اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MAKANAN POPULAR DI SARAWAK

Sarawak adalah bumi yang penuh dengan kepelbagaian kaum dn budaya. Dari situ sudah menunjukkan kepelbagaian makanan yang melambangkan Sarawak. Terdapat makanan-makanan yang paling popular di Sarawak yang mesti anda coba jika anda tidak pernah mencobanya. Kebanyakkan makanan tersebut digemari seluruh kaum di Sarawak.


Antara makanan yang popular di Sarawak adalah Laksa Sarawak di mana Laksa Sarawak pernah dinobatkan sebagai makanan yang paling sedap di Dunia.

Laksa Sarawak
Makanan ini cukup popular sekali di Sarawak dan kebanyakkan orang Sarawak amat menggemarinya dan terdapat beberapa spot utama Laksa Sarawak yang suka dikunjungi orang ramai. Antara Laksa Sarawak pilihan orang ramai ialah MOM Laksa kerana kepekatan kuahnya dan udangnya dikopek terlebih dahulu sebelum disediakan. Laksa Sarawak juga boleh di sediakan sendiri di rumah dengan membeli perencah laksa Sarawak. Mana nak beli perencah? Klik SINI.


Ikan Terubok Masin
Ikan terubok juga merupakan makanan yang cukup sinonim dengan Sarawak. Lokasi ikan terubok yang popular di Sarawak ialah di Satok Kuching. Di situ terdapat ramai pelancong yang berbondong-bondong datang untuk membeli Ikan Terubok Masin di saat hari terakhir mereka di Sarawak. Ikan tersebut akan dibungkus dengan kemas oleh penjual untuk memudahkan pelanggan membawa ikan tersebut apabila menaiki kapal terbang untuk kembali semula ke tempat asal. Ikan terubok masin berlemak rasanya apabila masuk ke mulut. Lebih-lebih lagi di tambah dengan cili.

Mee Kolok
Makanan ini selalu sahaja disebut oleh orang bukan berasal dari Sarawak. Ada yang berpandangan sesama sendiri apabila orang melayu Sarawak makan Mee Kolok. Ini disebabkan di kawasan lain yang bukan di Sarawak, Mee Kolok disediakan bersama babi. Tetapi di Sarawak makanan tersebut berevolusi menjadi makanan 1 Sarawak. Mee Kolok yang menjadi tumpuan orang ramai di Sarawak adalah di kedai Mee Kolok Haji Salah dan di Benteng Satok.

Manok Pansuh
Makanan ini sinonim dengan orang Iban. Makanan ini biasanya disediakan ketika majlis-majlis seperti sambutan hari gawai. Namun begitu, makanan ini juga telah berevolusi di mana pelbagai kaum di Sarawak telah menjadikan makanan ini sebagai makanan khas semasa majlis. Manok pansoh adalah makanan yang disediakan dalam buluh iaitu ayam yang di sembelih dan dipotong mengikut saiz yang sesuai kemudian dimasukkan dalam buluh. Selepas itu di bakar. Penyediaan ini saya tidak dapat ceritakan dengan jelas, sebab saya tak pernah masak. :p

Kek Lapis Sarawak
Tak payah saya sebut, semestinya semua orang tahu Kek Lapis Sarawak. Kek Lapis Sarawak adalah makanan komersial di Sarawak. Cara pembuatannya banyak dipelajari oleh anak-anak jati di Sarawak. Kek Lapis Sarawak amat popular sehingga VVIP dari luar Sarawak menggemari Kek ini. Malah, Sultan Brunei juga mencemar duli untuk mendapatkan Kek Lapi Sarawak. Kek Lapi Sarawak pilihan adalah Kek Lapis buatan Dayang Salhah, Rabiah Amit dan D'Wanie.

Sayur Midin
Makanan ini amat saya gemari dan ianya sebenarnya mudah didapati di seluruh Sarawak. Namun pembangunan yang pesat telah menyebabkan makanan ini sukar diperolehi kecuali di import dari pedalaman Sarawak. Sayur Midin adalah paku pakis yang tumbuh meliar. Harga seikat Sayur Midin biasanya dijual dengan harga RM1.00/seikat. Hidangan Sayur midin boleh mencecah RM30.00 untuk setiap hidangan jika penyediaannya sempurna. Setakat ini, penanaman Sayur Midin belum lagi dikomersialkan dan mengikut khabar angin. Amat sukar untuk menanam sayur ini kerana ianya hanya boleh hidup dengan tumbuh meliar. Saya harap di masa-masa akan datang akan wujud LADANG MIDIN SARAWAK.

Pucuk Paku
Makanan ini tidak jauh beza dengan Sayur Midin. Pucuk Paku biasanya dibuat ulam-ulaman bersama sambal khas yang membuka selera. mmMMMm Sedapppppppp...lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Pelepah berdaun kecil yang mempunyai spora biasanya tidak dimakan, manakala warna pelepah berbeza dari hijau muda kepada hijau tua atau kemerah-merahan. Pelepah subur dan warna merah terhasil daripada tindak balas kepada pertukaran persekitaran yang tidak menentu seperti cuaca dan jerebu.

Linut
Makanan ini sinonim dengan masyarakat Melanau Sarawak. Ada yang memanggil makanan ini sebagai Orang Semandin. Makanan ini agak unik dari makanan lain di Sarawak. Ianya memerlukan formula yang betul dan tepat bagi menghasilkan linut. Jika tidak, maka linut tersebut akan terlalu cair atau terlalu keras. Linut pilihan saya adalah linut yang disediakan di Barung Tinuk Cafe di sekitar Gita.

Bubur Pedas
Mmmmm.. kembang air liur saya menulis artikel ini. Bubur pedas adalah makanan khas yang disediakan semasa musim-musim perayaan. Terdapat beberapa kedai di Sarawak yang menyediakan bubur pedas tetapi saya tak tahu di mana.. He he..

Umai
Fuuuuhhhh Makanan ini adalah makanan yang cukup-cukup sedap tapi kurang diketengahkan. Umai adalah makanan laut yang dimasak menggunakan limau. Kebiasaanya Umai disediakan bersama dengan udang segar. Dicampur dengan limau, cili dan beberapa bahan lagi sebagai pembuka selera. Kalau nak cari umai, cari waktu makan tengahari. Kedai-kedai makan biasanya menyediakan umai dengan nasik campur. dikenali sebagai kerabu ikan adalah salah satu makanan yang terkenal. Ianya kelihatan seperti sushi (sejenis makanan Jepun) kerana bahan asas untuk membuatnya adalah menggunakan potongan halus ikan mentah. Ikan yang biasa digunakan untuk membuat umai adalah ikan merah dan ikan tenggiri. Cara-cara untuk membuat umai adalah mengaul rata ikan mentah, bawang besar,bawang merah, sedikit halia, jus limau, hirisan lada dan sedikit garam. Umai biasanya dimakan secara beramai-ramai dan dihidangkan didalam mangkuk besar. Ianya boleh dimakan terus ataupun dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi.

Belacan Bintulu
sememangnya tidak asing lagi di rantau Malaysia, terutamanya di sekitar Sarawak. Rasanya yang asli dan cara pembuatan tradisionalnya membuatkan rasa belacan Bintulu digemari ramai. Belacan bintulu tidak berbau dan sangat sedap jika ditambah dalam masakan. Bahan utama untuk membuat belacan bintulu adalah ‘bubok’ (udang halus). Cara-cara untuk membuat belacan ini adalah bubuk dicuci dan dijemur secara berulang kali. Bahan-bahannya adalah satu gantang (lebih kurang 2.8 Kg) bubok dicampurkan bersama dua sudu gula, secukup rasa garam dan segengam tupik. Ramuan ini dutumbuk sehingga lumat dan dijemur. proses ini diulang sehingga belacan tersebut tidak terlalu basah dan tidak terlalu kering. Keaslian belacan Bintulu adalah dibuat secara ditumbuk sehingga lumat. Terdapat juga cara mudah untuk membuat belacan dengan mengisar ramuan dengan mesin khas, akan tetapi cara ini tidak berapa mendapat sambutan kerana struktur dan rasa belacan agak berbeza dengan belacan yang ditumbuk. Belacan bintulu biasanya dijadikan sebagai penambah perisa dalam sajian seperti sayuran, belacan goring, nasi goreng belacan, dan sambal ulaman.

Ti Ong
Merupakan salah satu kuih yang popular dalam kalangan masyarakat Melanau Bintulu. Selain Bintulu, Tio’ng juga terkenal di rantau Betong dan di Pusak, Sarawak. Keaslian Tio’ng bergantung kepada jenis ramuan dan cara pembuatannya. Bahan-bahan untuk membuat Tio’ng seperti isi ikan atau udang segar, hampas tupik (sejenis makan yang diperbuat daripada sagu), air garam, lada kisar, dan linut mentah (diperbuat dari pohon sagu). Cara-cara membuatnya adalah dengan menggaulkan kesemua ramuan tersebut hingga rata dan memaukkannya kedalam daun nipah muda yang diikat secara memanjang atau membulat. Akhir sekali, kuih tersebut akan dipangang di atas bara . Tio’ng amat sesuai dimakan ketika masih panas kerana kuih ini akan menjadi keras jika ianya dibiar sejuk.

Tembaloi
Merupakan makanan rutin atau boleh dikatakan sebagai ganti nasi lah untuk masyarakat atau bangsa melanau yang bermastautin di Sarawak. Masyarakat peribumi sarawak tersebut kebanyakannya tinggal di bahagian sibu.Tebaloi di buat daripada pohon sagu. iaitu batang sagu akan di proses dengan bebarapa peringkat dan dapatlah di buat tebaloi.(berbentuk snek)


Makanan lain orang Sarawak yang harus anda rasa adalah seperti berikut:
  1. Cencaluk
  2. Sagu
  3. Ulat Mulong
  4. Dabir
  5. Ikan Pais
  6. Ikan Saley
  7. Rusip (ikan yang di jerok)
  8. Tumpik
Terima kasih kepada rakan-rakan Zello Channel Sarawak, adiayzma, sharp88, sitiahmad, anasnomous dll kerana menyumbangkan idea. Kalau nak join kita dalam zelllo klik SINI.

Reactions:

3 comments:

  1. makanan yang melambangkan Sarawak. Terdapat makanan-makanan yang paling popular di Sarawak yang mesti anda coba jika anda tidak pernah mencobanya. Kebanyakkan makanan tersebut digemari seluruh kaum di Sarawak.

    BalasPadam
  2. selamat pagi..boleh lampirkan makanan tradisional kaum iban..kalau boleh dari appertizer- dessert..time kasih..kerjasama anda amatlah lah kami harapkan..

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.