اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PERSEPSI ATAU IDEOLOGI

Saya pun tak tahu kenapa saya pilih tajuk di atas? ha ha.. ada aku kesah.. Apa itu persepsi dan apakah itu ideologi. Persepsi adalah proses pemahaman ataupun pemberian makna atas suatu informasi terhadap seuatu. Sesuatu itu diperolehi dari proses penginderaan terhadap objek, peristiwa, atau hubungan-hubungan antara gejala yang seterusnya diproses oleh otak. Proses tersebut bermula dari persepsi. itu yang saya dapat dari wikipedia.

Ideologi adalah kumpulan idea atau gagasan. Kata ideologi sendiri diciptakan oleh Destutt de Tracy pada akhir abad ke-18 untuk mendefinisikan "sains tentang idea". Ideologi dapat dianggap sebagai visi yang komprehensif, sebagai cara memandang segala sesuatu, secara umum (lihat Ideologi dalam kehidupan sehari hari) dan beberapa arah filosofi.

Setiap orang mempunyai nilai persepsi yang berbeza bergantung kepada pengalaman, kematangan, kebijaksanaan, kawalan kendiri dan pokoknya keimanan. Begitulah juga ideolgi. Setiap orang mempunyai ideologi tersendiri. Saya nak bincang mengenai persepsi.

Persepsi atau bahasa mudahnya pemikiran seseorang tentang sesuatu. Kita lihat contoh ini.

"Si A bercerita dengan Si B bahawa Si C telah mengganggu perniagaannya iaitu memotong perniagaannya ataupun dengan kata lain mengganggu urusannya dengan pelanggan tetapnya"

Cuba anda bayangkan apakah yang dibayangkan oleh Si B terhadap Si C? Mungkin : 

  1. Si C adalah seorang pengkhianat.
  2. Si C adalah seorang yang tidak boleh dibuat rakan perniagaan. 
  3. Si C adalah seorang yang bijak mengambil peluang. 
  4. Si C adalah seorang yang licik. 
  5. Si C adalah seorang yang sama dengan peniaga lain. 
  6. Si C adalah seorang yang menjengkelkan.


Dari sini kita boleh membuat penilaian dengan memandang beberapa sudut sebelum membuat beberapa persepsi. Jika kita memandang pada satu sudut iaitu mengasihani Si A maka dengan sendirinya kita akan meletakkan persepsi yang tidak baik kepada Si C. Bagaimana pula sekiranya kita lihat perkara ini lebih luas lagi. Si B atau kita dengar apa yang Si A ucapkan dan kita lihat qadak kadar serta norma perniagaan yang cukup kompetitif pada masa sekarang.

Kita lihat punca mengapa Si C berbuat demikian dan apakah ideologi Si A betol bahawa Si C telah mengganggu pelanggannya? Semua itu tidak akan pernah jelas sekiranya kita mendengar dari sebelah pihak sahaja.

Apa yang saya nak sampaikan di sini ialah berhati-hati apabila meletakkan persepsi terhadap orang lain yang belum kita benar-benar kenal. Disebabkan itulah, agama kita melarang kita bersangka buruk. Bersangka itu bermakna persepsi. Sesuatu yang tidak ada bukti sahih.

Ideologi pula adalah cara pemikiran dan idea seperti yang saya terangkan di atas. Setiap orang mempunyai ideologi tersendiri dan setiap daripada kita tidak berhak untuk memaksa orang lain mengikut ideologi kita melainkan kita meyakinkan mereka bahawa ideologi kita adalah baik ataupun terbaik. Sebenarnya setiap hari kita cuba untuk mengajak orang sekeliling kita mengikut rentak ideologi kita secara langsung atau tidak langsung.

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mempersembahkan ideologi saya mengenai orang jahat berkata baik dan orang baik berkata jahat. Saya akan terangkan secara ringkas dan selebihnya akan diterangkan dalam artikel selanjutnya. Ini juga berkaitan dengan persepsi dan ideologi.

Seorang yang minum arak lalu memberi nasihat kepada orang lain ke arah kebaikan. Pada kebiasaannya orang akan memandang sifat orang itu iaitu seorang yang minum arak sebelum terlebih dahulu menilai kata-kata baik yang dia ucapkan. ideologi saya di sini ialah nasihat yang baik itu harus di ambil iktibar manakala sifat dia yang minum arak kita tegur dengan berhikmah dan bukan mengherdik. Jika kita mengherdik memungkinkan kita adalah salah satu punca utama untuk seseorang itu melakukan perkara kebaikan.

Bagaimana pula dengan seseorang yang baik tetapi berkata jahat. Baik dalam persepsi saya di sini ialah tampak dari segi penampilan dan cara hidup. Kata-kata jahat ialah mencaci menghina orang lain. Di sini, kebiasaannya orang akan ingat kata-kata jahat yang dilemparkan orang seseorang yang baik daripada cara hidup dan penampilannya yang baik. Orang yang suka berkata kesat ataupun hinaan ini sukar untuk diubah kecuali kita mengubah persepsinya tentang kehidupan dan kadak dan kadar tuhan.

Setakat itu sahaja yang saya nak sampaikan. Sekiranya ada kekurangan silalah tambah apa yang kurang. Sekiranya ada kesilapan tegurlah dengan berhikmah. Artikel ini saya reka untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan orang lain. Sekian.. ada ku kesah..

Reactions:

1 comments:

  1. Ideologi adalah kumpulan idea atau gagasan. Kata ideologi sendiri diciptakan oleh Destutt de Tracy pada akhir abad ke-18 untuk mendefinisikan "sains tentang idea". Ideologi dapat dianggap sebagai visi yang komprehensif, sebagai cara memandang segala sesuatu, secara umum (lihat Ideologi dalam kehidupan sehari hari) dan beberapa arah filosofi.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.