اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

FENOMENA POLITIK DI SARAWAK DARI MATA KAMEK

Pru-13 Semakin hampir dan dari hari ke hari semakin banyak orang bercakap mengenai politik. Saya suatu ketika dulu memang langsung tidak bercakap mengenai politik. Seperti yang saya maklum sebelum ini, banyak orang cakap bahawa orang Sarawak memang kurang bercakap mengenai politik. Kalau nak berdebat pun malas. Cakap pun malas..


Sekarang berbeza sama sekali apabila ledakkan maklumat hanya di hujung jari tangan dan jari kaki bagi yang menggunakan kaki. Terdapat beberapa ketegori belia dan remaja memberi pandangan mengenai politik. Sebelum saya mengkategorikan pandangan belia ataupun jenerasi baru mengenai politik. Jom kita lihat sebahagian belia yang saya temui dan temuduga (saya mengambil pendapat belia secara rawak dan tidak berat sebelah).

Soalan saya ialah : Apa pendapat anda mengenai politik di Sarawak? dan jawapan mereka seperti di bawah ini bukan nama sebenar tetapi umur serta lokasi sebenar.

_________________________________________
Azlan 29 miri
"mmm...setakat yg ku dpt nangga di Miri & secara am nya di seluroh sarawak, kesedaran org kita trutama bumiputra maseh kurang dr sudut lain ku nangga sidak bukan melayu & cina kebanyakan nya mengikut arus perkembangan politik tok mcm membabi butak jak. maksud ku sidak main ekot jak tanpa menilai sepenohnya. apa yg ku dpt advise, pendudok sarawak tanpa mengira kaum perlu menilai keadaan & perkembangan politik di sarawak. jgn trus memgikot tanpa membuat sebarang penilaian dr segi bait or burok nya lah. kalau di miri contoh nya, ku dpt nangga sidak bukan melayu trutama nya lah yg byk menentak krjn"

Terjemahan bahasa Malaysia:

"Hmm.. Setakat yang saya perhati di Miri dan secara amnya di seluruh Sarawak. Kesedaran orang kita terutamanya bumiputra masih kurang dari sudut lain yang saya perhatikan mereka yang bukan bumiputra kebanykkannya mengikut arus perkembangan politik ini membabi buta. Maksud saya ialah mereka mengikut rentak politik tanpa membuat penilaian sepenuhnya. Pada pendapat saya, penduduk Sarawak tanpa mengira kaum perlu menilai keadaan dan perkembangan politik di Sarawak. Jangan terus mengikut tanpa membuat sebarang penilaian dari segi buruk dan baiknya. Di miri contohnya, saya dapat melihat bukan melayu banyak yang menentang kerajaan."
_________________________________________
Chin Lili 30 Kuching
"sarawak's politic under taib, cakap byk pun tak guna"

Terjemahan bahasa Malaysia :

"Politik Sarawak dikawal oleh taib, cakap banyak pun tidak guna"
_________________________________________

Maya 29 Kuching
"urm....hehehe politik honestly kmk kureng bminat..tp bola m'sia kmk tauk....tp mn dlihat dr pmbgunan msh byk yg plu dibgunkn tutma dkwasan pdlamn....tlalu byk jauh beza dr bndr2...."

Terjemah bahasa Malaysia

"Urmmm... he he he.. Mengenai politik secara jujurnya saya kurang berminat.. Tetapi bola Malaysia saya ambil tahu.. Tetapi kalau dilihat dari pembangunan masih banyak yang perlu di bangunkan terutamanya kawasan perdalaman.. Terlalu banyak jauh beza dari bandar-bandar"
_________________________________________

Momoy 30 Kuching
"Hampeh. Byk lak rasuah politik swk tok "

Terjemah bahasa Malaysia:

"Menyampah. Banyak sangat rasuah politik di Sarawak ni"
_________________________________________

Marylane 20 Kuching
"politik d swak? erm...kmk xtauk glak sal politik tok..."

Terjemah bahasa Malaysia:

"Politik di Sarawak? ermmm.. saya tak tahu mengenai politik nih"
_________________________________________
Joseph 29 Kuching
"sik ku tauk gilak lah"

Terjemah bahasa Malaysia:

"Saya tak tahu"
_________________________________________

Begitulah sebahagian daripada individu yang saya temuduga mengenai politik di Sarawak. Anda nilailah sendiri mengapa mereka berpendapat begitu. Kategori pemerhati politik di kalangan belia yang boleh saya wartakan adalah seperti berikut :

  1. Tidak tahu apa-apa.
  2. Pemerhati sahaja.
  3. Pemerhati dan pemberi pandangan ilmiah.
  4. Pemerhati dan pemberi pandangan emosi.
  5. Pemerhati dan pemberi pandangan berat sebelah.
  6. Pemerhati dan pemberi pandangan terpaksa
  7. Pemerhati dan pemberi pandangan bebas.
  8. Pemerhati dan pemberi pandangan dengan ideologi.
Pemerhati sahaja adalah individu hanya meluahkan pandangannya semasa menurunkan undi dan tidak banyak cakap mengenai politik. Pemerhati dan memberi pandangan ilmiah pula adalah individu yang penuh kreativiti dan seringkali memberi pandangan cara mengatasi masalah yang melanda dalam politik. Pemerhati dan pemberi pandangan emosi pula adalah individu yang bertindak mendengar khabar angin sahaja lalu menemplak sesiapa sahaja yang melawan cakapnya. Pemerhati dan pemberi padangan berat sebelah pula adalah individu yang sudah dibutakan oleh info-info dari sebelah pihak tanpa melihat info dari sebelah pihak lagi. Pemerhati dan pemberi padangan terpaksa adalah individu yang diupah oleh orang lain dan bertindak sedemikian kerana terikat dengan satu-satu pihak. Pemerhati dan pemberi padangan bebas pula adalah individu yang lantang menyuarakan salah dan betul mana-mana pihak tanpa berat sebelah. Terakhir sekali pemerhati dan pemberi pandangan dengan ideologi adalah individu yang percaya bahawa hanya dengan ideologi yang dipercayainya sahaja yang boleh membantu menyelesaikan masalah politik yang berlaku.

Sepetang bersama rakan-rakan di sekitar Kuching berbicara mengenai masalah yang di hadapi oleh usahawan-usahawan tempatan. Amat membimbangkan sekiranya perkara ini sentiasa berlaku. Kebanyakkan pemimpin-pemimpin tertinggi di jabatan kerajaan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan sesuatu projek terlibat dalam rasuah. Mengapa perkara ini berlaku? Tetapi ada yang meluahkan bahawa tidak semua begitu dan ada antara mereka ini mempunyai intergriti yang tinggi dan anak muda cukup menghormati pemimpin-pemimpin ini. Anak muda seolah-olah haus mencari pemimpin yang berketrampilan begini.

Penyebaran berita pemimpin yang menerima rasuah ini mudah sekali berlaku dan merebak di telinga-telinga anak muda. Mereka sering membicarakan perkara ini ketika berborak. Mungkin mereka tidak mahu mengetengahkan perkara ini kepada pihak berkuasa kerana mahu memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin yang sudah lali dengan rasuah. Disebabkan itu, kerajaan yang memerintah sekarang menjadi mangsa kepada segelintir pemimpin-pemimpin ini.

Anak muda sayang dengan kerajaan yang ada sekarang kerana kerajaan sekarang banyak menyumbang pembangunan sejak dari dulu lagi tetapi akibat terlalu lama memegang tampok pemerintahan maka hilang kawalan dalam pengurusan. Sedikit demi sedikit anak muda mula memegang kepimpinan tinggi dalam kerajaan dan antara mereka mula membuat enovasi dalam kawalan pengurusan yang lebih efektif.

Bicara saya ini bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi untuk menjadi tauladan kepada setiap orang. Siapa yang menyumbang kepada virus kebencian itu maka berhentilah. Berhentilah menggadai maruah bangsa.

Kalau ada kesilapan dalam artikel saya maka tegurlah dengan berhikmah dan moraltiti dan bukan dengan cara berok mak ye yang membabi buta serta kata-kata kesat.. aku tendang terus komen yang menggunakan kata-kata kesat kerana pembaca beloya2u.com adalah orang-orang yang bijak pandai. wow.. gik ko..

DOSA MASING-MASING DAN TANGGUNG SENDIRI

Siapa pernah mengungkapkan perkataan ini? siapa? mengapa? apakah ideologi? pada saya orang yang mengungkap perkataan ini adalah orang yang tidak ada sokongan fakta untuk menjawab teguran daripada yang menegur. Perkataan terakhir adalah "Dosa masing-masing la wei.. aku tanggung sendiri.. aku bukan kacau hidup kau pun.."


Saya masih ingat perkataan ini pernah di ungkap oleh artis kita yang buat video yang menghairahkan. Banyak peminat berleter dengan videonya dan teguran peminat di jawab dengan "Dosa masing-masing la wei.. kau tu bukannya perfect pun.."

Semakin hari orang-orang kita semakin menggila. Pelbagai kerenah dan kekeliruan jati diri berlaku dalam diri mereka. Apakah punca jawapan seperti ini terjadi. Puncanya adalah apabila nafsu menguasai diri maka tiada alasan yang kukuh untuk membahas teguran dan jalan terakhir adalah berpaling pada kata-kata tersebut.

apakah rasional kata-kata "Dosa masing-masing dan tanggung sendiri"?. Rasionalnya adalah untuk menutup mulut orang-orang yang sedang menegur dan menunjukkan kata marah serta pendirian diri. Apakah ianya rasional untuk masyarakat?. Sudah tentu tidak. Kenyataannya kita hidup bermasyarakat dan bagaimana corak masyarakat kita merupakan gambaran kepada peradapan kita. Jika semua ikut kepala masing-masing tanpa menghiraukan masyarakat maka bersedia untuk mendapat bala dari tuhan.

Saya sendiri sejak dua menjak ini, asyik bertemu dengan pengamal-pengamal seks songsang. lebih kurang 10% sahaja yang menyembunyikan identiti dan 90% langsung tidak segan untuk memperkenalkan diri siapakah mereka. Ini kerana 90% berpendapat bahawa mereka tidak mahu hipokrit. Perkataan hipokrit ini jika di salah erti maka terjadilah perkara seperti ini. Virus-virus mereka telah membentuk satu komuniti baru dalam masyarakat kita dan membentuk satu lagi corak kehidupan dalam masyarakat kita iaitu corak kehidupan umat Nabi Luth yang telah menerima bala dan hilang dalam satu malam sahaja.

Sebenarnya "dosa masing-masing" itu berlaku ketika fasa terakhir kehidupan seorang manusia. Apabila satu-satu umat tidak membuat tindakkan menghalang dosa-dosa yang dibuat oleh masyarakatnya maka umat tersebut akan berdosa. Maka menjadi kewajipan dalam satu-satu umat tersebut untuk menegur mereka-mereka ini. Selagi mampu menegur maka tegurlah dan ingatlah bahawa kerosakkan yang berlaku di sekeliling kita bukanlah untuk dipandang sahaja tetapi untuk diperbaiki dan untuk memperbaikinya bukanlah perkara mudah jika dilakukan seorang kerana ianya memerlukan kesatuan serta penyatuan masyarakat.

Koloni-koloni ini akan terus berkembang pesat dengan kemajuan teknologi dan penularan ideologi baru iaitu kebebasan bersuara. Bebas bersuara jika disalah erti maka akan memberi impak yang tidak baik kepada satu-satu tamadun. Kebebasan bersuara lebih rasional jika ianya memberi kebaikkan kepada mejoriti daripada menoriti serta terdapat bukti yang kukuh mengenai ideologi yang disuarakan.

Sekian.. bye..

UCAPAN KHAS SELAMAT HARI GAWAI 2012 DARI KAMEK

Selamat hari gawai kepada rakan-rakan yang menyambut Gawai Dayak pada 1 Jun 2012 ini. Moga keraian yang akan berlangsung dalam beberapa hari lagi disambut dengan senyuman dan bukanlah air mata. Kepada rakan-rakan yang merantau iaitu anak perantau. Balik kampung jangan lupa cium dahi ibu bapa yang membesarkan dari anak kecil hingga dewasa. Bukankah molek begitu. Lupakanlah sengketa lama apabila bertemu sanak saudara di kampung. Berhati-hati di jalan raya dan gandakan keselamatan semasa memandu kerana resiko pada musim perayaan juga berganda.


Gawai dayak ataupun pengertiannya adalah hari kesyukuran kepada tuhan yang mengurniakan rezeki kepada mereka. Dengan tuaian yang baik setiap tahun maka hari Gawai dayak disambut bagi memanjat kesyukuran. Gawai dayak seperti perayaan lain berevolusi dengan kepelbagaian kaum dan budaya. Jika di teliti cara sambutan pada suatu ketika dahulu amat berbeza dengan sambutan pada tahun ini. Revolusi sambutan ini hasil daripada campuran budaya yang ada di Sarawak. Sebab itulah orang Sarawak selalu berkata bahawa Sarawak sudah lama mengamalkan semangat 1 Sarawak.

Saya berbangsa Melayu Sarawak dan keturunan saya juga dari salasilah pribumi asli di Sarawak dan saya percaya bahawa kebanyakkan Melayu Sarawak adalah dari salasilah pribumi asli Sarawak dimana mereka berevolusi semasa kedatangan Islam. Anda boleh buat penyelidikkan mengenai perkara ini jika anda kurang yakin dengan kenyataan saya. Moyang saya sendiri saya percaya bahawa dia adalah dari keturunan Iban kerana namanya hampir sama dengan nama-nama anak Iban  pedalaman pada masa sekarang.

Ingatlah, dimana pun kita berada dan sebesar mana perbezaan budaya dan kepercayaan kita sekarang. Kita adalah dari satu rumpun yang sama. Kepada kaum Dayak Muslim pada pendapat saya anda boleh menyambut Gawai Dayak dengan cara yang tidak melanggar hukum syarak. Kalau tidak tahu maka belajarlah pada yang tahu. Jangan sesekali buang bangsa dan budaya akibat dari agama. Agama Islam tidak menyuruh anda bertukar bangsa apabila anda memeluk Islam. Anda tetap Dayak walaupun anda Islam.

Saya sendiri membuat sedikit penyelidikan mengenai perkara ini. Kebanyakkan bangsa Dayak di Sarawak apabila bertukar agama Islam pasti akan bertukar bangsa. Seperti yang selalu saya dengar "Si A dah masuk Melayu" atau dengan kata lain Si A dah masuk Islam. Inilah kesilapan yang berlaku beribu tahun dahulu sehingga wujudnya bangsa baru iaitu Melayu Sarawak bangsa pribumi yang juga berevolusi bersama bangsa Melayu Brunei.

Tidak kiralah bagaimana dan apa cara kita berevolusi, ingatlah bahawa kita serumpun dan jangan biarkan tanah adat kita di mamah oleh yang bukan hak. Dalam setiap catatan saya, saya cuba untuk menghilangkan kebencian kaum pribumi kita sesama kaum peribumi itu sendiri. Kebencian ini adalah hasil dari hasutan orang luar untuk memecahbelahkan kita atau dengan erti kata lain. Pecah dan perintah.

Wahai kaum-kaum pribumi Sarawak. Siapakah memimpin kita sekarang? siapa CM kita? Siapa tidak kenal iaitu Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang berbangsa Melanau atau dengan kata lain adalah dari masyarakat pribumi Sarawak. Saya sering di momokkan kebencian terhadap beliau kerana banyak merampas tanah adat di Sarawak. Siapa dia?. Dia adalah ahli-ahli kita. Ingatlah perkara ini. Dia adalah ahli-ahli kita.

Sedikit coretan pengalaman yang saya ingin bekalkan di sini. Suatu ketika saya berjumpa dengan banyak orang dalam hidup saya. Mungkin tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa kebanyakkan masyarakat pribumi suka menjual tanah untuk mendapatkan wang tunai yang banyak dalam masa yang singkat. Siapakah yang menyelamatkan tanah adat tersebut supaya ianya masih kekal milik pribumi Sarawak? Tepok dada tanya selera. Tidak semua kejahatan itu adalah kejahatan dan tidak semua kebaikan itu adalah kebaikan.

Setiap satu negeri ada pemimpin dan setiap pemimpin ada orang-orang yang di pimpin. Untuk memuaskan hati semua yang dipimpin bukanlah mudah. Ada yang tercalar hati dan patah hati dan akhirnya membrontak dengan mengeluarkan kata-kata yang boleh menimbulkan kebencian orang lain terhadap pemimpin. Bukankah lebih molek sekiranya kita sama-sama berdiri membetulkan kesilapan daripada kita meminta bantuan orang luar untuk memuaskan nafsu yang bertahta di hati. 

Seperti kata rakan-rakan saya yang memegang jawatan tertinggi KRT berdepan dengan penghulu kampung yang keras hati dan agak dungu. 

"Mupok-mupok kita tok kerja sama dengannya. Bukan untuk orang lain untuk orang kampung tok juak. Nya ketua kampung hormatilah nya. Mun nya salah kita tego, mun kita salah kita mintak maaf. Mun kita buat betul pasya nya sik suka kita buat ajak sebab ya untuk kebaikan semua."

Terjemah bahasa Malaysia :

"Kita coba sikit demi sedikit untuk bekerjasama dengannya. Bukan untuk orang lain tetapi untuk orang kampung ini jugak. Dia adalah ketua kampung maka hormatilah dia. Kalau dia buat silap kita tegur dan kalau kita buat silap maka kita minta maaf. Jika kita buat perkara yang betul dan dia tidak suka maka buatlah selagi ianya memberi kebaikkan kepada semua"

Apapun coretan saya di atas adalah untuk mengingatkan kepada kaum pribumi Sarawak bahawa kita sekarang ini di ambang pepecahan dan saya hanya mampu untuk meluahkannya melalui catatan ini. Saya seringkali melihat video-video yang memaparkan semangat perkauman dan kebencian terhadap kaum yang lain. Anda lihat, dengar dan faham serta nilaikan. Saya tidak berpolitik di sini tetapi saya cintakan keamanan dan keadilan untuk pribumi Sarawak.

Apa-apa pun, saya sangat berbesar hati mengucapkan selamat hari gawai kepada rakan-rakan, pembaca beloya2u.com khasnya yang menyambut hari gawai. Saya berharap anda semua sihat dan selamat dalam menyambut hari yang ditunggu setiap tahun.

Saya memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan coretan pada artikel ini dan sekiranya ada maka mohan anda tegurlah dengan berhikmah dan moraliti. Saya sedia mendengarnya. Ok... Tok boknya nak.. wow...

PERKHIDMATAN MEMBUAT BANNER/BACKDROP/BANTING


KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MEMBUAT BANNER


Harga untuk banner yang kurang atau sama dengan 12sqft
1sqft = RM2.50 (Mencetak Sahaja)
1sqft = RM2.80 (Mencetak dan membuat rekaan grafik banner)

Harga untuk banner yang lebih atau sama dengan 13sqft
1sqft = RM2.20 (Mencetak Sahaja)
1sqft = RM2.50 (Mencetak dan membuat rekaan grafik banner)

Untuk temujanji/maklumat lanjut anda boleh menghubungi pegawai kami pada nombor yang tertera di bawah :
 neo.barcode@beloya2u.com (Sekitar Kuching Sarawak Sahaja)



CONTOH BANNER




LAPORAN GATHERING EX-STUDENT SM TEKNIK MATANG I

Pertemuan secara spontan yang dirancang secara singkat oleh Puan E'en di Samudra Court pada 26 Mei 2012 berjaya mengumpul beberapa orang bekas pelajar SM Teknik Matang tahun 1999 dan 2000. Pelajar Y2K. Banner dan sedikit cenderahati yang tidak seberapa ditaja oleh beloya2u.com.


Makanan pada malam tersebut meriah sekali dan amat mengenyangkan. Rata-rata rakan-rakan berpuas hati dengan makanan yang disajikan oleh pihak Samudra Court dengan di iringi hiburan live band dari penyanyi tempatan. Suara penyanyi sedap didengar dan tidak membingitkan.

Walaubagaimanapun, pertemuan ini bukanlah berhenti setakat ini sahaja dan mungkin akan dibuat lagi pada masa-masa akan datang dengan lebih gempak dari biasa dengan sokongan-sokongan rakan-rakan yang telah menghadiri Gathering ini yang juga menunjukkan komitmen yang baik.

Kepada yang tidak hadir disarankan bersualah dengan rakan-rakan lama, dimana pada masa inilah kita boleh bertukar-tukar info dan fikiran tentang isu semasa dan masa depan. Kepada yang buat perniagaan sendiri jangan lupa untuk membawa kad perniagaan untuk memperkenalkan perniagaan kepada rakan-rakan lain.

Semasa pertemuan ini, banyak kisah lama di imbau kembali yang agak lucu untuk di ingati dan kebanyakkan kami tidak berjumpa setelah tamat pengajian di SM Teknik Matang tahun 2000. Lebih kurang 12 tahun tidak berjumpa. WOW!!!

Berikut adalah video dan gambar yang sempat dirakamkan semasa Gathering Ex-Student SM Teknik Matang 99/00 buat julong kali di lakukan :


Berikut adalah bekas-bekas pelajar yang hadir yang sempat saya cedok dari FB dan ada antaranya saya tak jumpa FB... Soriiii... :p


TROLL BUDAK-BUDAK SARAWAK


Kalau nak troll tengok-tengok & jengok-jengok dulu. Kalau salah orang kang naya. Cari yang jenis berfikiran terbuka dan bukan berfikiran sempit.

Teknik Troll :
  1. Komen kat wall kawan-kawan yang dirasakan sporting.
  2. Tunggu kawan tu komen dulu.
  3. Apabila rakan-rakan dah komen layan komen-komen dia.
  4. Biar komen-komen panjang berjela-jela.
  5. lepas komen, padamkan komen-komen anda.
  6. Kemudian komen terakhir anda, "Engkau cakap dengan sapa tu?"
  7. Kemudian.. Print Screen.. Sekian Terima kasih..

PENEMUAN CENDAWAN SETINGGI 20 KALI DI ARAB SAUDI


350 Juta tahun lalu, terdapat Cendawan setinggi 20 kaki di Arab Saudi:

Ianya dipanggil "Prototaxites," merupakan fosil gergasi mula membiak untuk menjadi pokok atau beberapa jenis alga. Menurut C. Kevin Boyce, profesor Universiti Chicago, kulat adalah perkara yang terakhir yang difikirkan kerana "kulat yang setinggi 20-kaki adalah tidak masuk akal... tetapi di sini fosil tersebut. "Kulat adalah sebenarnya lebih berkait rapat dengan haiwan daripada tumbuh-tumbuhan dan ianya mempunyai kerajaan mereka sendiri dalam bentuk biologi, tetapi tidak semua mengetahui perkara tersebut.

Cendawan gergasi kini telah ditemui di seluruh dunia dari 420 hingga 350 juta tahun yang lalu pada ketika itu hanyalah pepijat dan cacing telah wujud di tanah arab. Apa yang lebih menarik adalah bahawa pokok yang paling tinggi pada masa kini yang biasanya hanya 3-4 kaki tinggi, yang bermaksud cendawan gergasi ini adalah kemungkinan besar perkara yang hidup terbesar di atas tanah pada masa itu.

Walaupun ia akan benar-benar menarik untuk dilihat pada zaman kita ini, Boyce berkata, "Adalah sukar untuk membayangkan perkara-perkara (kulat gergasi) ini masih hidup dalam dunia moden."

KETAGIHAN LOBAK MERAH ATAU ROKOK?


Anda boleh menjadi ketagih dengan lobak merah!

Saya tahu anda mungkin mendapati bahawa lucu seperti yang saya lakukan, tetapi ketagihan lobak merah adalah tidak mengenal sesiapa. Mangsa mendapati diri mereka makan lobak merah dengan banyak setiap hari dan sering tidak boleh berhenti berfikir tentang lobak merah apabila tidak mengunyahnya sehari.

Tapak kaki mereka menjadi warna oren dan bahagian putih pada mata mereka bertukar warna. Apa yang pasti ketagihan lobak merah adalah satu perkara yang bai. Ini adalah kerana sayur-sayuran adalah lebih sihat daripada rokok atau alkohol.

Malangnya, tidak. Lobak merah mengandungi vitamin A, yang walaupun tidak penting untuk hidup, boleh membunuh jika anda mempunyai terlalu banyak dalam sistem badan anda. Ini berlaku kerana hati anda terpaksa bekerja lebih masa untuk mengawal lebihan vitamin tersebut dan akhirnya hati anda akan menghadapi radang hati. Dos yang terlalu banyak vitamin A juga boleh menyebabkan osteoporosis.

Salah satu masalah terbesar penagih lobak merah sukar untuk mendapatkan bantuan. Ramai orang akan ketawa apabila melihat muka mangsa 'dan walaupun sesetengah doktor akan menafikan ia adalah suatu keadaan yang sebenar. Penagih boleh berhenti. Seorang wanita berjaya menyingkirkan tabiat dengan sokongan mudah dengan kembali dengan tabiat merokok.
ha hadoi.. apa pun sik bleh..

PERADUAN "MADAH DAN MENANG"

PERADUAN
"MADAH DAN MENANG"
by beloya2u.com and Juh beloya



Cara kitak orang ngekot peraduan tok:
  1. Muat nait gambar mana-mana kawasan Sarawak yang boleh dilawat ke dalam Page "Juh Beloya" (Gambar yang diambik dikpun dari peserta dan bukan gambar kopi pes).
  2. Promosi lokasi nak gambar di muat nait rah page "Juh Beloya" ya tek masukkan rumusan tentang tempat ya di bahagian "discription" gambar ya. (Kenak tempat ya best gilak ka? Kenak semua orang patut datang tempat ya? Apa unik gilak ka tempat ya?). ambik la gambar kampong ktk orang ka.. pun bleh.. pomot la kampung kitak orang mena-mena.
  3. Gambar yang paling banyak "like" dengan "share" akan dikira sebagai pemenang. Aok eh, sigek "like" bernilai 5 mata pasya sigek "share" dikira 1 mata (share dapat dipolah banyak2.. begagan jak sia .. tapi share dikira 1 mata ajak mun orang yang sama duak tiga kali)
 Terma dan syarat:
  • Peraduan tok terbukak kepada warga Malaysia. Pekerja dengan kakitangan beloya2u.com, ahli keluarga terdekat, agensi pengiklanan pengelola program, pekerja-pekerja serta keluarga terdekat adalah sik layak menyertai peraduan tok. 
  • Gambar tempat nak sik semperna yang ada unsur seks akan tersingkir dari penyertaan.
  • Hanya sigek facebook untuk sorang individu dalam tempoh peraduan melayakkan kitak orang untuk sigek penyertaan ajak dalam peraduan tok. 
  • Mun gambar ditauk sik asli maka penyertaan kitak orang akan digugurkan pasya dianggap sik layak ngekot peraduan tok. 
  • Gambar dengan promosi gambar dipolah sebelum atau selepas tempoh peraduan adalah sik layak menyertai peraduan tok. 
  • "LIKE" pada gambar akan dikira dolok dengan setiap "LIKE" adalah berjumlah 5 mata dan  "SHARE" berjumlah 1 mata (Share dikira 1 mata mun ada orang yang sama).
  • Pengurus "beloya2u.com" akan encarik peserta yang menang melalui facebook. Mun pemenang sik dapat bebunyi lepas3 hari retinya nembiak ya sikmok hadiah.. jadi hadiah ya diberik kepada pilihan pemenang yang lainnya.
  • Apa-apa ajak terma dan syarat yang sik diekot kitak orang boleh menyebabkan sapa-sapa yang pemenang disingkir dari peraduan tok pasya pemenang gantian akan dipolah.
  • Beloya2u.com ada hak ngubah hadiah ya dengan nilai yang sama atau lebih. 
  • Sidak beloya2u.com ada hak molah pindaan atau ngubah syarat dan terma peraduan bila-bila masa ajak. Sik perlu mintak persetujuan mana-mana pihak.
  • Peserta yang menyertai peraduan tok adalah bersetuju dengan segala terma dan syarat serta akur dengan keputusan pihak hakim. Semua keputusan adalah muktamad dan segala bantahan sik akan dilayan. 
  • Pihak beloya2u.com berhak make gambar pemenang/nama/maklumat atau hal-hal berkaitan untuk tujuan pengiklanan, promosi dan sebagainya pasya sik perlu mintak kebenaran atau notis dengan pemenang.
  • Beloya2u.com, pekerja, majikan, promoter, pihak penganjur sik akan bertanggungjawab dengan segala kerosakan, kehilangan atau kecederaan sidak peserta atau orang perseorangan yang berhubung kait dengan peraduan tok. Penyertaan peserta / promosi tok adalah dibawah tanggungjawab sikdak peserta dikpun. Para peserta mananggung segala liabiliti dengan kehilangan ,kecederaan, kerosakan , tuntutan yang mungkin akan terjadi daripada penyertaan dalam peraduan tok atau daripada penggunaan atau penembusan hadiah. 
  • Semua cukai persekutuan, negeri atau tempatan yang berkaitan dengan hadiah yang ditawarkan adalah dibawah tanggungjawab para pemenang dikpun. 
  • Peraduan sikda kaitan dengan sapa-sapa pasya tok adalah anisiatif dari beloya2u.com untuk memeriahkan Sarawak.
  • Semua maklumat yang ada dalam bahan promosi, termasuk syarat-syarat penyertaan dan tuntutan hadiah adalah sebahagian daripada terma dan syarat peraduan. 
  • Terma dan Syarat ini terdapat dalam Bahasa Melayu Sarawak. Mun terdapat percanggahan dan keraguan, penggunaan Terma dan Syarat dalam Bahasa Melayu Sarawak beloya2u.com terpakai.
  • Hadiah adalah untuk sorang pemenang ajak iaitu sigek Wifi Router seperti gambar di atas dengan hamper misteri.
  • Tarikh tutup peraduan tok adalah pada 1 Julai 2012. Keputusan pemenang akan dipolah dalam page "Juh Beloya" dengan "beloya2u.com" lebih kurang dalam masa 2 minggu dari tarik tutup.

MOTIVASI LIRIK LAGU CUN SAJA -SLEEQ

Chorus:-
Lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu
Lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku
Lagu ini hanya ingin kau fahami ku sudah teruskan hidupku
Semuanya cun saja

Tak perlu tinggalkan pesanan
Tak perlu buat panggilan
Ku tak perlu lagi kalau kau cuba mintak maaf
Lupakan sahaja
Diriku cun saja

Duduk di rumah seorang saja
Menulis lagu cinta
Menggunakan kisah ini tuk ceritakan

-Chorus-

Alyph:
Cun hidupku kini cun saja
Sejak kita memang cun semuanya
Sejak pisah itulah permulaannya untukku berhati-hati dgn buaya
Ngap ngap pendirianku tegap
Jumlah kali kita bertengkar memang genap
Untuk aku ke tahap ini silap kita memang patut sama-sama kene sepak pak pak
Tapi bukan niat aku tuk salahkan dirimu
Aku sedar ku juga ada kekuranganku
Tapi kalau bersifat mementingkan diri sendiri untuk kebaikkan bukan kurang ajar itu

Duduk di rumah seorang saja
Mengarang lagu cinta
Dengan mengembalikan kisah kitakan tapi jangan perasaan
Ohh..

Walaupun ini bab yang baru ada masa arah ku tak tentu
Tetap rindu kehadiranmu, tidak patut
Kerna ku takut

-CHORUS-

Lagu ini,
Tandanya kamu masih sayangkan ku
Walaupun sudah tidak bersama lagi

Lagu ini,
Tandanya ku masih rindukanmu
Walaupun sudah tidak bersama lagi

Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu bahawaku okay
Aku okay

Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu jangan cakap tak boleh

-CHORUS-




Gratisan Musik

NENEK TUA MENGANDUNG 60 TAHUN SEJAK 1948

Mengandung selama 60 tahun sejak 1948
Huang Yijun, 92, Huangjiaotan, selatan China, telah diberitahu oleh pahak perubatan pada tahun 1948 bahawa anaknya telah meninggal dunia. Keadaan ini disebut sebagai kehamilan batu..

Doktor menuntut £100 untuk mengeluarkannya, jadi dia mahu mengeluarkannya.

Beliau berkata: "Ia adalah satu jumlah yang besar pada masa itu - jumlah itu merupakan pendapatan lebih daripada seluruh ahli keluarga dalam beberapa tahun, jadi saya tidak berbuat apa-apa dan mengabaikannya."

Tetapi rahsia ini telah muncul apabila Huang sakit perut dan pergi ke hospital untuk imbasan.

Dr Liu Anbin di Qingshen hospital berkata: "Saya tidak amat terkejut apabila saya mendapati beliau mempunyai bayi di dalam perut beliau.

"Saya seorang doktor selama lebih daripada 40 tahun dan ini adalah kali pertama saya telah melihat sesuatu seperti ini. "

Sekarang para perubatan menjalankan ujian selanjutnya untuk melihat jika Huang memerlukan suatu pembedahan untuk keluarkan bayi.

Xu perunding Xianming, pengarah jabatan Obstetrik dan Ginekologi di hospital, berkata: "Biasanya, janin mati akan mereput dan amat mustahil Huang boleh jadi sihat."

MOTIVASI LIRIK LAGU JATUH -BUNKFACE

Aku percaya,
Sedikit waktu,
Kan terbuka,
Hati yang kau bawa.

Sambut tangan ku,
Biar ku bawa,
Kau ke tempat yang,
Tiada orang tahu.

Ku kan menunggu bayangmu,
Berikan jawapan mu.

Ku pergi sendiri dan takkan kembali,
Maafkan segala perbuatan ku,
Kepada mu.
Ku pergi sendiri dan takkan kembali,
Teman aku buat kali terakhir,
Aku akan jatuh.

Dunia hitam,
Keliling malam,
Kesejukan,
Menunggu panggilan.

Ku kan menunggu bayangmu,
Berikan jawapanmu.

Ku pergi sendiri dan takkan kembali,
Maafkan segala perbuatan ku,
Kepadamu.
Ku pergi sendiri dan takkan kembali,
Teman aku buat kali terakhir,
Aku jatuh.

Selagi kau berjaya,
Jangan kau lupa.
Segala yang telah kita lalu bersama.
Jeritan ke angkasa,
Selamatkan dia.
Selamatkan kita semua.

Ku pergi sendiri dan takkan kembali,
Maafkan segala perbuatan ku,
Kepadamu.
Ku pergi sendiri dan takkan kembali,
Teman aku buat kali terakhir,
Aku telah jatuh.



KERETA BERJALAN ATAS BOTOL TAK PECAH


Seorang pemandu membuat satu Rekod Dunia baru dengan memandu di sepanjang 60 meter dua baris botol bir. Li Guiwen, pemandu tentera dari Beijing, membuat rekod itu semasa upacara pencatat rekod yang dikelola oleh Televisyen Pusat China dan Guinness World Of Record. Dia memandu di sepanjang 'jalan' dua bir yang terdiri daripada 1,798 botol  bir yang telah didirikan di Wenzhou, timur China Zhejiang. Li memandu di sepanjang dua trek 60.19 meter dalam masa 8m 28s. Sebelum ini, beliau telah mencuba lagak ngeri pada tahun yang  lepas tetapi gagal selepas cuaca lembab menyebabkan tayar kanannya tergelincir.

SINDROM PROTEUS?? KAKI PALING BESAR!!


Mandy Sellars (lahir pada20 Februari1975 di Lancashire, United Kingdom) adalah seorang wanita di diagnosis dan dipercayai mengalami Sindrom Proteus oleh sesetengah doktor, keadaan yang amat jarang penduduk seluruh dunia mengalaminya dan dipercayai hanya 120 orang sahaja dari seluruh dunia mengidap penyakit ini.

NGERINYER!! MASIH HIDUP KEPALA BERLUBANG

Inilah dinamakan kesenian yang mengerikan. Kepada sesiapa yang kuat imejinasi tu sampai fikir tatoo ini betul. jangan pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang.


ADAKAH ISU SEKS SONGSANG SEMAKIN MENDAPAT SAMBUTAN??

Artikel seperti ini sememangnya tidak akan mampu mengubah dunia dalam sekelip mata. Tetapi sekurang-kurangnya memberi sedikit kesedaran kepada pembaca mengenai isu yang sedang berlegar di sekeliling kita. Kempen menyokong seks songsang ini sebenarnya meresap ke dalam diri kita tanpa kita sedari apabila kita selalu mengwar-warkannya malah ada yang berlakon seperti mereka. Ingatlah ianya adalah satu doa.


"Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: "Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth." (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim)"

Kisah Nabi Luth a.s banyak menyentuh mengenai isu kes songsang ini sebelum ianya berlaku pada zaman kita sekarang. Saya sendiri dengan mudah berjumpa dengan orang-orang yang terjebak dengan seks songsang. Tidak kiralah dia lelaki ataupun perempuan.

Saya sendiri mempunyai pengalam berkawan dengan pengamal-pengamal seks songsang. Malah saya sendiri pernah diserang kerana berkawan dengan kekasih songsang mereka. Si Tomboy begitu cemburu apabila melihat saya berkawan dengan kekasihnya yang belum tentu menjadi kekasihnya. Si Lelaki yang cukup sifatnya begitu ghairah apabila memandang lelaki lain.

Suatu ketika dahulu mungkin mereka secara sembunyi-sembunyi tidak mahu dikenali ramai bahawa mereka mengamalkan seks songsang. Sehingga antara pengamal seks songsang ini menidak perbuatan mereka dengan menunding jari kepada orang lain bahawa orang lain itu pengamal seks songsang. Ianya masih berlaku pada masa sekarang.

Tetapi pada masa sekarang dengan kempen-kempen "Aku gay aku Ok" menjadi kekuatan kepada pengamal seks songsang ini untuk menunjukkan siapa diri mereka sebenar. Mereka tidak malu untuk menunjukkan siapa diri mereka. Tidak kiralah sama ada lelaki ataupun perempuan. Mana tidaknya, Si Penkid sekarang amat berani bertindak luar batasan terhadap sama jantinanya apabila cintanya tidak dibalas dan kelakuan mereka terang-terangan. Kes seperti ini banyak dilaporkan dalam media massa.

Saya sendiri tertanya-tanya adakah formula untuk membantu mereka? adakah formula untuk memberi kesedaran kepada mereka?. Ya, ada dikalangan mereka sedar bahawa perbuatan mereka salah. Mereka didorong oleh naluri mereka sendiri. Mengikut laporan dari salah seorang pengamal seks songsang. Mereka tidak tahu nafsu mereka berubah ke arah sama jenis.

Apakah langkah-langkah  yang telah kerajaan lakukan bagi mengatasi masalah ini? Saya sendiri terbaca di dalam majalah yang cukup laris di mana seks songsang ini juga merebak di sekolah pondok. Apakah promosi yang dibuat oleh seks songsang ini sehingga mereka berjaya menembusi ke sekolah pondok?.

Dalam sedar tidak sedar, sebenarnya kita (masyarakat) juga terlibat dalam promosi ini apabila sentiasa menyebut mengenainya malah kita seringkali berlakon seperti mereka sebagai bahan gurauan. Kita tidak sedar bahawa di sekeliling kita tidak semua orang boleh berfikir atau mempunyai pemahaman yang baik. Sehingga ada di antara mereka suka untuk mencoba perkara baru tanpa mengetahui kesan dan akibatnya.

Adakah ada kempen benci pada amalan seks songsang? kempen yang membuat mereka tersipu-sipu apabila berhadapan dengan masyarakat? anda jawab lah sendiri ye.. kempen seperti katakan takkan pada rokok. Ianya sememangnya memberi kesan yang baik. Sehingga ada dikalangan perokok menjadi tidak selesa apabila merokok di khalayak ramai.

Begitulah perkongsian saya dan sekiranya terdapat kekurangan sila beri cadangan. Jika terdapat kesilapan sila tegurkan dengan cara berhikmah. Mungkin artikel ini mampu mengecas kemarahan kepada yang terasa. Tetapi percayalah bahawa kita digalakkan menegur antara satu sama lain. ok.. ada ku kesah..
bebas bersuara tiada batasan. tiada kekangan.

KEMPEN KESEDARAN MENGENAI ISU PALESTIN DISBOTAJ??

Semasa kempen kesedaran mengenai isu palestin berlangsung terdapat beberapa individu menyebarkan maklumat mengenai kesilapan menggunakan gambar coklat kerana ia melambangkan kejayaan rejim israel. Disebabkan itu, saya mencari-cari apakah ianya benar dan apakah maklum-balas dari rakan-rakan yang lain. Berikut adalah maklum balasnya.

Adakah selepas menukar DP anda tiba anda  anda merasakan diri anda ialah tahanan kepada israel dan selepas itu terus tutup mata? Ya? Bagus. HEBAT israel kan. Dengan tukar DP sahaja terus boleh jadi tahanan israel.

Sebenarnya itu tidak benar sama sekali. Penukaran DP cuma berperanan menyebarkan kempen ini secara meluas. Apabila ramai mempunyai kesedaran maka mereka akan turut berdoa untuk tahanan perang israel.

SEMUA ORANG tahu menukar DP tidak boleh mengubah apa-apa. Tetapi ia boleh membantu menyebarkan isu tersebut dengan meluas apabila ramai orang tertanya2 kenapa orang lain tukar DP. Dari situlah kesedaran akan timbul dan doa akan terhasil.

Dan, kempen yang menghalang menukar DP ini dipercayai datang dari ISRAEL yang semakin BIMBANG dengan SAMBUTAN luar biasa terhadap tawanan perang ISRAEL. Mereka menyamar di kalangan PAK ARAB untuk kacau bilaukan KEMPEN-KEMPEN ini.

Selain di facebook, kempen-kempen ini juga telah merebak ke dalam dunia realiti apabila beberapa siri DEMO diadakan setelah kesedaran itu TIMBUL. saya ingin menasihati bahawa jika TIDAK mahu MEMBANTU tiada MASALAH tetapi jangan jadi PEROSAK suasana. Maksud sebenar di balik DP coklat. Ia ada simbolik tertentu sebenarnya.
  1. Baju coklat = mewakili tahanan perang israel yang dianiaya kerana mereka dipakaikan dengan baju berwarna coklat.
  2. Mata yang ditutupkan = Perlian kepada dunia luar yang dibutakan mata akibat peranan media massa yang bersikap pilih kasih termasuklah kuasa2 besar yang langsung tidak berperanan mahu menegur tindakan israel terhadap banduan-banduan perang dari palestine.
Tulisan hebrew tidak haram dan maksud sebenar di baju tersebut ialah perkhidmatan penjara israel

Tak perlu nak bersangka buruk terhadap kempen-kempen sebegini. Jika anda tidak suka, tidak bersetuju tiada apa-apa yang boleh kami lakukan untuk anda menerima kempen-kempen ini tetapi jangan jadi pengacau dan memecah belahkan kempen-kempen ini. Sudah-sudahlah. Kami semua bukan orang-orang yang bodoh akan terikut-ikut dengan penyebaran yang takde bukti yang mengganggu kempen ini berjalan. Diharapkan kepada perosak-perosak kempen, hentikan segera. Janganlah nak dengki tidak tentu pasal. Cukup-cukuplah. Jadi orang, belajarlah untuk berperikemanusiaan..

  Prophet Mohammad said : "Who did not care about Muslims is not one of them"

Sabda rasulullah s.a.w : "Barang sesiapa yang tidak mempedulikan umat islam yang lain maka dia bukanlah dari kalangannya"

Sumber dari sini.dan diolah sedikit untuk lebih pemahaman

MOTIVASI LIRI LAGU EXTRAVAGANZA -BUNKFACE

Semangat baru..
Perjuangan yang satu
Dan matlamat hidupku..
Hanya untukmu..

Tapi keadaanmu..
Berikan aku..
Berikan aku satu petanda..
Prasangka.. Aku kalah......

Rasa resah jangan kau percaya..
Dalam hatimu.. (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya..
Kata hatimu.. (kata hatimu)
.
Wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh

Persepsi diri..
Ada maksud sendiri..
Dan propaganda ku rasa..
Luar biasa....

Tapi keadaanmu..
Berikan aku..
Berikan aku satu petanda..
Prasangka.. Aku kalah lagi......

Korus:
Rasa resah jangan kau percaya..
Dalam hatimu.. (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya..
Kata hatimu.. (kata hatimu)

Wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh

Extravaganza
Extravaganza
Extravaganza
Extravaganza

Rasa resah jangan kau percaya..
Dalam hatimu.. (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya..
(kata hatimu)

wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh 






Gratisan Musik

INSPIRASI DARI SEEKOR KUCING TERBIAR DAN HODOH

 SEBELUM BACA LIKE NI DULU EK!!

Semua orang di kompleks apartmen saya tinggal semuanya kenal Si Ugly, seekor kucing jalanan yang tinggal di sana.Si Ugly mencintai tiga perkara di dunia ini: pergaduhan, makan sampah, dan tak keberatan kalau kita kata dia juga adalah penyayang. Oleh kerana ketiga-tiga sifat ini, ianya mempunyai kesan kepada Ugly. Untuk dijadikan cerita, dia hanya mempunyai satu mata, dan di mana yang lain sepatutnya adalah sebuah lubang yang ternganga. 

Dia juga telah hilang kedua-dua belah telinganya, kaki kirinya telah patah teruk dan ianya telah sembuh secara sendiri. Ini menjadikan dia kelihatan seperti dia berjalan terhuyung-hayang. Ekornya telah hilang sejak sekian lama, hanya tinggal pangkalnya sahaja dan ini menambahkan lagi kehodohannya. 

Ugly bercorak kelabu berjalur gelap berjalur-jenis, kecuali pada luka yang meliputi kepala dan leher, walaupun bahunya lebar. Setiap kali seseorang itu melihat Ugly, semuanya akan memberikan reaksi yang sama iaitu "Itulah salah satu kucing amat hodoh!" Semua kanak-kanak diberi amaran tidak sentuh dia, orang dewasa akan membaling batu kepadanya, menymbahnya dengan air ketika dia cuba untuk datang di rumah mereka. Walaupun Si Ugly hanya melepaskan lelah di tepi tangga rumah orang, dia dihalau dengan begitu teruk sekali. Ugly sentiasa mempunyai tindak balas yang sama.

Jika anda meyembur hos air kepadanya, dia tetap tidak akan berganjak. Dia tidak berganjak sehingggalah orang yang menyimbah air tersebut berputus asa dan berhenti. Jika anda melemparkan sesuatu pada dia, dia akan merendahkan badannya sambil meletakkan kedua kaki hadapannya ke lantai seperti meminta maaf. Apabila dia menjadi perhatian kanak-kanak, dia akan datang berlari sambil mengiau dan menundukkan kepalanya ke tangan kanak-kanak tersebut seperti mengemis secebis sayang dari mereka. Jika anda pernah mengusap dia, dia akan bermula dengan serta-merta menggigit pada baju anda, subang, apa yang dia dapat capai ( ajak bermanja ).

 Satu hari Ugly berkongsi kasih dengan anjing seorang jiran. Jiran tersebut telah mencederakan Ugly dengan begitu teruk sekali. Dari apartmen saya, saya boleh mendengar jeritannya dan saya tergesa-gesa untuk memberikan bantuan kepada Ugly. Pada ketika itu, saya sedih melihat keadaannya terbaring sayu. Sudah jelas kisah hiba Si Ugly bakal berakhir. Ugly terbaring di tempat basah, kaki belakang dan bawah belakangnya terpusing dengan pelbagai bentuk manakala ada koyakan teruk di bahagian jalur bulu putih di bahagian hadapan tubuhnya. Saya membawa Ugly pulang ke rumah dan saya boleh mendengar bunyi dia berdehit dan tercungap-cungap. Dia masih mahu berjuang untuk hidup walaupun dah nyawa-nyawa ikan. Kadangkala, serba salah juga saya kerana asyik memikirkan sayalah penyebab yang menambahkan kesakitannya ( ketika membantu mengangkatnya ).

Kemudian saya mendakapnya sehingga kedengaran bunyi manja ( purrrr ) di telinga saya. Ugly, sedang nazak. Sungguhpun penderitaannya amat teruk dia masih cuba mahu merapatkan muncungnya ke arah telinga saya. Saya mendakapnya dia lebih dekat kepada saya, dan meletakkan kepalanya ke tapak tangan saya. Kemudian dia berpaling kepada saya dan ketika itu matanya bersinar berwarna keemasan. Ketika itu saya boleh mendengar bunyi yang berbeza dari tadi ( bunyi 'purrrr' yang lebih meruntun hati ). Walaupun dalam kesakitan yang besar, Ugly yang dikatakan hodoh itu berjuang untuk hidup. Kucing yang berparut itu hanya mahu meminta sedikit kasih sayang dari seseorang. Itu sahaja. Pada ketika itu saya memandang Ugly adalah kucing yang paling cantik, makhluk penyayang yang saya pernah jumpa.

Pernah sekali dia cuba menggigit atau menggaru saya, atau pun cuba untuk menjauhkan diri daripada saya. Ugly hanya memandang pada saya dan dia benar-benar mempercayai saya untuk melegakan penderitaannya. Si Ugly meninggal dunia di tangan saya sebelum saya sempat masuk ke dalam rumah, tetapi saya terduduk dan termenung dalam jangkamasa yang lama selepas itu. Saya memikirkan bagaimana makhluk yang berparut, cacat dan tidak sempurna sedemikian boleh mengubah persepsi saya tentang apa yang dimaksudkan untuk merasai perasaan cinta dan sayang yang begitu luar biasa dan sayang yang sebenar-benarnya. Si Ugly mengajar saya apa itu erti pemberian dan belas kasihan di mana ianya lebih baik dari membaca seribu buku dan ceramah.

Dan kerana itu, saya benar-benar insaf dan akan sentiasa bersyukur. Ugly hanya berparut di luar, tetapi saya berparut di bahagian dalam, dan ia adalah masa untuk saya berubah dan belajar untuk menikmati cinta yang sebenar-benarnya dan mendalam. Ianya amat perlu untuk saya menyayangi dan menjaga keluarga sebaik-baiknya. Ramai orang mahu menjadi lebih kaya, lebih berjaya, disukai, indah, tetapi bagi saya, saya akan sentiasa cuba untuk menjadi Ugly. ~ ~

Nukilan : Kenny Bryan
Sumber : kakimotong.blogspot.com

LIKE PAGE "STOP ABUSE ANIMAL

PIRAMID DI NUSANTARA LEBIH TUA DARI MESIR

Sejarah negara atau negeri kita sememangnya perlu kita rungkaikan bagi melihat siapa diri kita pada masa lalu. Apakah betul bangsa kita adalah bangsa yang mundur seperti yang tercatat dalam buku-buku yang di ajar ke sekolah. 

Beberapa penemuan di indonesia telah memberi satu impak yang berbeza daripada apa yang dibelajar di sekolah. Apa yang dilihat seolah-oleh kita semua di mimikkan dengan kemunduran kita pada masa lalu supaya kita hilang identiti kita.


Siapakah kita sebenarnya pada masa lalu. Adakah kita bangsa yang lebih maju ataupun adakah benar kita bangsa yang mundur ataupun sejarah kita pada masa lalu sengaja di kuburkan supaya kita hilang jati diri kita sebenar.

Penemuan piramid di beberapa daerah, termasuk di Garut, Jawa Barat, kini menjadi kontroversi. Kumpulan Bencana Katastropik Purba yakin di sebalik timbunan tanah itu terdapat piramid buatan manusia, yang berusia lebih tua dari piramid Giza di Mesir. Selain itu, beberapa ahli mengatakan tidak ada sejarah piramid di Indonesia. 

Pakar kebudayaan Universiti Indonesia Dr. Lily Tjahjandari mengatakan berdasarkan tinjauan ilmuan, Kemungkinan piramid sudah ada di asia.

“Ini sangat mengyakinkan, bahkan Borobudur pada suatu ketika dahulu juga tertimbus,” kata dia ketika dihubungi kami. Lokasi Indonesia yang berada dalam lingkaran api menjadi faktor mengapa bukti-bukti kewujudan peradaban itu hilang.

Lily menambah , hipotesis kewujudan piramid harus dilihat dari berbagai sudut. Memerlukan sinergi ilmuwan dan peranan badan berkaitan, terutama arkeologi untuk merungkai misteri itu. “Memang terdapat kecurigaan untuk menyikap penemuan ini, dalam erti harus dibuktikan kebenarannya.”

Sebelumnya, kumpulan bencana katastropik menyebut “Piramida Garut” berusia 10,000 tahun sebelum Masehi, ini bermakna lebih tua dari piramid di Mesir. Jika terbukti ada piramid di perut Gunung Sadahurip atau Gunung Putri ini adalah bukti Nusantara memiliki peradaban maju di masa lalu.

Soal kewujudan peradaban maju di Indonesia, Lily juga menyebut, mungkin.  Hal tersebut didukung sejumlah pemerhatian yang disebut oleh para ilmuwan.  “Ada satu laporan dari Gorys Keraf yang menyebut, bahasa Asia pasifik , termasuk Asia Tenggara, adalah bahasa tua dunia,” kata Lily. Dia kemudian menambah , kebudayaan tidak hanya dikesan oleh kewujudan sesuatu, tapi juga bahasa. 

Pemerhatian lain, Lily juga memberitahu,  diketengahkan oleh Stephen Oppenheimer, ahli genetik dan struktur DNA manusia dari Oxford University, Inggris. Ia mengungkapkan bahwa peradaban yang ada sebenarnya berasal dari Timur, khususnya Asia Tenggara.

“Apa yang diungkap Oppenheimer mengenai penemuan dan wancana yang mengarahkan ke sana (peradaban maju termasuk di Indonesia),” kata dia.  “Juga ada pemerhatian dari Santos (Arysio Santos).”

Seperti diketahui, dalam buku “Atlantis the Lost Continents Finally Found”, Santos menunjuk Indonesia sebagai lokasi Atlantis yang hilang -kota kuno berperadaban maju -berdasarkan definisi yang disebut Plato dalam 'Lost Civilization'.

Lily berpendapat kontroversi boleh dikaitkan dengan laporan penemuan piramida. Namun, pencarian dan tindakkan ternyata harus dilakukan untuk membuktikannya. “Penemuan ini harus diungkap secara berperingkat oleh ilmuwan, juga bergabung dengan media.

Inya ada kaitan dengan kajian budaya Indonesia, Lily mengatakan, Universiti Indonesia akan menyelenggarakan seminar, salah satu tetamunya adalah Oppenheimer.  Acara ini berlangsung pada 9 Februari 2012 di Bali.

Kajian tersebut penting berkaitan dengan masa lalu – idenditi kita sebagai bangsa , juga mempengaruhi cara pandang kita ke depan. “Dalam ruang besar wilayah kajian Indonesia, perspektif kebudayaan. Sub temanya sangat luas, termasuk budaya ekonomi, budaya politik, dan birokrasi. “Kami berusaha mengembalikan kajian tentang Indonesia ke tanah air, selama ini kajian tentang Indonesia yang besar  dibuat di Australia atau Amerika ,” kata Lily.

Penafsiran ilmuan asing
Tak hanya menjadi  perhatian di kalangan nasional, Isu penemuan piramid juga menarik sejumlah ilmuan asing. “Oppenheimer yang menulis buku peradaban nusantara, melalui pendekatan DNA, juga asisten Santos (Arysio  Santos) sudah menghubungi kumpulan berkaitan,” kata anggota Anggota kumpulan Bencana Katastropik Purba yang dibentuk pejabat Staf Khusus Presiden Bidang Bantuan Sosial dan Bencana, Iwan Sumule, Selasa 13 Desember 2011 malam.

Pertemuan rencananya akan dilakukan Oppenheimer-tim katastropik saat ilmuan itu menghadiri acara UI di Bali.


Soal kontroversi piramid, Iwan menambah, itu bukan fokus pihaknya. “Apa sahaja komen dari orang lain, silakan, kami tidak mahu berpolemik. Apa yang kami sampaikan telah memenuhi standar internasional,” kata dia. -vivanews

MOTIVASI LIRIK LAGU PELITA -A.P.I

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya







Gratisan Musik

AKU MALU DENGAN DIRI SENDIRI DAN KAMU JUGA HARUS MALU!!

Aku tak tipu!! aku terharu dan bangga melihat mereka yang ada dalam video. Betapa aku malu dengan diri sendiri. Cukup sifat berbanding mereka dalam video. Ukiran senyuman dari mereka buat aku terharu. Lebih-lebih lagi melihat anak-anak kecil yang cuba untuk berdiri. Mereka tidak faham apa yang akan mereka bakal hadapi kelak. Namun, mereka sentiasa mencuba.




KEMPEN HAK ASASI RAKYAT PALESTIN (FREE PALESTIN)

 Di bawah ini merupakan nota yang saya terima dari rakan saya mengenai nasib saudara islam di Palestin. Mungkin juga ada antara kalian memandang ini sebagai scam atau spam. Pada pendapat saya, saya tidak peduli semua itu. Sekiranya semua muslim menukar profile mereka seperti gambar yang saya sertakan dibawah maka ianya dapat menunjukkan kekuatan ummah selain kita menunjuk perasaan kita kepada dunia betapa kita benci saudara kita diperlekehkan. Inilah Demo secara aman.. JOMMMM!!!

_______________________________________________________
 
Minta TOLONG semua sahabat
menukar gambar profil anda

Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda, Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..

Bilal Thiab ... 76 Hari
Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari

Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh,,, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat , Perang Media!

_______________________________________________________
Di bawah ini merupakan gambar yang patut anda guna di "profile" anda dan di bahagian "Cover Photo" bagi menunjukkan sokongan anda kepada FREE PALESTIN.

Untuk mengambil gambar di bawah ini. Sila klik kanan pada gambar yang anda kehendaki. Kemudian "Open New Tab". Selepas itu. Klik kanan pada gambar pada Tab yang baru kemudian "Save as Image". Selesai memuat turun gambar tersebut. Pergi bahagian profile kemudian muat naik pada bahagian "Profile Picture" dan "Cover Photo"

Gambar Profile (Lelaki)

Gambar Profile (Perempuan)

Gambar Profile (Keluarga)


Gambar "Cover Photo" 

 Gambar "Cover Photo"

JOM WALKIE TALKIE DENGAN ADMIN

Setiap hari saya mencari idea untuk mengembangkan ideologi serta ilmu pengetahuan. Mencari sesuatu yang tersirat dengan menimba pengalaman serta melalui pembacaan. Hari ini beloya2u.com ingin bergerak lebih jauh iaitu ingin mendekati pembaca beloya2u.com dengan lebih akrab lagi.


Di sini saya berkongsi dengan pembaca beloya2u.com. Kami telah membuka channer walkie talkie untuk pembaca supaya boleh berkomunikasi dengan pengurus laman ini secara langsung dan percuma melalui PC dan Telefon bimbit jenis android, BlackBerry, Iphone dan seangkatan dengannya.

Komunikasi ini amat mudah dan tekniknya adalah sama dengan penggunaan walkie talkie. Langkah-langkah mudah berikut adalah cara untuk memiliki software ini secara percuma.
  1. Pembaca beloya2u.com terlebih dahulu masuk ke laman web zello.com
  2. Klik pada "Free Download"
  3. Kemudian pilih PC jika pembaca mengguna PC dan begitulah juga yang lainnya.
  4. Kemudian keluar box "Opening ZelloSetup.exe" dan klik "Save File"
  5. Kemudian cari file "Zello Setup" di dalam folder dimana lokasi file tersebut di muat turun.
  6. Klik File tersebut kemudian klik "Run" untuk install. (ikuti langkah-langkah seterusnya sehingga selesai)
  7. Setelah selesai klik "Create a new Zello account". Cipta ID anda.
  8. Selesai mencipta ID. Pergi bahagian "Tool" dan Klik pada "Add a channel"
  9. Pada bahagian kotak kosong "Add channel name" taipkan "beloya zello". (Tunggu beberapa saat)
  10. Apabila kotak tersebut menjumpai channel "beloya zello" kemudian Klik "Next" sehingga selesai.
  11. Dengan ini anda telah berjaya. Tahniah saya ucapkan. he he.

Apa ditunggu lagi. Cakap lah sesuatu. ajukan soalan, cadangan dan sebagainya.




MOTIVASI LIRIK LAGU KAU AKU -AIZAT

Kau dan aku, adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku, engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Chorus :
Mengejar mimpi, yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Ohhhh...

Mengejar mimpi, yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Akhirnya nanti
Ohhhh... Ohhhh... Ohhhh...

*Ulang Chorus






Gratisan Musik

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.