اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

APABILA ORANG TERSAYANG BERUBAH HATI

Manusia adalah makhluk yang tidak tetap pendiriannya dan tidak pernah puas dengan apa yang ada kecuali manusia yang sentiasa bersyukur dengan tuhannya dan redha dengan ketentuannya. Manusia adalah makhluk yang dikurniakan hati dan akal fikiran untuk sentiasa memilih yang terbaik dalam kehidupan dan kadang-kadang keliru dengan kebaikkan itu di mana yang manis tersembunyi racun berbisa dan yang pahit itu tersembunyi madu penyembuh luka.


Hati adalah perkara yang kompleks untuk kita mengerti dan fahami. Kenyataannya manusia sentiasa keliru dengan hati sendiri malah hati orang lain. Tersilap caturan mengenai hati orang lain boleh mengakibatkan kelukaan pada yang lainnya. 

Apabila orang yang tersayang berubah hati kebanyakkan kita terus menyalahkan orang yang berubah hati. Satu perkara yang sesuai kita katakan kepada orang yang berubah hati itu ialah dia tidak tetap pendirian. Setiap yang terjadi mempunyai sebab dan asbab mengapa semuanya terjadi.

Mari kita lihat isu "berubah hati" ini dari sudut antara dua hubungan insan yang menjalinkan hubungan percintaan. Terlebih dahulu saya senaraikan mengapa seseorang itu berubah hati sebelum kita menyelami tajuk ini lebih dalam. Seseorang itu berubah hati mungkin kerana :
  1. Dia berjumpa dengan seseorang yang lebih baik dari pasangannya.
  2. Dia bosan dengan sikap pasangannya yang baru dia ketahui selepas menjalinkan hubungan.
  3. Dia selalu disakiti pasangannya.
  4. Dia selalu di abaikan.
  5. Dia merasakan pasangannya sudah berubah hati.
  6. Dia keliru dengan perasaannya.
  7. Dia merasakan ketidak serasian bersama pasangannya.


Itu sahaja yang saya dapat senaraikan setakat ini. Pelbagai punca mengapa seseorang itu berubah hati. Jika anda merasakan pasangan anda berubah hati. Carilah punca sebelum terus memarahinya dan mengherdiknya. Kadang-kadang punca itu datang dari kita sendiri tanpa kita sedari. Kita harus mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang ada sebelum kita menyalahkan orang lain. Jika ianya berpunca dari kita sendiri maka sukar untuk kita pulihkan hubungan itu semula jika si dia berubah hati.

Perlu kita ketahui di sini bahawa setiap orang berhak untuk memilih pasangan yang terbaik untuk dirinya sendiri. Oleh itu, kita hendaklah cuba menjadi yang terbaik kepada pasangan kita. Mencuba adalah lebih baik daripada tidak mencuba. Kita sendiri bukanlah penilai yang terbaik apabila kita merasakan kita memberi yang terbaik kepada pasangan kita. Oleh itu, komunikasi dua hala adalah penting untuk memastikan ianya baik.

Di dunia yang penuh mencabar ini, pasti kita semua akan berdepan dengan pelbagai kerenah manusia. Ada antaranya datang kepada kita hanya sekadar main-main tetapi kita pula mengambil serius. Ada juga yang datang kerana hendak memenuhi agenda sendiri tetapi kita tidak dapat melihatnya. Ada pula yang datang dengan keikhlasan tapi kita tidak merasainya. Bermacam-macam kemungkinan. Berserahlah dengan tuhan mengenai kehidupan kita tetapi jangan pula kita lupa untuk membuat yang terbaik.

Berubahnya hati orang yang kita sayang akan menghasilkan perasaan sedih kepad diri kita. Ingatlah bahawa segala yang terjadi ada hikmahnya. Janganlah pula kita terlalu bersedih, kecewa, marah dan pelbagai lagi perasaan yang hadir semasa kita mengetahui pasangan kita berubah hati. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita dan disebab itulah tuhan mengubah hatinya kepada orang yang sesuai dengannya. Namun begitu, dalam kita berserah dengan tuhan. Cubalah cari puncanya supaya ianya dapat menjada tauladan kepada kita di kemudian hari.

Saya bukanlah ahli kaunseling yang bertauliah yang mempunyai PHD ataupun Master. Saya hanya menulis berdasarkan ideologi, pengalaman, pengamatan, apa yang dilihat, didengar, dirasa dan difikirkan. Jika ada sebarang tambahan email lerrr saya ek... kalau ada yang silap.. email lerr jugak.. saya bersedia menerima teguran yang berhikmah dari pembaca dan itulah yang saya perlukan. Sekian harap maklum.. ada ku kesah..


DOWNLOAD DOKUMEN INI DAN PRINT SERTA SEBARKAN JIKA KAMU RASA IANYA MENAFAAT
KLIK =SINI= UNTUK MUAT TURUN DOKUMEN

Reactions:

1 comments:

  1. Mari kita lihat isu "berubah hati" ini dari sudut antara dua hubungan insan yang menjalinkan hubungan percintaan. Terlebih dahulu saya senaraikan mengapa seseorang itu berubah hati sebelum kita menyelami tajuk ini lebih dalam. Seseorang itu berubah hati mungkin kerana :

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.