COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KEMALANGAN DI TAMAN KOPODIM MERAGUT NYAWA TERMIZZI BIN SENAK

Seorang pelajar dari institusi pengajian tinggi telah terbunuh di tempat kejadian dengan kecederaan di kepala selepas motosikal berlanggar dengan penunggang motosikal lain di lampu isyarat di Taman Kopodim, Matang pada pukul 8 malam pada hari Khamis ..

Si mati telah dikenalpasti sebagai Termizzi Senak berusia 19 tahun dari Kampung Trusan Jaya, Tanah Hitam, Sematan.

Mangsa yang lain, Mohd Faiz telah menuju ke arah rumahnya di Semariang apabila kedua-dua berlanggar.

Beliau bagaimanapun mengalami kecederaan di muka dan rakannya berjaya menghubungi saudaranya dan bergegas ke hospital Umum Sarawak.

Polis trafik yang tiba di tempat kejadian menghubungi kakak Termizzi yang berkata dia tidak tahu di mana adiknya ketika itu.

Beliau berkata si mati merupakan anak keempat daripada enam beradik. Jenazah beliau telah dibawa ke rumah mayat untuk bedah siasat.

Sementara itu, penduduk memberitahu pemberita bahawa lampu isyarat merupakan punca kemalangan yang sudah tidak berfungsi dua tahun yang lalu.

Seorang suri rumah dari Taman Kopodim, Matang berkata beliau telah tinggal di kawasan itu selama bertahun-tahun dan kerap melihat kemalangan berlaku di tempat tersebut.

Beliau berkata, terdapat kemalangan maut September lalu di kawasan yang sama.

"Tempat ini sangat gelap pada waktu malam dan pengguna jalan raya hampir-hampir tidak dapat melihat apa-apa," tambah beliau.

sumber : sarawakupdate

Arwah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Tanah Hitam Sematan pada Hari Jumaat lebih kurang selepas sembahyang jumaat 17 Februari 2012. Arwah sepatutnya menyambut harijadi bersama keluarga pada hari arwah dikuburkan seperti hasrat arwah yang berpesan kepada ayahnya, saudaranya Arduan dan Saptuyah. Arwah sebelum meninggal dunia menyatakan hasrat untuk bekerja dengan saudaranya Saptuyah untuk mendapatkan sedikit wang bagi meraikan harijadinya bersama keluarga.

Arwah dilahirkan di Klinik Desa Sematan dan berpindah ke Kuching dan pernah menetap di SM Teknik Matang. Bersekolah di SRK Matang, SMK Matang Hilir, SM Teknik Matang dan melanjutkan pengajian di Politeknik Kuching Sarawak.

Sebelum arwah meninggal dunia arwah sempat memohon maaf kepada beberapa rakan-rakannya seperti yang dikhabar oleh kawan-kawannya kepada saya. Apa yang menyedihkan saya adalah arwah mencari saya untuk menyatakan hasrat menyambut hari jadinya yang ke-20 bersama arwah selain jangkaan saya arwah ingin memohon maaf dari saya atas apa yang telah berlaku sebelum ini. 

Beberapa rakan arwah menyatakan sebelum hari kejadian, arwah memberitahu beberapa kenalannya dia sudah demam beberapa hari dan mungkin ajalnya sudah hampir. Rakan-rakannya amat terkejut apabila mendengar khabar arwah sudah kembali ke warahmatullah.

Saya memohon kepada rakan-rakannya supaya sedekah al-fatihah kepada arwah sudah memadai daripada bersungut melalui sms. Telefon bimbit arwah di simpan oleh saya untuk mencari jika ada rakan dan taulannya ingin berpesan sesuatu supaya saya boleh tunaikan hasratnya.

Kemalangan tersebut bagaimanapun melibatkan 3 orang penunggang motosikal selepas saya berjumpa dengan saksi sebentar tadi di Kampung Telaga Air. Seorang daripadanya sempat mengelak daripada bertembung yang juga merupakan saksi. Seorang lagi cedara di muka dan adik saya parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian. Mereka sebelum kejadian telah singgah di rumah rakannya syafik di Taman Kopodim yang juga merupakan jiran kami semasa menetap di Teknik Matang kira-kira 8.00pm menurut Sofi adik kepada Syafik.  Mengikut saksi pertembungan tersebut melalui arah yang sama melalui belakang. Namun, saya sangsi dengan saksi kerana ianya masih kabur. Kes ini bagaimanapun saya serah kepada pihak polis untuk menentukan statusnya kerana motosikal dari kedua belah pihak berada di Simpang tiga dan di situlah bukti yang dapat menentukan bagaimana pertembungan itu terjadi.

Sesungguhnya mati itu benar, kepada rakan-rakan arwah dan pembaca. Ingatlah bahawa laman sosial yang anda guna sekarang merupakan saham neraka jika anda memasukkan gambar yang tidak menutup aurat selain kata-kata kesat yang anda masukkan dalam status anda. Sesungguhnya mati itu tidak dilambatkan dan tidak dicepatkan. Setiap orang sudah ditetapkan takdir kematiannya dan tiada sesiapa yang tahu melainkan  pencipta kita. Jika esok sampainya masa kita maka tiada siapa yang dapat membantu dan tiada pula sempat kita berpesan atau mewariskan harta yang kita cari di dunia. Gunalah laman sosial dengan seadanya dan berdakwahlah atas jalan yang benar sebelum anda dicabut nyawa bila-bila masa dalam keadaan apa sekalipun.

Akhir sekali, saya memohon kepada rakan dan taulan sedekah al-fatihah kepada arwah dan janganlah bersungut atas ketiadaannya. Jika ada hutang atau arwah menyakitkan hati sesiapa ampunkanlah arwah dan halalkan makan minum arwah. Jika ada hutang yang belum dilangsaikan sila inbox FB saya. Sekiranya arwah mempunyai laman sosial lain dan antara kalian tahu kata laluannya mohon padamkan semua gambarnya.

Reactions:

2 comments:

  1. Arwah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Tanah Hitam Sematan pada Hari Jumaat lebih kurang selepas sembahyang jumaat 17 Februari 2012. Kemalangan tersebut bagaimanapun melibatkan 3 orang penunggang motosikal selepas saya berjumpa dengan saksi sebentar tadi di Kampung Telaga Air.

    BalasPadam
  2. arwah adalah kwn yg baik..saya sedih sebab tidak sempat nk jumpa n lepak dgn nya...dia ada 1 fb, yg sgt pelik..sudah lama die buat email tu..profile gmbar fb ya, gmbar kubur n arwah tidak mahu sesipa tahu kcuali saya, zila kezen nye dan pida kazen nya...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.