اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

IBU TENGGELAM DI SUNGAI SINJUR, BATANG LUPAR

Sri aman:, Kejadian tersebut berlaku selepas Alexson Inggam Jantan 15, ibu serta adiknya Bradney 12 dalam perjalanan pulang selepas mengerjakan kebun mereka di seberang sungai. Ketika dalam perjalanan ribut yang secara tiba-tiba menyebabkan mereka panik dan ombak di sungai tersebut menyebabkan perahu mereka terumbang-ambing.



Keadaan menjadi lebih buruk apabila perahu mereka dimasuki air dan terbalik. Keadaan tersebut berlaku terlalu pantas menyebabkan semua menjadi panik. Mereka adik beradik nekad untuk berenang di tepi sungai, tetapi keadaan sungai yang berombak menyebabkan mereka sukar untuk berbuat demikian.

Dalam keadaan kelam-kabut, mereka terpandang kelibat ibu mereka dan sedaya upaya untuk mencapai tangan ibu mereka yang tenggelam timbul akibat ombak yang belaku pada sungai tersebut. Tetapi mereka tidak berjaya apabila ibu mereka tenggelam dan hilang dari pandangan mereka.

Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Sri Aman, Asisten Superintendan Ang Tuan Peck, berkata polis melancarkan operasi mencari dan menyelamat sebaik sahaja menerima laporan tersebut. Penduduk kampung juga melibatkan diri dalam usaha mencari mangsa dengan menggunakan bot masing-masing.

Operasi tersebut masih diteruskan sehingga terpaksa ditangguhkan pada 5 petang hari kejadian kerana cuaca buruk dan kemudian diteruskan pada keesokkan harinya.

Sarawak mempunyai rangkaian sungai yang banyak dan kebanyakkan sungai-sungai di Sarawak merupakan jalan pengankutan utama di beberapa tempat. Di sini saya nampak bahawa undang-undang Pengankutan Sungai Sarawak harus diwujudkan. Seperti yang kita tengok di atas jalan raya. Pemandu dikehendaki memakai tali pinggang keledar dan topi keledar untuk mengurangkan kematian atas jalan raya.

Saya amat berbesar hati sekiranya kerajaan Sarawak ataupun pimpinan Sarawak lebih peka dengan perkara ini dengan mewujudkan satu rang undang-undang dengan menyediakan trafik sungai bagi memastikan pengguna sungai mematuhi rang undang-undang mewajibkan pengguna sungai memakai jaket keselamatan.

Kematian seorang penduduk menyebabkan kerajaan rugi beribu-ribu ringgit. Saya akan masukkan cadangan saya ini dalam laman yang berkaitan supaya ianya dapat di realisasikan dan saya mohon pembaca menyokong  idea saya.

80% LELAKI JADI KELDAI DADAH 20% WANITA

Pelbagai rintangan dan cobaan yang kita hadapi setiap hari. Dunia yang penuh dengan pancaroba menguji hati kita untuk mengenal kebenaran dan penipuan. Namun banyak yang tersungkur kerana buta hati. Selama ini saya hanya tahu bahawa banyak wanita yang menjadi mangsa keldai dadah tetapi rupa-rupanya statistik yang disebut oleh Neow Choo Seong iaitu pegawai khas kepada Timbalan Menteri luar menyatakan sebaliknya.


80% keldai dadah adalah lelaki manakala wanita pula adalah 20%. Namun begitu, terdapat perbezaan punca mengapa mereka terjerumus dalam kancah tersebut. Wanita kebanyakkannya terjerumus akibat daripada kesunyian dan mencari cinta. Cinta yang mereka pilih adalah cinta luar negara dan cinta yang membuta-tuli. Akibat daripada itu mereka terperangkap dalam kancah dadah. Lelaki pula, rata-rata mereka terlibat dalam gejala ini kerana tekanan hidup dan masalah kewangan. Di kalangan mereka yang ditangkap rata-rata tahu apa yang mereka bawa.

Apabila berita mengenai keldai dadah, rakyat malaysia pasti membayangkan mangsa tersebut adalah wanita. Inilah fakta yang sudah tertanam dalam pemikiran rakyat Malaysia. Statistik ini menunjukkan sebaliknya. Kebanyakkan lelaki yang ditangkap kebiasaannya dalam kumpulan bagi mengagihkan dadah tersebut untuk mengelak daripada dikesan.

Aspek dan sebab musabah kedua jantina ini cukup berbeza. Kerana cinta dan satu lagi kerana desakan hidup. Apakah dua perkara ini cukup pintar untuk dijadikan alasan terjadinya masalah ini. Mungkin kita yang normal ini tidak merasa apakah yang berlaku kepada mereka sehingga mereka sanggup berbuat demikian. Perkara ini sukar dibendung sekiranya masalah akar umbi tidak dibendung.

Kepada pembaca, kita doakan supaya kita bukanlah sebahagian dari mangsa-mangsa yang pernah terlibat dalam kancah tersebut dan kita doakan supaya anak cucu kita lebih peka dah lebih bijak mengenai soal kehidupan.

sumber : HM

TEKNOLOGI PURBA : BANGUNAN PURBA BABEL MENCECAH AWAN

Banyak negara sekarang berlumba-lumba membuat menara paling tinggi untuk menempa nama di medan antarabangsa. Mungkin kita terlupa pada zaman Firaun lagi menara telah dirikan ada yang kekal sehingga kini tetapi apa la sangat berbanding dengan kekuasaan Allah Taala.

“Dan berkata Firaun: “Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat *) kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia termasuk orang-orang pendusta”.

Tower of Babel-Confusion of Languages Gilberto Guarnati (20th C.- Italian)

Tower of Babel
Sejarah Para Nabi dan Raja yang diriwayatkan cendekiawan Al-Tabari mengatakan bahawa Raja Namrud memiliki Menara yang dibangunkan di Babil, lalu Tuhan menghancurkannya, kemudian bangsa masyarakat, yang asalnya hanya satu jenis bahasa iaitu Syriac, terpecah menjadi 72 jenis bahasa.

Ahli kajisejarah yang lain,Abu al-Fida mengatakan perkara yang sama. Dengan menambahkan tokoh Eber (nenek moyang Nabi Ibrahim) yang menjadi satu-satunya manusia berbahasa asal Syriac, kerana beliau tidak ada keterlibatan dengan Menara Babil.
Menara Babil (Menurut Keterangan Sejarah)

1-TSA-COMSehingga sekarang pun tidak diketahui secara pasti berapakah tinggi sebenarnya menara Babil, namun beberapa sumber sejarah kanonikal mengatakan ketinggian asli dari menara yang hebat ini.

  1. Buku Yobel (The Book of Jubilees) menyebutkan ketinggiannya ialah 2484 meter, tiga kali ganda dari ketinggian Burj Dubai.
  2. Buku The Third Apocalypse of Baruch pula menyebutkan bahawa “hujung teratas menara” mencapai sehingga ketinggian 211.8 meter, tertinggi dalam sejarah sehingga dibangunkan Menara Eiffel yang setinggi 324m.
  3. Giovanni Villani, pakar bangunan di tahun 1300 menjelaskan bahawa “Ukurannya 8 mil pada diameternya, dan memiliki ketinggian 4000 paces, (atau 5920 meter) dan tebalnya 1000 paces, satu pace adalah tiga kali jarak langkah kaki”
  4. Pengembara pada abad ke 14, John Mandeville melaporkan tinggi menara menjulang keatas mencapai awan, setinggi 64 furlongs atau 12807.424 meter, berbeza sdengan Burj Dubai iaitu 880 meter
  5. kata Pengembara John Mandeville pula “………Seperti yang dapat saya diketahui, bahawa Babylon yang saya katakan, dimana sultan tinggal, adalah bukan Babylon yang besar yang mana pelbahai bahasanya diciptakan oleh azab dari keagungan Tuhan. Semasa Menara Raksasa Babel dibangun; dari dinding setinggi 64 furlong; yang berada di gurun Arab, dapat dicapai melalui jalan menuju kerajaan Chaldea. Tapi sudah cukup lama untuk manusia memijakkan kaki di menara; yang perjalannya merentasi gurun pasir penuh naga dan banyak hewan berbisa. Menara itu, dengan kotanya, berjarak 25 mil sepanjang temboknya, Itulah yang mereka terangkan mengenai negaranya.
  6. Menara itu dibangunkan oleh Raja Namrud yang jadi raja negara itu, dan dia adalah raja pertama di dunia. Dan dia membuat dirinya mirip seperti ayahnya, dan memerintah rakyatnya seperti Tuhan, bahkan menyuruh mereka menyembahnya, dialah firaun pertama.”
  7. Ahli sejarah abad ke-17 Verstegan menunjukkan bentuk lain – mengutip pernyataan Isidore, dia berkata bahawa tinggi menara 5164 paces, (atau 7600 meter) dan mengutip Josephus bahawa menara itu lebih lebar daripada tingginya, lebih mirip gunung ketimbang menara. Dia juga mengutip pernyataan penulis tak bernama yang mengatakan jalan spiral ke atas menara itu teramat lebar dan terdapat tempat tinggal bagi pekerja dan haiwan, dan penulis lain yang membenarkan jalan tersebut cukup lebar untuk dijadikan ladang gandum bagi haiwan yang digunakan untuk pertanian.

Awal Kehancuran Menara. Manusia tiba-tiba tak boleh berkomunikasi satu sama lain
Profesor J.E. Gordon mempertimbangkan ketinggian Menara Babel dalam bukunya “Struktur Atau Mengapa Sesuatu Tidak Jatuh ke Bawah” (Pelican 1978–1984). Dia menulis, “Batu dan bata memiliki berat 120 lb per kaki bata (2000 kg per meter bata).

Aritmatik asas menunjukkan bahawa sebuah menara dengan dinding selari sahaja boleh saja dibangun untuk ketinggian 2.1 km sebelum batu bata di bagian bawah hancur. Namun dengan membuat dinding luncup ke arah atas mereka … boleh juga telah dibangun untuk ketinggian di mana kemungkinan orang Shinnar akan kekurangan oksigen di ketinggian tersebut dan mengalami kesukaran bernafas sebelum dinding bata hancur akibat berat struktur itu sendiri”

Tower of Babel Pinacoteca Nazionale in Bologna c. 1500.

APAKAH KAITAN KEPERCAYAAN MELAYU DENGAN ERA KUNO?

Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. Kepercayaan ini adalah kepercayaan turun-temurun. Kepercayaan seperti ini bagaimanapun tidak terhad kepada skop orang melayu. Sebaliknya bangsa arab jahiliah juga mempunyai kepercayaan yang sama tetapi dengan keadaan yang berbeza.

Apakah yang menjadikan kepercayaan ini muncul. Adakah ianya hasil dari imejinasi manusia kuno ataupun amalan-amalan mereka contohnya amalan dalam Kitab Tajul Muluk. Zaman purba ataupun zaman kuno bagi saya semakin tidak jelas dan apa yang terdapat dalam buku sejarah yang dikawal oleh pihak british atau barat sudah saya tidak guna pakai kerana hanya sebahagiannya sahaja boleh dipercayai. Terlalu banyak cerita sejarah kita yang sudah diputar belit.

Misalnya, seseorang yang sedang sakit tenat, tiba-tiba didekati atau dihinggapi kupu-kupu, dipercayai kehidupannya sudah tidak lama lagi. Jika anjing menyalak lama di tengah malam, masyarakat Melayu percaya adanya makhluk halus yang berkeliaran Demikian pula jika terdengar suara burung hantu atau gagak hitam di tengah malam, itu petanda musibah.Biasanya kita difahamkan, kalau katak berbunyi, itu petanda hari nak hujan.



Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Namun ada juga yang mempercayai kalau katak berbunyi bersahut-sahutan, bermaksud akan berlaku ribut puting beliung.

Begitu juga, jika banyak kelkatu naik menghurungi cahaya lampu, itu menandakan akan berlaku banjir.

Kucing adalah binatang yang rapat dengan orang Melayu selain ayam. Justeru banyak petanda yang ditunjukkan oleh kucing yang ditanggap orang Melayu mempunyai maksud tertentu.

Kata orang, kalau ada kucing membersihkan muka di hadapan pintu, itu menunjukkan akan didatangi tetamu yang cantik dan pembersih.Sekiranya ada burung yang tersesat ke dalam rumah kita juga menunjukkan tuan rumah akan mendapat rezeki dan ada tetamu yang akan datang.

Namun kalau kumbang atau belalang pelesit yang masuk ke dalam rumah, bermaksud ada benda mistik yang tak elok bertandang. Saya pernah terbaca satu artikal mengenai pelesit yang dikatakan merupakan alat pengankutan makhluk alam jin. Ini semua adalah kerahsiaan yang sukar untuk kita fahami. Kepercayaan ini muncul kerana pengalaman manusia yang lalu.

Cicak pula memang ada di mana-mana. Jika cicak berbunyi, itu menunjukkan cicak mengiyakan percakapan kita. Cicak dianggap berkata atas dasar kebenaran. Ini pula agak bertentangan dengan sejarah Islam. Cicak semasa zaman nabi kita. Makhluk ini memang suka membuat bising. Ketika Nabi kita bersembunyi di gua dan ketika ini juga cicak mengeluarkan bunyi. Apakah yang hubungan cicak dengan alam ini sukar untuk tafsirkan, tetapi untuk meletakkan cicak sebagai penyokong kata-kata kebenaran adalah silap. Ia mungkin lebih kepada mengiakan kata-kata mengumpat.

Sekiranya kita berjalan dan dilintasi binatang juga mempunyai beberapa maksud. Kalau kucing yang melintas jalan kita, itu bermaksud kita akan berjumpa kawan di dalam perjalanan. Namun kalau biawak yang melintas jalan kita, bersedia untuk menanggung beban.

Mungkin melalui kepercayaan inilah wujudnya peribahasa ‘biawak hidup’ yang menyamakannya dengan manusia yang tidak memberi hasil dan hanya membebankan orang lain.Sekiranya kita didatangi binatang-binatang tertentu seperti kala jengking, katak, cengkerik, belalang, kupu-kupu, kumbang, dan sebagainya, sebaik-baiknya tidak diganggu atau dibunuh. Sewajarnya ditangkap dan dilepaskan di luar rumah kerana kehadiran binatang-binatang ini terjadi secara alamiah. Saya pernah terbaca mengenai jelmaan jin menjadi binatang-binatang yang berbisa dan binantang yang ada telinga yang menyerupai tanduk.

Walaupun kebenaran daripada tanda-tanda yang terjadi ini kadangkala banyak diragui, namun ada kalanya memang wujud hubungan antara kejadian-kejadian tersebut dengan hukum alam. Hanya Tuhan yang tahu segalanya.

Sekiranya langit cerah dan berwarna merah di waktu malam, itu menandakan seorang raja sedang nazak atau sudah menemui ajalnya. Ikan puyu dapat menyelamatkan rumah dari di masuki perompak?.

Pelbagai lagi kepercayaan melayu kuno. Hubungan alam ghaib dengan manusia memang tidak dapat dipisahkan. Tetapi kita dilarang berkomunikasi dengan alam ghaib. Segala yang kita ketahui jika dekat kepada syirik maka simpanlah untuk diri sendiri dan berserahlah kepada tuhan yang satu. Jangan pula ceritakan dengan orang lain kerana dikhuatiri ianya akan membawa orang-orang itu ke lembah kepercayaan yang merosakkan aqidah.
Burung Cenderawasih penuh dengan mistik dan penuh dengan kepercayaan tahyul.

BAGAIMANA PUKAU MAYAT BOLEH MENDAJALKAN?

Aku ingin menyebarkan cerita dari pengalaman sahabat ku Khairul yang terkena pukau mayat agar kita sentiasa peka dan awas dengan niat jahat pengamal durjana ini dan semoga dengan kejadian ini kita sentiasa berdoa kepada ALLAH dalam hidup harian kita agar dijauhkan dan dilindungi dari niat jahat orang seperti nya.

Kejadian berlaku pada 21hb November 2009 bertempat di kawasan letak kereta bangunan KLCC. Retetan kejadian seperti diceritakan oleh isteri Khairul.

Sabtu 21hb jam 1:00 tghri
Khairul ke pejabat nya di KLCC untuk menyiapkan sedikit kerja yang perlu dibereskan, setelah kerjanya beres jam 6:30ptg Khairul ke ATM untuk mengeluarkan wang dan selepas itu pergi minum minum dengan kawan kawan nya sebelum bergegas turun untuk ke keretanya yang terletak di bangunan KLCC untuk pulang kerumah . Ketika menghampiri kereta nya, dia didatangi seorang lelaki yang kononnya ingin menukar wang kecil untuk membayar parking . Dalam ketika itu lah lelaki itu memulakan niat jahat nya untuk memukau dengan menepok belakang Khairul tanda terima kasih nya setelah dapat menukar wang kecil.

Berikutan kejadian itu Khairul terus tidak ingat apa yang berlaku disekelilingnya seolah olah dia hilang ingatan dan seperti orang bingai. Usaha untuk menghubungi Khairul oleh isteri nya Zura tidak berjawab hanya jawapan voice mail yang diulang berkali kali di terimanya , tanpa menduga apa yang terjadi pada suami nya lagi pon suami nya sering pulang lewat kerana berjumpa dengan klien nya atas urusan kerja Zura pon melelapkan mata sambil menidurkan putri kesayangan mereka.

Ahad 22hb November 2009.
Pagi itu setelah bangun dari tidur Zura terkejut kerana suaminya masih belum pulang dan tiada khabar berita yang diterima dari Khairul. Puas Zura hubunginya namun hanya voice mail yang diterima. Tanpa syak apa apa perkara buruk berlaku keatas suaminya Zura cuba menghubungi rakan rakan dan kenalan Khairul untuk memastikan suami nya selamat dan setelah hampir tengahari Zura cuba menghubungi Hospital2 untuk memastikan suaminya tidak mendapat apa apa kecelakaan.



Lewat petang masih tiada apa apa berita dari Khairul cuma sekali sekala sms dari telepon bimbit nya masuk mengatakan bateri nya ¡®kong¡¯ namun untuk menghubungi nya masih gagal untuk memastikan Khairul dalam keadaan selamat. Keadaan ketika itu menjadikan Zura , rakan rakan dan kerabat kerabat Khairul gusar dan gelisah takut ada masaalah besar berlaku pada Khairul.

Jam 10:00 malam satu laporan Polis telah dibuat setelah segala usaha untuk menghubungi Khairul gagal dan menemui jalan buntu. Dalam pada itu saudara mara Khairul berusaha mencari orang orang yang pandai dalam hal hal ghaib untuk cuba mencari Khairul dengan cara kepakaran tersendiri.

Jam 11:30 mlm Zura mendapat sms mengatakan Khairul dalam perjalan balik dan berada di kawasan Shah Alam , namun usaha untuk menghubunginya masih gagal dan buntu.

Jam menunjukan 2:00 pagi namun Khairul masih belum balik, Zura pon naik keatas untuk melelapkan mata setelah lama menunggu . Dalam pada itu Zura masih tidak dapat melelapkan matanya sepenuhya mengenangkan nasib suaminya sepanjang hari dan masih menaroh harapan kepulangan Khairul.

Tiba tiba jam 2:30 pagi kereta Khairul muncul dihadapan pagar rumahnya, Zura yang dari tadi tidak dapat melelapkan matanya menjenguk dari tingkapnya agar suaminya keluar dari kereta namun setelah hampir 5 minit Khairul masih tidak kelihatan .Dengan rasa cuak dan takut kalau kalau ada orang lain dalam kereta Khairul, Zura dengan dibantu oleh ibu nya turun untuk mendapatkan Khairul yang masih didalam kereta.

Alangkah terperanjatnya kedua beranak itu setelah pintu kereta dibuka keadaan Khairul menggeletar , pucat lesi dan membisu seolah olah dalam kebingungan. Khairul dipapah kedalam rumah masih dalam kebingungan , tidak bermaya dan membisu. Zura memberitahu saudara maranya atas kepulangan Khairul. Malam itu setelah dimandikan Khairul dapat lelap tapi masih bingai dan tidak kenal orang.

Isnin 23hb November 2009
Zura membawa Khairul berjumpa dengan seorang ustaz untuk dipulihkan , setelah dirawat dan dipulihkan baru lah Khairul kembali ke keadaan seperti dia. Namun apabila ditanya apa yang terjadi pada dia selama ini, Khairul mengatakan dia tidak ingat apa apa cuma dia ingat waktu keadaan di parking KLCC ketika dia dihampiri oleh seorang lelaki kurus tinggi berkulit gelap.

Dari pandangan ustaz , khairul telah dipukau untuk dijadikan orang suruhan kepada manusia yang tidak bertanggung jawab. Khairul seperti ZOMBIES yang boleh disuruh apa saja untuk kepentingan manusia durjana itu, dan mengikut kata ustaz lagi Khairul merupakan mangsa yang ke 113 dan kebanyakan mangsanya ialah orang muda. Sungguhpon wang RM1000 Khairul lesap namun dari segi logiknya masa kan kereta dan telepon bimbit Khairul tidak di ambil oleh pemukau itu. Zura dan keluarga bersyukur kerana dapat Khairul kembali seadanya dari tindakan cepatnya, berdoa dan dengan pertolongan dan kuasa Allah. Apa akan dan telah terjadi pada mangsa mangsa zombies yang lain ?????? hilang tanpa di kesan.

OLEH ITU AMBIL LAH IKTIBAR DAN AWASI LAH SETIAP LANGKAH KITA AGAR KITA TIDAK MENJADI MANGSA PEMUKAU MAYAT SETERUSNYA UNTUK DIJADIKAN ZOMBIES.

Dari pengalaman ngeri yang Khairul hadapi diatas maka disarankan agar kita jangan tinggalkan solat dan usahakan apa apa ayat pendinding dan amalan amalan doa harian agar ianya tidak terjadi pada orang yang kita kasihi..

ADAKAH MELAYU SARAWAK JUGA DARI GALUR KETURUNAN DAYAK?

Mari kita selami sejarah yang sepatutnya menjadi sandaran Jati diri yang dimusnah oleh penjajah suatu ketika dahulu. Di sini ada beberapa tafsiran bangsa Kadayan yang boleh melihat jalur keturunan bangsa yang ada di Borneo. Saya sendiri mengakui bahawa saya juga dari  jalur keturunan bangsa Dayak dan bersimilasi menjadi Melayu disebabkan pengaruh dalam satu-satu era yang masih diselidiki. Moyang saya bernama Unggas lebih dekat namanya dengan bangsa Iban di Sarawak.

Kedayan merupakan bangsa campuran Orang Jawa dan Masyarakat Melayu Brunei yang mana peristiwa Sultan Brunei Ke 5 iaitu Sultan Bolkiah (1473-1521) yang rajin singgah di tanah nusantara seperti di kepulauan Jawa, Sumatra, Kalimantan dan termasuklah Di tanah Filipina. Dan di tanah Jawa Baginda dapat melihat aktivitas orang Jawa yang rajin bercucok tanam dan berpadi dan mereka ini dikenali dengan jadi bertanam (hasil tangan mereka yang banyak membuahkan hasil), maka baginda segera menawarkan mereka untuk menetap di Brunei. Setelah di Brunei banyak aktiviti pertanian dibuat dengan giat dan banyak hasilnya lalu Baginda memberikan hadiah. Di sinilah bermulanya ikatan pertalian dan persaudaraan orang Jawa melalui perkawinan campur dengan Masyarakat Melayu Brunei sehingga pada masa kini puak kedayan banyak menetap di Daerah Temburong, Tutong, Belait dan Brunei dan Muara (Jerudong). Dan kemudian berpindah-rendah ada yang menetap di Sabah dan di Sarawak.

Pada tahun 144 masihi, Fa Hsien seorang pandita Buddha berbangsa Cina singgah di Java-Dwipa dan tinggal di sana selama lima bulan [perlu diingat bahawa di dalam dunia purba, Borneo adalah dikenali sebagai Jawa Besar dan pulau Jawa sebenar dikenali dengan Jawa Kecil. Juga kemudian dikenali sebagai Varuna Dvipa dan Java Dvipa]. Di antara Raja Kutai hindu yang terkenal ialah Kudungga, Devawarman, Aswawarman dan Mulawarman.

Dimungkinkan bahawa apa yang disebut sebagai Jawa adalah Pulau Borneo atau juga disebut Kalimantan. Jawa disini bukanlah suku Jawa yang dimaksud tetapi dataran yang dinamai oleh orang luar kepada pulau Borneo. Jawa kecil itulah yang kemungkinan besar adalah pulau jawa saat ini.

Jika merujuk kepada kebesaran Kutai sebelum masa kerajaan Kutai berganti menjadi Kutai Kertanegara adalah pertumbuhan sebuah kerajaan orang asli Borneo yang disebut sebagai kerajaan bangsa Dayak tertua yang juga dimungkinkan peradabannya sebagai tamadun tertua yang berhubungan dengan Altalntis.

Pulau Borneo sangat kaya bahasa. Ada ratusan jenis bahasa di Borneo dan beberapa di antaranya sudah mulai punah. Berdasarkan teori bahasa bahawa dimana kawasan yang terdapat banyak bahasa yang beragam adalah dimungkinkan sebagai tanah asal usul bahasa yang digunakan di kawasan nusantara, ertinya bahawa Kalimantan atau Borneo tersebut merupakan tanah asal masyarakat di pulau nusantara ini.

Jika merujuk kepada struktur dan kosa kata bahasa Kandayan yang ada di kawasan Miri, Brunei, Sabah dan sebagian Kalimantan Timur jelas sudah bahawa orang Kandayan bukanlah suku Melayu. Mereka adalah suku asli Borneo yang kini telah banyak memeluk agama ISlam. Perkataan Melayu pada kata Melayu Kandayan merupakan bias dari pengaruh Islam kedalam suku kaum tersebut sehingga penyebutan istilah "Bahasa Melayu Kandayan" menjadi tercitpa atau dibuat dalam kerangka politik.

Sesungguhnya suku kaum Kandayan yang ada di Brunei itu sendiri adalah orang Borneo asli yang beragama Islam, namun juga perlu diketahui bahwa suku kaum Kandayan bukan hanya saja ada di kawasan Brunei, Miri, Kuala Belait, Tutong, Temburong, Sabah, Kalimantan Timur, namun penamaan Kandayan juga ada di daerah Landak, daerah Bengkayang, daerah Sanggau, daerah Sambas dan daerah Kubu Raya di Kalimantan Barat-Indonesia. Suku kaum Kandayan di Kalbar sebaliknya beragama Kristen baik Katolik ataupun Protestan. Tidak ada perbezaan bahasa yang terlalu signifikan antara Kandayan di Brunei dengan Kandayan di Kalimantan Barat dimana kosa kata bahasa keduanya memiliki pertalian yang sangat erat dan hampir 99% sama. Hanya saja uniknya adalah orang Kandayan di Kalbar mahu menyebut diri sebagai orang asli Borneo dengan sebutan Dayak. Dari segi bahasa Kandayan di brunei dengan Kandayan di Kalbar memiliki kesamaan yang sangat tinggi hanya saja Kandayan di Brunei lebih berafiliasi menyebut diri sebagai "Melayu Kandayan".
Hal tersebut dapat dimaklumi oleh karena pengaruh Islam yang begitu besar pada zamannya. Sebelum Islam ada di Borneo bukankah semuanya beragama kepercayaan dan Hindu yang dihelah oleh kerajaan Kutai semasa itu yang artinya adalah tidak ada Islam, tidak ada Kristen dan tidak ada sebutan Melayu atau pun Dayak.

Sebutan kedua nama "Melayu dan Dayak" sendiri adalah nama eksonem atau nama pemberian orang luar kepada suku kaum Borneo itu sendiri, artinya orang Borneo seharusnya tidak dipecahkan oleh dua istilah tersebut sebab semua berasal dari puak yang sama. Perbezaan agama dan sebutan suku yang kemudian melekat justeru menjadikan penduduk Borneo terpecah belah.

Saya nyatakan hal ini sebab ayah saya seorang suku kaum Kandayan di Kalimantan Barat. Ketika saya membaca kamus Kandayan-Banjar-Indonesia terlihat jelas bahawa Suku Kaum Kandayan yang ada di Brunei memiliki kesamaan kosa kata yang sangat tinggi hanya saja keyakinan kedua Kandayan tersebut kini berbeza yang satu Islam dan yang satu lagi Kristian.

Inilah sebab mengapa saya mau menulis suntingan artikel tersebut bahwa Dayak Kandayan di KAlimantan Barat memiliki kesamaan yang besar dengan Kandayan di Brunei. Jadi ada benarnya juga bahwa orang Kandayan mungkin dahulu pada suatu masa telah menguasai daratan Borneo jauh lebih dahulu dari suku kaum lainnya sebab terlihat jelas bahawa bahasa Banjar juga memiliki kesamaan yang besar dengan bahasa Kandayan di Kalimantan Barat dan Brunei. Ini bererti jelas bahawa pada suatu masa Kandayan pernah berjaya dimana-mana kawasan di pulau Borneo ini. Dia pernah ada di Banjarmasin Kalimantan Selatan dan di Kalimantan Barat serta di sebagian kawasan Sarawak serta Brunei.

Jika kita hendak menyatukan kembali khasanah suku kaum Kandayan hendaklah tidak memandang kepada kepercayaan masing-masing sebab kepercayaan atau agama boleh kita miliki dan juga boleh kita tinggalkan namun darah suku kaum bangsa Kandayan akan mungkinkah terbuang dari tubuh kita?

Kita semua harus dapat menerima perbezaan itu kini sebab Kandayan boleh saja beragama Islam dan boleh saja beragama Ksristian, tiada yang melarang.Artinya apa? artinya adalah orang Kandayan is Kandayan. Ini sangat penting sebagai kajian bersama siapa sesungguhnya suku kaum Kandayan itu?



Pendapat yang bangsa Kedayan itu berasal dari Jawa dan dibawa ke Brunei oleh Sultan Bolkiah juga tidak dipersetujui oleh sebahagian tokoh Kedayan sendiri. Ini kerana dalam cerita rakyat Sarawak khususnya suku Melanau, bangsa Kedayan itu memang sedia ada di Brunei sebelum kedatangan Alak Betatar lagi pada sekitar 1300an. Menurut kisah itu, bangsa Kedayan itu bukan Melayu dan hanya jadi Melayu apabila kesultanan Brunei wujud. Malah jika diambil kira dalam Syair Awang Semaun, orang Kedayan memang wujud di Berakas Brunei semenjak abad ke 14 lagi. Mereka yang dikatakan menolong angkatan perang Johor mencari puteri Burung Pingai yang dilarikan oleh Awang Semaun untuk dijadikan isteri Alak Betatar.

Malah sebahagian tokoh budayawan Kedayan itu sendiri menolak teori Jawa ini dan mengakui kemungkinan yang Kedayan itu berasal dari Kalimantan atau istilah Jawa itu merujuk kepada wilayah Kalimantan yang menerima pengaruh Jawa Majapahit. Malah ada yang bersetuju dengan teori Kedayan berasal dari Kutai. Menariknya, cerita rakyat Kedayan Laila Menchanai itu mirip kisah Puteri Junjung Buih kisah mitos kerajaan Kutai.


sumber : wikipedia

APA YANG MENARIK PERHATIAN YAHUDI DI BAITULMUQADDIS

Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanyaa taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.

Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman.



Nabi Sulaiman wafat ketika berdiri atau duduk atas kerusi semasa memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Aqsa. Sampai masa siap sepenuhnya, barulah kewafatan baginda dipertunjukkan dengan anai-anai makan tongkat baginda dan jasad baginda terjatuh. Ini nak menunjukkan bahawa jin juga tidak mengetahui perkara ghaib.

Selepas kewafatan baginda, Yahudi telah berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan melakukan penindasan. Ada juga yang masih taat menyembah Allah, namun banyak dari mereka kembali menyembah berhala Baal, berhala Dagon (seperti lambang Starbuck), berhala Jehovah, berhala Osiris dan ada juga yang menyembah syaitan (Baphomet dan Lucifer)

Para penyembah syaitan ini telah membina satu lagi bangunan berdekatan Kompleks Masjidil Aqsa yang mana mereka namakan Solomon Temple untuk melakukan ritual penyembahan syaitan dan akan menjadi istana kepada al-Masih Dajjal. Ini diketuai oleh King Hiram the Thyre. Mereka mengangkut kebanyakan emas yang dipercayai banyak di Masjid Aqsa ke Solomon Temple tersebut.

Selepas banyak melakukan penindasan, mereka diserang oleh kaum Assyria yang memusnahkan kota mereka dan mereka bangun semula. Selepas itu pula diserang habis-habisan oleh kerajaan Rom yang memusnahkan kota Yahudi sehingga menjadi padang jarak padang terkukur, tinggal satu dinding sahaja yang sekarang menjadi Tembok Ratapan (Wailling Wall) yang mana Barrack Obama dan George W. Bush serta bekas Presiden Amerika yang lain melakukan ritual menangisi di tembok tersebut.

Selepas itu mereka berasimilasi dengan kerajaan Rom dan menjadi pembodek tegar kerajaan Rom. Selepas itu Nabi Isa diutuskan kepada mereka dan mereka rasakan Nabi Isa adalah ancaman terhadap kekuasaan mereka. Lalu mereka menghasut pemerintah Rom supaya membunuh Nabi Isa. Tetapi Nabi Isa diangkat ke sisi Allah secara hidup-hidup dan dengan jasad dan orang lain ditukarkan ke rupa Nabi Isa. nabi Isa akan turun semula menjelang kiamat.

Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqaddis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi emas yang belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. Mereka percaya bahawa dengan emas dan makanan mereka dapat menguasai dunia. Sila baca Protokol of Zion (dari buku The International Jews, Henry Ford)

Protocol No. 22: The Power of Gold
In our hand is the greatest power of our day-Gold: In two days we can procure from our storehouses any quantity we may please.

Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020.

Protocol No. 24: King of the Jews
The king of the Jews must not be at the mercy of his passions, and especially of sensuality: on no side of his character must he give brute instincts power over his mind. Sensuality worse than all else disorganizes the capacities of the mind and clearness of views, distracting the thoughts to the worst and most brutal side of human activity.

Kesimpulannya, Yahudi terlalu hendakkan baitulmuqaddis disebabkan EMAS, membina semula Solomon Temple dan menunggu penabalan Raja Yahudi iaitu al-Masih Dajjal yang akan bersemanyam di Solomon Temple tersebut.

CANTIK TAPI MERBAHAYA UNTUK HAWA

Peringatan untuk kaum hawa yang lemah tetapi manis. Disini ada asatu cerita untuk anda. Kami sebagai pelindung kaum wanita berasa wajar untuk kami sampaikan perkara ini.

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya

duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya , seorang anggota polis datang ke arah saya.

“Selamat Pagi, Cik Kak..”
“Errr selamat pagi”..jawab saya, dengan nada yang terkejut. Anggota itu tahu yang saya nampak panik, polis tu tersenyum sambil berkata: ” Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?”..

“Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?”
“Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma…macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas”.

“Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar ‘mereka’ susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih”.

“Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik”.



kata polisi itu lagi sebelum berlalu. “Terima Kasih encik..” jawab saya, bertambah-tambah
pucat. Errrrrrrr… . betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm… nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.

Moral of the story :
Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak dan buat hawa nampak kiut, tetapi juga menarik penjenayah!!

MENGAPA KAWAN MAKAN KAWAN?

Lumrah dunia ada dikalangan kita yang baik-baik dan ada juga yang jahat. Namun hampir semua kita lebih tajam ingatan apabila orang melakukan kejahatan terhadap kita berbanding kebaikan. Kejadian dunia kadang-kadang menyebabkan kita keliru dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kawan makan kawan menjadi persoalan kepada kita semua. Mengapa ia berlaku? adakah mereka-mereka ini tidak punya perasaan?



Setiap kita di dunia sentiasa ingin menjadi terbaik. Inilah disebut survival kehidupan. Sentiasa bersaing sesama sendiri. Dikala mengejar sesuatu yang terbaik kita kadang-kadang terlupa dan alpa mengenai kemanusian. Kadang-kadang kita tersasul dan ada pula sengaja melakukannya kerana disakiti atau ingin membalas dendam. Di sini wujud mangsa dan pemangsa.

Mari kita fahami tingkah laku manusia, mengapa manusia selalu bertindak kejam yang sanggup menjatuhkan kawannya sendiri sebelum kita pergi lebih jauh dan lari dari landasan kebijaksanaan kita. Manusia apabila terdesak akan membuat sesuatu di luar jangkaan contohnya apabila mereka kesempitan wang, merasa terancam, desakan nafsu dan desakkan lain yang mendorong bertindak di luar naluri fitrah manusia. Kalau kita lihat dari sudut negatif pula, kita boleh kategorikan manusia kawan makan kawan adalah manusia yang penuh dengan cemburu, iri hati, hasad dengki dan tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada.

Jika kita lihat dunia pada masa sekarang adalah dunia yang cukup mencabar di mana setiap orang di didik dengan sistem ekonomi imprealisme, leberalisme dan demokrasi yang penuh dengan desakan nilai paksa sebuah kertas. Setiap orang harus bersaing. Di sini jelas bahawa desakkan merupakan kunci mengapa kawan makan kawan terjadi.

Lalu adakah perlu kita menyalahkan dunia yang kejam ini atau kita menyalahkan takdir atas apa yang terjadi. Semua ini sudahpun disebut beribu tahun dahulu kita juga di ajar bagaimana untuk mengatasinya. Ingatkah anda semua dengan ayat ini "Seekor semut di atas batu hitam di malam yang gelap"? jika anda kenal dengan ayat ini, maka anda tahu bahawa cabaran pada era ini bukanlah calang-calang cabaran yang kita hadapi.

Mengapa saya nyatakan bahawa kita sudah di didik beribu tahun dahulu. Lihat ayat ini “Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar....Mereka yang sabar itu akan diberi dua kali ganda pahala disebabkan kesabaran mereka....” (al-Qashash:54). Kita disuruh untuk bersabar. Selain itu, Sabda Rasulullah, "Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati." (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya.). Didikan ini cukup untuk kita menghadapi situasi ini. Tidak perlu kita membalas individu yang disifatkan kawan makan kawan. Muhasabah diri sendiri, pernahkah kita menyakiti orang lain seperti orang lain menyakiti kita. Redha dengan apa yang terjadi. Jangan merungut atau mengeluh. Sebaliknya kita perlu menjadi lebih kuat dari segi emosi dan matang dari segi kehidupan. Hidup kita tidak lama dan banyak lagi perkara penting yang harus dilakukan daripada membalas individu yang disifatkan kawan makan kawan. Segala rahsia atas kejadian langit dan bumi hanya pencipta kita sahaja yang tahu.

Kita selalu salah sangka dengan pencipta kita. Semasa kecil dulu, apabila saya melihat ibu kucing menggigit anaknya. Saya terus berfikir bahawa ibu kucing itu jahat. Padahal hakikat sebenarnya itulah cara ibu kucing membawa anaknya. Gigi kucing mempunyai deria yang mampu mengawal tekanan gigitan yang tidak mencederakan anaknya. Jika kita tidak tahu maka kita terus menyalahkan orang lain. Janganlah kita berlagak tahu dan berserahlah dengan yang esa.

Apa yang saya sampaikan diharap dapat memberi menafaat kepada pembaca dan jika ada silap dan salah, jangan takut untuk menegur saya dengan cara berhikmah. Saya sedia mendengarnya. Sesungguhnya lebih mudah kita berdebat dengan orang yang memiliki ilmu daripada orang yang jahil.

BAGAIMANA NAK JADI KAYA?

Nak jadi kaya? terlebih dahulu kita mengenali erti kaya dan hakikat kaya. Saya bukanlah seorang ilmuan yang tersohor yang mampu untuk berdebat tajuk ini tetapi saya akan sampaikan setakat yang saya tahu dan terlintas dalam fikiran saya. Kekayaan mengikut pandangan setiap orang adalah berbeza bergantung pada pola pemikiran duniawi ataupun akhirat.

Apabila kita melihat seseorang mampu membeli barang-barang mewah dan apa sahaja yang mereka inginkan maka kebiasaannya kita akan mengatakan bahawa mereka kaya. Apabila mereka memiliki kereta dan rumah yang mewah kita akan mengatakan bahawa mereka kaya. Apabila mereka mampu memberi derma beribu-ribu maka kita akan mengatakan mereka kaya. Adakah ini dikatakan kekayaan?

Ada pula antara kita apabila melihat seseorang itu mempunyai ijazah, PhD ataupun kedoktoran merupakan seorang yang kaya. Apabila kita melihat seseorang yang punya ilmu dan berpenampilan yang kemas serta menarik juga di anggap kaya. Seseorang yang mampu berbahas mengenai kehidupan juga dikatakan seorang yang kaya. Adakah orang yang memiliki ilmu adalah seorang yang kaya? mungkin ini dipandang dalam prospektif kaya ilm.

Siapa yang lebih kaya sebenarnya. Lihat surah ini:
Disebutkan dalam Al-Quran, Al-Baqarah:268 yang bermaksud "Allah menjanjikan keampunan dan kurniaNya kepadamu, dan Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui". Di sini kita tahu siapa yang maha kaya.

Jika kita memandang kekayaan itu adalah memiliki kereta mewah dan rumah mewah atau segala berkaitan dengan duniawi adalah silap kerana manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Bila dapat 1 mereka inginkan 2 dan bila sudah dapat 2 mereka inginkan 3. Akibat dari ini, mereka yang anda sebut sebagai kaya sebenarnya daif.

Kekayaan itu adalah seseorang yang merasa cukup dengan apa yang ada dan tidak merasai kekurangan walaupun pada pandangan orang lain dia susah atau pun senang. Apabila kita melihat seorang yang hanya memiliki motosikal ataupun kenderaan murah pada pandangan kita seorang yang sederhana tetapi mereka merasa cukup dengan apa yang ada sebenarnya mereka adalah orang yang kaya.

Dalam dunia islam, kaya atau miskin seseorang bukanlah kayu pengukur untuk memiliki syurga firdaus sebaliknya keimanan yang mereka miliki. Untuk memiliki keimana hendaklah memiliki ilmu dan tidak jahil dengan hal-hal kehidupan.



Untuk menjadi kaya, anda perlu memiliki ilmu tentang kehidupan sehingga anda merasakan apa yang anda miliki cukup ataupun sikap syukur yang mutlak. Oleh itu, carilah ilmu untuk memiliki kekayaan. Itulah teknik yang terbaik untuk KAYA.

MEMILIKI HARTA KITA AKAN MENJAGA HARTA KITA DAN MEMILIKI ILMU MAKA ILMU AKAN MENJAGA KITA

BAGAIMANA NAK USHA AWEK JADI KEKASIH?

Semasa kita kecil kita umpama seorang profesor yang sentiasa ingin tahu sesuatu yang baru. Sentiasa mengkaji dan sentiasa berimejinasi. Normal seorang manusia akan meningkat dewasa dan menempuhi alam baligh. Dikatakan wanita lebih cepat matang berbanding lelaki. Ini adalah persoalan yang jawapan saya adalah ya dari sudut pengurusan diri.

Untuk mencari teknik menambat hati wanita terlebih dahulu kita mengenali mereka. Wanita diciptakan oleh tuhan dengan kelembutan dan kekuatan pada kelembutannya. Wanita sering dikaitkan dengan air mata kerana kelembutan pada hatinya. Wanita di sisi islam amat istimewa dan kemudahan yang diberi oleh tuhan pencipta sekian alam amat banyak. Jangan terpengaruh dengan sebahagian media barat menyatakan wanita islam di kongkong. Pemahaman kongkongan dalam media barat adalah bersandar pada nafsu. Wanita amat mudah syahid berbanding lelaki dan sehingga ada hadis menyatakan "wanita solehah itu lebih baik dari 1000 lelaki yang soleh. Antara senarai sifat yang paling dekat dengan wanita ialah:



  1. Sensitif
  2. Cerewet
  3. Halus
  4. Ikhlas
  5. Korban
  6. Prihatin
  7. Manja
  8. Ego
  9. Cinta

Kalau saya nak huraikan mengenai sifat paling dekat dengan wanita akan menyebabkan artikel ini panjang dan mungkin antara pembaca hilang minat untuk membaca. Saya memang ada huraian mengenainya. Kita fokus kepada tajuk bagaimana nak usha awek jadi kekasih?

Kebanyakkan wanita akan lebih cepat tertambat dengan lelaki sekiranya lelaki tersebut berjaya memikat hati ibu bapanya. Tetapi untuk memikat hati ibu bapanya bukanlah cara menunjuk-nunjuk tetapi dengan cara yang ikhlas. Keikhlasan itu boleh dirasai tetapi tidak boleh dihakimi. Lelaki yang ringan tulang membantu adalah lelaki idaman wanita.

Ringan tulang bermaksud seseorang yang sedia membantu bila-bila masa. Ini lebih dekat dengan sifat ambil berat yang sememangnya disukai oleh wanita. Ikhlas membantu boleh menambat hati wanita kerana dengan cara itu mereka lebih rasa dihargai. Wanitakan manja.. adoi..

Gentlemen..bahasa Ingeris.. dalam bahasa melayunya pula adalah lelaki yang budiman. Jadilah lelaki budiman. Lelaki budiman ni tidak jauh sifatnya dengan sifat ringan tulang. 

Selain ringan tulang, untuk memikat hati wanita hendaklah ringan mulut. Wanita memang suka mendengar nasihat walaupun ada antaranya tidak mendengarnya tetapi sebenarnya mereka memikirkannya. adoi...

Wanita punya egonya tersendiri. Seperti mencari rambut dalam tepung. Rambut dijumpa tepung tidak berselerak. Jangan menekan mereka dikala mereka dalam keadaan tertekan ataupun ketika kemuncak ego mereka paling teratas. Tunggu sehingga keadaan reda kemudian berbicaralah dengan penuh perhatian.

Sifat manja wanita akan menghasilkan sikap merajuk yang ingin dipujuk. Jika lelaki bertemu dengan situasi ini. Atasilah dengan cara yang berhikmah dan penuh pengajaran dengan kelembutan. Anda harus pandai memujuk dengan mengukir senyuman di bibirnya. Buat lerr lawak spontan.. adoi..

Ini sahaja yang mampu saya kongsikan dan saya berharap apa yang saya kongsikan dapat memberi menafaat kepada pembaca. Kalau ada silap dan salah.. Tegurlah saya dengan cara berhikmah. Sesungguhnya berdebat dengan orang yang berilmu lebih baik dari orang yang jahil.




COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.