COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

FENOMENA POLITIK DI SARAWAK DARI MATA KAMEK

Pru-13 Semakin hampir dan dari hari ke hari semakin banyak orang bercakap mengenai politik. Saya suatu ketika dulu memang langsung tidak bercakap mengenai politik. Seperti yang saya maklum sebelum ini, banyak orang cakap bahawa orang Sarawak memang kurang bercakap mengenai politik. Kalau nak berdebat pun malas. Cakap pun malas..


Sekarang berbeza sama sekali apabila ledakkan maklumat hanya di hujung jari tangan dan jari kaki bagi yang menggunakan kaki. Terdapat beberapa ketegori belia dan remaja memberi pandangan mengenai politik. Sebelum saya mengkategorikan pandangan belia ataupun jenerasi baru mengenai politik. Jom kita lihat sebahagian belia yang saya temui dan temuduga (saya mengambil pendapat belia secara rawak dan tidak berat sebelah).

Soalan saya ialah : Apa pendapat anda mengenai politik di Sarawak? dan jawapan mereka seperti di bawah ini bukan nama sebenar tetapi umur serta lokasi sebenar.

_________________________________________
Azlan 29 miri
"mmm...setakat yg ku dpt nangga di Miri & secara am nya di seluroh sarawak, kesedaran org kita trutama bumiputra maseh kurang dr sudut lain ku nangga sidak bukan melayu & cina kebanyakan nya mengikut arus perkembangan politik tok mcm membabi butak jak. maksud ku sidak main ekot jak tanpa menilai sepenohnya. apa yg ku dpt advise, pendudok sarawak tanpa mengira kaum perlu menilai keadaan & perkembangan politik di sarawak. jgn trus memgikot tanpa membuat sebarang penilaian dr segi bait or burok nya lah. kalau di miri contoh nya, ku dpt nangga sidak bukan melayu trutama nya lah yg byk menentak krjn"

Terjemahan bahasa Malaysia:

"Hmm.. Setakat yang saya perhati di Miri dan secara amnya di seluruh Sarawak. Kesedaran orang kita terutamanya bumiputra masih kurang dari sudut lain yang saya perhatikan mereka yang bukan bumiputra kebanykkannya mengikut arus perkembangan politik ini membabi buta. Maksud saya ialah mereka mengikut rentak politik tanpa membuat penilaian sepenuhnya. Pada pendapat saya, penduduk Sarawak tanpa mengira kaum perlu menilai keadaan dan perkembangan politik di Sarawak. Jangan terus mengikut tanpa membuat sebarang penilaian dari segi buruk dan baiknya. Di miri contohnya, saya dapat melihat bukan melayu banyak yang menentang kerajaan."
_________________________________________
Chin Lili 30 Kuching
"sarawak's politic under taib, cakap byk pun tak guna"

Terjemahan bahasa Malaysia :

"Politik Sarawak dikawal oleh taib, cakap banyak pun tidak guna"
_________________________________________

Maya 29 Kuching
"urm....hehehe politik honestly kmk kureng bminat..tp bola m'sia kmk tauk....tp mn dlihat dr pmbgunan msh byk yg plu dibgunkn tutma dkwasan pdlamn....tlalu byk jauh beza dr bndr2...."

Terjemah bahasa Malaysia

"Urmmm... he he he.. Mengenai politik secara jujurnya saya kurang berminat.. Tetapi bola Malaysia saya ambil tahu.. Tetapi kalau dilihat dari pembangunan masih banyak yang perlu di bangunkan terutamanya kawasan perdalaman.. Terlalu banyak jauh beza dari bandar-bandar"
_________________________________________

Momoy 30 Kuching
"Hampeh. Byk lak rasuah politik swk tok "

Terjemah bahasa Malaysia:

"Menyampah. Banyak sangat rasuah politik di Sarawak ni"
_________________________________________

Marylane 20 Kuching
"politik d swak? erm...kmk xtauk glak sal politik tok..."

Terjemah bahasa Malaysia:

"Politik di Sarawak? ermmm.. saya tak tahu mengenai politik nih"
_________________________________________
Joseph 29 Kuching
"sik ku tauk gilak lah"

Terjemah bahasa Malaysia:

"Saya tak tahu"
_________________________________________

Begitulah sebahagian daripada individu yang saya temuduga mengenai politik di Sarawak. Anda nilailah sendiri mengapa mereka berpendapat begitu. Kategori pemerhati politik di kalangan belia yang boleh saya wartakan adalah seperti berikut :

  1. Tidak tahu apa-apa.
  2. Pemerhati sahaja.
  3. Pemerhati dan pemberi pandangan ilmiah.
  4. Pemerhati dan pemberi pandangan emosi.
  5. Pemerhati dan pemberi pandangan berat sebelah.
  6. Pemerhati dan pemberi pandangan terpaksa
  7. Pemerhati dan pemberi pandangan bebas.
  8. Pemerhati dan pemberi pandangan dengan ideologi.
Pemerhati sahaja adalah individu hanya meluahkan pandangannya semasa menurunkan undi dan tidak banyak cakap mengenai politik. Pemerhati dan memberi pandangan ilmiah pula adalah individu yang penuh kreativiti dan seringkali memberi pandangan cara mengatasi masalah yang melanda dalam politik. Pemerhati dan pemberi pandangan emosi pula adalah individu yang bertindak mendengar khabar angin sahaja lalu menemplak sesiapa sahaja yang melawan cakapnya. Pemerhati dan pemberi padangan berat sebelah pula adalah individu yang sudah dibutakan oleh info-info dari sebelah pihak tanpa melihat info dari sebelah pihak lagi. Pemerhati dan pemberi padangan terpaksa adalah individu yang diupah oleh orang lain dan bertindak sedemikian kerana terikat dengan satu-satu pihak. Pemerhati dan pemberi padangan bebas pula adalah individu yang lantang menyuarakan salah dan betul mana-mana pihak tanpa berat sebelah. Terakhir sekali pemerhati dan pemberi pandangan dengan ideologi adalah individu yang percaya bahawa hanya dengan ideologi yang dipercayainya sahaja yang boleh membantu menyelesaikan masalah politik yang berlaku.

Sepetang bersama rakan-rakan di sekitar Kuching berbicara mengenai masalah yang di hadapi oleh usahawan-usahawan tempatan. Amat membimbangkan sekiranya perkara ini sentiasa berlaku. Kebanyakkan pemimpin-pemimpin tertinggi di jabatan kerajaan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan sesuatu projek terlibat dalam rasuah. Mengapa perkara ini berlaku? Tetapi ada yang meluahkan bahawa tidak semua begitu dan ada antara mereka ini mempunyai intergriti yang tinggi dan anak muda cukup menghormati pemimpin-pemimpin ini. Anak muda seolah-olah haus mencari pemimpin yang berketrampilan begini.

Penyebaran berita pemimpin yang menerima rasuah ini mudah sekali berlaku dan merebak di telinga-telinga anak muda. Mereka sering membicarakan perkara ini ketika berborak. Mungkin mereka tidak mahu mengetengahkan perkara ini kepada pihak berkuasa kerana mahu memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin yang sudah lali dengan rasuah. Disebabkan itu, kerajaan yang memerintah sekarang menjadi mangsa kepada segelintir pemimpin-pemimpin ini.

Anak muda sayang dengan kerajaan yang ada sekarang kerana kerajaan sekarang banyak menyumbang pembangunan sejak dari dulu lagi tetapi akibat terlalu lama memegang tampok pemerintahan maka hilang kawalan dalam pengurusan. Sedikit demi sedikit anak muda mula memegang kepimpinan tinggi dalam kerajaan dan antara mereka mula membuat enovasi dalam kawalan pengurusan yang lebih efektif.

Bicara saya ini bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi untuk menjadi tauladan kepada setiap orang. Siapa yang menyumbang kepada virus kebencian itu maka berhentilah. Berhentilah menggadai maruah bangsa.

Kalau ada kesilapan dalam artikel saya maka tegurlah dengan berhikmah dan moraltiti dan bukan dengan cara berok mak ye yang membabi buta serta kata-kata kesat.. aku tendang terus komen yang menggunakan kata-kata kesat kerana pembaca beloya2u.com adalah orang-orang yang bijak pandai. wow.. gik ko..

Reactions:

6 comments:

  1. Begitulah sebahagian daripada individu yang saya temuduga mengenai politik di Sarawak. Anda nilailah sendiri mengapa mereka berpendapat begitu. Kategori pemerhati politik di kalangan belia yang boleh saya wartakan adalah seperti berikut :

    BalasPadam
  2. isunya sekarang... kemusnahan telah berlaku di bumi sarawak... anda bisa menerima atau menolak.. tapi.. bagi aku.... ya hakikat.... punyai bukti dan hujah yang kukuh untuk mepertahankan kenyataan ini... antara penyebab berlaku nya pergolakkan ini adalah kerakusan segelintir manusia yang di sokong oleh majaroriti masyarakat yang tidak mendapat maklumat yang tepat dan masyarakt yang punyai kepentingan sendiri tanpa menghiraukan keadaan yang berlaku... antara yang menjadi penghalang berlaku nya kesedaran politik di sarawak adalah ILMU dan DOKTRIN yang telah di benihkan pada akal fikiran masyarakat..... ilmu yang yang di gelapkan menyebabkan masyarakat TAKUT untuk bersuara kerana ugutan2 yang tidak berasas,, melalui doktrin kesyukuran yang di tanam kepada masyarakat menyebabkan masyarakat telah merasa semua nya cukup.. sudah merasa semua nya aman.... merasa kan sarawak lah yang terbaik.... padahal ini semua adalah ilusi semata... bangkit lah sarawak.. sesungguhnya perjanjian 18 perkara 1963 telah ternoda... semua nya telah tiada.... akses media telah melenakan kamu di bumi yang ternoda.

    BalasPadam
  3. pakat ramai2 pangkah PR pada pru13 nanti.

    BalasPadam
  4. say NO to PR. Pemunsnah rakyat! Sarawak for Sarawak people ajak... sebab ya UMNO x boleh masuk sitok.

    BalasPadam
  5. Sistem Bn3 d Swak x bersih..berpusat pembangunan individu kroni parti je.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.