COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KEJADIAN SELEPAS KEMATIAN

Kejadian selepas kematian ialah arwah berada di alam barzakh atau di alam perkuburan. Di manakah roh si mati selepas ianya terpisah dari jasad? Pelbagai andaian dan kepercayaan dari pelbagai lapisan masyarakat. Apa yang saya dengar ialah roh si mati akan berlegar di sekitar rumahnya selama 7 hari dan ada pula yang menyatakan bahawa roh akan berada di bumi selama 44 hari. Kepercayaan ini pada pendapat saya adalah kepercayaan turun-temurun.

Saya akan membawa pembaca dari pengalaman saya beberapa selepas adik saya meninggal dunia. Kejadian pertama adalah apabila mak saudara saya yang menginap di rumah saya mengadu bahawa terdengar bunyi seseorang sedang bermain game lumba kereta dan bercakap lama melalui telefon lebih kurang tengah malam sehinggal pukul 3 pagi. Mak saudara saya mengadu kepada keluarga saya dan menyatakan bahawa saya membuat bising pada jam tersebut namun sebenarnya pada ketika itu saya tidur nyenyak. Arwah semasa hidupnya memang gemar bermain game lumba kereta dan seringkali bercakap lama melalui telefon lalu kebanyakkan saudara saya mendengar perkabaran tersebut memberi beberapa nasihat dan menyatakan arwah berada di sekitar rumah dalam masa 7 hari malah ada yang menyatakan 44 hari.



Kejadian lain pula ialah di rumah saudara saya di mana arwah selalu berborak bersama rakan-rakannya. Dikatakan saudara saya terdengar suara arwah sedang berborak dan saudara saya menjadi ketakutan apabila mendengar suaranya dari luar rumah. Kejadian lain pula ialah salah seorang dari saudara saya melihat bayangannya sedang berjalan-jalan tidak jauh dari rumah kami.

Kejadian paling aneh yang terjadi selepas kematian arwah ialah, kawan arwah berjumpa dengan arwah seperti tiada apa-apa yang terjadi. Kawan arwah yang juga dikenali sebagai nor pada malam tersebut tidak mengetahui arwah sudah meninggal dunia lebih kurang 3 hari. Nor bagaimanapun mengakui dia berborak dengan arwah di luar rumahnya lebih kurang 10 minit sekitar jam 11 malam. Bagaimanapun pada sebelah siangnya apabila Nor turun ke sekolah, barulah dia menerima berita bahawa arwah sudah meninggal dunia 3 hari. Bergetar suara Nor apabila saya menyatakan kebenaran arwah sudah meninggal dunia 3 hari.

Begitulah beberapa kejadian selepas kematian yang mungkin hampir semua orang mengalaminya. Dari sini saya mendapati bahawa terdapat beberapa kepercayaan masih di amalkan selepas kematian iaitu, menyediakan tempat tidur arwah seperti tilam di mana arwah selalu tidur dan meletakkan lilin di sekeliling tilam serta menyalakan setangi. Ini membolehkan arwah tidur di tempatnya apabila tiba waktu malam. Kepercayaan lain pula ialah menyediakan makanan kegemaran arwah dan meletakkannya di dalam dulang serta letakkan di hadapan pintu rumah apabila tiba pada waktu malam. Kepercayaan ini adalah kerana mereka percaya roh masih berada di rumah.

Saya bukanlah orang yang cerdik pandai, namun saya bertindak merujuk kepada al-quran dan hadis. Pada pendapat saya, apa yang didengar, dilihat dan dirasai arwah masih di sekitar rumah ialah Qarin iaitu jin pedamping sejak arwah lahir. Qarin mampu menunjukkan diri dalam bentuk, suara dan keadaan seperti arwah. Gangguan tersebut tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mengelirukan manusia dan menakut-nakutkan manusia selain membawa manusia kepada kesesatan.

Di sini saya senaraikan beberapa kepercayaan kepercayaan ulama mengenai alam roh:

  1. Abu Hurairah Abdullah bin Umar : Roh-roh bernaung di sisi Allah SWT
  2. Di perkarangan syurga.
  3. Di perkarangan kubur masing-masing.
  4. Imam Malik : Bebas ke mana-mana.
  5. Imam Ahmad : Roh mukmin di syurga, roh kafir di neraka.
  6. Roh mukmin di Jabiyah, roh kafir di perigi besar di Hadramaut, Yaman.
  7. Di bumi.
  8. Roh mukmin di Illiyin di Langit Ketujuh, roh kafir di Sijjin di Bumi Ketujuh.
  9. Roh mukmin di perigi Zamzam, roh kafir di perigi Barahut.
  10. Roh mukmin berada di alam barzakh (satu alam antara alam dunia dengan alam akhirat) dan bebas bergerak ke mana-mana. Roh kafir di Neraka Sijjin.
  11. Roh mukmin di kanan Nabi Adam, roh kafir di kirinya (sebagaimana gambaran dalam peristiwa Isra’ Mi’raaj)
  12. Ibnu Hazm : Berada di tempat roh-roh itu diciptakan sebelum dimasukkan ke dalam jasad. Allah menciptakan semua roh sekaligus di sana.
  13. Abu Umar bin Abdul Bar : Roh para syuhada’ di syurga, roh mukmin di perkarangan kubur masing-masing.
  14. Abdullah bin Mubarak : Tidak berada di dalam syurga tetapi boleh mengecap buah-buahan syurga dan mencium bau syurga.
  15. Roh para syuhada’ berada dalam perut burung hijau yang bergantungan di ‘Arasy, pergi balik ke taman-taman syurga.
  16. Mujahid : Berada di kubur masing-masing pada 7 hari pertama dikebumikan.

Pandangan yang sesat mengatakan:

  1. Roh terhapus selepas kematian
  2. Roh bertempat pada binatang yang sesuai dengan perlakuan roh tersebut.

Sumber : Kitab Ar-Ruh susunan Ibnu Qayyim

Barzakh penghalang antara dunia dan akhirat.Dalam firman Allah Ta’ala, “Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan”.Jadi, penghuni dunia dan penghuni kubur tidak dapat bertemu hingga hari kiamat. Namun, ada dikalangan ulama pecaya roh dapat menunjukkan dirinya melalui mimpi tetapi tidak mampu untuk bercakap dan hanya mampu tersenyum.

Diriwayatkan dari Al-Bara’ bin ‘Azib r.a katanya: Kami telah keluar bersama-sama Nabi s.a.w, mengiringi jenazah seorang lelaki dari kaum Ansar, lalu kami sampai ke kuburnya yang disediakan. Rasulullah s.a.w pun duduk lalu kami duduk disekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan membisu; manakala Baginda s.a.w pula mencucuk-cucuk tanah dengan seranting kayu yang ada di tangannya. Setelah itu Baginda s.a.w mengangkat kepalanya lalu bersabda: “Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab kubur”, (diulanginya sabdanya itu) dua atau tiga kali.

Kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: “Sesungguhnya hamba Allah yang mukmin (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, putih bersih wajah mereka seolah-olah matahari, dengan membawa kain kafan bersama mereka dari kain-kain kapan syurga, dan Hanut (Pachai iaitu serbuk campuran dari benda-benda yang harum yang ditabur kepada mayat semasa dikapankan) dari yang ada di syurga, sehingga mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang.

Begitulah huraian saya mengenai kejadian selepas kematian. Janganlah kita mudah percaya dengan tipu daya jin dan syaitan sehingga membawa kita kepada kesesatan. Kita dilarang sama sekali berhubung atau mendampingi jin untuk memudahkan urusan dunia kerana ianya akan menyebabkan jin-jin itu semakin sombong. Cukuplah bersedekah al-fatihah, membaca yasin atau tahlil untuk bersedekah dengan si mati dan itu merupakan sewajarnya dan tuntutan kepada yang masih hidup

Bacaan tahlil selama 7 hari ataupun dibuat pada hari ke 100 bergantung kepada kemampuan kita dan ianya tidak ada kaitan dengan menenangkan roh di mana kita tidak dapat menggapainya kerana mereka sudah berada di sempadan dan kita tidak mampu untuk berkomunikasi dengan mereka. Kepada yang masih hidup carilah hutang piutang si mati dan selesaikanlah dan menjadi wakil kepada si mati memohon maaf kepada orang yang pernah disakitinya moga roh si mati mudah berdepan dengan hari kiamat kelak.

allahualam

Reactions:

1 comments:

  1. Janganlah kita mudah percaya dengan tipu daya jin dan syaitan sehingga membawa kita kepada kesesatan. Kita dilarang sama sekali berhubung atau mendampingi jin untuk memudahkan urusan dunia kerana ianya akan menyebabkan jin-jin itu semakin sombong.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.