اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KHIANAT = PALAT = TRAITOR = SYAITAN

Khianat bukan lah nama orang dan Palat pula adalah merujuk kepada bahasa Sarawak manakala Traitor pula adalah bahasa omputeh. Persamaan tersebut ialah ialah Syaitan. Isu ini selalu saya buat dalam bentuk artikel tetapi menggunakan tajuk yang berbeza. Saya menulis apabila ada ilham mengenai apa yang saya nak tulis. Kali ini saya menulis kerana Si Palat tidak pernah duduk diam kerana dia tidak pernah senang melihat orang lain senang.


Si Palat ini kalau nak di kesan memang mudah dan tidak memerlukan kos yang mahal. He he.. Si Palat ini dikesan melalui percakapannya iaitu individu yang suka membuka pekong di dada orang lain. Ini juga boleh di ketegori sebagai mengumpat. Mengumpat adalah umpama memakan daging saudaranya sendiri. Oleh itu, berhati-hatilah dengan Si Palat kerana jika anda besama mereka maka bersedia untuk di Palat. (v_v)

Di dalam dunia saya kebanyakkan Si Palat yang saya temui menggunakan teknik Palat untuk melobi orang lain. Palat kepada Si A untuk melobi Si B atau dengan kata lain menceritakan keburukkan Si A untuk mengambil hati Si B. Si Palat ini cuba untuk mendapat kepercayaan Si B. Sebenarnya kepercayaan ini bukanlah datangnya dari teknik Palat. Ianya datang dari hati yang suci bersih.

Seperti rakan-rakan saya pernah beritahu dahulu, "Nampak bah nya palat ngan kawan. Bukan aku sik tauk prange kawan ku ya.. Sik perlulah dicerita bah.. " TRANSLATE TO BAHASA SARAWAK "Nampak sangat dia tu khianat kawan. Bukan aku tak tau perangai kawan aku tu.. Tak perlu la nak menjaja cerita". Setiap kita yang bergelar manusia sememangnya mempunyai kelemahan tersendiri dan orang yang terdekat sahaja yang tahu kelemahan kita. Disebabkan itu Islam menyarankan supaya kita menutup keaiban saudara kita dan bukan menjaja keaibannya.

Berdasarkan pengalaman saya Si Palat ini adalah terdiri daripada orang-orang yang merasa kesunyian dan orang-orang yang inginkan perhatian. Itu pendapat saya sahaja dan ianya pada saya tidak tepat. Saja jerr sebut.. ada ku kesah..

Berdasarkan pengalaman saya juga, Si Palat ini tidak pernah berhenti untuk melakukan aktiviti Palat. Ini kerana hatinya tidak pernah tenteram akibat aktiviti palat memalatnya.

Perhatian!! Bukan semua yang kita rasakan orang yang melakukan aktiviti Palat ini adalah seorang ya Palat. Ada antaranya salah faham apa maksud Palat dan dalam keadaan apa orang yang melakukan Palat. Contoh kesilapan mengenai isu Palat ini ialah :

Si A melarang Si B menghisap dadah namun Si B berdegil. Oleh kerana Si A sayangkan kawannya. Si A melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Situasi di atas, Si A bukanlah membuat Palat kepada rakannya Si B tetapi dia hanya membuat perkara yang betul dan ianya untuk kebaikkan kawannya. Namun Si B ataupun sesiapa di luar sana akan mengkategorikan Si A adalah Palat.

Pemahaman mengenai Palat ini perlu diperhalusi. Kebanyakkan orang dewasa tahu apakah maksud Palat yang sesuai pada tempatnya iaitu tidak zalim dan resional.

Apa yang saya bincangkan di atas adalah sekadar pendapat saya sahaja dan sebarang tambahan email ler kepada saya dan sebarang teguran berhikmah.. saya bersedia menerimanya dengan hati yang terbuka secara automatik macam pintu utama kat The Spring. Share lerrr jika anda rasa anda dipalati... ha hadoi.. apa pun tak bleh..

Reactions:

1 comments:

  1. "Nampak bah nya palat ngan kawan. Bukan aku sik tauk prange kawan ku ya.. Sik perlulah dicerita bah.. " TRANSLATE TO BAHASA SARAWAK "Nampak sangat dia tu khianat kawan. Bukan aku tak tau perangai kawan aku tu.. Tak perlu la nak menjaja cerita".

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.