اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BAGAIMANA PUKAU MAYAT BOLEH MENDAJALKAN?

Aku ingin menyebarkan cerita dari pengalaman sahabat ku Khairul yang terkena pukau mayat agar kita sentiasa peka dan awas dengan niat jahat pengamal durjana ini dan semoga dengan kejadian ini kita sentiasa berdoa kepada ALLAH dalam hidup harian kita agar dijauhkan dan dilindungi dari niat jahat orang seperti nya.

Kejadian berlaku pada 21hb November 2009 bertempat di kawasan letak kereta bangunan KLCC. Retetan kejadian seperti diceritakan oleh isteri Khairul.

Sabtu 21hb jam 1:00 tghri
Khairul ke pejabat nya di KLCC untuk menyiapkan sedikit kerja yang perlu dibereskan, setelah kerjanya beres jam 6:30ptg Khairul ke ATM untuk mengeluarkan wang dan selepas itu pergi minum minum dengan kawan kawan nya sebelum bergegas turun untuk ke keretanya yang terletak di bangunan KLCC untuk pulang kerumah . Ketika menghampiri kereta nya, dia didatangi seorang lelaki yang kononnya ingin menukar wang kecil untuk membayar parking . Dalam ketika itu lah lelaki itu memulakan niat jahat nya untuk memukau dengan menepok belakang Khairul tanda terima kasih nya setelah dapat menukar wang kecil.

Berikutan kejadian itu Khairul terus tidak ingat apa yang berlaku disekelilingnya seolah olah dia hilang ingatan dan seperti orang bingai. Usaha untuk menghubungi Khairul oleh isteri nya Zura tidak berjawab hanya jawapan voice mail yang diulang berkali kali di terimanya , tanpa menduga apa yang terjadi pada suami nya lagi pon suami nya sering pulang lewat kerana berjumpa dengan klien nya atas urusan kerja Zura pon melelapkan mata sambil menidurkan putri kesayangan mereka.

Ahad 22hb November 2009.
Pagi itu setelah bangun dari tidur Zura terkejut kerana suaminya masih belum pulang dan tiada khabar berita yang diterima dari Khairul. Puas Zura hubunginya namun hanya voice mail yang diterima. Tanpa syak apa apa perkara buruk berlaku keatas suaminya Zura cuba menghubungi rakan rakan dan kenalan Khairul untuk memastikan suami nya selamat dan setelah hampir tengahari Zura cuba menghubungi Hospital2 untuk memastikan suaminya tidak mendapat apa apa kecelakaan.



Lewat petang masih tiada apa apa berita dari Khairul cuma sekali sekala sms dari telepon bimbit nya masuk mengatakan bateri nya ¡®kong¡¯ namun untuk menghubungi nya masih gagal untuk memastikan Khairul dalam keadaan selamat. Keadaan ketika itu menjadikan Zura , rakan rakan dan kerabat kerabat Khairul gusar dan gelisah takut ada masaalah besar berlaku pada Khairul.

Jam 10:00 malam satu laporan Polis telah dibuat setelah segala usaha untuk menghubungi Khairul gagal dan menemui jalan buntu. Dalam pada itu saudara mara Khairul berusaha mencari orang orang yang pandai dalam hal hal ghaib untuk cuba mencari Khairul dengan cara kepakaran tersendiri.

Jam 11:30 mlm Zura mendapat sms mengatakan Khairul dalam perjalan balik dan berada di kawasan Shah Alam , namun usaha untuk menghubunginya masih gagal dan buntu.

Jam menunjukan 2:00 pagi namun Khairul masih belum balik, Zura pon naik keatas untuk melelapkan mata setelah lama menunggu . Dalam pada itu Zura masih tidak dapat melelapkan matanya sepenuhya mengenangkan nasib suaminya sepanjang hari dan masih menaroh harapan kepulangan Khairul.

Tiba tiba jam 2:30 pagi kereta Khairul muncul dihadapan pagar rumahnya, Zura yang dari tadi tidak dapat melelapkan matanya menjenguk dari tingkapnya agar suaminya keluar dari kereta namun setelah hampir 5 minit Khairul masih tidak kelihatan .Dengan rasa cuak dan takut kalau kalau ada orang lain dalam kereta Khairul, Zura dengan dibantu oleh ibu nya turun untuk mendapatkan Khairul yang masih didalam kereta.

Alangkah terperanjatnya kedua beranak itu setelah pintu kereta dibuka keadaan Khairul menggeletar , pucat lesi dan membisu seolah olah dalam kebingungan. Khairul dipapah kedalam rumah masih dalam kebingungan , tidak bermaya dan membisu. Zura memberitahu saudara maranya atas kepulangan Khairul. Malam itu setelah dimandikan Khairul dapat lelap tapi masih bingai dan tidak kenal orang.

Isnin 23hb November 2009
Zura membawa Khairul berjumpa dengan seorang ustaz untuk dipulihkan , setelah dirawat dan dipulihkan baru lah Khairul kembali ke keadaan seperti dia. Namun apabila ditanya apa yang terjadi pada dia selama ini, Khairul mengatakan dia tidak ingat apa apa cuma dia ingat waktu keadaan di parking KLCC ketika dia dihampiri oleh seorang lelaki kurus tinggi berkulit gelap.

Dari pandangan ustaz , khairul telah dipukau untuk dijadikan orang suruhan kepada manusia yang tidak bertanggung jawab. Khairul seperti ZOMBIES yang boleh disuruh apa saja untuk kepentingan manusia durjana itu, dan mengikut kata ustaz lagi Khairul merupakan mangsa yang ke 113 dan kebanyakan mangsanya ialah orang muda. Sungguhpon wang RM1000 Khairul lesap namun dari segi logiknya masa kan kereta dan telepon bimbit Khairul tidak di ambil oleh pemukau itu. Zura dan keluarga bersyukur kerana dapat Khairul kembali seadanya dari tindakan cepatnya, berdoa dan dengan pertolongan dan kuasa Allah. Apa akan dan telah terjadi pada mangsa mangsa zombies yang lain ?????? hilang tanpa di kesan.

OLEH ITU AMBIL LAH IKTIBAR DAN AWASI LAH SETIAP LANGKAH KITA AGAR KITA TIDAK MENJADI MANGSA PEMUKAU MAYAT SETERUSNYA UNTUK DIJADIKAN ZOMBIES.

Dari pengalaman ngeri yang Khairul hadapi diatas maka disarankan agar kita jangan tinggalkan solat dan usahakan apa apa ayat pendinding dan amalan amalan doa harian agar ianya tidak terjadi pada orang yang kita kasihi..

Reactions:

1 comments:

  1. Dari pandangan ustaz , khairul telah dipukau untuk dijadikan orang suruhan kepada manusia yang tidak bertanggung jawab. Khairul seperti ZOMBIES yang boleh disuruh apa saja untuk kepentingan manusia durjana itu, dan mengikut kata ustaz lagi Khairul merupakan mangsa yang ke 113 dan kebanyakan mangsanya ialah orang muda.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.