katil pesakit adalah satu tragedi yang akan membuat orang lain ketawa jika kamu bermegah-megah dengan kebenaran yang belum tentu benar ketika kamu sihat. Badan kamu yang sasa akan merasa berat pada orang lain yang pernah kamu sakiti suatu ketika dahulu. 

Bila detik masanya tiba. Sakaratul maut menjemput kamu dengan dua keadaan. Di mana, keadaan pertama dengan lemah lembut dan keadaan kedua dengan teriakan dan hentakkan maka roh kamu akan berselerat. Sukar untuk digambarkan sakitnya mati. Apakah kematian kamu akan ditangisi atau disyukuri?

NARUTO SHIPPUDEN DREAMERS FIGHT BEST DOW




Macam real NYO....  Best best.. Siapa peminat naruto di sini??? Jom Layan..

BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR DAN STROKE

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angina ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti. Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.


Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan untuk pesakit angin ahmar. Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda.

Yayasan AMAL tidak mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri. Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk. Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya, seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.


Jika berlaku perubahan bentuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula. Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital. Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula. ”Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doctor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah berkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi ”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai-Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; “En. Liu, penyelia kami diserang angin ahmar!.”

Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu-Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah, (setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan dan dia membuka matanya. Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan teh panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah. Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar. Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat. Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG
BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT.

sumber : mdarif

KISAH BENAR HIKMAH SURAH YASIN

Kurniaan kesedihan kepada umat manusia untuk menyedarkan manusia betapa kita insan lemah di muka bumi ini. Ada yang lebih berkuasa daripada kita. Meratapi kesedihan  memberi kekuatan kita mendekati tuhan.


Bermalam di hospital umum sarawak memberi seribu pengalaman kepada ku. Di kiri ku sibuk si ibu membaca mahtera untuk anaknya yang aku jangkakan dari agama budha dan di hadapan ku kelihatan satu keluarga mendoakan sesuatu kepada pesakit yang aku jangkakan beragama kristian. Aku sendiri membaca yasin dan solat hajat memohon kepada yang satu agar ibuku cepat sembuh seperti sedia kala.

Semua yang ada di bilik ini ku rasakan cukup kusyuk dengan kepercayaan masing-masing. Aku gengam tangan ibu dan ku tumpu sepenuh perhatian dengan bacaan ku serta ku kuatkan keyakinan bahawa surah yasin yang dikurniakan kepada umat akhir zaman mampu mengubah malikul air. Iaitu air yasin yang selalu dibuat oleh orang kampung. Namun aku memandang surah ini juga mampu mengubah malikul darah supaya lebih baik dan aktif.

Dari tangan dan kaki ibuku sejuk menjadi panas apabila ku ulangi bacaan yasin sehingga lebih kurang 12 kali. Dalam beberapa jam lagi ibu akan dimasukkan bilik bedah dan itu penantian yang sukar untuk digambarkan. Terutama sekali bila doktor menyatakan kemungkinan selepas pembedahan.




Ayah menangis dan aku terus dengan keyakinan ku. Tidak tertahan jua mata menahan air yang menakung.

Berjalan aku di lorong lobi menuju ke luar. Aku dapat melihat riak dan ragam manusia di setiap ruang yang aku lalui. Setiap mereka ada pengharapan yang tinggi. Mengharap kepada sang pencipta. Ada yang jahil sehingga berjual beli dengan yang esa. Lupa diri bahawa yang esa hanya memberi dan tidak pernah meminta.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.