اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

INSPIRASI DARI SEEKOR KUCING TERBIAR DAN HODOH

 SEBELUM BACA LIKE NI DULU EK!!

Semua orang di kompleks apartmen saya tinggal semuanya kenal Si Ugly, seekor kucing jalanan yang tinggal di sana.Si Ugly mencintai tiga perkara di dunia ini: pergaduhan, makan sampah, dan tak keberatan kalau kita kata dia juga adalah penyayang. Oleh kerana ketiga-tiga sifat ini, ianya mempunyai kesan kepada Ugly. Untuk dijadikan cerita, dia hanya mempunyai satu mata, dan di mana yang lain sepatutnya adalah sebuah lubang yang ternganga. 

Dia juga telah hilang kedua-dua belah telinganya, kaki kirinya telah patah teruk dan ianya telah sembuh secara sendiri. Ini menjadikan dia kelihatan seperti dia berjalan terhuyung-hayang. Ekornya telah hilang sejak sekian lama, hanya tinggal pangkalnya sahaja dan ini menambahkan lagi kehodohannya. 

Ugly bercorak kelabu berjalur gelap berjalur-jenis, kecuali pada luka yang meliputi kepala dan leher, walaupun bahunya lebar. Setiap kali seseorang itu melihat Ugly, semuanya akan memberikan reaksi yang sama iaitu "Itulah salah satu kucing amat hodoh!" Semua kanak-kanak diberi amaran tidak sentuh dia, orang dewasa akan membaling batu kepadanya, menymbahnya dengan air ketika dia cuba untuk datang di rumah mereka. Walaupun Si Ugly hanya melepaskan lelah di tepi tangga rumah orang, dia dihalau dengan begitu teruk sekali. Ugly sentiasa mempunyai tindak balas yang sama.

Jika anda meyembur hos air kepadanya, dia tetap tidak akan berganjak. Dia tidak berganjak sehingggalah orang yang menyimbah air tersebut berputus asa dan berhenti. Jika anda melemparkan sesuatu pada dia, dia akan merendahkan badannya sambil meletakkan kedua kaki hadapannya ke lantai seperti meminta maaf. Apabila dia menjadi perhatian kanak-kanak, dia akan datang berlari sambil mengiau dan menundukkan kepalanya ke tangan kanak-kanak tersebut seperti mengemis secebis sayang dari mereka. Jika anda pernah mengusap dia, dia akan bermula dengan serta-merta menggigit pada baju anda, subang, apa yang dia dapat capai ( ajak bermanja ).

 Satu hari Ugly berkongsi kasih dengan anjing seorang jiran. Jiran tersebut telah mencederakan Ugly dengan begitu teruk sekali. Dari apartmen saya, saya boleh mendengar jeritannya dan saya tergesa-gesa untuk memberikan bantuan kepada Ugly. Pada ketika itu, saya sedih melihat keadaannya terbaring sayu. Sudah jelas kisah hiba Si Ugly bakal berakhir. Ugly terbaring di tempat basah, kaki belakang dan bawah belakangnya terpusing dengan pelbagai bentuk manakala ada koyakan teruk di bahagian jalur bulu putih di bahagian hadapan tubuhnya. Saya membawa Ugly pulang ke rumah dan saya boleh mendengar bunyi dia berdehit dan tercungap-cungap. Dia masih mahu berjuang untuk hidup walaupun dah nyawa-nyawa ikan. Kadangkala, serba salah juga saya kerana asyik memikirkan sayalah penyebab yang menambahkan kesakitannya ( ketika membantu mengangkatnya ).

Kemudian saya mendakapnya sehingga kedengaran bunyi manja ( purrrr ) di telinga saya. Ugly, sedang nazak. Sungguhpun penderitaannya amat teruk dia masih cuba mahu merapatkan muncungnya ke arah telinga saya. Saya mendakapnya dia lebih dekat kepada saya, dan meletakkan kepalanya ke tapak tangan saya. Kemudian dia berpaling kepada saya dan ketika itu matanya bersinar berwarna keemasan. Ketika itu saya boleh mendengar bunyi yang berbeza dari tadi ( bunyi 'purrrr' yang lebih meruntun hati ). Walaupun dalam kesakitan yang besar, Ugly yang dikatakan hodoh itu berjuang untuk hidup. Kucing yang berparut itu hanya mahu meminta sedikit kasih sayang dari seseorang. Itu sahaja. Pada ketika itu saya memandang Ugly adalah kucing yang paling cantik, makhluk penyayang yang saya pernah jumpa.

Pernah sekali dia cuba menggigit atau menggaru saya, atau pun cuba untuk menjauhkan diri daripada saya. Ugly hanya memandang pada saya dan dia benar-benar mempercayai saya untuk melegakan penderitaannya. Si Ugly meninggal dunia di tangan saya sebelum saya sempat masuk ke dalam rumah, tetapi saya terduduk dan termenung dalam jangkamasa yang lama selepas itu. Saya memikirkan bagaimana makhluk yang berparut, cacat dan tidak sempurna sedemikian boleh mengubah persepsi saya tentang apa yang dimaksudkan untuk merasai perasaan cinta dan sayang yang begitu luar biasa dan sayang yang sebenar-benarnya. Si Ugly mengajar saya apa itu erti pemberian dan belas kasihan di mana ianya lebih baik dari membaca seribu buku dan ceramah.

Dan kerana itu, saya benar-benar insaf dan akan sentiasa bersyukur. Ugly hanya berparut di luar, tetapi saya berparut di bahagian dalam, dan ia adalah masa untuk saya berubah dan belajar untuk menikmati cinta yang sebenar-benarnya dan mendalam. Ianya amat perlu untuk saya menyayangi dan menjaga keluarga sebaik-baiknya. Ramai orang mahu menjadi lebih kaya, lebih berjaya, disukai, indah, tetapi bagi saya, saya akan sentiasa cuba untuk menjadi Ugly. ~ ~

Nukilan : Kenny Bryan
Sumber : kakimotong.blogspot.com

LIKE PAGE "STOP ABUSE ANIMAL

Reactions:

1 comments:

  1. Kemudian saya mendakapnya sehingga kedengaran bunyi manja ( purrrr ) di telinga saya. Ugly, sedang nazak. Sungguhpun penderitaannya amat teruk dia masih cuba mahu merapatkan muncungnya ke arah telinga saya. Saya mendakapnya dia lebih dekat kepada saya, dan meletakkan kepalanya ke tapak tangan saya.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.