اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PERTOLONGAN YANG IKHLAS MEMERLUKAN YANG DITOLONG IKHLAS

Dalam meniti kehidupan yang penuh pancaroba ini kita amat memerlukan antara satu sama lain. Setiap orang yang mempunyai kemampuan dan kelebihan hendaklah membantu pada yang kurang upaya dan memerlukan bantuan. Terdapat banyak jenis bantuan yang boleh kita berikan kepada orang-orang yang memerlukan bantuan bergantung kepada sumber yang kita ada.

Bantuan dari segi emosi, harta benda, kekuatan dan sebagainya adalah antara bantuan yang boleh kita hulurkan. Kepada yang ikhlas menghulurkan bantuan tahniah saya ucapkan dan kepada yang menyelit agenda tersendiri eloklah menyuntik keikhlasan dalam memberi bantuan kerana jika tidak anda pasti akan kecewa sekiranya agenda anda tidak dipenuhi.



Kita yang bernama manusia sememangnya tidak dapat mengagak apakah orang-orang di sekeliling kita ikhlas menghulurkan bantuan kepada kita dan kita tidak selayaknya menghakimi keikhlasan mereka. Hanya dia dan sang pencipta sahaja yang tahu keikhlasan yang tersirat di hatinya. Berdosa sekiranya kita menghakimi perkara yang kita tidak tahu akan isinya.

Di samping yang memberi bantuan hendaklah bersifat ikhlas dalam memberi bantuan. Si penerima bantuan juga hendaklah bersifat ikhlas menerima bantuan. Mungkin perkara ini kurang difikirkan oleh kita. Apa yang saya maksudkan dengan penerima bantuan hendaklah ikhlas menerima bantuan ialah "mereka hendaklah bantu kita untuk bantu mereka". Jika orang yang dibantu tidak memberi kerjasama maka bantuan yang diberikan akan menjadi sia-sia.

Saya boleh jelaskan contoh situasi di mana orang yang menerima bantuan tidak ikhlas. Contohnya adalah seperti berikut :
Si A memberi bantuan kepada Si B. Si A memberi tunai kepada Si B untuk dia membeli peralatan sekolah untuk memudahkan Si B mengikuti pembelajaran di sekolah. Apa yang berlaku adalah Si B membeli rokok. Si A ikhlas membantu Si B tetapi Si B tidak ikhlas membantu dirinya.

Situasi lain:

Cikgu A begitu tekun mengajar murid-muridnya supaya murid-muridnya menjadi orang yang berguna di kemudian hari. Namun ada antara murid-muridnya tidak ikhlas menerima bantuan Cikgu A dengan mengabai segala yang di ajar Cikgu A. 

Situasi lain:

Si A cuba membantu Si B untuk mendapatkan modal perniagaannya. Sudah bertahun Si B menghadapi masalah perniagaannya dan keadaan itu banyak memberi tekanan kepadanya. Si A begitu bersemangat membantu Si B dengan memberi banyak sokongan motivasi dan idea kepada Si B. Apa yang berlaku ialah Si B memarahi Si A kerana tidak memahaminya. Keikhlasan yang diberi oleh Si A adalah sia-sia kerana Si B tidak mampu untuk mengubah dirinya selain hanya mementingkan diri sendiri kerana tidak berterima kasih kepada Si A.

Pelbagai lagi ragam yang boleh kita lihat di sekeliling kita. Kadang-kadang kita terlalu melihat keikhlasan kepada pemberi bantuan tanpa melihat keikhlasan kepada penerima bantuan. Di sini ingin saya kongsikan bahawa keikhlasan itu hendaklah disemat walau di mana pun kedudukan kita. Jangan sombong dalam mengharungi kehidupan. Tidak perlu marah apabila bantuan yang diberi tidak memenuhi kreteria menurut nafsu yang bersarang di hati.

Apa yang saya kongsikan di harap dapat memperbaiki kehidupan kita selain memberi semangat serta menjadi insan yang lebih bersyukur. Kepada pembaca, kongsikan artikel ini sekiranya anda merasakan ia mampu mengubah orang di sekeliling anda.

DOWNLOAD DOKUMEN INI DAN PRINT SERTA SEBARKAN JIKA KAMU RASA IANYA MENAFAAT
KLIK =SINI= UNTUK MUAT TURUN DOKUMEN

Reactions:

2 comments:

  1. Di samping yang memberi bantuan hendaklah bersifat ikhlas dalam memberi bantuan. Si penerima bantuan juga hendaklah bersifat ikhlas menerima bantuan. Mungkin perkara ini kurang difikirkan oleh kita. Apa yang saya maksudkan dengan penerima bantuan hendaklah ikhlas menerima bantuan ialah "mereka hendaklah bantu kita untuk bantu mereka".

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.