COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

ETIKA ZELLO WALKIE-TALKIE

Software Zello Walkie-Talkie kini semakin mendapat sambutan ramai. Kuantiti penduduk dalam channel menunjukkan semakin ramai yang menggunakan software ini. Kelmarin sahaja rakan-rakan saya banyak yang install Zello. Nak install Zello Walkie-Talkie.. Klik SINI. Tapi sebelum tu kena faham dahulu etika Zello Walkie-Talkie supaya komunikasi berjalan dengan lancar.


Zello Walkie-Talkie menyediakan "One way communication one by one" dan "Group way comunication". "One way communication one by one" adalah komunikasi secara terus dari A kepada B tanpa boleh didengar oleh pengguna Zello yang lain. "Group way communication" pula adalah komunikasi antara A dan B serta boleh didengar oleh C dan rakan-rakan yang lain dalam Channel yang sama.

Etika menyampaikan maklumat  kepada mengguna Zello adalah seperti berikut:

  1. Semasa hendak memulakan perbualan. Panggil nama orang yang dikehendaki dan meminta dia untuk respon sebelum anda menyampaikan maklumat kepada orang yang anda panggil. Tujuannya adalah memastikan orang yang anda panggil menerima maklumat anda. (Contoh : Mulong.. Mulong.. sila respon.. sila respon..)
  2. Setelah menerima respon dari orang yang dipanggil (Contoh : Mulong ada ni). Barulah anda menyatakan maklumat  kepada orang yang anda kehendakki.
  3. Setelah selesai anda menyatakan maklumat kepada yang dipanggil. Pastikan hujung ayat anda menyatakan "Terima ke tak terima?". Ini memastikan orang yang anda panggil faham dan dengar maklumat yang anda sampaikan. Sekiranya tiada jawapan ini bermakna maklumat anda tidak sampai kepada orang yang anda kehendaki. Maka ulang sekali lagi maklumat yang anda ingin sampaikan.
  4. Apabila maklumat anda sampai, maka selesai sudah transaksi aliran maklumat anda.
  5. Sekiranya maklumat tersebut terlalu sulit. Sila tanya dahulu orang yang anda panggil di mana lokasi dia dan dengan siapa dia sekarang. Ini kerana kebanyakkan pengguna Zello walkie-talkie membuka Loud Speaker.


Etika berkomunikasi:
  1. Ketika anda bercakap, pastikan anda tidak bercakap mengenai maklumat sulit di dalam Group ataupun "Group way communication".
  2. Jangan menggunakan kata-kata kesat semasa bercakap dalam Zello.
  3. Jangan membuka lagu yang dimainkan melalui media lain dalam group Zello kerana ada antara pengguna Zello tidak selesa dengan bunyi bingit dan bising.
  4. Semasa bercakap jangan terlalu panjang dan pastikan anda menggunakan ayat padat dan ringkas.
  5. Jika anda hendak karaoke melalui Zello pastikan suara anda sedap di dengar dan jangan terlalu lama. Nyanyi Chorus dan cukup.
  6. Pastikan anda menghormati orang lain dan jangan biadap.

Ini sahaja yang terlintas di fikiran saya mengenai Etika menggunakan Zello. Saya harap ini dapat membantu anda dalam berkomunikasi menggunakan Zello.


RINDU IBU BERLETER

Gelak ketawa bersama ibu tidak pernah aku lupakan. Perkara yang paling aku tidak akan lupakankan ialah kesakitan ibu yang digambarkan dalam al-quran semasa melahirkan aku dimana ibu bertarung antara hidup dan mati. Setiap kali aku berbincang mengenainya maka setiap kali itulah aku berkata "beruntungnya perempuan"

Ibu banyak menghabiskan masa di rumah dan memikirkan anak-anaknya dan suaminya. Resah gelisahnya tidak terhingga sekiranya dia tidak menerima berita dari anak-anaknya. Ibu sangat perihatin dengan anak-anaknya dan selalu sahaja beleter. Aku cukup suka apabila ibu beleter.

Apabila ibu berleter.. aku suka tenung mukanya.. Apabila aku tenung.. ibu akan diam sebentar kerana hairan melihat aku merenung mukanya.. Aku bertindak demikian kerana seronok melihat ibu berleter. Aku berperasaan demikian kerana aku memikirkan berapa lama lagi aku diberi keizinan tuhan untuk mendengar ibu berleter.

Leteren ibu cukup memeritkan suatu ketika dahulu semasa aku kecil dan aku tidak tahu mengapa ibu begitu. Tetapi apabila aku dewasa dan aku faham maka aku suka mendengarnya. Ibu tahu apa yang aku suka makan dan apa yang aku tidak suka. Ibu tahu kelemahan aku dan kelebihan aku. 

Kadang-kadang ibu terlalu fokus dengan kelemahan aku kerana ibu tidak mahu aku kecundang dengan kelemahan aku. Disebabkan itu, ibu beleter lagi dan terus beleter. Seronok rasanya mendengar ibu berleter.


BLOG DAN BIZ

Apakah blog hanya sekadar tempat untuk berkongsi cerita dan berkongsi maklumat? Ohhh.. sudah tentu tidak. Blog ialah medium untuk kita menyampaikan apa yang kita ada dari hakikat kepada makrifat, zahir dan batin.


Kesempatan daripada ledakan pembaca yang masuk ke laman blog boleh di adaptasi menjadi satu perniagaan. Memperkenalkan perniagaan kepada orang luar. Memberitahu semua orang apa yang kita buat. Perniagaan adalah sesuatu perumpamaan "telur sebiji riuh sekampung". Pastikan orang sekeliling kita tahu apa yang kita buat. Apabila mereka tahu barulah mereka mengguna produk dan perkhidmatan kita.

Pelbagai lagi yang saya akan kongsikan mengenai blog pada pendapat dan pengalaman saya. Mungkin terdapat kekurangan dan sekurang-kurangnya dapat membantu.

Video di bawah ini adalah komen saya mengenai blog secara ringkas. Maaflah yerr.. saya guna bahasa Sarawak.


ISU MEMBAKAR AL-QURAN DI AFGANISTAN

Penyiasat tentera Amerika Syarikat mencadangkan lebih tujuh askar dikenakan tindakan disiplin kerana terbabit dalam kejadian membakar al-Quran di sebuah kem tentera Afghanistan.


Tetapi, keputusan rasmi belum dibuat mengenai butir-butir siasatan kes bakar al-Quran di sebuah kem tentera udara Amerika Februari lalu yang mencetuskan rusuhan menyebabkan berpuluh-puluh maut, kata pegawai terbabit.

Penyiasat tidak mencadangkan dakwaan jenayah terhadap lebih enam askar dan seorang anggota tentera laut, kata pegawai itu.

Tentera Amerika mengesahkan siasatan kejadian itu sudah berakhir tetapi tidak memberikan maklumat lanjut mengenai bentuk tindakan disiplin yang dikenakan.

“Siasatan sudah selesai dan menunggu keputusan lanjut selepas hasil penyiasatan dikaji semula,” kata jurucakap tentera, George Wright.

Kejadian membakar al-Quran itu mencetuskan rusuhan anti Amerika selama beberapa hari menyebabkan 40 orang terbunuh, menjejaskan hubungan di antara tentera asing dan sekutu mereka di Afghanistan selain memaksa Presiden Barack Obama meminta maaf.

Militan Taliban dilihat mengeksploitasi insiden itu apabila menggesa penduduk Afghanistan membunuh tentera asing sebagai membalas dendam.

Taliban didakwa terbabit menembak mati dua penasihat Amerika Syarikat yang terbunuh dalam pejabat Kementerian Dalam Negeri Afghanistan selepas insiden itu.

Pemimpin kanan tentera Amerika kemudian mengeluarkan beberapa permohonan maaf berikutan kejadian membakar al-Quran itu tetapi turut menegaskan bagaimana insiden berlaku masih tidak jelas.

Mengenai bilangan mereka yang dihukum juga tidak jelas berapa pegawai terbabit dan berapa anggota.

Selepas insiden itu, beberapa pegawai Amerika berkata, tentera mengeluarkan al-Quran dari penjara di Bagram kerana banduan didakwa menggunakan kitab suci itu untuk menghantar mesej sesama mereka. Tetapi, dakwaan itu belum dapat disahkan secara rasmi.

Afghanistan adalah negara yang banyak menerapkan soal keagamaan dalam kehidupan seharian hingga sebarang tentangan terhadap Islam biasanya mencetuskan bantahan dan penduduk menuduh tentera Barat tidak sensitif, selepas 10 tahun kempen Amerika menumbangkan Taliban. – AFP





POPULASI ISLAM MENGUBAH LANSKAP DUNIA?

Saksikan video di bawah ini untuk memahami bagaimana populasi Islam berkembang



LAPORAN GATHERING RAKAN-RAKAN FACEBOOK I

Invitation lebih kurang dua hari berjaya mengumpul rakan-rakan Facebook di Riverside Bowling Kuching pada 17 Jun 2012 pada pukul 3 petang. Namun begitu, ada juga yang datang tetapi malu yang teramat sangat nak bertegur dengan rakan-rakan yang lain. Ada yang malu-malu Kucing tetapi menelifon Host program sehingga terpaksa memujuk untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang lain.


Apa-apa pun kejadian-kejadian aneh yang berlaku semasa program tersebut. Objektif program adalah untuk mengeratkan silaturahim antara rakan-rakan facebook. Bukanlah sekadar berkawan di alam maya sahaja tetapi berkawan di alam nyata.

Selain daripada itu, bertukar-tukar info juga adalah objektif program ini. Selain menimba pengalaman dengan rakan baru. Seseorang yang takut pada kesilapan adalah orang yang sukar untuk mencuba sesuatu yang baru. 

Perbezaan program ini dengan yang lalu adalah dengan adanya banner dan hadiah kepada pemenang keseluruhan. Dalam program ini Izam Ahmad telah berjaya membawa pulang router wifi tersebut. Kepada rakan-rakan yang lain. Saya doakan anda mencoba pada masa-masa akan datang.

Pada masa-masa akan datang diharapkan Geng Cyber trooper yang lain lebih sporting menyokong program ini. Membawa rakan-rakan yang lain mengikuti program ini. Ini adalah program jati diri. Dalam program ini ada menyebut cabaran program adalah bertegur sapa. bertegur sapa dengan rakan yang lain akan sukar jika perasaan malu semalu-malunya tersemat di dalam jiwa. Sedikit keberanian diperlukan untuk menegur rakan yang hadir dalam program. Untuk berjaya anda harus berani dan jangan takut dengan berhadapan dengan orang ramai.




Kepada yang berani saya ucapkan tahniah dan kepada yang cuak-cuak belaka.. cuba lain kali.. Program terbesar akan datang mungkin akan dibuat lagi dengan suasana lebih menarik. Mengikut konco-konco yang terlibat, mungkin program akan datang adalah mendaki Gunung Santubong. Mungkin mungkin mungkin.. he he

Berani ke???!!! 


Banner dan hadiah bagaimanapun di sponsor oleh Beloya Management And Services. Kepada yang nak buat event yang memberi menafaat pada masa-masa akan datang di kawasan Kuching. Boleh request dengan Beloya Management And Services untuk memohon sponsor. Kalau bernasib baik.. dapat lerrr. he he.. 



LUAHAN AKU KEPADA SYAITAN BETINA DALAM PESATUAN

ARTIKEL INI SENGAJA DIPASANG BUNYIAN KERANA IANYA DI OLAH OLEH EMOSI

Agak kasar tajuk saya kali ini. Saya cukup bengang dengan pengasut-pengasut serta pemfitnah dan pedajal yang ada di luar sana. Hari ini saya merasa impak mulut busuk dan hati kotor. Tidak pernah senang melihat orang lain senang. Sentiasa mencari jalan untuk melaga-lagakan orang.

Mungkin terlalu berlembut hati maka dipijak di kasari sebegitu. Sabar-sabar dalam hati berkata apabila dikasari oleh manusia-manusia yang termakan hasutan. Kasar dipukul maka luka di badan. Kasar pada kata maka luka di hati. Tetapi sentiasa mengambil pepatah ini. Dipukul di badan berdarah di badan tetapi tidak di hati. 

Apa yang saya maksudkan ialah ditumbuk sekalipun tetapi tidak luka di hati adalah kesabaran yang tinggi dalam diri seseorang. Tetapi sebagai manusia biasa mungkin satu dalam sejuta. Apakah setiap orang yang disakiti tidak merasa untuk membalas atas perbuatan si syaitan betina itu?

Memang si syaitan betina sakit hati dengan seseorang dalam persatuan tetapi agaknya otak letak dekat lutut untuk memikirkan kerakusan mulut busuknya menghina persatuan adalah merosakkan kesatuan. Mungkin akal pendeknya memikirkan tiada aku maka tiada persatuan. Itu namanya sombong, bongkak dan takabur.

Aku terkial-kial mencari jalan bersama rakan-rakan lain kerana kerakusan hati busuknya memecah-belahkan kesatuan. Aku cuba untuk mencari jalan bangkit kembali setelah kejayaan pertama dirambas kerana busuk hatinya. Setiap orang yang dia temui pasti dijaja cerita bersalut fitnah. 

Fitnah kerana tiada bukti. Fitnah kerana membuta-tuli. Fitnah kerana kurang pandai. Fitnah kerana sombong. Fitnah kerana hati busuk dan tidak menggunakan akal sebenar-benar akal. Apakah kerana hati busuk syaitan betina aku gentar untuk berhadapan dengan kamu. Aku masih ingat lagi engkau berjanji untuk menghasut orang lain dan memburuk-burukkan persatuan. Itu apa? macam malaikat yang dibuang ke bumi dan berjanji kepada tuhan untuk menghasut manusia supaya sesat.


Aku tahu kamu punya abang yang juga pendek akal seperti kamu. Kaki pukul.. Tangan dahulu berbicara sebelum akal berkata. Itu lah perosak bangsa. Bertindak hero tapi zero. Aku bukan tidak ada kawan untuk melawan. Aku bukan hidup seorang. Sekiranya aku rebah dan masih bernyawa, tunggu sahaja esok dan aku pasti akan kembali. Bagi aku, orang menjual kita membeli. Jadi.. pastikan aku mati.

Mungkin hari ini aku tidak bersuara kerana aku tidak mahu bertelagah. Bertelagah itu adalah cara kamu dan bukan cara aku. Mungkin disebabkan itu, kamu lihat aku tidak bersuara bila engkau meninggikan suara dalam mesyuarat. Untuk jadi pedajal tidak susah jika kamu inginkan pengajaran yang sewajarnya. Biarlah tuhan membalasnya.

Moga kamu sedar dengan kerakusan hati busuk kamu. Akan aku sampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain supaya jangan jadi seperti kamu. Jangan bimbang kerana aku tidak akan pernah menyentuh peribadi kamu tetapi aku hanya menyentuh akhlak kamu serta tidak siapa akan tahu nama kamu, siapa kamu melainkan kamu sendiri membuka pekong di dada.

Lebih molek jika kamu bantu kesatuan dan bukan memecah belahkan kesatuan. Itu bangsa kamu. Lebih molek kamu bantu dari kamu membenci seorang kau musnahkan orang lain macam orang lain tidak ada hati.

Suatu masa nanti aku doakan kamu menerima pengajaran sebelum pembalasan di dunia ataupun di akhirat.







Gratisan Musik

JENIS MANUSIA YANG BAWAH STATUS ANJING

Sesiapa pun melihat gambar ini pasti marah. Saya sendiri cukup marah dan sedih apabila melihat gambar ini disiarkan. Anda semua boleh meneka sendiri di mana lokasi gambar tersebut di ambil. Bukan di Malaysia. Kalau di Malaysia dah lama kena sembur asid kalau buat macam ni.


Walaupun saya beragama Islam dan kami diharamkan memegang anjing. Anjing tetap makhluk tuhan yang mempunyai jiwa dan kita yang berakal sepatutnya memeliharanya dan bukan menderanya. Sedih melihat keadaan anjing tersebut diheret dan lihatlah keadaannya yang menderita akibat manusia yang tidak tidak berakal.

Negara tersebut memang tidak menghargai nyawa tidak kira haiwan ataupun manusia. Yang penting di negara tersebut adalah DUITTTTTTTTTTTTTTTTT.....


ZEE AVI DARI SABAH KE DARI SARAWAK? METRO KATA SABAH?

Begitulah harian Metro membuat kesilapan dalam artikel mereka baru-baru ini dan mendapat perhatian orang ramai. Saya mendapat info ini dari I LOVE MIRI City dalam Facebook. Antara maklum balas mereka adalah seperti berikut :

MizzAyin
"Hahahah bebal reporter ya"

Suzy
"I think the reporter should be knowledgable before write... Shame on them"



Aaliyah
"even in the advertisement in tv, mega hotel from miri also they take to be under sabah"

Sylvia
"Gagal dalam matapelajaran geografi ya!"


Begitulah maklum balas pembaca Harian Metro.. anda nilailah sendiri...







MAKANAN POPULAR DI SARAWAK

Sarawak adalah bumi yang penuh dengan kepelbagaian kaum dn budaya. Dari situ sudah menunjukkan kepelbagaian makanan yang melambangkan Sarawak. Terdapat makanan-makanan yang paling popular di Sarawak yang mesti anda coba jika anda tidak pernah mencobanya. Kebanyakkan makanan tersebut digemari seluruh kaum di Sarawak.


Antara makanan yang popular di Sarawak adalah Laksa Sarawak di mana Laksa Sarawak pernah dinobatkan sebagai makanan yang paling sedap di Dunia.

Laksa Sarawak
Makanan ini cukup popular sekali di Sarawak dan kebanyakkan orang Sarawak amat menggemarinya dan terdapat beberapa spot utama Laksa Sarawak yang suka dikunjungi orang ramai. Antara Laksa Sarawak pilihan orang ramai ialah MOM Laksa kerana kepekatan kuahnya dan udangnya dikopek terlebih dahulu sebelum disediakan. Laksa Sarawak juga boleh di sediakan sendiri di rumah dengan membeli perencah laksa Sarawak. Mana nak beli perencah? Klik SINI.


Ikan Terubok Masin
Ikan terubok juga merupakan makanan yang cukup sinonim dengan Sarawak. Lokasi ikan terubok yang popular di Sarawak ialah di Satok Kuching. Di situ terdapat ramai pelancong yang berbondong-bondong datang untuk membeli Ikan Terubok Masin di saat hari terakhir mereka di Sarawak. Ikan tersebut akan dibungkus dengan kemas oleh penjual untuk memudahkan pelanggan membawa ikan tersebut apabila menaiki kapal terbang untuk kembali semula ke tempat asal. Ikan terubok masin berlemak rasanya apabila masuk ke mulut. Lebih-lebih lagi di tambah dengan cili.

Mee Kolok
Makanan ini selalu sahaja disebut oleh orang bukan berasal dari Sarawak. Ada yang berpandangan sesama sendiri apabila orang melayu Sarawak makan Mee Kolok. Ini disebabkan di kawasan lain yang bukan di Sarawak, Mee Kolok disediakan bersama babi. Tetapi di Sarawak makanan tersebut berevolusi menjadi makanan 1 Sarawak. Mee Kolok yang menjadi tumpuan orang ramai di Sarawak adalah di kedai Mee Kolok Haji Salah dan di Benteng Satok.

Manok Pansuh
Makanan ini sinonim dengan orang Iban. Makanan ini biasanya disediakan ketika majlis-majlis seperti sambutan hari gawai. Namun begitu, makanan ini juga telah berevolusi di mana pelbagai kaum di Sarawak telah menjadikan makanan ini sebagai makanan khas semasa majlis. Manok pansoh adalah makanan yang disediakan dalam buluh iaitu ayam yang di sembelih dan dipotong mengikut saiz yang sesuai kemudian dimasukkan dalam buluh. Selepas itu di bakar. Penyediaan ini saya tidak dapat ceritakan dengan jelas, sebab saya tak pernah masak. :p

Kek Lapis Sarawak
Tak payah saya sebut, semestinya semua orang tahu Kek Lapis Sarawak. Kek Lapis Sarawak adalah makanan komersial di Sarawak. Cara pembuatannya banyak dipelajari oleh anak-anak jati di Sarawak. Kek Lapis Sarawak amat popular sehingga VVIP dari luar Sarawak menggemari Kek ini. Malah, Sultan Brunei juga mencemar duli untuk mendapatkan Kek Lapi Sarawak. Kek Lapi Sarawak pilihan adalah Kek Lapis buatan Dayang Salhah, Rabiah Amit dan D'Wanie.

Sayur Midin
Makanan ini amat saya gemari dan ianya sebenarnya mudah didapati di seluruh Sarawak. Namun pembangunan yang pesat telah menyebabkan makanan ini sukar diperolehi kecuali di import dari pedalaman Sarawak. Sayur Midin adalah paku pakis yang tumbuh meliar. Harga seikat Sayur Midin biasanya dijual dengan harga RM1.00/seikat. Hidangan Sayur midin boleh mencecah RM30.00 untuk setiap hidangan jika penyediaannya sempurna. Setakat ini, penanaman Sayur Midin belum lagi dikomersialkan dan mengikut khabar angin. Amat sukar untuk menanam sayur ini kerana ianya hanya boleh hidup dengan tumbuh meliar. Saya harap di masa-masa akan datang akan wujud LADANG MIDIN SARAWAK.

Pucuk Paku
Makanan ini tidak jauh beza dengan Sayur Midin. Pucuk Paku biasanya dibuat ulam-ulaman bersama sambal khas yang membuka selera. mmMMMm Sedapppppppp...lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Pelepah berdaun kecil yang mempunyai spora biasanya tidak dimakan, manakala warna pelepah berbeza dari hijau muda kepada hijau tua atau kemerah-merahan. Pelepah subur dan warna merah terhasil daripada tindak balas kepada pertukaran persekitaran yang tidak menentu seperti cuaca dan jerebu.

Linut
Makanan ini sinonim dengan masyarakat Melanau Sarawak. Ada yang memanggil makanan ini sebagai Orang Semandin. Makanan ini agak unik dari makanan lain di Sarawak. Ianya memerlukan formula yang betul dan tepat bagi menghasilkan linut. Jika tidak, maka linut tersebut akan terlalu cair atau terlalu keras. Linut pilihan saya adalah linut yang disediakan di Barung Tinuk Cafe di sekitar Gita.

Bubur Pedas
Mmmmm.. kembang air liur saya menulis artikel ini. Bubur pedas adalah makanan khas yang disediakan semasa musim-musim perayaan. Terdapat beberapa kedai di Sarawak yang menyediakan bubur pedas tetapi saya tak tahu di mana.. He he..

Umai
Fuuuuhhhh Makanan ini adalah makanan yang cukup-cukup sedap tapi kurang diketengahkan. Umai adalah makanan laut yang dimasak menggunakan limau. Kebiasaanya Umai disediakan bersama dengan udang segar. Dicampur dengan limau, cili dan beberapa bahan lagi sebagai pembuka selera. Kalau nak cari umai, cari waktu makan tengahari. Kedai-kedai makan biasanya menyediakan umai dengan nasik campur. dikenali sebagai kerabu ikan adalah salah satu makanan yang terkenal. Ianya kelihatan seperti sushi (sejenis makanan Jepun) kerana bahan asas untuk membuatnya adalah menggunakan potongan halus ikan mentah. Ikan yang biasa digunakan untuk membuat umai adalah ikan merah dan ikan tenggiri. Cara-cara untuk membuat umai adalah mengaul rata ikan mentah, bawang besar,bawang merah, sedikit halia, jus limau, hirisan lada dan sedikit garam. Umai biasanya dimakan secara beramai-ramai dan dihidangkan didalam mangkuk besar. Ianya boleh dimakan terus ataupun dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi.

Belacan Bintulu
sememangnya tidak asing lagi di rantau Malaysia, terutamanya di sekitar Sarawak. Rasanya yang asli dan cara pembuatan tradisionalnya membuatkan rasa belacan Bintulu digemari ramai. Belacan bintulu tidak berbau dan sangat sedap jika ditambah dalam masakan. Bahan utama untuk membuat belacan bintulu adalah ‘bubok’ (udang halus). Cara-cara untuk membuat belacan ini adalah bubuk dicuci dan dijemur secara berulang kali. Bahan-bahannya adalah satu gantang (lebih kurang 2.8 Kg) bubok dicampurkan bersama dua sudu gula, secukup rasa garam dan segengam tupik. Ramuan ini dutumbuk sehingga lumat dan dijemur. proses ini diulang sehingga belacan tersebut tidak terlalu basah dan tidak terlalu kering. Keaslian belacan Bintulu adalah dibuat secara ditumbuk sehingga lumat. Terdapat juga cara mudah untuk membuat belacan dengan mengisar ramuan dengan mesin khas, akan tetapi cara ini tidak berapa mendapat sambutan kerana struktur dan rasa belacan agak berbeza dengan belacan yang ditumbuk. Belacan bintulu biasanya dijadikan sebagai penambah perisa dalam sajian seperti sayuran, belacan goring, nasi goreng belacan, dan sambal ulaman.

Ti Ong
Merupakan salah satu kuih yang popular dalam kalangan masyarakat Melanau Bintulu. Selain Bintulu, Tio’ng juga terkenal di rantau Betong dan di Pusak, Sarawak. Keaslian Tio’ng bergantung kepada jenis ramuan dan cara pembuatannya. Bahan-bahan untuk membuat Tio’ng seperti isi ikan atau udang segar, hampas tupik (sejenis makan yang diperbuat daripada sagu), air garam, lada kisar, dan linut mentah (diperbuat dari pohon sagu). Cara-cara membuatnya adalah dengan menggaulkan kesemua ramuan tersebut hingga rata dan memaukkannya kedalam daun nipah muda yang diikat secara memanjang atau membulat. Akhir sekali, kuih tersebut akan dipangang di atas bara . Tio’ng amat sesuai dimakan ketika masih panas kerana kuih ini akan menjadi keras jika ianya dibiar sejuk.

Tembaloi
Merupakan makanan rutin atau boleh dikatakan sebagai ganti nasi lah untuk masyarakat atau bangsa melanau yang bermastautin di Sarawak. Masyarakat peribumi sarawak tersebut kebanyakannya tinggal di bahagian sibu.Tebaloi di buat daripada pohon sagu. iaitu batang sagu akan di proses dengan bebarapa peringkat dan dapatlah di buat tebaloi.(berbentuk snek)


Makanan lain orang Sarawak yang harus anda rasa adalah seperti berikut:
  1. Cencaluk
  2. Sagu
  3. Ulat Mulong
  4. Dabir
  5. Ikan Pais
  6. Ikan Saley
  7. Rusip (ikan yang di jerok)
  8. Tumpik
Terima kasih kepada rakan-rakan Zello Channel Sarawak, adiayzma, sharp88, sitiahmad, anasnomous dll kerana menyumbangkan idea. Kalau nak join kita dalam zelllo klik SINI.

JANGAN BERENANG TELANJANG BULAT DI HOTEL



alahai.. kan dah kantoi!!

Free orang dapat tengok wayang. Bukan sahaja di kolam renang. Di bilik hotel pun macam tu juga. Hati-hati dengan CCTV sekecil pin baju yang mampu mengambil video dengan jelas. Cermin Dua arah juga merupakan teknik menembusi privasi pelanggan-pelanggan di hotel.

SUAMI TAMPAR ISTERI KETIKA MAJLIS PERKAHWINAN

Orang ramai begitu marah dengan sikap si suami semasa majlis persandingan kerana menampar isterinya di khalayak ramai kerana si isteri menggigit tangan suaminya secara tidak sengaja atau sengaja saya tidak pasti.


Agak-agak mungkin si suami atau kedua mempelai ini dipaksa kahwin kot. Segalanya mungkin. Tetapi perkara seperti ini tidak patut berlaku. Namun begitu, budaya kita dengan budaya orang luar sememangnya mempunyai berbezaan yang ketara. Sikap mereka serta sosio kehidupan mereka berbeza dengan kita.

Mungkin sosio kehidupan mereka agak tertutup dan tidak dapat menyelami rasa malu orang lain apabila diperlakukan begitu. Contohnya di satu kawasan yang lain, ada yang mengamalkan memanaskan batu kemudian di cucuh pada buah dada wanita yang sedang meningkat dewasa bagi mengelak wanita yang meningkat dewasa ini di rogol. Pelbagai perkara pelik yang belum kita fahami dan kenali.

Di bawah ini merupakan video di mana suami menampar isterinya semasa majlis perkahwinan.




BUNGA BERPUTIK KEMBALI

Apa yang anda fikirkan mengenai tajuk "Bunga berputik kembali"? Pada saya ada dua kemungkinan yang akan dibayangkan dengan "Bunga berputik kembali". Ada yang membayangkan bunga yang peputik kembali ketika kucup di malam hari dan kembang di pagi hari ataupun kisah cinta yang berputik kembali.


Mengapa bunga dengan cinta tidak dapat dipisahkan. Bunga seakan menjadi satu simbolik dalam cinta sehingga semasa hari kekasih maka berduyun-duyun manusia menjual bunga bagi menyambut hari tersebut. Setiap yang berkaitan dengan alam bunga seperti kembang, berputik, layu, suram, mati dan sebagainya akan dikaitkan dengan cinta.

Cinta berputik kembali boleh mengambil istilah lain iaitu bunga berputik kembali. Membayangkan dua pasangan sedang melalui perasaan cinta yang segar iaitu saat-saat bunga perputik di awal pagi. Apakah mendorong cinta berputik kembali? Sebelum ini saya pernah menyiarkan artikel mengenai "APABILA ORANG TERSAYANG BERUBAH HATI". Apa yang saya nak bincangkan di sini berkait rapat dengan artikel tersebut. Nak tahu lebih lanjut baca lah sendiri.

Cinta yang berputik semula membayangkan kita bahawa cinta yang dimiliki sebelum ini suram dan sayu seperti bunga. Namun setelah menerima cahaya matahari yang cukup dan air yang bersih setelah sekian lama tidak disirami dan tidak dipeduli maka bunga tersebut berputik semula seperti cinta menemui perindu. Perasaan cinta yang dulunya hilang muncul kembali setelah menemui keserasian dan keselesaan dalam hubungan. Hati yang berbunga-bunga yang mencetuskan kecintaan, pengharapan dan kepercayaan.

Setiap artikel mengenai cinta saya selalu menekan 3 perkara yang mesti ada dalam hubungan cinta. Perkara tersebut ialah kecintaan, Pengharapan dan kepercayaan. Saya ulaskan secara ringkas mengenai perkara tersebut. Kecintaan harus ada dalam hubungan yang akan memupuk kasih sayang antara dua jiwa yang akan saling mengambil berat antara satu sama lain. Pengharapan adalah impian dua jiwa untuk menempuhi hari-hari mendatang selain merancang masa depan bersama. Kepercayaan adalah satu kekuatan antara dua jiwa untuk menangkis unsur-unsur negatif dari luar yang akan mengganggu gugat hubungan dan memberi keselesaan dalam hubungan.

Di bawah ini adalah antara sintom-sintom cinta berputik semula :

  1. Cara si dia memakai pewangi badan kegemaran.
  2. Cara si dia membelai kamu terutamanya semasa kamu sedang merajuk dengan si dia.
  3. Cara si dia merenung kamu dengan pandangan mata yang bersinar dan mempesonakan.
  4. Cara si dia melayan kamu dengan penuh romantis.
  5. Ketika si dia menyuakan makanan kepada kamu
  6. Bila si dia sukar untuk memberikan pandangan terhadap masalah yang sedang kamu alami
  7. Apabila si dia memperkenalkan kamu sebagai kekasih pada kawan-kawannya.
  8. Bagaimana cara si dia membuat persediaan sebelum bertemu dengan kamu.
  9. Si dia tahu cara membuatkan kamu tersipu malu.
  10. Si dia tahu bagaimana untuk membuatkan kamu lega walaupun perkataan yang diucapkan seringkali mengelirukan.
  11. Ketika kamu sejuk, si dia akan mendakap kamu dan memberikan baju sejuk pada kamu.
  12. Cara si dia memandang kamu ketika kamu sedang marah.
  13. Senyuman yang dilemparkan ketika kamu sedang berdua-duaan dengannya.
  14. Ketika si dia memberikan sokongan dan semangat kepada kamu dalam aktiviti yang kamu sertai.
  15. Bila si dia bertanya dengan nada lembut apabila kamu tidak menjawab panggilannya.
  16. Cara si dia meredakan kemarahan kamu.
  17. Ketika si dia memohon maaf di atas kesilapan yang dia lakukan terhadap kamu.
  18. Cara si dia mengucapkan ‘ Aku Cinta Padamu’.
  19. Ketika si dia menghargai diri kamu di hadapan teman-temannya.
  20. Cara si dia menggenggam jejari kamu.
  21. Bila si dia mengatakan yang kamulah gadis impiannya selama ini.
  22. Bila si dia memujuk kamu ketika kamu menangis.
  23. Ketika si dia memaafkan kamu.
  24. Apabila si dia mengalirkan airmata ‘kelakian’ apabila dia takut akan berpisah.
  25. Apabila si dia memuji kamu pandai mengambil hatinya.
  26. Ketika si dia mengucapkan yang dia merindui kamu.
  27. Apabila si dia menghadiahkan sejambak bunga ataupun sebuah teddy bear ketika ingin memohon maaf pada kamu.
  28. ketika si dia menulis madah dan kata pujangga pada kamu mengatakan isi hatinya pada kamu.
  29. Di saat si dia dia menyanyikan lagu yang istimewa untuk kamu.

Sintom-sintom di atas adalah sintom yang rumit untuk kita fahami sehingga anda antara dua jiwa tidak tahu sintom ini wujud salah seorang dari jiwa dari dua jiwa tersebut. Cinta adalah subjektif.


KAU SENTUH HATIKU
Terima kasih atas pemberian Mu
Terima kasih atas apa yang telah terjadi
KAU selalu menemaniku tanpa ku sedari
KAU tak pernah biarkan aku sendirian menjalani hidup ini
KAU selalu menyertaiku

Terima kasih kerana KAU telah menyentuh hatiku
Di kala aku lalai di pentas duniawi
KAU telah memperingatiku
KAU selalu lupa memberi rancangan yang terbaik untukku
walaupun aku selalu lupa pada MU
tetapi KAU masih memberi peluang padaku

Terima kasih Ya Allah

KAU menyentuh hatiku dengan kasih sayangmu
KAU telah mengubah hidupku menjadi yang baru
bagai emas yang murni berkilauan
KAU telah membentuk kekuatan hatiku

perjalanan hidup ini telah mengajarku tentang kehidupan
KAU tidak pernah lelah untuk memberi
tidak pernah sedikitpun KAU peminta

Terima kasih kerna menyentuh hatiku
terima kasih atas kasih sayangMU
sebuah kasih yang selalu memberi
bagai air mengalir
yang tidak pernah berhenti

Terima Kasih Allah

Nurkilan : White 
sumber : nurkilan2u




ORANG SARAWAK NAK BUAT PERTANIAN SECARA SERIUS? BAGAIMANA?

Pertanian adalah salah satu sektor utama ekonomi Malaysia kerana kesuburan tanahnya selain iklim katulistiwa dan tropikanya yang menerima hujan sepanjang tahun. Tanah-tanah yang subur mampu menyuburkan pelbagai pokok dari pelbagai negara yang beriklim lain.


Mungkin ada antara orang-orang Sarawak benar-benar ingin bercucuk tanam dan mendapatkan tanah bagi merialisasikan impian dan cita-cita. Saya tidaklah begitu berpengalaman dalam bidang ini tetapi saya boleh berkongsi pengalaman yang mungkin boleh membantu sedikit sebanyak kepada individu yang bercita-cita untuk bercucuk tanam.

Tanah di Sarawak mempunyai 3 kategori dan beberapa pecahan kategori dari 3 kategori tersebut. Tanah yang berstatus Mixed Zone adalah tanah yang boleh dimiliki oleh bukan bumiputra dan bukan penduduk pribumi Sarawak iaitu orang Semenanjung dan Sabah.  Tanah yang berstatus Native pula ialah tanah yang hanya boleh dimiliki oleh penduduk pribumi/bumputra Sarawak sahaja. Tanah NCR pula adalah tanah milik kerajaan Sarawak iaitu tanah yang tidak ada Title dari pihak Land Servey. Tanah NCR adalah tanah khas untuk dibangunkan untuk sektor pertanian.

Pembahagian lain ialah setiap tanah yang berstatus Mixed Zone dan Native mempunyai had penggunaannya iaitu sama ada untuk pertanian, perumahan atau pembangunan lain. Namun begitu tanah tersebut boleh bertukar status dan had dengan mengemukakan permohonan dengan pihak Land Servey.

Kepada yang ingin berkecimpung dalam pertanian dan ingin membangunkan tanah tersebut secara berkelompok bolehlah memohon dengan Land Servey ataupun berjumpa dengan Ketua Kampung untuk mengenalpasti tanah kosong di sekitar kampung yang boleh dibangunkan. Setelah mengenalpasti tanah yang boleh dibangunkan seterusnya berjumpa dengan majlis daerah untuk mengesahkan tanah tersebut boleh dibangunkan untuk pertanian. Status tanah yang telah mendapat persetujuan dari kedua pihak tersebut adalah tanah NCR sebelum mendapat title daripada pihak Land Servey.

Sebenarnya masyarakat Pribumi Sarawak boleh bersatu hati untuk membangunkan tanah di sekitar kampung masing-masing tanpa perlu menyerahkan tanah adat kepada orang asing seperti yang berlaku di beberapa tempat. Caranya ialah dengan menubuhkan koperasi kampung masing-masing. Dengan menubuhkan koperasi maka penduduk kampung akan memperolehi faedah secara samarata. Selain daripada itu, dengan penubuhan koperasi maka bantuan dari kerajaan dapat dipohon melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Selain penduduk kampung mendapat khimat latihan secara percuma daripada pihak Maktab Kerjasama Malaysia (MKM).

Penubuhan koperasi perlulah melantik individu yang berkaliber dan dedikasi dalam menjalankan tugas selain berjiwa rakyat. Seorang individu yang mementingkan pembangunan kawasannya dan bukan kepentingan diri sendiri. Seorang yang rasional dan matang dalam membuat keputusan. Tidak semestinya orang tua. Orang muda juga mampu menjadi pemimpin dalam satu-satu kawasan kampung.

Jika anda bersatu hati dalam koperasi maka semua ini mampu dilakukan. Setakat ini saya melihat 2 kampung di sekitar Kuching telah membangun dengan pesat hasil daripada kesatuan mereka dan rezeki yang dibahagi secara adil kepada penduduk kampung melalui koperasi. ADAKAH KAMPUNG ANDA JUGA BEGITU?

Jika anda bercita-cita untuk membangunkan kampung anda saya sedia membantu insyaallah.


PEROGOL DI SIBU DICARI POLIS (SILA AMBIL PERHATIAN)

SIBU: Polis Daerah Daro dekat sini meminta kerjasama orang ramai untuk menjejaki seorang lelaki berhubung kes rogol melibatkan seorang gadis bawah umur di sebuah kampung di daerah Matu pada hujung Mei lalu.

Lelaki terbabit dikenali sebagai Ibrahim Bujang, 31, kad pengenalan bernombor 810112-12-6071, berbangsa Melanau, bekerja sendiri dengan alamat terakhir di Kampung Tian, Matu.

Ibu kepada mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Daro, mengadu anak gadisnya berusia 15 tahun yang masih menuntut di Tingkatan Tiga telah dirogol oleh suspek pada 23 Mei 2012, kira-kira jam 7.15 malam di sebuah semak berdekatan skim perumahan di sebuah kampung di Matu.

Menurut laporan awal, ini merupakan kali kedua suspek melakukan jenayah terkutuk itu. Sebelum ini dia telah melakukan perbuatan sama terhadap seorang gadis lain juga di kawasan sebuah semak di Sungai Merah, Sibu.


Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sesiapa yang mengenali lelaki terbabit bolehlah menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Chee Teik Yeam di Balai Polis Daro atau menghubungi talian 084-823222 sambungan 207 atau 019-8857007 atau Inspektor Nasaruddin Ismail di IPD Daro (014-5785761).

Sementara itu, polis sedang mencari seorang lelaki bernama Jimmy Bakil (MyKad: 801217-13-5863) yang bersabit kes yang tidak ditentukan.

Alamat terakhir Jimmy adalah di Tanjung Nanga Engkaroh di daerah Song. Perbicaraan yang berikutnya atas kes itu adalah pada 21 Jun jam 9 pagi. Mereka yang mempunyai maklumat tentang Jimmy boleh menghubungi Sarjan Abdul Hamid Jamal di talian 084-211221 atau 013-8148255 atau balai polis berdekatan.
Baca selanjutnya di theborneopost

BUAYA DIJUMPAI DI PANTAI PASIR PANDAK?

Agak sukar diterima akal pada masehi ini buaya berada di laut. Tetapi sebenarnya memang terdapat buaya yang boleh hidup di dalam air masin. Cuma pengetahuan kita agak kurang mengenainya dan kurangnya buaya yang boleh hidup di air masin.

Contohnya apa yang berlaku di pasir pandak Santubong Sarawak baru-baru ini. Penduduk telah tertangkap seekor buaya yang melekat pada jaring ikan. Buaya ini bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan mati kerana terlekat pada jaring yang dipasang.

Menurut beberapa penduduk Kampung. Buaya tersebut bagaimanapun di ambil oleh pihak JKR. JKR? apa-apa je lah. Penemuan buaya tersebut menyebabkan orang kampung berpusu-pusu bagi melihat sendiri reptilia tersebut. Kawasan tersebut terdapat banyak kawasan rekreasi mandi manda yang dikhuatiri buaya akan mengganggu pelancong yang datang.

Kawasan yang popular disekitar tersebut adalah Pasir Panjang dimana ramai orang datang pada musim cuti dan hujung minggu untuk berehat dan berkelah. 


Bolehkah buaya hidup di air masin? Memang jarang sekali kita dengar buaya hidup di laut termasuklah diri saya sendiri. Untuk pengetahuan semua, memang ada spesies buaya yang boleh hidup di laut dan tasik. Nama saintifik buaya ini adalah Crocodylus Porosus.

Buaya jenis ini banyak didapati di pantai timur India, lautan kepulauan Indonesia sehinggalah ke pantai utara Australia dan anda jangan terkejut kerana kadang-kadang buaya jenis ini boleh bermigrasi sehingga ke Hong Kong dan lautan Jepun.

Penemuan ini bukan sahaja berlaku di sini tetapi banyak tempat lain lagi seperti pantai telok gong dan beberapa pantai di Malaysia. Hanya satu kes yang saya kesan berkaitan manusia yang digigit oleh buaya semasa bermandi manda di pantai.





MENGAPA PUTUS ASA

Matlamat apabila tidak dapat dicapai maka perasaaan kecewa akan hadir. Namun begitu, tuhan telah menyediakan cara untuk mengatasinya. Iaitu niat atau nawaitu dalam melakukan sesuatu kerana allah. Kita percaya ketentuan allah adalah terbaik untuk kita.


Mendalami ilmu mengatasi putus asa adalah mudah jika kita tidak sombong dan ego mengenal erti dan matlamat kehidupan. Setiap apa yang berlaku mempunyai sesuatu yang tersirat yang sukar untuk dicapai oleh akal yang diselindung oleh hati yang kotor. Iaitu hati yang cintakan dunia. Dunia yang sementara.

Pemahaman mengenai putus asa hendaklah betul pada tempatnya. Mungkin jika dilihat seseorang peniaga mengusaha sesuatu kemudian berubah kepada perusahaan yang lain disebut sebagai putus asa?. Tidak sama sekali. Seorang peniaga mengubah jenis perusahaannya kerana dia sedang berusaha mencari sesuatu yang lebih sesuai untuk dirinya. Mungkin kelihatan di sini dia putus asa atas perusahaan yang sebelumnya.

Putus asa untuk memiliki teman hidup yang baru adalah silap selepas kehilangan teman hidup yang lama. Tidak perlu putus asa mengenai perkara ini. Berpeganglah pada ketentuan. Seribu batu nautika pun anda berlari jika sudah tercatat jodoh anda dengan si dia pasti anda akan berjumpa akhirnya. Tetapi jika berkehendak perlulah berusaha dan mencoba daripada duduk terpaku membisu tanpa kata-kata dan laksana.

Putus asa kerana ujian UPSR, PMR, SPM, STPM dan keputusan IPT tidak memberansangkan sedangkan usaha sudah dibuat dan dilaksanakan adalah tekanan dalam kehidupan seorang pelajar. Percayalah bahawa tidak perlu putus asa. Bacalah buku-buku yang menceritakan seorang anak kampung yang tidak berpelajaran tinggi masih mampu bergelar jutawan. Persoalannya bagaimana? jawapannya ada pada buku kehidupan. Kegagalan anda di sekolah atau IPT bukan penentu kegagalan anda dalam kehidupan. Cari jalan dan jangan putus asa.

Putus asa dengan tuhan adalah perkara yang paling berdosa antara putus asa yang lainnya. Berprasangka baiklah dengan tuhan yang mencipta sekalian alam. Segala cobaan dan rintangan yang kita hadapi bukan untuk kita putus asa tetapi untuk lawan dan perjuangkan sehingga sisa yang terakhir. Tiada kesusahan maka tiada nikmat kebahagiaan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

SEMBILU KASIH

Sembilu dan kasih adalah perkataan yang berlawanan antara satu sama lain. Sembilu adalah sesuatu yang tajam dan boleh melukakan. Kasih pula adalah sesuatu yang indah atau sayang menyayang. Dua perkara ini jika disatukan maka ianya menjadi sakit atau pasangan yang saling sakit menyakiti dan pada masa yang sama ada perasaan saling menyayangi.

Jika di lihat dari sudut yang lebih teliti. Sembilu kasih ini terjadi kerana sikap ego, tidak percaya,  dendam, amarah tak sudah, prasangka dan pelbagai lagi sukap yang nenimbulkan ketegangan. Ketegangan ini berterusan apabila dua pasangan tidak ada tolak ansur antara satu sama lain. Disebabkan perasaan kasih sayang masih wujud maka hubungan masih dikekalkan. Akibat dari itu terwujudnya sembilu kasih.

Ego dengan diri sendiri dan tidak mahu mengalah atau tidak mengakui kesilapan sendiri adalah punca ketegangan yang berkekalan. Ada yang mengakui kesilapan tetapi tidak ikhlas malah masih wujud perasaan tidak puas hati yang menghasilkan dendam.

Tidak percaya kerana dendam yang lalu. Bukan mudah untuk menghilang titik hitam suatu ketika dulu. Namu kasih sayang mengatasi segalanya. Sedikit kesilapan bisa membangkitkan lagi memori hitam maka terkikis kepercayaan. Amarah ini tidak berhenti dan terus marak tetapi tidak membara. Prasangka di hati bertahta di jiwa. akhirnya dua pasangan saling sakit menyakiti dan pada masa yang sama tidak mahu melepas hubungan yan telah terbina.

Adakah anda juga begitu? lalu bagaimana?

Published with Blogger-droid v2.0.4

MUSIM PERAYAAN BANYAK BAWA KERETA IKUT PERASAAN

Kemalangan di musim perayaan adalah statistik kemalangan paling tinggi berlaku di Malaysia. Mengapa perkara ini terjadi. Semestinya jabatan pengankutan mempunyai jawapan mengenainya. Bagi mengatasi masalah ini banyak sekatan jalan dibuat bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.


Rakan-rakan saya pada hari ini melaporkan banyak kemalangan jalan raya berlaku di lebuh raya antara Kuching ke Miri dan beberapa bahagian lain. Saya sendiri pada hari ini berjumpa dengan pelbagai kerenah pemandu. Antaranya membawa kereta secara melulu seolah-olah tidak sampai ke destinasi, membawa kereta terhoyong-hayang ke kiri dan ke kanan seperti orang mabok dan motosikal yang masuk ke arah bertentangan.

Namun begitu, syukur ke hadrat ilahi saya selamat sampai ke destinasi. Saya gandakan fokus di atas jalan raya pada musim perayaan bagi mengelak kemalangan. Jika berjumpa dengan situasi yang berlaku kepada saya pada hari ini maka perlahankan kenderaan anda gandakan sikap berhati-hati dan cekap dalam mengendalikan pemanduan kenderaan.

Pada tahun lalu, berlaku ketika musim perayaan. Saya bertembung dengan kereta yang meletakkan kenderaan di tengah jalan raya. Individu yang berada dalam kereta sedang nyenyak tidur akibat mabok. Saya jangkakan mereka baru sahaja menghadiri satu majlis berkaitan musim perayaan.

Saya nasihatkan kepada individu yang bersikap peminum alkohol tegar dan cepat mabok hendaklah jangan memegang stering kereta dan padel motosikal kerana anda boleh menyebabkan orang lain kehilangan nyawa. Alkohol menyebabkan anda ego selain mengikut emosi apabila memandu kenderaan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.