اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

ETIKA ZELLO WALKIE-TALKIE

Software Zello Walkie-Talkie kini semakin mendapat sambutan ramai. Kuantiti penduduk dalam channel menunjukkan semakin ramai yang menggunakan software ini. Kelmarin sahaja rakan-rakan saya banyak yang install Zello. Nak install Zello Walkie-Talkie.. Klik SINI. Tapi sebelum tu kena faham dahulu etika Zello Walkie-Talkie supaya komunikasi berjalan dengan lancar.


Zello Walkie-Talkie menyediakan "One way communication one by one" dan "Group way comunication". "One way communication one by one" adalah komunikasi secara terus dari A kepada B tanpa boleh didengar oleh pengguna Zello yang lain. "Group way communication" pula adalah komunikasi antara A dan B serta boleh didengar oleh C dan rakan-rakan yang lain dalam Channel yang sama.

Etika menyampaikan maklumat  kepada mengguna Zello adalah seperti berikut:

  1. Semasa hendak memulakan perbualan. Panggil nama orang yang dikehendaki dan meminta dia untuk respon sebelum anda menyampaikan maklumat kepada orang yang anda panggil. Tujuannya adalah memastikan orang yang anda panggil menerima maklumat anda. (Contoh : Mulong.. Mulong.. sila respon.. sila respon..)
  2. Setelah menerima respon dari orang yang dipanggil (Contoh : Mulong ada ni). Barulah anda menyatakan maklumat  kepada orang yang anda kehendakki.
  3. Setelah selesai anda menyatakan maklumat kepada yang dipanggil. Pastikan hujung ayat anda menyatakan "Terima ke tak terima?". Ini memastikan orang yang anda panggil faham dan dengar maklumat yang anda sampaikan. Sekiranya tiada jawapan ini bermakna maklumat anda tidak sampai kepada orang yang anda kehendaki. Maka ulang sekali lagi maklumat yang anda ingin sampaikan.
  4. Apabila maklumat anda sampai, maka selesai sudah transaksi aliran maklumat anda.
  5. Sekiranya maklumat tersebut terlalu sulit. Sila tanya dahulu orang yang anda panggil di mana lokasi dia dan dengan siapa dia sekarang. Ini kerana kebanyakkan pengguna Zello walkie-talkie membuka Loud Speaker.


Etika berkomunikasi:
  1. Ketika anda bercakap, pastikan anda tidak bercakap mengenai maklumat sulit di dalam Group ataupun "Group way communication".
  2. Jangan menggunakan kata-kata kesat semasa bercakap dalam Zello.
  3. Jangan membuka lagu yang dimainkan melalui media lain dalam group Zello kerana ada antara pengguna Zello tidak selesa dengan bunyi bingit dan bising.
  4. Semasa bercakap jangan terlalu panjang dan pastikan anda menggunakan ayat padat dan ringkas.
  5. Jika anda hendak karaoke melalui Zello pastikan suara anda sedap di dengar dan jangan terlalu lama. Nyanyi Chorus dan cukup.
  6. Pastikan anda menghormati orang lain dan jangan biadap.

Ini sahaja yang terlintas di fikiran saya mengenai Etika menggunakan Zello. Saya harap ini dapat membantu anda dalam berkomunikasi menggunakan Zello.


Reactions:

4 comments:

  1. Software Zello Walkie-Talkie kini semakin mendapat sambutan ramai. Kuantiti penduduk dalam channel menunjukkan semakin ramai yang menggunakan software ini. Kelmarin sahaja rakan-rakan saya banyak yang install Zello. Nak install Zello Walkie-Talkie.. Klik SINI. Tapi sebelum tu kena faham dahulu etika Zello Walkie-Talkie supaya komunikasi berjalan dengan lancar.

    BalasPadam
  2. Bagaimana hendak buat mesin zello kita lagi power mcm dia org smua...? Bantuan bantuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Version penting ..mesin root ., mesin upgrade ..version cantek ..auto Q jalan ...cantekk trus .

      Padam
  3. knp zello saya kalah terus mesti digilas ma yg lain mohon bantuannya

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.