اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

CANTIK TAPI MERBAHAYA UNTUK HAWA

Peringatan untuk kaum hawa yang lemah tetapi manis. Disini ada asatu cerita untuk anda. Kami sebagai pelindung kaum wanita berasa wajar untuk kami sampaikan perkara ini.

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya

duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya , seorang anggota polis datang ke arah saya.

“Selamat Pagi, Cik Kak..”
“Errr selamat pagi”..jawab saya, dengan nada yang terkejut. Anggota itu tahu yang saya nampak panik, polis tu tersenyum sambil berkata: ” Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?”..

“Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?”
“Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma…macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas”.

“Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar ‘mereka’ susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih”.

“Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik”.



kata polisi itu lagi sebelum berlalu. “Terima Kasih encik..” jawab saya, bertambah-tambah
pucat. Errrrrrrr… . betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm… nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.

Moral of the story :
Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak dan buat hawa nampak kiut, tetapi juga menarik penjenayah!!

Reactions:

1 comments:

  1. “Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.