اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BAGAIMANA NAK JADI KAYA?

Nak jadi kaya? terlebih dahulu kita mengenali erti kaya dan hakikat kaya. Saya bukanlah seorang ilmuan yang tersohor yang mampu untuk berdebat tajuk ini tetapi saya akan sampaikan setakat yang saya tahu dan terlintas dalam fikiran saya. Kekayaan mengikut pandangan setiap orang adalah berbeza bergantung pada pola pemikiran duniawi ataupun akhirat.

Apabila kita melihat seseorang mampu membeli barang-barang mewah dan apa sahaja yang mereka inginkan maka kebiasaannya kita akan mengatakan bahawa mereka kaya. Apabila mereka memiliki kereta dan rumah yang mewah kita akan mengatakan bahawa mereka kaya. Apabila mereka mampu memberi derma beribu-ribu maka kita akan mengatakan mereka kaya. Adakah ini dikatakan kekayaan?

Ada pula antara kita apabila melihat seseorang itu mempunyai ijazah, PhD ataupun kedoktoran merupakan seorang yang kaya. Apabila kita melihat seseorang yang punya ilmu dan berpenampilan yang kemas serta menarik juga di anggap kaya. Seseorang yang mampu berbahas mengenai kehidupan juga dikatakan seorang yang kaya. Adakah orang yang memiliki ilmu adalah seorang yang kaya? mungkin ini dipandang dalam prospektif kaya ilm.

Siapa yang lebih kaya sebenarnya. Lihat surah ini:
Disebutkan dalam Al-Quran, Al-Baqarah:268 yang bermaksud "Allah menjanjikan keampunan dan kurniaNya kepadamu, dan Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui". Di sini kita tahu siapa yang maha kaya.

Jika kita memandang kekayaan itu adalah memiliki kereta mewah dan rumah mewah atau segala berkaitan dengan duniawi adalah silap kerana manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Bila dapat 1 mereka inginkan 2 dan bila sudah dapat 2 mereka inginkan 3. Akibat dari ini, mereka yang anda sebut sebagai kaya sebenarnya daif.

Kekayaan itu adalah seseorang yang merasa cukup dengan apa yang ada dan tidak merasai kekurangan walaupun pada pandangan orang lain dia susah atau pun senang. Apabila kita melihat seorang yang hanya memiliki motosikal ataupun kenderaan murah pada pandangan kita seorang yang sederhana tetapi mereka merasa cukup dengan apa yang ada sebenarnya mereka adalah orang yang kaya.

Dalam dunia islam, kaya atau miskin seseorang bukanlah kayu pengukur untuk memiliki syurga firdaus sebaliknya keimanan yang mereka miliki. Untuk memiliki keimana hendaklah memiliki ilmu dan tidak jahil dengan hal-hal kehidupan.



Untuk menjadi kaya, anda perlu memiliki ilmu tentang kehidupan sehingga anda merasakan apa yang anda miliki cukup ataupun sikap syukur yang mutlak. Oleh itu, carilah ilmu untuk memiliki kekayaan. Itulah teknik yang terbaik untuk KAYA.

MEMILIKI HARTA KITA AKAN MENJAGA HARTA KITA DAN MEMILIKI ILMU MAKA ILMU AKAN MENJAGA KITA

Reactions:

1 comments:

  1. Nak jadi kaya? terlebih dahulu kita mengenali erti kaya dan hakikat kaya. Saya bukanlah seorang ilmuan yang tersohor yang mampu untuk berdebat tajuk ini tetapi saya akan sampaikan setakat yang saya tahu dan terlintas dalam fikiran saya. Kekayaan mengikut pandangan setiap orang adalah berbeza bergantung pada pola pemikiran duniawi ataupun akhirat.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.