اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TIPS MEMBELI KERETA BARU MENGIKUT KEMAMPUAN

Oooyeah.. Oooyeahhhh... perhatian kepada rakyat jelata rakyat Malaysia.. Jika anda ingin membeli kereta bermula pada bulan ini. Pengumuman!! hanya gaji bersih RM1500 ke atas sahaja dapat membeli kereta. Bagi gaji dibawah RM1500 kebawah.. forever alone lerrr... bagi yang kerja swasta.. boleh guna trick lama wokey.. tapi pandai2lah yerrr... jom layan artikel di bawah ini.

Dalam situasi kewangan global yang tidak menentu, ramaki pengguna mengambil langkah yang sangat berhati-hati dalam perbelanjaan harian apatah lagi dalam memiliki kenderaan idaman. Situasi ini juga sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi negara kerana kuasa membeli semakin menurun dan kesan ini amat dirasai oleh pengguna negara kita.




Walaupun kemampuan telah dicapai dan segala bajet telah diatur namun disebabkan spekulasi dan dipengaruhi isu semasa ramai yang menangguhkan hajat untuk memilikinya. Sebenarnya keadaan ini tidak membantu sama sekali untuk memperlihatkan industri automatif negara berdiri dengan gahnya di persada antarabangsa. Apatah lagi jika kewangan sudah mengizinkan, jadi kenapa anda perlu tunggu lagi untuk memiliki kereta idaman?

Berwaspada dalam membeli kereta haruslah diutamakan supaya anda tidak tersalah pilih mengikut citarasa sendiri. Ia mestilah tepat tanpa mendatangkan penyesalan di kemudian hari. Oleh itu, harus ada langkah-langkah tertentu dalam membeli kereta mengikut kemampuan sendiri.

Langkah pertama:
Pengguna mestilah berpengetahuan dan berpendirian tetap ketika proses membeli kereta tersebut. Diingatkan supaya jangan terpedaya dengan pujuk rayu dan senyum manis juru jual yang melayan bagaikan VVIP hingga terbeli kereta lain yang lari daripada tujuan asal.

Secara umumnya ada tiga macam alasan mengapa seseorang membeli kereta. Untuk memenuhi keperluan asas sebagai alat mengankutan seharian. Yang kedua, untuk menunjukkan status atau kedudukan dalam kalangan masyarakat dan yang ketiga untuk mendapatkan kepuasan diri sendiri atau sekadar hobi. Golongan terakhir biasanya sudah memiliki kereta lain sebagai pengankutan harian.

Bila anda termasuk golongan pertama, belilah kereta serbaguna, seperti MPV mampu milik atau kereta kelas saloon biasa (Basic Saloon). Kalau anda mengejar status, fikirkan citarasa dan gaya yang anda inginkan. Contohnya kereta berkelas status kereta mewah dan ranggi bersesuaian untuk eksekutif muda serta mereka yang bergelar ahli perniagaan yang berjaya dan ia dikategorikan sebagai kereta saloon mewah atau eksekutif.

Kalau anda termasuk golongan ketiga, maka pilihan anda sangat luas kerana yang dicari hanya mengikut citarasa dan kemahuan mata. Harga kereta dan harga pasaran tidak menjadi hal dalam golongan ini.

Langkah kedua:
Pilihlah kereta-kereta yang popular untuk menjamin harga jual balik yang tidak merugikan, spare parts yang mudah diperolehi dan khidmat lepas jualan yang sempurna. Pilih warna dan eksesori yang banyak diminati. Jangan tersalah dalam memilih warna kerana ianya akan merugikan kelak. Begitu juga dengan eksesorinya. Ini kerana ia adalah faktor-faktor utama yang mempengaruhi harga kereta anda apabila ingin menjual balik dikemudian hari.

Sedari tahap kemampuan dan kewangan anda. Jangan terlalu ghairah membeli kereta yang nampak mewah. Kadangkala, ia akan menjadi beban kepada anda kelak. Selain membebankan kewangan dan hidup. kos penjagaan dan baik pulih serta keperluan seperti bahan bakar, alat ganti, cukai jalan dan perlindungan insuran adalah lebih mahal.

Selain itu, anda digalakkan mengunjungi lebih dari satu pusat pengedar, Biasanya ada perbezaan tawaran, seperti kadar faedah yang lebih murah dan jaminan kereta yang lebih lama dan praktikal.

Langkah ketiga:
Kalau ingin tukar beli, jangan buka harga dahulu sebelu tahu harga kereta baru. Kerana biasanya harga kereta baru akan lebih mahal sebab ada bebanan untuk membeli kereta anda.

Jangan lupa minta nasihat dari rakan-rakan atau keluarga yang sudah biasa dan mahir mengenai kereta yang ingin anda beli. Pendapat dan nasihat mereka akan sangat berguna.

Yang terakhir, sekiranya wakil jualan kereta tersebut nampak meragukan, sebaiknya anda menangguhkan dahulu pembelian kereta tersebut. Pada masa yang sama anda bolehlah mengujungi pengedar lain terlebih dahulu untuk mendapatkan keyakinan. Jangan sesekali membuat apa-apa bayaran kepada individu tertentu malah segala pembayaran haruslah dilakukan kepada syarikat pembekal kenderaan itu yang turut disertakan resit rasmi pembayaran oleh syarikat tersebut. Jadilah pengguna yang bijak dalam perbelanjaan dalam menaja pertumbuhan ekonomi negara.

Sumber : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP)
Depetik dari : Majalah Auto Touch
Dicedok dari : Utusan Malaysia 4 Nov 11

Reactions:

3 comments:

  1. Oooyeah.. Oooyeahhhh... perhatian kepada rakyat jelata rakyat Malaysia.. Jika anda ingin membeli kereta bermula pada bulan ini. Pengumuman!! hanya gaji bersih RM1500 ke atas sahaja dapat membeli kereta. Bagi gaji dibawah RM1500 kebawah.. forever alone lerrr... bagi yang kerja swasta.. boleh guna trick lama wokey.. tapi pandai2lah yerrr

    BalasPadam
  2. untuk bayaran down/pyment cara apakah yang paling selamat.masukkan dalam akuan syarikat atau sebagainya? apakah yang perlu kita titik beratkan semasa membuat pembayaran?

    BalasPadam
  3. basic saya 1700 bolehkah saya membeli kereta vios...

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.