COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

IBU TENGGELAM DI SUNGAI SINJUR, BATANG LUPAR

Sri aman:, Kejadian tersebut berlaku selepas Alexson Inggam Jantan 15, ibu serta adiknya Bradney 12 dalam perjalanan pulang selepas mengerjakan kebun mereka di seberang sungai. Ketika dalam perjalanan ribut yang secara tiba-tiba menyebabkan mereka panik dan ombak di sungai tersebut menyebabkan perahu mereka terumbang-ambing.



Keadaan menjadi lebih buruk apabila perahu mereka dimasuki air dan terbalik. Keadaan tersebut berlaku terlalu pantas menyebabkan semua menjadi panik. Mereka adik beradik nekad untuk berenang di tepi sungai, tetapi keadaan sungai yang berombak menyebabkan mereka sukar untuk berbuat demikian.

Dalam keadaan kelam-kabut, mereka terpandang kelibat ibu mereka dan sedaya upaya untuk mencapai tangan ibu mereka yang tenggelam timbul akibat ombak yang belaku pada sungai tersebut. Tetapi mereka tidak berjaya apabila ibu mereka tenggelam dan hilang dari pandangan mereka.

Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Sri Aman, Asisten Superintendan Ang Tuan Peck, berkata polis melancarkan operasi mencari dan menyelamat sebaik sahaja menerima laporan tersebut. Penduduk kampung juga melibatkan diri dalam usaha mencari mangsa dengan menggunakan bot masing-masing.

Operasi tersebut masih diteruskan sehingga terpaksa ditangguhkan pada 5 petang hari kejadian kerana cuaca buruk dan kemudian diteruskan pada keesokkan harinya.

Sarawak mempunyai rangkaian sungai yang banyak dan kebanyakkan sungai-sungai di Sarawak merupakan jalan pengankutan utama di beberapa tempat. Di sini saya nampak bahawa undang-undang Pengankutan Sungai Sarawak harus diwujudkan. Seperti yang kita tengok di atas jalan raya. Pemandu dikehendaki memakai tali pinggang keledar dan topi keledar untuk mengurangkan kematian atas jalan raya.

Saya amat berbesar hati sekiranya kerajaan Sarawak ataupun pimpinan Sarawak lebih peka dengan perkara ini dengan mewujudkan satu rang undang-undang dengan menyediakan trafik sungai bagi memastikan pengguna sungai mematuhi rang undang-undang mewajibkan pengguna sungai memakai jaket keselamatan.

Kematian seorang penduduk menyebabkan kerajaan rugi beribu-ribu ringgit. Saya akan masukkan cadangan saya ini dalam laman yang berkaitan supaya ianya dapat di realisasikan dan saya mohon pembaca menyokong  idea saya.

Reactions:

1 comments:

  1. Saya amat berbesar hati sekiranya kerajaan Sarawak ataupun pimpinan Sarawak lebih peka dengan perkara ini dengan mewujudkan satu rang undang-undang dengan menyediakan trafik sungai bagi memastikan pengguna sungai mematuhi rang undang-undang mewajibkan pengguna sungai memakai jaket keselamatan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.