COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KEKASIHKU PERNAH DITIDURI KAWANKU? LALU BAGAIMANA?

Konflik dan dilema tajuk kebiasaannya menghantui wanita setiap kali menemui orang baru dalam kehidupannya. Orang baru yang saya maksudkan ialah seorang kekasih. Tidak kurangnya seorang lelaki ingin memiliki wanita yang baik dalam hidupnya. Setiap orang inginkan yang terbaik dan untuk mendapatkan yang terbaik maka kita hendaklah menjadi yang terbaik. 


Ada antara lelaki cukup takut mengenai perkara ini sedangkan dia sendiri membuat ona semasa kehidupannya dan ada pula lelaki yang tidak takut dengan perkara ini kerana dia lebih berserah dengan ketentuan. Percayalah bahawa sebaik-baik perancang ialah tuhan yang mencipta sekalian alam. Segala yang berlaku di langit dan di bumi ada sesuatu yang tersirat yang kadang-kadang tak tercapai dengan akal sihat manusia.

Wanita dan daranya pada zaman ini seolah-olah pincang dengan gelora dan ledakkan maklumat yang banyak mengubah cara pemikiran dan kehidupan. Pelbagai ancaman dan dilema yang mereka terima dari pelbagai sudut kehidupan.

Kehilangan dara seorang wanita mempunyai pelbagai sebab dan asbab. Ada antaranya dapat diterangkan secara terus tanpa melibatkan mangsa dan pemangsa. Ada juga antaranya melibatkan pemangsa dan mangsa. Wanita yang terlibat dalam sukan contohnya kehilangan dara kerana terlalu kuat bersukan seperti lumba basikal seperti info yang pernah saya baca sebelum ini.

Ada pula kehilangannya kerana terjerat dengan bahan kimia serta pukau yang dilakukan oleh orang terdekatnya tanpa dia sedari. Ada pula diragut dengan paksa. Tetapi kebanyakkan kita sebenarnya terperangkap dengan sistem kehidupan yang kita ada sekarang.

Memang mudah untuk menunding jari kepada sesiapa pun apabila berlaku apa sahaja masalah. Contohnya seorang perempuan dirogol maka lelaki pula yang dipersalahkan kerana tidak mampu mengawal nafsu sedangkan wanita yang dirogol tadi menayangkan sesuatu yang tidak sepatutnya ditayangkan kepada lelaki. Sebab itu sistem islam ada aurat. Menunding jari memang mudah tetapi untuk mengakui kesilapan sendiri amatlah payah.

Rasional dan kewajarannya di sini ialah siapa pun yang hadir dalam hidup kita mempunyai kelemahannya sendiri. Lihatlah apa yang kamu hadapi sekarang. Bukan rasaksa yang menunjukkan bentuk dan keganasannya tetapi sebenarnya sistem kehidupan kita sekarang yang merupakan rasaksa senyap serta membunuh aqidah kita.

Terimalah si dia dengan seadanya sekiranya anda sudah bersedia untuk menerima dia dalam kehidupan kita. Melafazkan akad bermakna kita bersedia memimpin si dia. Soal kehidupan silam dia biarlah kita pimpin supaya dia lebih baik dari kehidupan silam. Setiap orang pasti mempunyai kehidupan silamnya sama ada baik ataupun buruk.

Bertelagah dengan kehidupan silam merupakan perkara sia-sia tetapi berbincang tentang masa depan adalah kemestian. Janganlah bercakap tentang dia kelmarin kerana dia yang kita kenal adalah dia hari ini. Mungkin dia hari ini adalah dia yang datangnya dari kelmarin. Tetapi percayalah bahawa setiap orang berhak untuk mendapatkan peluang.

Bergeraklah dengan ketentuan dan berserahkan dengannya. Percayalah bahawa dia memberi yang terbaik untuk kita walaupun kita tidak merasakan ianya terbaik. Ingatlah dialah yang mencipta kita dan dialah maha mengetahui segala yang terjadi di langit dan di bumi.

Untuk mendapat yang terbaik kenalah menjadi yang terbaik. Tajuk ini tidak menjurus kepada mana-mana jantina. Saya cuba membuat artikel ini secara umum.


DOWNLOAD DOKUMEN INI DAN PRINT SERTA SEBARKAN JIKA KAMU RASA IANYA MENAFAAT
KLIK =SINI= UNTUK MUAT TURUN DOKUMEN


Reactions:

1 comments:

  1. Memang mudah untuk menunding jari kepada sesiapa pun apabila berlaku apa sahaja masalah. Contohnya seorang perempuan dirogol maka lelaki pula yang dipersalahkan kerana tidak mampu mengawal nafsu sedangkan wanita yang dirogol tadi menayangkan sesuatu yang tidak sepatutnya ditayangkan kepada lelaki.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.