اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KISAH SEBENAR SI PUTONG SARAWAK


Si Putong adalah video yang saya paparkan dalam seminggu lepas. Kucing ini saya gelar Si Putong kerana dia berjalan hanya menggunakan 3 kaki sahaja dan satu kakinya sudah tiada seperti yang dipaparkan dalam video tersebut. Saya berjumpa dengan Kucing ini ketika saya singgah di Daerah lundu dari Pekan Sematan untuk makan malam bersama keluarga.



Memang menjadi kebiasaan saya yang suka memerhati kucing yang berkeliaran di mana saja saya berada. Kucing pada pendapat saya adalah haiwan comel yang selalu buat lawak dan lembut. Mungkin di kalangan anda yang takut pada kucing kerana kukunya dan geli kerana bulu serta perangainya yang kadang-kadang suka melepas tidak pada tempat yang sepatutnya.

Pada hari ini saya sekali lagi pergi ke tempat di mana saya berjumpa dengan Si Putong. Saya berjumpa dengan seorang pakcik yang sedang membersih tapak perniagaan menjual ikan di sekitar tersebut. Saya bertanya siapakah pemilik kucing tersebut. Ternyata kucing tersebut amat diberi perhatian oleh masyarakat di sekitar tersebut. Saya kemudian bertanya, bagaimana Si Putong boleh jadi begitu?. Pakcik menjawab.. Kucing tersebut pada suatu masa dulu mengalami masalah luka pada kaki yang terok sehingga kakinya bengkak dan bernanah. Apabila keadaannya demikian, ianya amat membahayakan nyawanya kerana bengkak tersebut merebak. Akibat daripada itu, Si Putong terpaksa dipotong kaki hadapannya.

Pemilik Kucing tersebut bagaimanapun tidak sempat saya jumpa kerana masa tidak mengizinkan. Kepada pengemar kucing. Si Putong sihat bersama pemiliknya di sekitar pasar Lundu.

Ini sahaja laporan saya. Laporan bersama pemilik Si Putong akan menyusul kemudian.. he he..

Reactions:

1 comments:

  1. Pada hari ini saya sekali lagi pergi ke tempat di mana saya berjumpa dengan Si Putong. Saya berjumpa dengan seorang pakcik yang sedang membersih tapak perniagaan menjual ikan di sekitar tersebut. Saya bertanya siapakah pemilik kucing tersebut. Ternyata kucing tersebut amat diberi perhatian oleh masyarakat di sekitar tersebut. Saya kemudian bertanya, bagaimana Si Putong boleh jadi begitu?.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.