اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

80% LELAKI JADI KELDAI DADAH 20% WANITA

Pelbagai rintangan dan cobaan yang kita hadapi setiap hari. Dunia yang penuh dengan pancaroba menguji hati kita untuk mengenal kebenaran dan penipuan. Namun banyak yang tersungkur kerana buta hati. Selama ini saya hanya tahu bahawa banyak wanita yang menjadi mangsa keldai dadah tetapi rupa-rupanya statistik yang disebut oleh Neow Choo Seong iaitu pegawai khas kepada Timbalan Menteri luar menyatakan sebaliknya.


80% keldai dadah adalah lelaki manakala wanita pula adalah 20%. Namun begitu, terdapat perbezaan punca mengapa mereka terjerumus dalam kancah tersebut. Wanita kebanyakkannya terjerumus akibat daripada kesunyian dan mencari cinta. Cinta yang mereka pilih adalah cinta luar negara dan cinta yang membuta-tuli. Akibat daripada itu mereka terperangkap dalam kancah dadah. Lelaki pula, rata-rata mereka terlibat dalam gejala ini kerana tekanan hidup dan masalah kewangan. Di kalangan mereka yang ditangkap rata-rata tahu apa yang mereka bawa.

Apabila berita mengenai keldai dadah, rakyat malaysia pasti membayangkan mangsa tersebut adalah wanita. Inilah fakta yang sudah tertanam dalam pemikiran rakyat Malaysia. Statistik ini menunjukkan sebaliknya. Kebanyakkan lelaki yang ditangkap kebiasaannya dalam kumpulan bagi mengagihkan dadah tersebut untuk mengelak daripada dikesan.

Aspek dan sebab musabah kedua jantina ini cukup berbeza. Kerana cinta dan satu lagi kerana desakan hidup. Apakah dua perkara ini cukup pintar untuk dijadikan alasan terjadinya masalah ini. Mungkin kita yang normal ini tidak merasa apakah yang berlaku kepada mereka sehingga mereka sanggup berbuat demikian. Perkara ini sukar dibendung sekiranya masalah akar umbi tidak dibendung.

Kepada pembaca, kita doakan supaya kita bukanlah sebahagian dari mangsa-mangsa yang pernah terlibat dalam kancah tersebut dan kita doakan supaya anak cucu kita lebih peka dah lebih bijak mengenai soal kehidupan.

sumber : HM

Reactions:

1 comments:

  1. Apabila berita mengenai keldai dadah, rakyat malaysia pasti membayangkan mangsa tersebut adalah wanita. Inilah fakta yang sudah tertanam dalam pemikiran rakyat Malaysia. Statistik ini menunjukkan sebaliknya. Kebanyakkan lelaki yang ditangkap kebiasaannya dalam kumpulan bagi mengagihkan dadah tersebut untuk mengelak daripada dikesan.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.