اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MUSIM PERAYAAN BANYAK BAWA KERETA IKUT PERASAAN

Kemalangan di musim perayaan adalah statistik kemalangan paling tinggi berlaku di Malaysia. Mengapa perkara ini terjadi. Semestinya jabatan pengankutan mempunyai jawapan mengenainya. Bagi mengatasi masalah ini banyak sekatan jalan dibuat bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.


Rakan-rakan saya pada hari ini melaporkan banyak kemalangan jalan raya berlaku di lebuh raya antara Kuching ke Miri dan beberapa bahagian lain. Saya sendiri pada hari ini berjumpa dengan pelbagai kerenah pemandu. Antaranya membawa kereta secara melulu seolah-olah tidak sampai ke destinasi, membawa kereta terhoyong-hayang ke kiri dan ke kanan seperti orang mabok dan motosikal yang masuk ke arah bertentangan.

Namun begitu, syukur ke hadrat ilahi saya selamat sampai ke destinasi. Saya gandakan fokus di atas jalan raya pada musim perayaan bagi mengelak kemalangan. Jika berjumpa dengan situasi yang berlaku kepada saya pada hari ini maka perlahankan kenderaan anda gandakan sikap berhati-hati dan cekap dalam mengendalikan pemanduan kenderaan.

Pada tahun lalu, berlaku ketika musim perayaan. Saya bertembung dengan kereta yang meletakkan kenderaan di tengah jalan raya. Individu yang berada dalam kereta sedang nyenyak tidur akibat mabok. Saya jangkakan mereka baru sahaja menghadiri satu majlis berkaitan musim perayaan.

Saya nasihatkan kepada individu yang bersikap peminum alkohol tegar dan cepat mabok hendaklah jangan memegang stering kereta dan padel motosikal kerana anda boleh menyebabkan orang lain kehilangan nyawa. Alkohol menyebabkan anda ego selain mengikut emosi apabila memandu kenderaan.



Reactions:

1 comments:

  1. Saya nasihatkan kepada individu yang bersikap peminum alkohol tegar dan cepat mabok hendaklah jangan memegang stering kereta dan padel motosikal kerana anda boleh menyebabkan orang lain kehilangan nyawa. Alkohol menyebabkan anda ego selain mengikut emosi apabila memandu kenderaan.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.