اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

DOSA MASING-MASING DAN TANGGUNG SENDIRI

Siapa pernah mengungkapkan perkataan ini? siapa? mengapa? apakah ideologi? pada saya orang yang mengungkap perkataan ini adalah orang yang tidak ada sokongan fakta untuk menjawab teguran daripada yang menegur. Perkataan terakhir adalah "Dosa masing-masing la wei.. aku tanggung sendiri.. aku bukan kacau hidup kau pun.."


Saya masih ingat perkataan ini pernah di ungkap oleh artis kita yang buat video yang menghairahkan. Banyak peminat berleter dengan videonya dan teguran peminat di jawab dengan "Dosa masing-masing la wei.. kau tu bukannya perfect pun.."

Semakin hari orang-orang kita semakin menggila. Pelbagai kerenah dan kekeliruan jati diri berlaku dalam diri mereka. Apakah punca jawapan seperti ini terjadi. Puncanya adalah apabila nafsu menguasai diri maka tiada alasan yang kukuh untuk membahas teguran dan jalan terakhir adalah berpaling pada kata-kata tersebut.

apakah rasional kata-kata "Dosa masing-masing dan tanggung sendiri"?. Rasionalnya adalah untuk menutup mulut orang-orang yang sedang menegur dan menunjukkan kata marah serta pendirian diri. Apakah ianya rasional untuk masyarakat?. Sudah tentu tidak. Kenyataannya kita hidup bermasyarakat dan bagaimana corak masyarakat kita merupakan gambaran kepada peradapan kita. Jika semua ikut kepala masing-masing tanpa menghiraukan masyarakat maka bersedia untuk mendapat bala dari tuhan.

Saya sendiri sejak dua menjak ini, asyik bertemu dengan pengamal-pengamal seks songsang. lebih kurang 10% sahaja yang menyembunyikan identiti dan 90% langsung tidak segan untuk memperkenalkan diri siapakah mereka. Ini kerana 90% berpendapat bahawa mereka tidak mahu hipokrit. Perkataan hipokrit ini jika di salah erti maka terjadilah perkara seperti ini. Virus-virus mereka telah membentuk satu komuniti baru dalam masyarakat kita dan membentuk satu lagi corak kehidupan dalam masyarakat kita iaitu corak kehidupan umat Nabi Luth yang telah menerima bala dan hilang dalam satu malam sahaja.

Sebenarnya "dosa masing-masing" itu berlaku ketika fasa terakhir kehidupan seorang manusia. Apabila satu-satu umat tidak membuat tindakkan menghalang dosa-dosa yang dibuat oleh masyarakatnya maka umat tersebut akan berdosa. Maka menjadi kewajipan dalam satu-satu umat tersebut untuk menegur mereka-mereka ini. Selagi mampu menegur maka tegurlah dan ingatlah bahawa kerosakkan yang berlaku di sekeliling kita bukanlah untuk dipandang sahaja tetapi untuk diperbaiki dan untuk memperbaikinya bukanlah perkara mudah jika dilakukan seorang kerana ianya memerlukan kesatuan serta penyatuan masyarakat.

Koloni-koloni ini akan terus berkembang pesat dengan kemajuan teknologi dan penularan ideologi baru iaitu kebebasan bersuara. Bebas bersuara jika disalah erti maka akan memberi impak yang tidak baik kepada satu-satu tamadun. Kebebasan bersuara lebih rasional jika ianya memberi kebaikkan kepada mejoriti daripada menoriti serta terdapat bukti yang kukuh mengenai ideologi yang disuarakan.

Sekian.. bye..

Reactions:

1 comments:

  1. Semakin hari orang-orang kita semakin menggila. Pelbagai kerenah dan kekeliruan jati diri berlaku dalam diri mereka. Apakah punca jawapan seperti ini terjadi. Puncanya adalah apabila nafsu menguasai diri maka tiada alasan yang kukuh untuk membahas teguran dan jalan terakhir adalah berpaling pada kata-kata tersebut.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.