اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TAKUT DENGAN MASA DEPAN KERANA KENANGAN PAHIT PERIT PEDIH? BAGAIMANA?

Setiap orang yang pernah mengalami peristiwa pahit kadang-kadang takut untuk berhadapan dengan masa hadapan. Ada di antara mereka sukar untuk membuat keputusan apabila berhadapan dengan perkara yang sama. Contohnya masalah penceraian, kegagalan, putus cinta, kerugian dan sebagainya.

Ketakutan ini menjadi kekangan untuk melangkah lebih jauh dan menghadapi liku-liku kehidupan. Saya bukanlah seorang yang bijak pandai dalam hal begini. Tetapi apa yang berlaku di sekeliling saya akan menjadi pelajaran kepada saya dan saya amat berbesar hati berkongsi dengan pembaca setia beloya2u.com.

Kita semua tahu bahawa masa hadapan itu tidak pasti dan segalanya mungkin. Ketakutan itu adalah normal dan ianya adalah anugerah untuk kita lebih bersikap berhati-hati. Jangan jadikan ianya sebagai kekangan untuk kita bergerak ke hadapan.

Pertamanya, saya akan berbincang mengenai wanita atau lelaki yang berhadapan dengan isu penceraian, putus cinta dan perpisahan yang menyebabkan mereka takut untuk kahwin semula atau membina hubungan baru. Mereka takut jika dipermainkan ataupun berpisah di kemudian hari. Saya ulang sekali lagi bahawa ketakutan itu adalah anugerah dan jangan jadikan ianya sebagai kekangan sebaliknya jadikan ianya sebagai pengalaman yang berguna menjadikan kita lebih berhati-hati di masa hadapan.

Masa hadapan sememangnya tidak pasti maka berserahkan kepada tuhan pencipta sekalian alam. Dengan siapa pun kita bersama kita tetap tidak pasti di manakah penghujung kita. Adakah kita akan bercerai, berpisah atau putus cinta? segalanya mungkin. Atau mungkinkah kita akan bersama hingga ke hujung nyawa? segalanya mungkin. Ketidakpastian ini juga adalah anugerah supaya kita lebih berserah kepadanya. Bergeraklah ke arah kebaikan dan bukan mundur.

Kumpulkan keberanian untuk melangkah. Lengkapkan diri dengan ilmu yang menafaat supaya lebih gagah melangkah. Jika tidak pasti rujuk kepada yang mampu memberi arah dan buah fikiran. Takut atau berani kita, ketidak pastian tetap gah berada di hadapan untuk menakutkan kita. Oleh itu, gempur sahaja dengan ilmu yang ada. Tuntutlah ilmu dan kejarlah kesempurnaan walaupun kita tidak pernah sempurna.



Jangan jadikan kekeliruan itu penghalang untuk memilih. Pilihlah yang paling sempurna untuk masa hadapan dan bukannya telunjuk hati yang buta. Tahukah kamu jenis hati manakah mampu melihat kesempurnaan. Saya pasti pembaca ada jawapannya. Jika tidak pasti, saya akan beri jawapan jika anda bertanya dengan saya melalui email yang tertera dalam beloya2u.com ini.

Kegagalan, kejayaan, kerugian, pertemuan, perpisahan, kematian, jodoh dan sebagainya sememangnya sentiasa berdiri di hadapan kita dan bersedia untuk menyambut kedatangan kita. Pokok pangkalnya sekarang, bagaimana kita berhadapan dengan semua itu. Kita tidak perlu takut untuk berhadapan semua perkara tersebut.

Yakinlah pada diri sendiri. Katakan boleh!!!.. Kadangkala kesempurnaan diri juga menentu keberanian untuk melangkah kepada kebaikan. Apabila kita merasakan diri tidak sesempurna orang lain kita akan merasa rendah diri dan takut untuk menerima kesempurnaan orang lain. Percayalah, tuhan temukan orang yang lebih sempurna dari kita untuk kita menuju kesempurnaan. Bukan lari dan berada di takuk yang sama. Sifat rendah diri itu bagus tetapi jangan biarkan ianya memakan diri sendiri. Terus bergerak ke hadapan dan jangan pandang belakang. Jika kita merasakan diri kita terlalu sosial, minum arak, bergaul bebas, jahat dan sebagainya maka bergeraklah ke arah sesuatu yang boleh mengubah kita kepada yang lebih baik. Jangan sesekali statik di tempat yang sama yang membawa dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun tanpa perubahan dalam diri kita.

Saya sendiri sebagai penulis artikel ini juga bukanlah sempurna. Saya akui dan orang sekeliling saya juga akui bahawa saya adalah jenis pelupa. Selalu sahaja lupa dan saya sedaya upaya untuk mengatasinya dengan menulis segala yang diperbincangkan supaya saya tidak lupa. Bukankan itu juga cara untuk mendapatkan kesempurnaan walaupun ianya tidak akan pernah sempurna.

Apa yang saya kongsikan diharap memberi menafaat kepada pembaca. Sekiranya ianya baik maka kongsikanlah dengan rakan-rakan lain supaya ianya dapat memberi menafaat kepada orang lain. Sekiranya ada kesilapan pada artikel ini, maka tegurlah saya dengan berhikmah. Email saya ada kat tepi artikel ini dan bersedia menerima tamparan hebat dari pembaca jika saya silap. he he.. 

Reactions:

1 comments:

  1. Dengan siapa pun kita bersama kita tetap tidak pasti di manakah penghujung kita. Adakah kita akan bercerai, berpisah atau putus cinta? segalanya mungkin. Atau mungkinkah kita akan bersama hingga ke hujung nyawa? segalanya mungkin. Ketidakpastian ini juga adalah anugerah supaya kita lebih berserah kepadanya. Bergeraklah ke arah kebaikan dan bukan mundur.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.