COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

LUAHAN AKU KEPADA SYAITAN BETINA DALAM PESATUAN

ARTIKEL INI SENGAJA DIPASANG BUNYIAN KERANA IANYA DI OLAH OLEH EMOSI

Agak kasar tajuk saya kali ini. Saya cukup bengang dengan pengasut-pengasut serta pemfitnah dan pedajal yang ada di luar sana. Hari ini saya merasa impak mulut busuk dan hati kotor. Tidak pernah senang melihat orang lain senang. Sentiasa mencari jalan untuk melaga-lagakan orang.

Mungkin terlalu berlembut hati maka dipijak di kasari sebegitu. Sabar-sabar dalam hati berkata apabila dikasari oleh manusia-manusia yang termakan hasutan. Kasar dipukul maka luka di badan. Kasar pada kata maka luka di hati. Tetapi sentiasa mengambil pepatah ini. Dipukul di badan berdarah di badan tetapi tidak di hati. 

Apa yang saya maksudkan ialah ditumbuk sekalipun tetapi tidak luka di hati adalah kesabaran yang tinggi dalam diri seseorang. Tetapi sebagai manusia biasa mungkin satu dalam sejuta. Apakah setiap orang yang disakiti tidak merasa untuk membalas atas perbuatan si syaitan betina itu?

Memang si syaitan betina sakit hati dengan seseorang dalam persatuan tetapi agaknya otak letak dekat lutut untuk memikirkan kerakusan mulut busuknya menghina persatuan adalah merosakkan kesatuan. Mungkin akal pendeknya memikirkan tiada aku maka tiada persatuan. Itu namanya sombong, bongkak dan takabur.

Aku terkial-kial mencari jalan bersama rakan-rakan lain kerana kerakusan hati busuknya memecah-belahkan kesatuan. Aku cuba untuk mencari jalan bangkit kembali setelah kejayaan pertama dirambas kerana busuk hatinya. Setiap orang yang dia temui pasti dijaja cerita bersalut fitnah. 

Fitnah kerana tiada bukti. Fitnah kerana membuta-tuli. Fitnah kerana kurang pandai. Fitnah kerana sombong. Fitnah kerana hati busuk dan tidak menggunakan akal sebenar-benar akal. Apakah kerana hati busuk syaitan betina aku gentar untuk berhadapan dengan kamu. Aku masih ingat lagi engkau berjanji untuk menghasut orang lain dan memburuk-burukkan persatuan. Itu apa? macam malaikat yang dibuang ke bumi dan berjanji kepada tuhan untuk menghasut manusia supaya sesat.


Aku tahu kamu punya abang yang juga pendek akal seperti kamu. Kaki pukul.. Tangan dahulu berbicara sebelum akal berkata. Itu lah perosak bangsa. Bertindak hero tapi zero. Aku bukan tidak ada kawan untuk melawan. Aku bukan hidup seorang. Sekiranya aku rebah dan masih bernyawa, tunggu sahaja esok dan aku pasti akan kembali. Bagi aku, orang menjual kita membeli. Jadi.. pastikan aku mati.

Mungkin hari ini aku tidak bersuara kerana aku tidak mahu bertelagah. Bertelagah itu adalah cara kamu dan bukan cara aku. Mungkin disebabkan itu, kamu lihat aku tidak bersuara bila engkau meninggikan suara dalam mesyuarat. Untuk jadi pedajal tidak susah jika kamu inginkan pengajaran yang sewajarnya. Biarlah tuhan membalasnya.

Moga kamu sedar dengan kerakusan hati busuk kamu. Akan aku sampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain supaya jangan jadi seperti kamu. Jangan bimbang kerana aku tidak akan pernah menyentuh peribadi kamu tetapi aku hanya menyentuh akhlak kamu serta tidak siapa akan tahu nama kamu, siapa kamu melainkan kamu sendiri membuka pekong di dada.

Lebih molek jika kamu bantu kesatuan dan bukan memecah belahkan kesatuan. Itu bangsa kamu. Lebih molek kamu bantu dari kamu membenci seorang kau musnahkan orang lain macam orang lain tidak ada hati.

Suatu masa nanti aku doakan kamu menerima pengajaran sebelum pembalasan di dunia ataupun di akhirat.







Gratisan Musik

Reactions:

3 comments:

  1. Moga kamu sedar dengan kerakusan hati busuk kamu. Akan aku sampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain supaya jangan jadi seperti kamu. Jangan bimbang kerana aku tidak akan pernah menyentuh peribadi kamu tetapi aku hanya menyentuh akhlak kamu serta tidak siapa akan tahu nama kamu, siapa kamu melainkan kamu sendiri membuka pekong di dada.

    BalasPadam
  2. AKU PERNAH JUMPA ORANG MACAM 'KAMU' DITEMPAT KERJA AKU. ORANG MACAM 'KAMU' MEMENG JENIS KERHATI BUSUK DAN TAK LAYAK BERMASYARAKAT SEBAB JENIS 'KAMU' LEBIH BANYAK MEROSAK DARI MEMBINA.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.