اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BAGAIMANA NAK USHA AWEK JADI KEKASIH?

Semasa kita kecil kita umpama seorang profesor yang sentiasa ingin tahu sesuatu yang baru. Sentiasa mengkaji dan sentiasa berimejinasi. Normal seorang manusia akan meningkat dewasa dan menempuhi alam baligh. Dikatakan wanita lebih cepat matang berbanding lelaki. Ini adalah persoalan yang jawapan saya adalah ya dari sudut pengurusan diri.

Untuk mencari teknik menambat hati wanita terlebih dahulu kita mengenali mereka. Wanita diciptakan oleh tuhan dengan kelembutan dan kekuatan pada kelembutannya. Wanita sering dikaitkan dengan air mata kerana kelembutan pada hatinya. Wanita di sisi islam amat istimewa dan kemudahan yang diberi oleh tuhan pencipta sekian alam amat banyak. Jangan terpengaruh dengan sebahagian media barat menyatakan wanita islam di kongkong. Pemahaman kongkongan dalam media barat adalah bersandar pada nafsu. Wanita amat mudah syahid berbanding lelaki dan sehingga ada hadis menyatakan "wanita solehah itu lebih baik dari 1000 lelaki yang soleh. Antara senarai sifat yang paling dekat dengan wanita ialah:



  1. Sensitif
  2. Cerewet
  3. Halus
  4. Ikhlas
  5. Korban
  6. Prihatin
  7. Manja
  8. Ego
  9. Cinta

Kalau saya nak huraikan mengenai sifat paling dekat dengan wanita akan menyebabkan artikel ini panjang dan mungkin antara pembaca hilang minat untuk membaca. Saya memang ada huraian mengenainya. Kita fokus kepada tajuk bagaimana nak usha awek jadi kekasih?

Kebanyakkan wanita akan lebih cepat tertambat dengan lelaki sekiranya lelaki tersebut berjaya memikat hati ibu bapanya. Tetapi untuk memikat hati ibu bapanya bukanlah cara menunjuk-nunjuk tetapi dengan cara yang ikhlas. Keikhlasan itu boleh dirasai tetapi tidak boleh dihakimi. Lelaki yang ringan tulang membantu adalah lelaki idaman wanita.

Ringan tulang bermaksud seseorang yang sedia membantu bila-bila masa. Ini lebih dekat dengan sifat ambil berat yang sememangnya disukai oleh wanita. Ikhlas membantu boleh menambat hati wanita kerana dengan cara itu mereka lebih rasa dihargai. Wanitakan manja.. adoi..

Gentlemen..bahasa Ingeris.. dalam bahasa melayunya pula adalah lelaki yang budiman. Jadilah lelaki budiman. Lelaki budiman ni tidak jauh sifatnya dengan sifat ringan tulang. 

Selain ringan tulang, untuk memikat hati wanita hendaklah ringan mulut. Wanita memang suka mendengar nasihat walaupun ada antaranya tidak mendengarnya tetapi sebenarnya mereka memikirkannya. adoi...

Wanita punya egonya tersendiri. Seperti mencari rambut dalam tepung. Rambut dijumpa tepung tidak berselerak. Jangan menekan mereka dikala mereka dalam keadaan tertekan ataupun ketika kemuncak ego mereka paling teratas. Tunggu sehingga keadaan reda kemudian berbicaralah dengan penuh perhatian.

Sifat manja wanita akan menghasilkan sikap merajuk yang ingin dipujuk. Jika lelaki bertemu dengan situasi ini. Atasilah dengan cara yang berhikmah dan penuh pengajaran dengan kelembutan. Anda harus pandai memujuk dengan mengukir senyuman di bibirnya. Buat lerr lawak spontan.. adoi..

Ini sahaja yang mampu saya kongsikan dan saya berharap apa yang saya kongsikan dapat memberi menafaat kepada pembaca. Kalau ada silap dan salah.. Tegurlah saya dengan cara berhikmah. Sesungguhnya berdebat dengan orang yang berilmu lebih baik dari orang yang jahil.




Reactions:

1 comments:

  1. Kebanyakkan wanita akan lebih cepat tertambat dengan lelaki sekiranya lelaki tersebut berjaya memikat hati ibu bapanya. Tetapi untuk memikat hati ibu bapanya bukanlah cara menunjuk-nunjuk tetapi dengan cara yang ikhlas. Keikhlasan itu boleh dirasai tetapi tidak boleh dihakimi. Lelaki yang ringan tulang membantu adalah lelaki idaman wanita.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.