COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

APAKAH KAITAN KEPERCAYAAN MELAYU DENGAN ERA KUNO?

Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. Kepercayaan ini adalah kepercayaan turun-temurun. Kepercayaan seperti ini bagaimanapun tidak terhad kepada skop orang melayu. Sebaliknya bangsa arab jahiliah juga mempunyai kepercayaan yang sama tetapi dengan keadaan yang berbeza.

Apakah yang menjadikan kepercayaan ini muncul. Adakah ianya hasil dari imejinasi manusia kuno ataupun amalan-amalan mereka contohnya amalan dalam Kitab Tajul Muluk. Zaman purba ataupun zaman kuno bagi saya semakin tidak jelas dan apa yang terdapat dalam buku sejarah yang dikawal oleh pihak british atau barat sudah saya tidak guna pakai kerana hanya sebahagiannya sahaja boleh dipercayai. Terlalu banyak cerita sejarah kita yang sudah diputar belit.

Misalnya, seseorang yang sedang sakit tenat, tiba-tiba didekati atau dihinggapi kupu-kupu, dipercayai kehidupannya sudah tidak lama lagi. Jika anjing menyalak lama di tengah malam, masyarakat Melayu percaya adanya makhluk halus yang berkeliaran Demikian pula jika terdengar suara burung hantu atau gagak hitam di tengah malam, itu petanda musibah.Biasanya kita difahamkan, kalau katak berbunyi, itu petanda hari nak hujan.



Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Namun ada juga yang mempercayai kalau katak berbunyi bersahut-sahutan, bermaksud akan berlaku ribut puting beliung.

Begitu juga, jika banyak kelkatu naik menghurungi cahaya lampu, itu menandakan akan berlaku banjir.

Kucing adalah binatang yang rapat dengan orang Melayu selain ayam. Justeru banyak petanda yang ditunjukkan oleh kucing yang ditanggap orang Melayu mempunyai maksud tertentu.

Kata orang, kalau ada kucing membersihkan muka di hadapan pintu, itu menunjukkan akan didatangi tetamu yang cantik dan pembersih.Sekiranya ada burung yang tersesat ke dalam rumah kita juga menunjukkan tuan rumah akan mendapat rezeki dan ada tetamu yang akan datang.

Namun kalau kumbang atau belalang pelesit yang masuk ke dalam rumah, bermaksud ada benda mistik yang tak elok bertandang. Saya pernah terbaca satu artikal mengenai pelesit yang dikatakan merupakan alat pengankutan makhluk alam jin. Ini semua adalah kerahsiaan yang sukar untuk kita fahami. Kepercayaan ini muncul kerana pengalaman manusia yang lalu.

Cicak pula memang ada di mana-mana. Jika cicak berbunyi, itu menunjukkan cicak mengiyakan percakapan kita. Cicak dianggap berkata atas dasar kebenaran. Ini pula agak bertentangan dengan sejarah Islam. Cicak semasa zaman nabi kita. Makhluk ini memang suka membuat bising. Ketika Nabi kita bersembunyi di gua dan ketika ini juga cicak mengeluarkan bunyi. Apakah yang hubungan cicak dengan alam ini sukar untuk tafsirkan, tetapi untuk meletakkan cicak sebagai penyokong kata-kata kebenaran adalah silap. Ia mungkin lebih kepada mengiakan kata-kata mengumpat.

Sekiranya kita berjalan dan dilintasi binatang juga mempunyai beberapa maksud. Kalau kucing yang melintas jalan kita, itu bermaksud kita akan berjumpa kawan di dalam perjalanan. Namun kalau biawak yang melintas jalan kita, bersedia untuk menanggung beban.

Mungkin melalui kepercayaan inilah wujudnya peribahasa ‘biawak hidup’ yang menyamakannya dengan manusia yang tidak memberi hasil dan hanya membebankan orang lain.Sekiranya kita didatangi binatang-binatang tertentu seperti kala jengking, katak, cengkerik, belalang, kupu-kupu, kumbang, dan sebagainya, sebaik-baiknya tidak diganggu atau dibunuh. Sewajarnya ditangkap dan dilepaskan di luar rumah kerana kehadiran binatang-binatang ini terjadi secara alamiah. Saya pernah terbaca mengenai jelmaan jin menjadi binatang-binatang yang berbisa dan binantang yang ada telinga yang menyerupai tanduk.

Walaupun kebenaran daripada tanda-tanda yang terjadi ini kadangkala banyak diragui, namun ada kalanya memang wujud hubungan antara kejadian-kejadian tersebut dengan hukum alam. Hanya Tuhan yang tahu segalanya.

Sekiranya langit cerah dan berwarna merah di waktu malam, itu menandakan seorang raja sedang nazak atau sudah menemui ajalnya. Ikan puyu dapat menyelamatkan rumah dari di masuki perompak?.

Pelbagai lagi kepercayaan melayu kuno. Hubungan alam ghaib dengan manusia memang tidak dapat dipisahkan. Tetapi kita dilarang berkomunikasi dengan alam ghaib. Segala yang kita ketahui jika dekat kepada syirik maka simpanlah untuk diri sendiri dan berserahlah kepada tuhan yang satu. Jangan pula ceritakan dengan orang lain kerana dikhuatiri ianya akan membawa orang-orang itu ke lembah kepercayaan yang merosakkan aqidah.
Burung Cenderawasih penuh dengan mistik dan penuh dengan kepercayaan tahyul.

Reactions:

2 comments:

  1. Sekiranya kita berjalan dan dilintasi binatang juga mempunyai beberapa maksud. Kalau kucing yang melintas jalan kita, itu bermaksud kita akan berjumpa kawan di dalam perjalanan. Namun kalau biawak yang melintas jalan kita, bersedia untuk menanggung beban.

    BalasPadam
  2. http://ozzy2u.blogspot.com/2010/11/mestikah-cicak-dibunuh.html

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.