COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

RINDU IBU BERLETER

Gelak ketawa bersama ibu tidak pernah aku lupakan. Perkara yang paling aku tidak akan lupakankan ialah kesakitan ibu yang digambarkan dalam al-quran semasa melahirkan aku dimana ibu bertarung antara hidup dan mati. Setiap kali aku berbincang mengenainya maka setiap kali itulah aku berkata "beruntungnya perempuan"

Ibu banyak menghabiskan masa di rumah dan memikirkan anak-anaknya dan suaminya. Resah gelisahnya tidak terhingga sekiranya dia tidak menerima berita dari anak-anaknya. Ibu sangat perihatin dengan anak-anaknya dan selalu sahaja beleter. Aku cukup suka apabila ibu beleter.

Apabila ibu berleter.. aku suka tenung mukanya.. Apabila aku tenung.. ibu akan diam sebentar kerana hairan melihat aku merenung mukanya.. Aku bertindak demikian kerana seronok melihat ibu berleter. Aku berperasaan demikian kerana aku memikirkan berapa lama lagi aku diberi keizinan tuhan untuk mendengar ibu berleter.

Leteren ibu cukup memeritkan suatu ketika dahulu semasa aku kecil dan aku tidak tahu mengapa ibu begitu. Tetapi apabila aku dewasa dan aku faham maka aku suka mendengarnya. Ibu tahu apa yang aku suka makan dan apa yang aku tidak suka. Ibu tahu kelemahan aku dan kelebihan aku. 

Kadang-kadang ibu terlalu fokus dengan kelemahan aku kerana ibu tidak mahu aku kecundang dengan kelemahan aku. Disebabkan itu, ibu beleter lagi dan terus beleter. Seronok rasanya mendengar ibu berleter.


Reactions:

1 comments:

  1. Leteren ibu cukup memeritkan suatu ketika dahulu semasa aku kecil dan aku tidak tahu mengapa ibu begitu. Tetapi apabila aku dewasa dan aku faham maka aku suka mendengarnya. Ibu tahu apa yang aku suka makan dan apa yang aku tidak suka. Ibu tahu kelemahan aku dan kelebihan aku.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.