اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PADERI ARAHKAN PENGANUT KRISTIAN BOIKOT STARBUCK

Kemunculan kedai-kedai kopi dan kafe kaki lima ‘berjenama’ secara mendadak lebih sedekad lalu benar-benar mendapat sambutan di luar jangkaan apabila bilangan rangkaian kafe seumpama itu bertambah dengan kadar pesat di bandar-bandar besar seluruh negara. Antara yang paling mendapat sambutan adalah Starbucks.

Bagaimanapun, ramai pihak yang tidak mengetahui satu perkara tentang Starbuck iaitu syarikat tersebut menyokong satu rang undang-undang mengesahkan perkahwinan sejenis di Washington baru-baru ini.
Seorang paderi, Steven Andrew yang juga Presiden Institusi Paderi Kristian Amerika Syarikat (AS) di California menggesa pengguna-pengguna Starbuck supaya memboikot syarikat minuman yang terkenal itu.

Andrew juga mendakwa penganut-penganut Kristian kecewa dengan tindakan Starbucks yang dianggap telah menentang ajaran Tuhan. “Starbucks boleh mengikut ajaran Syaitan jika mereka mahu, tetapi paderi-paderi akan membantu menyelamatkan penganut Kristian.

“Adakah anda di pihak Tuhan dan adakah anda sudi membantu AS dirahmati Tuhan?” kata Andrew.
Gesaan boikot yang dikeluarkan Selasa lalu oleh Andrew itu adalah sehari sebelum rang undang-undang tersebut dibentang di Dewan Senat Washington.

Malah, Institusi Paderi Kristian AS turut meminta penganut Kristian untuk menghentikan penyajian makanan dan minuman jenama itu di majlis-majlis dan kemudahan gereja. Bukan sahaja Starbucks yang menyokong rang undang-undang perkahwinan sejenis itu, terdapat lebih dari 100 syarikat lain yang menyokong termasuklah Nike, Google dan Microsoft.

Jika rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Perwakilan minggu depan, Washington akan menjadi negeri ketujuh di AS yang mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber: mynewshub

Reactions:

1 comments:

  1. Andrew juga mendakwa penganut-penganut Kristian kecewa dengan tindakan Starbucks yang dianggap telah menentang ajaran Tuhan. “Starbucks boleh mengikut ajaran Syaitan jika mereka mahu, tetapi paderi-paderi akan membantu menyelamatkan penganut Kristian.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.