COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

ADAKAH ISU SEKS SONGSANG SEMAKIN MENDAPAT SAMBUTAN??

Artikel seperti ini sememangnya tidak akan mampu mengubah dunia dalam sekelip mata. Tetapi sekurang-kurangnya memberi sedikit kesedaran kepada pembaca mengenai isu yang sedang berlegar di sekeliling kita. Kempen menyokong seks songsang ini sebenarnya meresap ke dalam diri kita tanpa kita sedari apabila kita selalu mengwar-warkannya malah ada yang berlakon seperti mereka. Ingatlah ianya adalah satu doa.


"Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: "Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth." (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim)"

Kisah Nabi Luth a.s banyak menyentuh mengenai isu kes songsang ini sebelum ianya berlaku pada zaman kita sekarang. Saya sendiri dengan mudah berjumpa dengan orang-orang yang terjebak dengan seks songsang. Tidak kiralah dia lelaki ataupun perempuan.

Saya sendiri mempunyai pengalam berkawan dengan pengamal-pengamal seks songsang. Malah saya sendiri pernah diserang kerana berkawan dengan kekasih songsang mereka. Si Tomboy begitu cemburu apabila melihat saya berkawan dengan kekasihnya yang belum tentu menjadi kekasihnya. Si Lelaki yang cukup sifatnya begitu ghairah apabila memandang lelaki lain.

Suatu ketika dahulu mungkin mereka secara sembunyi-sembunyi tidak mahu dikenali ramai bahawa mereka mengamalkan seks songsang. Sehingga antara pengamal seks songsang ini menidak perbuatan mereka dengan menunding jari kepada orang lain bahawa orang lain itu pengamal seks songsang. Ianya masih berlaku pada masa sekarang.

Tetapi pada masa sekarang dengan kempen-kempen "Aku gay aku Ok" menjadi kekuatan kepada pengamal seks songsang ini untuk menunjukkan siapa diri mereka sebenar. Mereka tidak malu untuk menunjukkan siapa diri mereka. Tidak kiralah sama ada lelaki ataupun perempuan. Mana tidaknya, Si Penkid sekarang amat berani bertindak luar batasan terhadap sama jantinanya apabila cintanya tidak dibalas dan kelakuan mereka terang-terangan. Kes seperti ini banyak dilaporkan dalam media massa.

Saya sendiri tertanya-tanya adakah formula untuk membantu mereka? adakah formula untuk memberi kesedaran kepada mereka?. Ya, ada dikalangan mereka sedar bahawa perbuatan mereka salah. Mereka didorong oleh naluri mereka sendiri. Mengikut laporan dari salah seorang pengamal seks songsang. Mereka tidak tahu nafsu mereka berubah ke arah sama jenis.

Apakah langkah-langkah  yang telah kerajaan lakukan bagi mengatasi masalah ini? Saya sendiri terbaca di dalam majalah yang cukup laris di mana seks songsang ini juga merebak di sekolah pondok. Apakah promosi yang dibuat oleh seks songsang ini sehingga mereka berjaya menembusi ke sekolah pondok?.

Dalam sedar tidak sedar, sebenarnya kita (masyarakat) juga terlibat dalam promosi ini apabila sentiasa menyebut mengenainya malah kita seringkali berlakon seperti mereka sebagai bahan gurauan. Kita tidak sedar bahawa di sekeliling kita tidak semua orang boleh berfikir atau mempunyai pemahaman yang baik. Sehingga ada di antara mereka suka untuk mencoba perkara baru tanpa mengetahui kesan dan akibatnya.

Adakah ada kempen benci pada amalan seks songsang? kempen yang membuat mereka tersipu-sipu apabila berhadapan dengan masyarakat? anda jawab lah sendiri ye.. kempen seperti katakan takkan pada rokok. Ianya sememangnya memberi kesan yang baik. Sehingga ada dikalangan perokok menjadi tidak selesa apabila merokok di khalayak ramai.

Begitulah perkongsian saya dan sekiranya terdapat kekurangan sila beri cadangan. Jika terdapat kesilapan sila tegurkan dengan cara berhikmah. Mungkin artikel ini mampu mengecas kemarahan kepada yang terasa. Tetapi percayalah bahawa kita digalakkan menegur antara satu sama lain. ok.. ada ku kesah..
bebas bersuara tiada batasan. tiada kekangan.

Reactions:

1 comments:

  1. Saya sendiri tertanya-tanya adakah formula untuk membantu mereka? adakah formula untuk memberi kesedaran kepada mereka?. Ya, ada dikalangan mereka sedar bahawa perbuatan mereka salah. Mereka didorong oleh naluri mereka sendiri. Mengikut laporan dari salah seorang pengamal seks songsang. Mereka tidak tahu nafsu mereka berubah ke arah sama jenis.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.