اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PERHIMPUNAN BERSIH UMPAMA MARAHKAN NYAMOK KELAMBU DIBAKAR

Saya sebenarnya malas sangat nak bercakap mengenai politik. Tetapi apabila ianya melibatkan keamanan negara. Saya secara spontan akan berdiri dan bersuara. Sarawak merupakan bumi kenyalang yang mempunyai pelbagai etnik budaya dan agama. Namun kehidupan kami di Sarawak aman makmur.

Pada pendapat saya untuk menghuru-harakan satu organisasi ataupun satu-satu kawasan amat mudah. Caranya dengan menaikkan kemarahan orang lain. Mengambil kesempatan atas kesempitan dan pelbagai cara lain yang anda boleh belajar daripada syaitan.

Selepas perhimpunan bersih 3.0 banyak menghasilkan bahana daripada kebaikan. Pada masa sekarang, parti politik alternatif berkempen benci polis manakala parti BN pula menunding jari ke arah parti alternatif kerana tidak mampu mengawal perhimpunan tersebut.

Pada pendapat saya pula, perhimpunan tersebut jelas nyata akan menyebabkan huru-hara kerana objektifnya adalah untuk membenci. Saya tidak mahu Sarawak menjadi huru-hara kerana segelintir individu yang  memegang ideologi gila kuasa tak sabar hendak berkuasa dengan mengambil jalan mudah. Menggunakan orang jalanan sebagai perisai. Itu bacol namanya.

Perhimpunan seperti itu jelas nyata mempromosikan kebencian. Bagaimana hendak mengawalnya apabila kemarahan membuak-buak. Emosi disentuh yang membawa kemarahan selanjutnya kemusnahan dan huru-hara. Apa yang diperjuangkan adalah untuk membersihkan sistem pemerintahan tetapi tangan kiri mengotorkan imej negara. Pemimpin apakah seperti itu?

Seakan tidak ada jalan lain lagi. Mengadakan perhimpunan seperti itu bukan tidak memerlukan kos. Bohonglah, jika ada yang cakap semua datang kerana nak menegakkan keadilan. Ada kerana duit dan saguhati bagi yang mengikuti perhimpunan tersebut. Belum lagi termasuk kos kemusnahan yang berlaku semasa perhimpunan tersebut. Bersih sangatkah pemimpin itu sehingga mengotorkan imej negara untuk mendapatkan kuasa.

Apa yang saya perhatikan hampir mejoriti yang mengikuti perhimpunan bersih adalah orang yang tercicir. Tercicir dari landasan dan arah tujuan kehidupan. Akibat daripada itu mereka memberontak atas nasib sendiri. Pembrontakkan mereka dizahirkan apabila mereka ditiup dengan api kebencian. Ini adalah tauladan kepada kerajaan Malaysia. Orang yang tercicir tiada arah tujuan ini harus dibantu. Jangan biarkan mereka dikudakan oleh orang yang memegang ideologi gila kuasa dengan cara mudah.

Saya dapati pemimpin yang menganjurkan perhimpunan bersih seakan cuba menegakkan benang yang basah. Menunding jari ke arah orang lain dengan apa yang terjadi. Menyalahkan pihak polis, malah seakan mengadakan kempen membenci polis. Perlu di ingat di sini, Polis juga manusia dan perusuh semasa perhimpunan bersih juga manusia. Kesilapan dan pertelingkahan pasti berlaku. Perhimpunan seperti ini tidak wajar diadakan lagi. Saya sarankan ianya patut di haramkan.

Sarawak bumi kenyalang seperti yang saya katakan tadi, adalah negeri yang mempunya pelbagai ethnik budaya dan agama. Saya amat bimbang sekiranya pemimpin yang menganjurkan perhimpunan tersebut datang melawat Sarawak dan melakukan Ona yang sama seperti yang terjadi di Kuala Lumpur. Jika diberi peluang akan saya usulkan supaya pemimpin yang menganjurkan perhimpunan bersih dihalang masuk ke Sarawak.

Saya bercakap tentang keamanan di Sarawak bukan Politik. Sebarang teguran dan pendapat saya sedia mendengar dengan terbuka. Tetapi sebarang cacian dan makian anda bercakaplah seorang diri.

Mengenai gambar ini:
Kereta ini dikatakan diterbalikkan kerana ada orang di bawah kereta. Sebaliknya selepas saya menyaksikan  video tersebut tiada sebarang jasad tubuh di bawah kereta. Selepas kereta ditebalikkan semua perusuh lari lintang-pukang. Kalaupun ada orang di bawah kereta pasti kelihatan individu lain mengangkat mangsa untuk diselamatkan tetapi semua lari lintang-pukang. Inilah dikatakan membuat cerita untuk menutup pekong di dada.



Reactions:

1 comments:

  1. Apa yang saya perhatikan hampir mejoriti yang mengikuti perhimpunan bersih adalah orang yang tercicir. Tercicir dari landasan dan arah tujuan kehidupan. Akibat daripada itu mereka memberontak atas nasib sendiri. Pembrontakkan mereka dizahirkan apabila mereka ditiup dengan api kebencian. Ini adalah tauladan kepada kerajaan Malaysia. Orang yang tercicir tiada arah tujuan ini harus dibantu. Jangan biarkan mereka dikudakan oleh orang yang memegang ideologi gila kuasa dengan cara mudah.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.