اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MINYAK SUBSIDI DI SARAWAK

Bercakap mengenai minyak subsidi adalah suatu perkara yang cukup sensitif dan pedih untuk dibincangkan. Terkini di Kemaman 39 pemilik bot disenarai hitam oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Terengganu kerana menggunakannya bukan pada tempat yang sepatutnya.



Di sini saya nak cerita di negeri tercinta saya Sarawak bumi kenyalang. Dulu saya pernah menjadi Akaun Eksekutif di sebuah syarikat menjual petrol. Banyak pengalaman yang saya timba selama saya bekerja di syarikat tersebut. Teknik perniagaan dan muslihat perniagaan.

Setiap stesen minyak mempunyai targer jualan minima bagi memastikan keuntungan diperolehi dan sekiranya kurang akan menyebabkan kerugian pada stesen tersebut. Untung minyak satu liter anggara saya 6 tahun lepas ialah RM0.023/liter. Marjin keuntungannya tidak banyak. Ini bermakna perniagaan ini bermain dengan volume. Jika volume tinggi barulah syarikat mampu meraih keuntungan yang tinggi.

Bagi mendapat keuntungan yang tinggi maka pihak syarikat perlu membuat jualan yang tinggi. Tempahan minyak dari pusat pengumpulan minyak dipelabuhan harus dibuat sekerap yang mungkin mengikut peruntukkan yang telah dibuat di satu-satu tempat.

Setiap hari pekerja stesen akan membuat semakkan minyak dibawah tanah bagi mengawal stok supaya mencukupi. Dari situ statistik jualan dapat di anggarkan setiap hari. Bagi memastikan peruntukkan minyak di stesen syarikat diberi kekerapan yang tinggi maka jualan harus dipertingkatkan. Untuk meningkatkan jualan maka sesuatu harus dilakukan.

Adakala saya tertanya-tanya apakah ini teknik pernigaan untuk meraih keuntungan? menjual minyak subsidi kepada syarikat perkapalan dengan harga jauh lebih tinggi dari harga di stesen minyak. Adakala terdengar juga minyak itu dijual dengan badan kerajaan seperti SESCO bagi tujuan penjanaan enjin. Itu hanya khabar angin dan kata-kata kedai kopi sahaja. Saya sendiri belum pernah melihatnya.

Tetapi... Setiap hari saya akan singgah di beberapa stesen minyak di sekitar Kuching untuk mengisi minyak. Boleh dikatakan dalam sebulan sekali saya akan bertemu dengan pelanggan stesen minyak mengisi minyak menggunakan tong-tong besar. Malah kes pelik ialah kereta biasa boleh memuatkan minyak sehingga RM200.00 dalam satu masa. Kes curi minyak memang sukar untuk diselesaikan. Oppss.. bukan curi minyak.. tapi curi subsidi.

Kerajaan membuat pelbagai langkah bagi mengelak perkara ini berlaku. Ini boleh menyebabkan kerugian jutaan ringgit setiap tahun.

Kepada sesiapa di luar sana melihat aktiviti ini berlaku. Segeralah menghubungi pihak yang boleh menangani masalah ini:

KUCHING
Encik Wan Ahmad Uzir Bin Hj Wan Sulaiman
Pengarah
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi Dan Kepenggunaan Sarawak
41-51, Jalan Tun Jugah,
93350 Kuching,
SARAWAK.
PEJABAT AM : 082 466012
NO. FAKS : 082 466024

MIRI
Encik Zakaria Bin Awang
Ketua Cawangan
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Miri
Tingkat 5 & 6, Wisma Yu Lan,
Jalan Brooke, 98000 Miri,
SARAWAK.
PEJABAT AM : 085-412862
FAKS: 085-411862

SIBU
Encik Balraj Singh A/L Bachan Singh
Ketua Cawangan
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Sibu
Tingkat 1, Wisma Persekutuan Blok 3,
Jalan Persiaran Brooke, 96000 Sibu,
SARAWAK.
PEJABAT AM : 084 329202
NO. FAKS : 084 340212

BINTULU
Encik Mohamad Bin Drahman
Ketua Cawangan
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi Dan Kepenggunaan Cawangan Bintulu
Lot 2141, Bintulu Town District,
Jalan Tun Razak, 97000 Bintulu,
SARAWAK.
PEJABAT AM : 086 332176
NO. FAKS : 086 338252

SARIKEI
Encik Mohamad Bin Zawawi
Ketua Cawangan
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi Dan Kepenggunaan Cawangan Sarikei
No. 23A & 25, Jalan Jubli Mutiara,
96100 Sarikei,
SARAWAK.
PEJABAT AM : 084 657751
NO. FAKS : 084 654415

KAPIT
Encik Louis Anak Japar
Ketua Cawangan
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi Dan Kepenggunan Cawangan Kapit
Lot. 550, Jalan Penghulu Nyanggau,
Kapit By-Pass, 96800 Kapit,
SARAWAK.
PEJABAT AM : 084 799678
NO. FAKS : 084 797664

LIMBANG
Encik Jubin Anak Janggong
Ketua Cawangan
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi Dan Kepenggunaan Cawangan Limbang
Lot 1987,
Jalan Buang Siol,
98700 Limbang,
SARAWAK.
PEJABAT AM : 085 217414
NO. FAKS : 085 217415

SRI AMAN
Encik Wan Roslan Esmanto Bin Wan Johari
Ketua Cawangan
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi Dan Kepenggunaan Cawangan Sri Aman
Bangunan Pesekutuan Gunasama,
Blok II & III, Jalan Kejatau,
P.O. BOX 425, 95000 Sri Aman
SARAWAK.
PEJABAT AM : 083 323836
NO. FAKS : 083 323150

Reactions:

1 comments:

  1. Setiap hari saya akan singgah di beberapa stesen minyak di sekitar Kuching untuk mengisi minyak. Boleh dikatakan dalam sebulan sekali saya akan bertemu dengan pelanggan stesen minyak mengisi minyak menggunakan tong-tong besar. Malah kes pelik ialah kereta biasa boleh memuatkan minyak sehingga RM200.00 dalam satu masa. Kes curi minyak memang sukar untuk diselesaikan. Oppss.. bukan curi minyak.. tapi curi subsidi.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.