COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

UCAPAN KHAS SELAMAT HARI GAWAI 2012 DARI KAMEK

Selamat hari gawai kepada rakan-rakan yang menyambut Gawai Dayak pada 1 Jun 2012 ini. Moga keraian yang akan berlangsung dalam beberapa hari lagi disambut dengan senyuman dan bukanlah air mata. Kepada rakan-rakan yang merantau iaitu anak perantau. Balik kampung jangan lupa cium dahi ibu bapa yang membesarkan dari anak kecil hingga dewasa. Bukankah molek begitu. Lupakanlah sengketa lama apabila bertemu sanak saudara di kampung. Berhati-hati di jalan raya dan gandakan keselamatan semasa memandu kerana resiko pada musim perayaan juga berganda.


Gawai dayak ataupun pengertiannya adalah hari kesyukuran kepada tuhan yang mengurniakan rezeki kepada mereka. Dengan tuaian yang baik setiap tahun maka hari Gawai dayak disambut bagi memanjat kesyukuran. Gawai dayak seperti perayaan lain berevolusi dengan kepelbagaian kaum dan budaya. Jika di teliti cara sambutan pada suatu ketika dahulu amat berbeza dengan sambutan pada tahun ini. Revolusi sambutan ini hasil daripada campuran budaya yang ada di Sarawak. Sebab itulah orang Sarawak selalu berkata bahawa Sarawak sudah lama mengamalkan semangat 1 Sarawak.

Saya berbangsa Melayu Sarawak dan keturunan saya juga dari salasilah pribumi asli di Sarawak dan saya percaya bahawa kebanyakkan Melayu Sarawak adalah dari salasilah pribumi asli Sarawak dimana mereka berevolusi semasa kedatangan Islam. Anda boleh buat penyelidikkan mengenai perkara ini jika anda kurang yakin dengan kenyataan saya. Moyang saya sendiri saya percaya bahawa dia adalah dari keturunan Iban kerana namanya hampir sama dengan nama-nama anak Iban  pedalaman pada masa sekarang.

Ingatlah, dimana pun kita berada dan sebesar mana perbezaan budaya dan kepercayaan kita sekarang. Kita adalah dari satu rumpun yang sama. Kepada kaum Dayak Muslim pada pendapat saya anda boleh menyambut Gawai Dayak dengan cara yang tidak melanggar hukum syarak. Kalau tidak tahu maka belajarlah pada yang tahu. Jangan sesekali buang bangsa dan budaya akibat dari agama. Agama Islam tidak menyuruh anda bertukar bangsa apabila anda memeluk Islam. Anda tetap Dayak walaupun anda Islam.

Saya sendiri membuat sedikit penyelidikan mengenai perkara ini. Kebanyakkan bangsa Dayak di Sarawak apabila bertukar agama Islam pasti akan bertukar bangsa. Seperti yang selalu saya dengar "Si A dah masuk Melayu" atau dengan kata lain Si A dah masuk Islam. Inilah kesilapan yang berlaku beribu tahun dahulu sehingga wujudnya bangsa baru iaitu Melayu Sarawak bangsa pribumi yang juga berevolusi bersama bangsa Melayu Brunei.

Tidak kiralah bagaimana dan apa cara kita berevolusi, ingatlah bahawa kita serumpun dan jangan biarkan tanah adat kita di mamah oleh yang bukan hak. Dalam setiap catatan saya, saya cuba untuk menghilangkan kebencian kaum pribumi kita sesama kaum peribumi itu sendiri. Kebencian ini adalah hasil dari hasutan orang luar untuk memecahbelahkan kita atau dengan erti kata lain. Pecah dan perintah.

Wahai kaum-kaum pribumi Sarawak. Siapakah memimpin kita sekarang? siapa CM kita? Siapa tidak kenal iaitu Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang berbangsa Melanau atau dengan kata lain adalah dari masyarakat pribumi Sarawak. Saya sering di momokkan kebencian terhadap beliau kerana banyak merampas tanah adat di Sarawak. Siapa dia?. Dia adalah ahli-ahli kita. Ingatlah perkara ini. Dia adalah ahli-ahli kita.

Sedikit coretan pengalaman yang saya ingin bekalkan di sini. Suatu ketika saya berjumpa dengan banyak orang dalam hidup saya. Mungkin tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa kebanyakkan masyarakat pribumi suka menjual tanah untuk mendapatkan wang tunai yang banyak dalam masa yang singkat. Siapakah yang menyelamatkan tanah adat tersebut supaya ianya masih kekal milik pribumi Sarawak? Tepok dada tanya selera. Tidak semua kejahatan itu adalah kejahatan dan tidak semua kebaikan itu adalah kebaikan.

Setiap satu negeri ada pemimpin dan setiap pemimpin ada orang-orang yang di pimpin. Untuk memuaskan hati semua yang dipimpin bukanlah mudah. Ada yang tercalar hati dan patah hati dan akhirnya membrontak dengan mengeluarkan kata-kata yang boleh menimbulkan kebencian orang lain terhadap pemimpin. Bukankah lebih molek sekiranya kita sama-sama berdiri membetulkan kesilapan daripada kita meminta bantuan orang luar untuk memuaskan nafsu yang bertahta di hati. 

Seperti kata rakan-rakan saya yang memegang jawatan tertinggi KRT berdepan dengan penghulu kampung yang keras hati dan agak dungu. 

"Mupok-mupok kita tok kerja sama dengannya. Bukan untuk orang lain untuk orang kampung tok juak. Nya ketua kampung hormatilah nya. Mun nya salah kita tego, mun kita salah kita mintak maaf. Mun kita buat betul pasya nya sik suka kita buat ajak sebab ya untuk kebaikan semua."

Terjemah bahasa Malaysia :

"Kita coba sikit demi sedikit untuk bekerjasama dengannya. Bukan untuk orang lain tetapi untuk orang kampung ini jugak. Dia adalah ketua kampung maka hormatilah dia. Kalau dia buat silap kita tegur dan kalau kita buat silap maka kita minta maaf. Jika kita buat perkara yang betul dan dia tidak suka maka buatlah selagi ianya memberi kebaikkan kepada semua"

Apapun coretan saya di atas adalah untuk mengingatkan kepada kaum pribumi Sarawak bahawa kita sekarang ini di ambang pepecahan dan saya hanya mampu untuk meluahkannya melalui catatan ini. Saya seringkali melihat video-video yang memaparkan semangat perkauman dan kebencian terhadap kaum yang lain. Anda lihat, dengar dan faham serta nilaikan. Saya tidak berpolitik di sini tetapi saya cintakan keamanan dan keadilan untuk pribumi Sarawak.

Apa-apa pun, saya sangat berbesar hati mengucapkan selamat hari gawai kepada rakan-rakan, pembaca beloya2u.com khasnya yang menyambut hari gawai. Saya berharap anda semua sihat dan selamat dalam menyambut hari yang ditunggu setiap tahun.

Saya memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan coretan pada artikel ini dan sekiranya ada maka mohan anda tegurlah dengan berhikmah dan moraliti. Saya sedia mendengarnya. Ok... Tok boknya nak.. wow...

Reactions:

1 comments:

  1. Tidak kiralah bagaimana dan apa cara kita berevolusi, ingatlah bahawa kita serumpun dan jangan biarkan tanah adat kita di mamah oleh yang bukan hak. Dalam setiap catatan saya, saya cuba untuk menghilangkan kebencian kaum pribumi kita sesama kaum peribumi itu sendiri. Kebencian ini adalah hasil dari hasutan orang luar untuk memecahbelahkan kita atau dengan erti kata lain. Pecah dan perintah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.